Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Monday 7 April 2014

Video seks pelakon wanita Pakistan Meera dan suami tersebar di internet

Islamabad: Satu video seks mempamerkan aktres Pakistan Meera dan suaminya, Navid Shahzad, juruterbang keturunan Pakistan yang menetap di Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi selepas ia tersebar di Internet.

Sebuah mahkamah Pakistan di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan.

Polis diarah membawa mereka ke mahkamah pada 2 April ini berhubung video seks itu.

Hakim mengeluarkan perintah selepas menerima petisyen yang menuduh Meera dan Navid melakukan dosa dengan merakam babak seks.

Tuduhan itu mendakwa pasangan berkenaan menyebarkan maksiat dan menggesa mahkamah menangkap mereka untuk dijadikan teladan.

David bagaimanapun berkata kes itu sepatutnya tidak timbul kerana mereka sudah berkahwin.

Video itu dimuat naik oleh orang tidak dikenali dan tersebar di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu.

Akses untuk menonton video itu bagaimanapun disekat oleh Lembaga Telekomunikasi Pakistan atas permintaan Meera yang pernah berlakon dalam dua filem Bollywood.

link Video

Susulan kes Pelajar UITM Perlis dicabul Prof Izzi Haji Ali

Harian Metro semalam melaporkan seorang pensyarah popular didakwa mencabul pelajar.
Harian Metro semalam melaporkan seorang pensyarah popular didakwa mencabul pelajar.
Prof Izzi Haji Hj. Ali pensyarah didakwa cabul Nurul Shuhada Binti Shahadan pelajar UITM Arau Perlis. Profesor dan juga pakar motivasi terkenal iaitu Prof Izzi Hj. Ali telah menggemaparkan institusi pengajian tinggi berikutan dakwaan seorang pelajar di universiti berkenaan mendakwa dicabul oleh pensyarah terbabit.
Mangsa dilaporkan terpaksa merelakan perbuatan tidak senonoh pensyarah itu kerana risau akan mempengaruhi markah peperiksaanya. Berikutan insiden tersebut, mangsa membuat laporan polis dengan bertujuan tidak puas hati dengan tindakan pensyarah terbabit kerana telah menjatuhkan maruahnya.
Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat!
Prof Izzi Haji Ali Raba, Ramas, Cabul Pelajar UiTM Arau Perlis? Pakar Motivasi Terkenal Disiasat! Jika sebelum ini halwa telinga dan mata rakyat Malaysia acapkali dihidangkan dengan deretan nasihat dan motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi terkenal ini dengan tagline “Renung-renungkanlah, dan selamat beramal”. Secara tiba-tiba…
Secara tiba-tiba, Malaysia dikejutkan dengan dakwaan berserta dengan laporan polis yang mana Prof Izzi Haji Ali melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadap seorang pensyarah IPT Awam (Pelajar UiTM Arau Perlis).
Laporan polis dibuat mangsa terhadap Professor Izzi Haji Ali.
Laporan polis dibuat mangsa terhadap Professor Izzi Haji Ali.
1shuhada

Komen-komen di twitter terhadap isu ini.



Screen shot 2014-04-06 at 4.42.11 PMTwitter-Nur-SyafinaWhatsappsn

Dakwaan Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali Uitm

Perkara tidak logik dakwaan Nurul Shuhada dicabul Prof Izzi Haji Ali - Ramai mengetahui seorang pelajar UiTM Arau, Nurul Shuhada Binti Shahadan telah membuat laporan polis di Balai Polis Arau, Perlis kerana mendakwa dicabul seorang pensyarah kanan yang juga pakar motivasi terkenal, Prof Izzi Haji Ali.

Bagaimanapun, jika kita merujuk kepada laporan Sinar Harian hari ini, terdapat satu perkara yang membuatkan tuduhan itu tidak begitu logik atau masuk akal bagi penulis.

Ianya berhubung dengan situasi mangsa yang ditemani dua rakannya ketika datang ke bilik pensyarah terbabit dengan tujuan untuk mengulangkaji pelajaran.

Kalau benar Nurul Shuhada dicabul, mengapa kedua-dua rakannya tidak berbuat apa-apa? Adakah mereka tidak menyedari tindakan pensyarah tersebut sedangkan mereka juga berada di dalam bilik pensyarah berkenaan?

“Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan, sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa.”

“Mangsa juga didekati pensyarah itu dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali."


Lagi menarik, mangsa turut mendakwa tidak dapat menghalang perbuatan professor itu dan terpaksa membiarkannya kerana takut digagalkan dalam peperiksaan akhir. Persoalannya, adakah harga maruah seorang perempuan sama taraf dengan keputusan peperiksaan?

"Mangsa terkejut dan cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit dalam subjek itu kerana peperiksaan sangat hampir dan membiarkan suspek berbuat sedemikian.”

Friday 4 April 2014

Balu Ahmad Sarbaini saman SPRM, kerajaan RM8 Juta

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Balu Penolong Pengarah Kastam Selangor, Masiah@Maziah Manap, 53 dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini, 30, memfailkan saman sebanyak RM8 juta terhadap Kerajaan Malaysia, SPRM dan tujuh yang lain.

Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed sebelum ini ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Cochrane pada 6 April 2011.

Masiah memfailkan saman menerusi peguam mereka, N Surendran di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menurut Surendran, writ saman tersebut dikemukakan bagi menuntut keadilan ke atas Allahyarham kerana sehingga kini SPRM dan kerajaan Malaysia masih berdiam diri mengenai punca kematiannya.

"Sudah tiga tahun kes itu telah berlalu, tetapi sehingga ke hari ini, tiada  jawapan munasabah dari SPRM dan kerajaan Malaysia kenapa Allahyarham meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

bayi yang tidak berdosa ini



link video

Kemarahan rakyat China diluahkan melalui tulisan seperti dalam gambar


Secara tidak langsung kita sebagai rakyat Malaysia terkena juga tempiasnya.

pramugari Royal Brunei Airlines


Uniform lama pramugari Royal Brunei Airlines

Uniform terkini pramugari Royal Brunei Airlines

Semua pramugari Royal Brunei Airlines telahpun melakukan perubahan dengan berpakaian menutup aurat. 

Brunei negara Islam, Begitu juga Malaysia. Semoga Malaysia akan ikut jejak langkah begini. 

Tahniah Royal Brunei Airline!

Thursday 3 April 2014

Ada Berani

Selalu kita nampak kereta mewah parking depan pintu masuk Pasaraya. Tak ada siapa berani marah. Tapi kali ini,


MB: MOU air tak relevan lagi, Akta WSIA akan digunakan


Perjanjian Persefahaman (MOU) berkenaan isu air antara kerajaan negeri Selangor dan persekutuan sebelum ini tidak akan didedahkan kerana telah tidak relevan lagi. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata MOU yang dimeterai pada 26 Februari lalu itu dianggap berakhir apabila syarikat konsesi air tidak menerima tawaran RM 9.65 billion untuk tawaran pengambilalihan yang tamat pada 21 Mac lalu. Khalid berkata satu perjanjian baru ini akan dilakukan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) dan memberi fokus agar pengambilalihan seterusnya tidak boleh dicabar di mahkamah.

YAHUDI SANGAT MARAH KETIKA MELIHAT KARYA "SENI" INI ~


Ada seorang yahudi tidak suka melihat "seni" ini, lalu seorang nasrani bertanya :

"Kenapa anda tidak suka..?? Padahal nasrani dan yahudi berada di posisi yang paling atas?

Orang Yahudi itu pun menjawab :

"Kalau umat Islam itu bangkit, pasti kita semua akan jatuh"

Kamu semua faham tak,Janji Allah itu benar !!!

Wednesday 2 April 2014

Nuraslinda Binti Afrizal(aslinda_pit) telah membuat laporan polis


Pada 30/3/2014 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa saya berada di rumah saya di Puchong Prima, kawan-kawan saya telah memberitahu berkenaan gambar-gambar lucah saya bersama teman lelaki telah tersebar dalam laman sosial iaitu Tweeter tertera nama saya . Tetapi saya bukan pemilik akaun tersebut dan saya telah melihat akaun tersebut ternyata semua gambar-gambar adalah milik saya. Dalam Facebook juga telah tersebar gambar-gambar saya bersama teman lelaki untuk mengaibkan diri dan teman lelaki saya serta menjadi tontonan pengguna Facebook yang lain. Untuk makluman saya syak perbuatan itu dilakukan oleh skandal teman lelaki saya yang dikenali dengan nama Y************
Tujuan saya membuat report untuk menghentikan dan menyekat pemilik akaun palsu supaya tidak menyebarkan gambar-gambar lucah saya bersama teman lelaki dan untuk rujukan pihak yang berkenaan.
Dalam laporan polis yang dibuat, remaja perempuan itu seperti mengakui bahawa mereka telah terlanjur jauh dan masih tidak menganggap apa yang dilakukannya dengan pasangan tak bersalah.
Macam-macam…





Akhirnya Rahsia Perbualan Pilot Dalam Kokpit MH370 Didedahkan

Jika sebelum ini Datuk Seri Hishammudin hanya akan mendedahkan MH370 transkrip penuh antara juruterbangMH370 dengan pengawat trafik udara kepada umum andaikata mendapat kebenaran daripada pakar-pakar yang terlibat.

Dan hari ini….

Akhirnya Transkrip penuh MH370 melibatkan komunikasi antara pilot MH370 dengan menara kawalan udara Kuala Lumpur telah didedahkan kepada umum !

Berdasarkan semakan kami, dapat disimpulkan:
  1. Tiada sebenarnya komunikasi yang luar biasa dan mencurigakan dikesan pada transkrip penuh Mh370 tersebut
  2. “Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong” adalah perbualan terakhir dalam transkrip
  3. Perbualan terakhir itu berlaku pada 1.19 pagi waktu Malaysia.
Dan berikut merupakan transkrip tersebut untuk pembacaan semua..




Tuesday 1 April 2014

The Daily Mail Makin Dahsyat Memfitnah


Naib Presiden Persatuan Juruterbang Malaysia, Kapten Abdul Manan Mansor, tidak pernah dihubungi oleh The Daily Mail atau memberi kenyataan mengenai juruterbang Penerbangan MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

 Beliau juga menafikan ada memberi kenyataan bahawa Zaharie, 53, mengalami gangguan psikologi ekoran masalah rumah tangga seperti yang disiarkan MailOnline iaitu portal online The Daily Mail.

 “Saya tidak mengenali Zaharie secara peribadi, apatah lagi mengetahui jika beliau mengalami masalah rumah tangga. “Ada ramai juruterbang berdaftar di Malaysia, lebih 4,000 dan tidak mustahil untuk ada antara kami tidak pernah bertemu,” katanya semalam.

 Portal berita antarabangsa berpangkalan di United Kingdom itu melaporkan, Manan dalam satu sesi temu bual bersama MailOnline mendakwa Zaharie mengalami gangguan psikologi.

Sebelum ini, anak kepada juruterbang MH370, Aisyah Zaharie, 28, menyatakan kemarahan dan kekecewaan dengan laporan portal berita luar negara, MailOnline yang didakwa memfitnah. Dalam laman Facebook beliau, anak sulung Zaharie itu menulis ‘Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda’, yang merujuk kepada laporan portal berkenaan.

Thursday 27 March 2014

Depan Rumah Paling Bahaya Sekali Dalam Didunia.

Rakaman video berikut menunjukkan kereta api  hanya lalu beberapa inci dari pintu depan orang-orang yang tinggal di ibu kota Hanoi. Hanoi terkenal dengan bangunan dan jalan-jalan sempit. Kerana stesen keretapi utama berada tepat di tengah-tengah bandar, maka tidak hairan jika rel kereta api melewati jalan-jalan yang sibuk.
  

Jom saksikan video berikut: 

Ritual Seru Mayat penumpang MH370 Untuk Timbul Raja Bomoh

Bagan Datoh – Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’ dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.

Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).
Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi.

“Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.

“Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.

“Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul,” katanya.
Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing.

“Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa.
“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujarnya lagi.

Wednesday 26 March 2014

MH370 - Pembaca Berita TV3 Sedih Ketika Live



Jarang sekali kita dapat lihat pembaca berita tidak dapat menahan rasa hibanya secara live.Video ini sememangnya meruntun hati ramai orang apatah lagi ahli keluarga yang mempunyai suami, isteri, anak, ayah, ibu, keluarga dan yang tersayang mereka di dalam pesawat MH370.

Pakar kemuka teori kemalangan MH370 (Video)


Pesawat Malindo Air mendarat cemas, enjin terbakar (Video)

Enjin pesawat Malindo Air terbakar ketika berada di udara. Insiden itu dilaporkan sendiri salah seorang penumpangnya kepada editor Astro Awani, Ahmad Shuhami Mohd Zabri. Untuk penjelasan lebih lanjut di talian ialah penumpang berkenaan Nur Azlan Abdul Wahab.




Tuesday 25 March 2014

Waris di China mahu berarak ke kedutaan Msia


Sekumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia Airlines dan kerajaan Malaysia mengancam untuk berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing.

Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”

“Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.

Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”

Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

"Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin

CNN is bad! Memburukkan Malaysia Airlines dan kerajaan beritahu kepada keluarga melalui Sms sahaja!


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”