Showing posts with label Sensasi. Show all posts
Showing posts with label Sensasi. Show all posts

Monday 18 June 2012

Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda


                                                                           Ebby Yus


KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu.
Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.

“Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.

“Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda.
“Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang 'memanjakan' mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.


Aksi Ebby Yus ketika rakaman program Karoot Komedia X di Kompleks Studio Merdeka Finas dekat sini, baru-baru ini.

“Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.

“Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini,” luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.

Terbaru, Ebby Yus yang sedang terlibat dalam sesi rakaman Karoot Komedia X untuk Astro Warna berkata, pembabitan dalam program komedi muzikal itu tidak sukar kerana ia tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia yang disertainya sebelum ini.

“Komitmen dalam Karoot Komedia X tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia sebelum ini. Formatnya masih sama, cuma pada kali ini ia berskala lebih besar. Kami menggunakan skrip diberikan sebagai panduan kerana kebanyakan jenaka dilakukan secara spontan,” kongsinya.

Karoot Komedia X yang disiarkan sebanyak 12 episod itu turut menampilkan Johan (Raja Lawak), Jep (Sepahtu) dan Yus (Raja Lawak) sebagai pelakon utama.

Barisan artis jemputan pada setiap episod pula antaranya AR Badul, Didie Alias, Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa dan Marsha.

Ia ditayangkan bermula 8 Jun lalu pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz



TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.
“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.
“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.
Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Duda 83 kahwin Dara 61



TELUK INTAN: Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.

Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.

Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.

Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

“Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga.

“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam.

Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan.
Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu.

Tiz Zaqyah Anggap Spekulasi Putus Hubungan Dengan Remy Ishak Di Twitter Hanya Perkara Normal

Kisah pergolakan percintaan artis antara Tiz Zaqyah dan Remy Ishak yang kami ada laporkan semalam tentang perhubungan mereka yang tidak diketahui status nya, sudah putus ka atau masih bersama? Wallahualam…Yang pasti, Remy Ishak ada mendakwa Tiz melayannya seperti sampah sewaku beliau dimasukkan ke dalam wad.



Bagaimanapun, Tiz Zaqyah telah memberikan respon mengenai isu ini ketika di temui media pada pra tonton drama bersiri terbaru TV3, Dejavu Di Kinabalu. Beliau yang kelihatan ceria dan seperti tidak ada sebarang masalah mengatakan yang tidak mahu mengulas isu itu lebih dalam lagi.

Menurut Tiz, beliau tidak suka berkongsi kisah peribadi kepada awam dan mungkin orang hanya mengenalli kehidupan peribadinya sebanyak 10% sahaja. Jadi orang tidak layak mengetahui cerita peribadi apatahlagi cerita cintanya dengan Remy Ishak!

Tambah Tiz, permasalahan cinta yang dihadapi oleh beliau merupakan perkara biasa yang akan terjadi kepada sesiapa sahaja kerana ianya merupakan perkara yang normal. Namun yang kita semua mahu tahu, adakah perhubungan cinta mereka masih terjalin atau tidak? Jawapan Tiz masih berdolak-dalih.

Iklan Paling LOL Sempena Hari Bapa

Neelofa kahwin senyap-senyap?


ebelum apa apa, kami sendiri kurang senang dengan perkataan ‘hias’ di’gunakan untuk selebriti wanita — tetapi, bukankah wanita perhiasan dunia?
Neelofa yang seperti semua tahu kini merupakan antara selebriti tempatan yang menjadi sebutan & rebutan ramai peminat juga produser filem.




Dalam kenyataan terbaru kepada media, Neelofa ada





 mengakui yang dirinya tidak akan melayan sebarang tawaran berlakon drama & hanya akan menumpukan aktiviti kerjaya beliau ketika ini dalam bidang pengacaraan dan berlakon filem.
Apabila di’lontarkan soalan tentang jodoh, Neelofa pantas menjawab yang beliau kini tidak mempunyai barang seorang pun teman lelaki istimewa dan kahwin masih belum di’fikirkan buat masa terdekat.
Neelofa turut menyimpan hasrat untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 28 tahun dan mencari lelaki yang mempunyai pendirian tegas & mempunyai visi dalam hidup mereka.

Model Saman Agensi Modeling Kerana Paksa Melancap



Mississippi – Seorang model lelaki memfailkan sama bernilai $1juta dolar terhadap sebuah agensi modeling selepas dia diarahkan berbogel dan melancap, pada satu sesi penggambaran dengan alasan ia dapat menenangkannya.

Benjamine Bowers mendakwa, kejadian itu berlaku pada bulan Jun tahun lalu.
Saman itu difailkan ke atas Abercrombie & Fitch serta agennya.

Bowers telah bekerja dengan Abercrombie sejak tahun lalu sebagai model dan Hilburn telah dilantik sebagai pengarah uji bakat.

Jelas Bowers, tindakan Hilburn itu menunjukkan bahawa lelaki berkenaan cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dan bukan membantu mengembangkan kerjanya sebagai seorang model.

Apa yang dikesalkan, kata Bowers, Hilburn turut menayangkan alat sulitnya sebagai perbandingan.
Abercrombie sebelum ini berdepan dengan beberapa tuntutan saman.

Ia termasuk saman daripada kakitangannya yang berjumlah $2.2 juta dolar selepas mereka dipaksa memakai pakaian berjenama ketika bertugas.

Selain itu, beberapa bekas pekerjanya telah memfailkan saman sebanyak $40 juta dolar di atas layanan diskriminasi perkauman.


Aaron Aziz Seronok Dapat Meraikan Hari Bapa



KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Aaron Aziz meluahkan rasa gembira dan bersyukur dapat meraikan Hari Bapa bersama tetamu hari istimewa itu di PNB Darby Park di sini pada Sabtu.

Aaron berkata, dia teruja kerana selain dapat meraikan hari tersebut dengan bapa-bapa yang lain dalam satu majlis sama, dia juga dapat berkongsi pengalamannya sebagai seorang ketua keluarga bersama mereka.
“Sambutan itni mencipta satu kenangan terindah kerana ia dapat menghargai pengorbanan bapa di dalam sesebuah keluarga.

“Jujurnya saya seronok berada di majlis ini bersama bapa-bapa yang lain untuk meraikan hari istimewa kami,” ujarnya ketika ditemui selepas meraikan majlis makan tengah hari bersempena Hari Bapa di PNB Darby Park di sini.

Tambah Aaron, sambutan itu lebih istimewa apabila tiga anaknya iaitu, Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 turut hadir dan memberikannya hadiah pada majlis tersebut.

Selain Aaron sebagai penampilan istimewa, ia turut diacarakan oleh pelakon Fahrin Ahmad.
Dalam pada itu, ditanya mengenai sambutan hari bapa, Aaron berkata pada kebiasaan dia hanya akan meraikan hari istimewa itu dengan cara yang tidak formal bersama keluarga.

Aaron berkata, anak-anaknya akan membuat kad ucapan untuknya dan mereka akan menghabiskan masa bersama.

“Tiada apa yang terlalu istimewa sambutan Hari Bapa saya bersama keluarga dan paling penting mereka sentiasa bersama-sama saya dalam susah dan senang.

“Anak-anak adalah penggerak saya untuk terus berusaha dalam mengejar impian demi membahagiakan mereka,” ujarnya. – MStar

Sunday 17 June 2012

Kilafairy VS Zila Bakarin





Masa aku sedang tengok-tengok page artist kat Facebook (akaun Facebook aku sudah diaktifkan semula okeys), aku terperasan satu page kepunyaan Kilafairy, seorang artis yang agak baru dan digelar Angelina Jolie Malaysia...siapa gelar? korang carik sendirik...

So disebabkan bosan, aku pon browse la gambar-gambar dia ni haa...macam-macam gaya serta fesyen pakaian diperagakan....and of course lah tak menutup aurat...(yang aku pergi tengok kenapa kannn) and bila aku ternampak satu gambar die ni...aku teringat Zila Bakarin....sebab gaya dia ni dah ada dah tapi tetap tak boleh lawan gaya Zila Bakarin... kenapa? sila tengok gambar dibawah...



Sorry Kilafairy...gaya dah ada tapi champion tetap Zila Bakarin....tak tau lagi ade tak yang boleh challenge ini fesyen....dan di ingatkan juga kepada kanak-kanak, "Jangan Tiru Aksi Ini Di Rumah!" Buat kat sekolah takpe okeys...



- Posted using BlogPress from my iPad

Perfume Lady Gaga Mempunyai Bau Seperti Sperma?




Siapa yang tak kenal dengan penyanyi ber-imej pelik, Lady Gaga ni kan..Kalau dah pelik tu, sampai nak cipta produk pun jadi yang pelik-pelik..Aku tak kisah sangat dengan idea penyanyi nak cipta produk perfume sendiri, tapi aroma perfume tu pun dah semacam ja..Agak-agak korang la, macam mana perfume bau sperma ni ekk? Apa pun, meh terjah cerita kat bawah ni dulu..

Mungkin ada sesetengah orang yang tertunggu-tunggu akan perfume terbaru Lady Gaga yang dikatakan mempunyai aroma sperma dan darah. Setelah aroma perfume yang aneh tersebut dibocorkan, baru-baru ini penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘You and I’ itu mendedahkan botol perfume jenamanya.

Penyanyi tersebut mem-posting botol perfume terbarunya di Twitter. Penyanyi 26 tahun itu terpaksa mendedahkan rekaan perfumenya, setelah majalah Flare membocorkan maklumat mengenai reka bentuk botol perfume bernama ‘Fame’ itu.

“Looks like photos of my perfume are being leaked. Oh you fashion editors, I could just crinkle my hands at you!” tulis Lady Gaga di Twitter miliknya sambil mem-posting jenama perfumenya.
Gaga berasa terkilan dengan sikap editor dari majalah tersebut yang telah membocorkan maklumat mengenai perfumenya itu. Perbuatan ‘jahil’ si wartawan tersebut telah membuat Gaga mengambil tindakan dengan  mendedahkan produk perfumenya ke seluruh dunia melalui Twitter.
Kemasan botol perfume yang telah lama di tunggu-tunggu itu di dominasi dengan warna ungu dan emas. Warna emas terdapat pada penutup botolnya yang berbentuk seperti prisma.
Gaga juga telah mendedahkan beberapa perkara tentang perfumenya. Penyanyi yang mendapat jolokan ‘Mother Monster’ oleh para peminatnya itu menjelaskan bahawa perfume pertamanya itu khusus untuk golongan wanita.
“My perfume was designed for women, but a lot of my gay friends wear it,” tulis Gaga lagi.
Walaupun Gaga menyebut perfumenya beraroma seperti sperma dan darah, sebenarnya perfume tersebut tidak diperbuat dengan bahan-bahan yang menjijikkan itu.
Jika dilihat dari kandungan yang ada di belakang kotak botol perfumenya, ia hanya diperbuat daripada bahan-bahan dengan nama yang cukup aneh seperti tears of belladonna, crushed heart of tiger orchidea with a black veil of incense, pulverized apricot dan the combinative essences of saffron and honey drops. 




Perubahan Fiffy Natasya dulu dan kini












Fiffy Natasya Abdul Suhaimi
Nama Panggilan: Fify @ Fify Natasya Kawaii
Tarikh lahir: 26 April, 1993
Asal: Kelantan
Pembabitan seni: Sejak usia tujuh tahun menyertai kumpulan nasyid Wardah menghasilkan tiga album iaitu Mari Belajar Jawi, Mari Belajar Doa dan Mari Belajar Sembahyang.
Pernah berduet dengan Nassier Wahab dan Elly Mazlein menerusi lagu raya, Sketsa Di Pagi Raya.
Drama: Sephia (TV3), Misteri Syakila (TV3) Vanilla Coklat (TV3)
Filem: Cinta Kolestrol, I Know What U Did Last Raya.
Peperiksaan: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 4A 1B.
Penilaian Menengah Rendah (PMR) 7A 1B.
Fyi Kawaii adalah bahasa Jepun bermaksud Comel.


Friday 15 June 2012

Foto bogel Snooki tersebar! Foto bogel Snooki tersebar!

Bintang realiti televisyen popular, "Jersey Shore", Nicole Elizabeth "Snooki" Polizzi atau lebih popular dengan panggilan Snooki telah mencetuskan kontroversi apabila foto bogelnya kini mula tersebar luas di internet.

Menurut laporan daripada US Weekly, foto-foto tersebut memperlihatkan Snooki yang memakai bathrobe yang tidak diikat dan mendedahkan tubuhnya.
"Ianya jelas bahawa foto tersebut adalah foto lama dan peribadi yang bukan bertujuan untuk khalayak. Ia sangat memalukan apabila ada pihak yang menyebarkan foto tersebut untuk kepentingan diri," ujar jurucakap Snooki.

Sementara itu, Snooki yang kini sedang menanti kelahiran anak pertamanya telah mengambil keputusan untuk tinggal di luar Jersey Shore Seaside Heights untuk musim terakhir rancangan realiti tersebut bersama tunangnya Jionni LaValle.


Remy Ishak Masuk Wad Kerana Jangkitan Paru-Paru



PETALING JAYA:Gara-gara kurang rehat serta tidak cukup tidur, pelakon Remy Ishak, 30, menerima nasib malang apabila paru-parunya dijangkiti virus atau pneumonia sehingga terpaksa di tahan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak berkata, hal tersebut membuatkan dia terpaksa ditahan di hospital berkenaan sejak Isnin lalu dan perlu mendapatkan pemantauan daripada pihak doktor setiap masa.

“Saya perlu membuat pemeriksaan secara terperinci dan berehat secukupnya sebelum dibenarkan pulang.
“Mujur saya buat pemeriksaan doktor apabila berasa tidak sedap badan. Penyakit ini menyedarkan saya, sesibuk mana sekalipun, saya perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat.

“Doktor kata, ini semua berpunca daripada tidak cukup tidur, kurang rehat dan terlalu bekerja keras sehingga membuatkan antibodi saya menjadi lemah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Pneumonia merupakan penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru dan seseorang akan mengalami simptom-simptom seperti batuk serta selesema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan seterusnya menyerang paru-paru.

Bagaimanapun tambah Remy, penyakit itu perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelakkan menjadi lebih serius yang mungkin boleh meragut nyawa jika dibiarkan.

“Ini satu pengajaran buat saya dan ingin menasihatkan kepada semua supaya jagalah kesihatan sebaik mungkin. Terlalu kuat bekerja membuatkan kita lebih mudah untuk dapat penyakit.
“Saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku pada diri ini kerana ia sebenarnya memberi peringatan kepada saya supaya menjaga diri dengan baik,” ujarnya.

Beritahu Remy lagi, dia juga sedikit ralat apabila gagal hadir ke pelancaran filem Aku,Kau dan Dia yang diadakan pada Rabu lalu serta beberapa promosi filem Jiwa Taiko sepanjang tempoh ditahan dalam wad.
Sementara itu, ditanya mengenai status Twitter Remy yang merajuk apabila tidak diberi perhatian oleh kekasihnya, Tiz Zaqyah,ketika dia terlantar sakit, pelakon itu enggan memberi komen tentang hal berkenaan.
“Tak ada apa yang perlu dinyatakan tentang hal itu, saya tak mahu komen,” ujarnya.

ERRA FAZIRA AKUI SEDANG ALAMI DILEMA RUMAH TANGGA



Bukan sekali dua cerita atau khabar angin mengenai keretakan rumah tangga aktres jelita, Erra Fazira tersebar. Malah sehingga kini kisah peribadinya itu terus diperkatakan.
Namun, Erra Fazira sendiri akui rumah tangganya sama seperti pasangan berkahwin yang lain yang mana ada pasang surutnya.
Walaubagaimana pun, Erra tidak cepat melatah dengan kontroversi rumah tangganya itu. Sebaliknya tenang menjawab segala persoalan dari media.
“Saya tidak menafikan, khabar angin yang disampaikan oleh pihak tertentu ada yang betul dan ada juga yang tidak.
“Biasalah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya tidaklah sentiasa aman dan makmur kerana masalah dalam perkahwinan itu normal,” jelasnya.
Tidak mahu mengulas lanjut masalah yang sedang dialami rumah tangganya, sebaliknya Primadona Malaysia ini meminta supaya semua pihak memahami dengan dilema yang dihadapinya.
“Maaflah, setiap kata-kata saya perlu ada batasnya kerana ia kisah rumahtangga saya dan rasanya lebih baik jika saya tidak terlalu terbuka.
“Lagipun ada perkara yang saya perlu tutup dan saya harap orang di luar faham dengan delima yang saya alami,” luahnya lagi.
Sebelum ini terdapat media yang melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan bahawa suami, Engku Imran Engku Zainal Abidin sudah pun berkahwin lagi dan Erra sebenarnya sedang bermadu.
Erra walaubagaimanapun meminta supaya semua pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara tersebut.
Musykil tentang bagaimana khabar angin itu tersebar, Erra memberitahu mungkin ia berpunca selepas suaminya tidak lagi mengikutnya bersama ke majlis-majlis hiburan.
“Saya akui pada awal perkahwinan saya, suami sering juga ikut saya ke mana-mana dan kini dia tidak lagi berbuat demikian.
“Lagipun saya tidak boleh hendak memaksa Emran untuk mengikut saya dan saya perlu hormat keputusannya yang tidak berminat dalam dunia hiburan ini.
“Tambahan pula tidak semua orang suka lihat saya kerap membawa pasangan ke acara hiburan.
“Jadi saya tidak boleh nak ikut kehendak semua. Bagi pihak saya pula, terpulang kepada Emran untuk mengikut saya atau tidak,” tambahnya lagi.
Erra yang bakal memulakan penggambaran telemovie Mencari Juwita akan mula sibuk sehingga bulan Ramadan ini untuk menjalani latihan Teater Tun Siti Hasmah yang dijangka akan dipentaskan Ogos depan.

Foto : Gadis Comel Kekasih Hati Khairul Fahmi?


Wah, nampaknya Khairul Fahmi kembali semula mewarnai dunia kontroversi dengan barisan gadis yang jelita serta comel. Seorang peminat Harimau Malaya bertanya akan gerangannya gadis di atas ini dalam hati Khairul Fahmi. Adakah kekasih hati, atau rakan biasa? Ha, jawab ye KF! – tip daripada @nazzah

Dalam perkembangan lain pula, rakan media Rotikaya mengusik Khairul Fahmi & Leuniey menyorok kisah cinta mereka walaupun secara dasarnya mereka semakin berani menunjukkan kemesraan.

Siap ada cincin tanda cinta lagi tu. Wah, makin advance abang Khairul Fahmi ni!






Siapakah 5 Artis Awet Muda di Malaysia?


Siapaka 5 artis awet muda di Malaysia? Bagi mereka yang mengikuti dan meminati dunia seni tanah air, pasti dapat menjawab soalan ini. Jika ingin disenaraikan satu persatu, mungkin terlalu ramai artis di Malaysia ini berwajah awet muda, namun begitu bagi pihak OHBULAN! sendiri, kami telah memilih 5 artis awet muda Malaysia, di mana wajah mereka dari dahulu hingga sekarang tetap maintain cantik, anggun dan sentiasa kelihatan muda.

Berikut merupakan ranking 5 artis awet muda Malaysia.

Ziana Zain



Nora



Fauziah Latiff



Shiela Majid



Amy Mastura



Kesemua artis ini telah bertahta lama dalam industri seni tanah air dan memiliki peminatnya yang tersendiri. Jika dilihat dari awal penglibatan mereka dalam industri seni ini, wajah mereka dari dahulu hingga sekarang tidak banyak berubah. Kesemuanya masih kekal cantik dan menawan.
Sebenarnya masih ramai lagi artis-artis yang berwajah awet muda di Malaysia ini seperti Rozita Che Wan, Erra Fazira, Mas Idayu, Ifa Raziah, dan sebagainya. Jika ingin disebut satu persatu, pasti tidak terkira jumlahnya. Yang menjadi persoalannya, apakah rahsia awet muda artis-artis ini untuk kekal cantik?


Ji Hyun-woo cintakan Yoo In-na



JI HYUN-WOO dan Yoo In-na.

NAMA aktor Korea Selatan yang semakin meningkat naik, Ji Hyun-woo menjadi tajuk utama berita di Korea Selatan gara-gara keberaniannya meluahkan perasaan cinta terhadap aktres Yoo In-na pada majlis bertemu peminat drama lakonan mereka yang berjudul Queen Inhyun’s Man.
Selepas berdiam diri terhadap kontroversi terbaharu itu, agensi pengurusan In-na, YG Entertainment memberi kenyataan kepada pihak media.
“Nampaknya Hyun-woo melakukan kenyataan secara melulu. Selepas perbincangan, pihak kami memutuskan lebih baik untuk tidak membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung kontroversi itu,” ujar wakil agensi Yoo In-na.
Pada 7 Jun lalu, Hyun-woo secara mengejut meluahkan perasaan cinta kepada aktres itu di hadapan peminat.
“Saya mahu membuat pengakuan ini di hadapan peminat yang suka drama lakonan kami. Saya secara jujur cintakan Yoo In-na,” kata Hyun-woo.
Pengakuan secara mengejut Hyun-woo itu bukan sahaja mengelirukan peminat, kru drama tetapi juga In-na sendiri kerana Hyun-woo kelihatan jujur.
Drama Queen Inhyun’s Man sebanyak 16 episod itu segera mendapat tempat di hati peminat disebabkan keserasian antara mereka dan juga terdapat kontroversi kononnya mereka bercinta pada permulaan penggambaran.
Perkhabaran terbaharu yang diterima, aktor Hyun-woo bakal mendaftarkan diri untuk menyertai latihan ketenteraan pada Julai depan.

Thursday 14 June 2012

Lelaki Minta Tolong Polis Kerana Dipaksa Melakukan Seks Berulang Kali




Jerman – Gara-gara tidak tahan dengan kehendak seks yang terlampau kuat daripada seorang wanita yang baru dikenalinya, seorang lelaki terpaksa melarikan diri ke balkoni sebelum memanggil polis untuk menyelamatkannya.

Lelaki itu terpaksa berbuat demikian selepas wanita itu enggan melepaskannya dan menuntut dia melakukan seks berulang-ulang kali.

Kejadian berlaku di Munich, selepas lelaki berusia 43 tahun itu mengenali wanita terbabit di sebuah bar.

Selepas dia dibawa oleh wanita itu pulang ke rumahnya, mereka melakukan seks beberapa kali namun lelaki itu akhirnya keletihan dan mengalah selepas diajak melakukannya lagi.

Menurut polis, lelaki itu terpaksa memenuhi permintaan wanita itu hanya semata-mata supaya dapat keluar dari rumah berkenaan, namun gagal.

Namun kerana wanita itu berterusan mendesaknya, lelaki itu kemudian terpaksa memanggil polis.

Bukan itu, sahaja, sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian, wanita itu sebaliknya cuba menggoda anggota polis itu untuk melakukan hubungan seks.

Namun dia bukan sahaja gagal malah ditangkap dan kini berdepan tuduhan melakukan serangan seks.

FILEM AKSI TERAKHIR JACKIE CHAN



Jackie Chan, nama yang cukup sinonim dengn filem aksi dan beliau sememangnya cukup terkenal sebagai bintang filem aksi yang tiada tandingannya. Namun kini diusia 58 tahun beliau merasakan sudah tiba masanya untuk mengundur diri daripada berlakon filem bergenre tersebut.

Ianya diumumkan oleh Jackie Chan ketika sidang media filem terbarunya, Chinese Zodiac, minggu lalu, dan beliau memaklumkan itu adalah filem aksi terakhirnya. Keputusan Chan itu juga berkait rapat dengan prinsipnya yang tidak menyukai keganasan serta keinginan untuk mengejar impian sebagai pelakon sejati.

Solekan Gaya Korea Inspirasi “Hyuna 4Minutes”


Akhir-akhir ini trend fesyen korea ataupun dikenali sebagai trend K pop sedang meningkat dengan begitu mendadak. Bukan sahaja lagu-lagu dan fesyen pakaiannya sahaja menjadi ikutan,malah gaya solekan pada wajah artis K pop juga menjadi ikutan bagi para pengikut K pop ini.

Salah satu kumpulan penyanyi K pop wanita yang sangat terkenal adalah kumpulan “4 MINUTE”. Ahli kumpulan yang terdiri dari 5 orang ini memiliki raut wajah yang sangat comel dan cantik. Mereka juga sangat menitikberatkan soal solekan pada wajah mereka dari segi ton warna, kekemasan dan juga kensep solekan mereka.


Hyuna merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik “4minute” yang memiliki raut wajah yang seksi. Gaya solekan yang dirias pada wajah beliau menjadi tarikan kepada peminatnya agar menatarias wajah persis solekan yang beliau padankan.  Solekan yang tampak ringkas namun memberi impak menarik ini mampu membuat ramai tertarik untuk memilikinya juga.

Pihak OHBULAN! ada mendapatkan sedikit tips solekan persis solekan Hyuna dalam video clip lagu kumpulan beliau yang berjudul ‘Volume Up”. Bagi anda yang ini mencubanya bolehlah melihat video ini dengan selanjutnya. Selamat mencuba !




OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”