Saturday 19 May 2012

KELANTAN JUARA PIALA FA 2012

Keputusan Terkini Final Piala FA 2012 FULL TIME Kelantan vs Sime Darby 1 : 0 ghaddar -penalti 58′ KELANTAN JUARA PIALA FA 2012

FINAL PIALA FA 19 MEI 2012 Kelantan 1 sime Darby 0

Keputusan Terkini Final Piala FA 2012 second half Kelantan vs Sime Darby 1 : 0 ghaddar -penalti 58′

LINK LIVE STREAMING Pelawanan akhir piala fa 2012

KELANTAN VS SIME DARBY FINAL PIALA FA 19 MEI 2012 – SIARAN LANGSUNG DAN LIVE STREAMING Perlawanan Akhir Piala FA 2012 yang akan berlangsung malam ini, pastinya akan menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak negara. Pertembungan ini dijangka menarik kerana melibat sebuah pasukan yang kini merupakan kuasa besar dalam bola sepak Malaysia iaitu Kelantan FA dan sebuah kelab yang beraksi di Liga Perdana iaitu Sime Darby FC. Perhitungan ini akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam ini. Kedua-dua stesen televisyen RTM1 dan Astro Arena 801 akan menyiarkan siaran langsung final piala fa kelantan vs sime darby malam ini. Tiket final piala FA 2012 semakin hampir kehabisan dan dijangka perlawanan ini akan disaksikan oleh 80,000 penonton yang bakal memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil. Di atas kertas, Kelantan merupakan pilihan untuk menjuarai Piala FA kali ini. Dengan status sebagai antara pasukan yang berjaya dalam beberapa musim sebelum ini, Kelantan memiliki barisan yang mampu menjulang Piala FA 2012, selepas gagal melakukannya tahun lalu selepas tewas 1-2 kepada Terengganu. Walaubagaimanapun, kehadiran Sime Darby yang berjaya meloloskan diri sehingga ke perlawanan akhir seharusnya tidak boleh dipandang ringan. Berjaya mengenepikan Selangor, Johor FC dan menewaskan juara bertahan Terengganu di separuh akhir merupakan satu upset yang menjadi bualan peminat bola sepak tanahair. Dengan kehadiran, penyerang import mereka, Patrick Ronaldhino dibarisan serangan, sambil dibantu oleh barisan tengah yang bermain dengan baik, Sime Darby mungkin boleh melakukan kejutan di pentas Final Piala FA 2012 kali ini. Kelantan bakal mempertaruhkan gandingan Muhamad Ghaddar dan Norshahrul Idlan sekali lagi dibarisan hadapan sambil dibantu oleh Badri Radzi dan Indraputra dibarisan tengah. Kelantan harus menggunakan peluang ketiga beraksi di Final Piala FA ini untuk menebus kekecewaan selepas hanya menjadi naib juara pada tahun 2009 dan 2011. Jangan lupa saksikan siaran langsung Kelantan vs Sime Darby 19 Mei 2012 Final Piala FA di Astro Arena 801 dan rtm1 jam 8.45 malam ini. Keputusan terkini dan penuh perlawanan akhir Piala FA 2012 ini akan diupdated seperti biasa dari masa ke semasa. Link live streaming Kelantan vs Sime Darby Final Piala FA 19 Mei 2012 akan dikongsikan sejam sebelum perlawanan. Atau anda boleh melayari live stream RTM1 yang disediakan di dalam website ini. LIVE STREAMING RTM1 KELANTAN VS SIME DARBY 19 MEI 2012 Link
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”