Monday, 14 January 2013
[Video] Gadis Melakukan Seks Dengan Lebih 300 Lelaki, Lakukan.. Di Katil Ibu
Video] Gadis 15 Tahun Dah Bersetubuh Dengan Lebih 300 Orang Lelaki - Pada usia 15 tahun, Victoria Thompson tidak seperti mana-mana gadis-gadis muda lain. Pada usia 15 tahun beliau mahukan anak dan dia tidak keberatan untuk tidur dengan lebih 300 lelaki berlainan.
Beliau muncul di sebuah episod Maury yang tampil dalam episod “I’m in the 9th grade… You can’t stop me from having a baby!”.
Dalam kenyataan Victoria. Dia ingin menimang anak sebelum berusia 16 tahun.
Menurut Ibunya, Vicki, dia pernah terserampak anaknya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki tidak dikenali sebanyak tiga kali di dalam bilik tidurnya.
Pada kali pertama dia terserampak, dia memarahi anaknya. Pada ketika itu Victoria masih mendengar kata, tetapi selepas itu Victoria tidak mengendahkan langsung tegahan Ibunya.Pada tahun 2009, Victoria membuat kemunculan semula dalam episod Maury dengan berbadan dua. Pada ketika itu, Victoria berumur 19 tahun.
Dan pada Februari 2010, dia melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat, dengan nama, Joven Angel.
Pengarah Drama Ajak Zeehan Buat...
Pengarah Drama Ajak Zeehan Buat Seks - Satu lagi berita yang mengemparkan industri hiburan tanah air menghiasi muka depan akhbar Kosmo! hari ini. Laporan menyebut, seorang artis baharu, Zeehan Husin mendedahkan budaya kotor dunia seni tanah air masih berlak apabila dia dikejutkan dengan permintaan seorang pengarah terkenal untuk menajdi peneman tidur semata-mata bagi mendapatkan watak utama dalam drama arahannya.
Zeehan, 30, yang pernah muncul dalam drama bersiri seperti Pesona Sukma, Nur Kasih, Aku Tak Gila, Lela Manja dan Wanita Coklat itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut.
“Saya masih waras. Hingga kini saya tidak lagi ditawarkan berlakon oleh pegarah itu,”katanya yang mendakwa, ada artis baharu lain yang dipercayai telah menjadi mangsa pengarah tersebut.
Mangsa Habuan Seks Sila Lapor Pada Seniman
Sementara itu dalam laporan berasingan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan.
Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.
Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.
Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak.
ambillah tubuh dan rasalah,semua untukmu sayang
“Nah!. Sayang, ambillah tubuhku! Rasalah semua milikku! Ini untuk awak sayang. Awak mintak apa saja I akan kasi. Tapi jangan tinggalkan saya sayang”..
Wah best!.
Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?.
“No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”.
Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.
Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi dalam bilik terus (cayyalah wei).
Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang ).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!).
Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan.
2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. ‘Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.”..
“One switch at a time”. Apa maksudnya?
Si teman lelaki “……………….”.
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek.
Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.
Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut
“..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?.
Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je.
Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!.”..
Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan.
“Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan.
Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.”…
Betapa terkejutnya si kawan.
“Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.”
Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..
Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!.
Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.
Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!.
Last-last. Hidup dah tertekan.
Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian, menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.
Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat.
Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?.
No way!. U tunggu azab Allah!.
Read more: http://beritamy.blogspot.com/2013/01/sayangambillah-tubuh-dan-rasalahsemua.html#ixzz2Hw2g5eQs
Lisa Surihani Buat Laporan Polis, Wang RM50 Ribu Dalam Bank Hilang
Minggu lepas kecoh sebentar apabila seorang pengurus dikatakan telah membawa lari wang sebanyak RM40 ribu milik seorang penyanyi popular. Sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru lagi.
Hari ini, sebuah tabloid tempatan telah melaporkan bahawa Lisa Surihani dan ibunya, Siti Amira telah mengalami kerugian RM50 ribu apabila kad ATM mereka telah ditukar. Mereka hanya menyedari perkara ini apabila ibu Lisa mahu mengeluarkan wang pada pagi Jumaat lepas dan mendapati baki wang mereka telah berkurangan.
Menyedari perkara ini, Lisa dan ibunya segera merujuk pada pihak bank sebelum diberitahu kad ATM mereka sudah tidak boleh digunakan kerana telah ditukar oleh orang lain.
Lisa ketika dihubungi masih tidak memberikan apa-apa kenyataan penuh tapi hanya mengesahkan kes ini dalam siasatan polis dan akan memberi penjelasan selepas kes selesai.
“Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai. Apa yang boleh saya katakan laporan yang dibuat itu berkaitan dengan kehilangan wang,” katanya.
Taylor Swift Kecam Sebar Foto Separa
Taylor Swift, penyanyi lagu ‘You Belong To Me” mengecam sebuah laman web yang bertindak menyebarkan sekeping gambar separa bogel. Kecaman itu bukan dibuat secara suka-suka kerana ia dikaitkan dengan peribadi Taylor Swift yang selama ini bersih daripada kontroversi.
Laman web Celebrity Jihad mendakwa foto separa bogel itu disyaki menyerupai wajah sebenar Taylor Swift. Bagaimanapun, dakwaan itu tidak benar sama sekali. Ekoran daripada itu, Taylor Swift melalui peguamnya telah mengeluarkan sepucuk surat kepada laman berkenaan untuk menurunkan artikel tersebut dengan serta merta, atau mereka akan didakwa.
Surat tersebut menyebut, “mengandungi kandungan porno dan berita yang tidak benar.”
Setakat ini, Taylor Swift enggan memberikan sebarang komen mengenai isu hangat ini.
Raja ...ini berkahwin 37 kali sepanjang hidup
SEORANG lelaki yang berasal dari Bekasi, Indonesia, Otong Gunawan, 64, mengaku pernah menikahi 37 orang wanita sepanjang hidupnya. Lelaki yang bekerja sebagai penjual ubat perangsang seks dan memiliki tujuh orang anak itu tidak menampakkan riak malu ketika diminta menceritakan bagaimana dia boleh berkahwin dengan sebegitu ramai wanita.
"Ya, memang benar. Saya pernah berkahwin sebanyak 37 kali. Kebanyakan perkahwinan itu tidak kekal lama. Sekarang isteri saya tinggal tiga orang sahaja. "Saya mula menjadi kaki perempuan ketika berumur 24 tahun. Pada masa itu, saya sudah berkahwin dengan Wani, salah seorang daripada tiga isteri saya sekarang.
"Keinginan untuk berkahwin ramai semakin memuncak pada tahun 1981. Saya tidak pernah melupakan kesemua wanita yang pernah menjadi isteri saya antaranya Pipit, Siti, Djuju, Miah, Siti, Tumin, Sarah, Anah dan Isah. Nikah
"Mereka sah menjadi isteri saya hanya dengan berakad nikah di depan saksi nikah. "Tiada satu pun daripada mereka yang berkahwin secara rasmi dengan saya di pejabat agama," ujar Otong yang secara purata berkahwin dan bercerai setiap dua bulan sekali.
Di Indonesia, perkahwinan secara rahsia itu dikenali sebagai nikah siri. Otong memberitahu, dia akan membayar sesiapa sahaja yang sanggup menjadi saksi perkahwinannya. Setiap kali berkahwin, dia akan mengambil gambar bersama pasangannya sebagai bukti mereka sah bergelar suami isteri sebelum menyimpan gambar itu dalam sebuah fail.
"Sayangnya fail itu hanyut dalam kejadian banjir pada tahun 2007. Sebahagian besar perceraian berlaku bukan disebabkan oleh isteri tetapi saya yang cepat bosan dengan mereka," dedahnya. Tambahnya, dalam perkahwinan bersama isteri pertama, Tian Wani, 60, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata tetapi salah seorang daripadanya meninggal dunia.
Otong memperoleh seorang anak masing-masing hasil perkahwinan bersama isteri kedua dan ketiga, Ujan, 58, dan Kami, 50. Menurut Detik.com, Otong juga mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan sekumpulan wanita dalam masa dua jam.
"Saya dicabar oleh seorang rakan untuk membuktikan kejantanan saya tanpa menggunakan ubat perangsang seks," kata Otong yang pernah dipenjarakan selama empat tahun atas kesalahan bergaduh. Otong bertaubat daripada melanggan pelacur selepas dia dijangkiti penyakit kelamin iaitu sifilis. Selepas sembuh, barulah Otong berkahwin dengan seorang demi seorang wanita.
Ilmu Rupa paras Otong yang berketurunan Tionghua menyebabkan dia menjadi kegilaan ramai wanita. Selain itu, dia turut mempelajari ilmu mistik daripada ilmu kebal sehinggalah ke ilmu pengasih. Ilmu itulah kata Otong yang menjadi kunci kebahagiaan dia bersama isteri-isterinya.
"Semua ilmu sudah dipelajari. Saya juga pernah tidur dengan semua jenis perempuan termasuk seluruh suku di Indonesia. "Tidak ada seorang pun wanita itu yang menolak. Saya kan Raja Seks," ujarnya yang akan membahagikan wang keuntungan menjual ubat seks kepada ketiga-tiga isterinya.
Tetapi kini rezekinya sudah merosot namun dia beruntung kerana semua isterinya ada sumber kewangan sendiri. Otong merupakan anak kepada seorang petani di Babelan, Bekasi.
"Saya ada seorang adik yang kini menjual rokok. Saya belajar tidak tinggi. Saya terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu membayar yuran. "Saya mula menjual ubat pada tahun 1975 apabila secara tiba-tiba diminta membelikan ubat kuat oleh seseorang yang tidak dikenali di tepi stesen kereta api di Pulogadung, Jakarta Timur.
"Sejak itu, ramai yang beranggapan saya seorang penjual ubat kuat, lalu saya pun membuka sebuah kios menjual ubat sampai sekarang," cerita Otong. Jelas Otong, walaupun beristeri ramai, dia tidak pernah mengambil ubat kuat yang dijualnya apabila ingin bersama isterinya.
Isteri ketiga Otong yang bernama Kami mengakui kegilaan suaminya itu terhadap perempuan sukar dibendung. "Saya tidak tahu bagaimana boleh jatuh cinta kepadanya. Saya cuma suka padanya dan kami terus berkahwin," ujarnya yang tinggal di sebuah rumah sewa di Pulogadung.
Rumah sewa yang bersaiz sederhana itu hanya mempunyai sebuah ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Rumah itu terletak di kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai.
Ujar Kami, walaupun suaminya itu gemar bertukar-tukar pasangan, dia akan tetap setia menjadi isteri Otong. Malangnya, Otong kini boleh melupakan lautan nafsunya itu.
Sejak enam bulan lalu, dia mengalami mati pucuk akibat penyakit diabetes. "Alat kelamin saya sudah tidak berfungsi, sudah lebih enam bulan," katanya yang sekarang berpantang daripada makan kambing dan makanan laut.
Gadis jual 'pelukan' untuk beli IPhone 5
Meskipun terbilang berharga mahal, kini Apple telah menjadi idola di China. Bahkan demi dapat membeli peranti Apple idamannya, seorang gadis manis di negara komunis ini rela menjual pelukannya.
China termasuk negara-negara membangun yang kaum mudanya menggilai peranti-peranti besutan Apple.
Jika sebelumnya ada seorang mahasiswi 'menjual diri' demi sebuah iPhone 4S dan seorang pemuda rela menjual buah pinggang untuk boleh membeli iPad 2, kali iini ada seorang gadis yang mengumpulkan wang untuk membeli iPhone 5 dengan menjual pelukannya.
Di Xiamen, sebuah bandar besar di tenggara China, seorang gadis berpakaian hitam tampak berdiri di kaki lima jalan yang ramai. Ia memegang selembar potongan kartus bertuliskan "10 Yuan untuk pelukan, sedang mengumpul wang demi iPhone 5".
Dipetik MicGadget, gadis yang cantik itu berjaya menarik perhatian dan dengan cepat dikelilingi pejalan yang lewat di sisinya. Dalam waktu sekitar 10 minit, ia tampak memeluk tiga orang lelaki yang memang sengaja menghampiri dirinya.
Persoalannya, berapa banyak pelukan yang ia mesti berikan untuk mendapatkan sebuah iPhone 5 idamannya?
Di China, peranti telefon pintar terbaru besutan Apple ini dijual mulai dari harga 5.288 Yuan atau bersamaan dengan RM 2900.
Jadi untuk dapat membeli iPhone 5, si gadis harus memberikan pelukan sebanyak 529 pelukan! Kejadian ini langsung menjadi perbincangan di dunia maya di China.
murid berjaya dirakam,guru dipecat.
Beberapa keping gambar aksi seks seorang pengetua sekolah menengah di China dari wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng tersebar di internet. Foto-foto berkenaan memperlihatkan aksi Mo Peng memeluk pelajar perempuan yang juga dalam keadaan bogel hingga menyebabkan masyarakat umum menjadi marah.
Individu yang memuatnaik gambar tersebut menuduh Mo Peng menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil kesempatan ke atas 18 orang pelajar perempuan serta menggelapkan wang hampir 4,960,000 RMB (RM 2.4 juta). Biro aduan pendidikan tempatana telah mengumumkan Mo Peng telah dipecat dari jawatannya dan siasatan sedang dijalankan.
America's Next Top Model Di Twitter
LOS ANGELES - Pemenang program realiti televisyen, America's Next Top Model yang pertama, Adrianne Curry menyiarkan beberapa gambar termasuk dalam keadaan bogel di laman Twitter miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gambar di dalam bilik mandi itu menunjukkan tubuhnya yang hanya ditutupi oleh buih sabun dengan kedudukan sedikit mengiring.
Model terkenal berusia 27 tahun itu telah berkahwin dengan pelakon siri televisyen The Brady Bunch, Christopher Knight dalam satu majlis perkahwinan pada tahun 2006.
Di bawah gambar itu mengandungi mesej: "Saya sentiasa berpegang kepada janji."
Adrianne dikatakan sangat gemar menggunakan Twitter. Sebelum ini, dia pernah menghantar gambar kurang senonoh ketika bermain permainan World Of Warcraft
khidmat s@x di Pusat Snuker?
KLANG: Pakej snuker GRO. Itu tarikan istimewa sebuah premis berselindung di sebalik papan tanda kononnya beroperasi sebagai kafe di Bandar Botanic, di sini, yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan (GRO) untuk hiburan pelanggan di samping bermain snuker.
Tarikan itu menyebabkan premis berkenaan menjadi tumpuan pengunjung lelaki hidung belang untuk berhibur dengan wanita GRO yang kebanyakannya warga asing.
Bagaimanapun, taktik itu terbongkar apabila premis itu diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula jam 11.45 malam, kelmarin.
Ketua operasi, Inspektor Othman Mahat ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu berkata, 12 GRO warga asing ditahan. “Sembilan daripada GRO yang ditahan itu warga Vietnam manakala tiga lagi warga Thailand yang berumur 25 hingga 37 tahun.
“Ops Noda ini dilaksanakan selepas risikan dibuat selain aduan awam. Kami dapati premis itu sudah beroperasi lebih kurang empat bulan.
“Kami sudah membuat intipan ke atas premis ini selama empat hari untuk mengenal pasti pekerja dan pelanggan kelab itu sebelum menyerbu premis terbabit,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap GRO itu mendapati semua mereka masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan dan tidak mempunyai pasport.
Turut ditahan ialah seorang lelaki dipercayai penjaga premis itu, warga tempatan berumur 35 tahun.
“Dalam operasi itu juga, lebih 30 pelanggan berumur 22 hingga 55 tahun yang melanggan GRO dalam premis itu ditahan sementara untuk diambil keterangan.
“Semua GRO dan penjaga premis yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Othman berkata, semua GRO itu disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
“Penjaga premis itu pula disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 Pindaan 1998, 2001 kerana menjalankan aktiviti perniagaan hiburan tanpa lesen daripada pihak berkuasa,” katanya.
Cara Baru Curi Duit
Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.
Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya Account Bank tanpa Card. mungkin ramai yang belum tahu kes ni. so, aku nasihatkan korang berhati-hati masa masukkan Card dan No. PIN di mesin ATM (Bank). kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan Card dan No. PIN. kes ni banyak berlaku di Indonesea.
Teknologi akan datang
SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2013 kali ini mempamerkan pelbagai gajet sama ada masih dalam prototaip atau akan berada di pasaran.
CES 2013 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) adalah tempat di mana pengeluar gajet pengguna tidak kira besar atau kecil atau dari mana saja berkumpul bagi mempamerkan produk masing-masing.
TELEFON KALIS AIR
INILAH telefon mudah alih yang boleh digunakan semasa mandi atau berendam di dalam kolam tanpa bimbang malah masih boleh digunakan selepas terjatuh.
Telefon bimbit terkini Sony iaitu SonyXperia Z diharap dapat mengambil alih tempat telefon bimbit yang sekelas dengannya.
Telefon dengan skrin selebar 12.7 cm boleh bertahan dalam air sehingga kedalaman satu meter selama 30 minit.
Apa yang lebih menarik, telefon berkenaan boleh dibasuh di bawah air paip.
Pihak Sony menambah, satu daripada 10 orang pasti menjatuhkan telefon mereka dan ini akan dapat membantu.
Paparan telefon ini mempunyai resolusi yang paling tinggi dalam dunia telefon mudah alih mengalahkan Retina iPhone.
Skrin selebar 5 inci mempunyai piksel setanding dengan tv skrin nipis Full HD 55 inci yang jelas dan mewah dengan warna.
Nampaknya Sony Xperia Z adalah cabaran uatam dalam pasaran Galaxy SIII dan Apple iPhone 5.
Selain itu gajet ini dilengkapi kamera resolusi tinggi 13 megapiksel.
Hari-hari nasi orang kahwin
TAK perlu menunggu nasi minyak adik, kakak, saudara-mara, jiran atau rakan-rakan pada hujung minggu mahupun ketika cuti sekolah yang sinonim dengan musim orang kahwin kerana anda boleh menikmati nasi kenduri itu pada hari biasa di Nasi Minyak House!
Terletak di Presint 15, Putrajaya, restoran yang diusahakan sekeluarga ini menyediakan pilihan nasi kenduri iaitu nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi beriani.
Tidak lengkap nasi kenduri kalau tidak bersertakan pilihan lauk pengantin untuk dipadankan iaitu ayam goreng berempah, ayam merah, daging masak hitam atau kuzi kambing yang merupakan resipi rahsia keluarga pemilik restoran, Saiful Adlin Ahmad.
Ujar Saiful, idea membuka restoran tersebut muncul memandangkan nasi minyak yang dimasak ibunya, Wan Mas Wan Nik yang berasal dari Terengganu merupakan masakan kegemaran sekeluarga terutama tiap kali menjelang raya.
"Nasi minyak sememangnya terkenal di Terengganu. Tetapi di sana, mereka banyak menggunakan kunyit bagi menaikkan warna kuning, berbeza dengan resipi ibu saya yang banyak menggunakan rempah, minyak sapi dan bahan-bahan lain.
"Lauk seperti daging masak hitam paling digemari untuk digabungkan bersama nasi minyak dan proses menyediakan resipi ini bukannya mudah kerana memerlukan masa sehingga lima jam bagi menyiapkannya.
"Kami turut menyediakan nasi hujan panas dan nasi beriani bagi memenuhi permintaan pelanggan yang rindukan nasi bermusim itu," ujarnya yang turut menyediakan pelbagai masakan lain seperti nasi lemak, mi rebus, mi kari dan masakan Barat di restorannya.
Bagi nasi minyak, Wan Mas yang memasak sendiri kesemua hidangan di restoran itu memulakan masakan dengan menumis bawang, halia dan rempah-rempah lain serta menggunakan minyak sapi berkualiti, rempah kurma, puri tomato, sedikit susu cair diakhiri dengan kismis.
Bagi nasi hujan panas pula, Wan Mas banyak menggabungkan rempah kurma dan sup bersama-sama puri tomato dan susu cair, diakhiri dengan lobak, kismis serta tiga jenis warna bagi mewarna-warnikan nasi tersebut.
Berkongsi petua, Wan Mas berkata, sukatan air perlulah betul bagi setiap nasi untuk memastikan nasi gebu. Dia turut menggunakan beras basmathi.
Menu lain yang turut menjadi tumpuan pelanggan di Nasi Minyak House adalah Hot Cheezy iaitu roti paratha diisi dengan inti telur dan keju, ketam dan keju atau ayam lada hitam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130113/ke_03/Hari-hari-nasi-orang-kahwin#ixzz2Hv065U3q
© Utusan Melayu (M) Bhd
Remaja gila gajet
BAGAIKAN tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit, itulah yang boleh diertikan kepada perilaku remaja hari ini yang sangat bergantung hidup terhadap pelbagai gajet berteknologi pintar.
Tidak kira di mana mahupun bila, pasti kita akan melihat ramai di antara remaja yang tidak henti-henti membelek telefon di tangan mereka walaupun sedang bersama keluarga mahupun rakan.
Perkara ini turut mendapat perhatian kerajaan dengan pemberian rebat sebanyak RM200 untuk remaja berumur 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan RM3,000 ke bawah.
Ini secara tidak langsung menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan generasi muda mampu mendapatkan perkhidmatan Internet melalui telefon pintar.
Mungkin ada yang mengatakan golongan ini antisosial tetapi dakwaan itu boleh diketepikan dengan alasan dunia Internet turut menyediakan laman untuk bersosial. Itulah realitinya iaitu remaja dan gajet seperti tidak dapat dipisahkan pada hari ini.
Tinjauan di pusat tumpuan utama sekitar Kuala Lumpur termasuk restoran mamak mendapati golongan itu tidak lekang dengan telefon bimbit masing-masing.
Kebanyakan mereka menggunakan telefon pintar dengan pelbagai fungsi dan aplikasi menarik yang membolehkan mereka berhubung di alam maya dengan mudah.
Fokus minggu ini melihat sejauh mana kegilaan remaja terhadap gajet pintar dan kesannya kepada diri dan masyarakat sekeliling.
Mari ikuti kisah dan pandangan remaja itu sendiri serta pakar-pakar tentang perkara yang sedang melanda generasi muda hari ini.
Bahaya kanta lekap
LAMBAKAN kanta lekap murah di pasaran mahupun dalam talian (online) nyata membuatkan mereka yang gila fesyen berpusu-pusu memilikinya tanpa menyedari kesan sampingan yang amat berbahaya terhadap mata mereka.
Trend memakai kanta lekap berwarna sebenarnya sudah lama menular dalam kalangan remaja terutamanya mereka yang masih bersekolah memandangkan harga yang ditawarkan amat rendah sekitar RM20 hingga RM30 sepasang.
Jadi, sebahagian daripada pengguna sanggup mengambil risiko asalkan mata mereka tampak cantik yang kononnya mengikut peredaran fesyen terkini dengan alasan mahu meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan masyarakat.
Kamu harus tahu bahawa kanta lekap sebenarnya berfungsi bagi menggantikan cermin mata untuk memperbaiki kecacatan refraksi pada mata, di samping menjadi pelindung bagi beberapa jenis penyakit kornea.
Memang tidak dapat dinafikan, kanta lekap berperanan besar sebagai alternatif membantu si pemakai menghadapi gangguan penglihatan, namun risikonya yang berbahaya perlu kamu tanggung sekiranya cara penggunaannya tidak dipatuhi.
Sekiranya masih ada yang memilih untuk menggunakan kanta lekap, sila pastikan tiada perkataan malas dalam kamus hidup kamu kerana kamu perlu disiplinkan diri agar aspek kebersihan mata, tangan dan udara di sekeliling kamu benar-benar terjaga.
Berikut, .com kongsikan sedikit maklumat tentang kanta lekap sebagai pendedahan untuk mengelakkan sebarang komplikasi lebih buruk berlaku, selain menjadi bimbingan kepada mereka yang masih memilih untuk menggunakan kanta lekap.
Bantah perkahwinan sejenis
PARIS 13 Jan. - Beratus ribu penduduk berarak di Paris hari ini bagi membantah rancangan pelaksanaan rang undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis di Perancis.
Lima buah kereta api laju, 900 buah bas dan sejumlah kereta memasuki Paris dengan membawa penunjuk perasaan bagi membantah pelaksanaan penggubalan undang-undang tersebut oleh Presiden, Francois Hollande menjelang Jun ini.
Penunjuk perasaan yang disokong gereja Katholik dan terdiri daripada anggota parti politik konservatif, pergerakan Islam dan penduduk menentang perkahwinan sejenis berkenaan berkumpul di Menara Eiffel pada lewat petang ini.
Mereka berarak dalam cuaca sejuk bagi membantah penggubalan undang-undang itu yang dijanjikan Hollande dalam kempen pilihan raya Presiden dan dijangka diluluskan dengan mudah kerana partinya mempunyai kuasa majoriti di Parlimen.
Ini adalah saya - Sakinah
PANTAS sahaja suasana yang sunyi berubah riuh saat wanita berusia 24 tahun ini melangkah masuk ke ruang solek di studio Utusan Melayu tempoh hari. Bait-bait tuturnya umpama sang murai. Ada sahaja yang ingin diperkatakan.
Melihat situasi itu, sedikit sebanyak menjawab persoalan mengapa Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar ini sering digelar perempuan bermulut kepoh.
Ada benarnya bila ada yang berkata tidak semua orang suka melihat atau mendengar perempuan becok dan kepoh tak tentu pasal.
Lebih-lebih lagi, kalau seseorang perempuan itu bercakap tanpa menggunakan akal waras selain sengaja berkelakuan begitu untuk menarik perhatian.
Bukan apa, silap hari bulan dari rasa suka berubah jadi menyampah gara-gara sikap yang dipamerkan boleh dianggap menjengkelkan dan menyakitkan mata.
Itu antara yang dilemparkan pada wanita yang mesra disapa Sakinah ini.
Sebagai pelakon baru, Sakinah adalah antara artis yang tidak terkecuali menjadi mangsa mereka yang mengangkat diri sebagai pakar mencari kesalahan orang.
Bezanya cuma kesalahan Sakinah itu cukup ketara. Semuanya angkara mulut. Bukan setakat kecoh malah dia juga dilabel sebagai wanita bermulut laser.
Mengajaknya berkongsi pandangan mengenai hal itu, ternyata pelakon Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini punya alasan sendiri apabila dituduh sebegitu rupa.
Karakter saya memang begini dan bukannya dibuat-buat. Saya suka buat suasana jadi hidup dengan mulut riuh saya.
Dah tentulah saya suka bergurau. Kalau orang yang dah lama kenal saya, mereka akan tahu malah boleh bezakan antara gurauan dan mulut laser.
Tapi setakat ini saya berani cakap yang saya tak pernah bermulut laser dengan orang yang saya tak kenal. Sekecoh-kecoh saya, tidaklah sampai tak tahu batasan. Saya tahu di mana had saya," katanya.
Mengaku dirinya punya karakter happy go lucky, Sakinah sedar bahawa sikapnya itu kadangkala membuatkan orang berasa tidak selesa untuk mendekati dirinya.
Biasalah, mungkin ada yang tak suka perempuan mulut kecoh macam saya ini. Kalau ikutkan, kita buat apa pun, bukan semua orang suka.
Kadang-kadang saya hairan juga, kalau kita diam orang kata kita sombong. Kalau kita peramah dan mudah mesra pula, orang kata kita kecoh dan mulut laser.
Habis tu macam mana?" soal Sakinah yang sebelum ini pernah mencipta kontroversi dengan Gambit Saifullah dan Julia Ziegler gara-gara didakwa menjaja cerita kurang enak tentang kedua-dua artis tersebut.
Klon Shira
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa wanita berbintang Gemini ini sebenarnya adalah adik kepada pelakon Sharifah Norhaslinda (Lin) dan Sharifah Shahirah (Shira).
Namun antara kedua-dua kakaknya itu, Sakinah mengakui lebih menyerupai Shira dalam segala hal.
Mereka punya banyak persamaan. Paling ketara, tentu sekali bermulut becok!
Melihat keadaan itu maka ramai yang menganggap Sakinah cuba menjadi seperti Shira apabila memasuki industri hiburan penuh glamor ini.
Masakan tidak, segala tindak tanduk, tutur kata, becok mulutnya, di mata kasar, saling tak tumpah seperti kakaknya itu. Ini jawapan si bongsu itu:
Dari kecil kami cukup rapat sampaikan saya menetap di rumahnya. Macam manalah kami ini tak serupa?
Setiap hari kami berjumpa, berbual, buat kecoh, pendek kata cara pergaulan saya dengan dia sentiasa ada dan sama. Saya dah sebati dengan Shira.
Kalau ikutkan, sebenarnya saya ini umpama gabungan dua karakter. Baik Lin dan Shira. Ada masa saya boleh jadi macam Lin yang lebih tegas dan serius. Namun tak dinafikan, kebanyakan masa saya riuh seperti Shira.
Jujurnya, kedua-dua memainkan peranan yang penting dalam membentuk saya sekarang.
Tak kisahlah orang nak cakap apa. Tapi kalau ini yang ditimbulkan dan orang bertanya adakah saya nak jadi macam Shira, ini jawapan saya. Saya tak tiru dia tetapi saya adalah dia." ujarnya serius.
Tahu bahawa gelaran itu mungkin sukar dikikis Sakinah buat masa ini, wanita ini bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan Lin dan Shira sebagai kakaknya.
Sejujurnya, saya rasa bertuah kerana ada kakak seperti mereka yang tak pernah lokek ilmu dan pengalaman sepanjang mengharungi suka duka sebagai anak seni.
Malah saya juga beruntung kerana Lin dan Shira banyak beri tunjuk ajar. Contohnya Lin tegas dalam soal kecantikan, imej dan penampilan sehinggalah kepada soal membaca skrip.
Sementara Shira banyak beri tunjuk ajar dalam bab pergaulan dengan rakan-rakan artis dan orang dalam industri. Banyak kali saya dipesan agar jangan sombong, jangan berlagak diva dan sebagainya.
Shira memang pantang dalam hal ini kerana itu dia tak mahu saya terlibat dengan kontroversi. Kalau boleh saya juga mahu elak benda-benda begini," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130113/hi_01/Ini-adalah-saya---Sakinah#ixzz2HuxqgsTO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Polis akan teliti video, gambar
KUALA LUMPUR 13 Jan. - Polis akan meneliti kesemua rakaman video dan gambar semasa himpunan pembangkang di ibu negara semalam bagi mengesan mereka yang melanggar syarat yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, semua bukti itu termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dikumpul daripada pelbagai sumber termasuk pihak media bagi membantu siasatan kes.
Tambahnya, polis juga menubuhkan satu pasukan khas yang akan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bagi mempercepatkan siasatan selain menambah bilangan pegawai penyiasat.
"Diharapkan dengan pertambahan pegawai penyiasat dalam pasukan yang ditubuhkan ini mampu melancarkan proses siasatan dan menangkap pesalah terlibat.
4 jam ‘ditawan’ penjenayah
Permatang Pauh: Membonceng motosikal sejauh 70 kilometer bersama penjenayah yang sedang diburu polis menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan Mohd Khairul Anaz Fadzly, 19, selepas menjadi ‘tawanan’ selama empat jam kepada lelaki terbabit, malam kelmarin.
“Saya mengikut kemahuan lelaki itu kerana takut dicederakan selain bimbang motosikal dibawa lari.
“Saya dibawa melalui jalan kampung dari Bukit Indera Muda menuju ke Sungai Bakap, Bandar Perda, Pekan Bukit Mertajam sebelum kembali ke Berapit,” katanya.
Menurutnya, dia meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah kafe siber selepas membuat helah terpaksa mengambil adiknya yang pulang kerja dan memberi wang RM5.
Katanya, kesempatan itu digunakannya ke Balai Polis Kubang Semang untuk memaklumkan mengenai lelaki itu sebelum sepasukan polis menahannya yang masih berada di dalam kafe siber terbabit.
Jupe minta maaf
Kuala Lumpur: Pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez menyatakan permohonan maaf kepada rakyat di negara ini terutama penggiat seni tanah air dan pelakon berhubung kritikan dikeluarkan kononnya drama dan filem negara ini tidak berkualiti.
Permohonan maaf itu dikemukakan Julia menerusi e-mel kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dua minggu lalu dan beliau menyatakan kekesalan terhadap tindakannya itu.
Zed berkata, kini terpulang kepada semua artis Malaysia terutama pelakon dan pengarah filem sama ada memaafkan pelakon itu atau sebaliknya.
“Bagi SENIMAN, permohonan maaf itu sudah mencukupi dan sekurang-kurangnya Julia menghormati budaya dan sensitiviti negara ini. Tambahan pula dia (Julia) adalah pekerja asing yang mahu berlakon di sini,” katanya.
Julia Perez
Julia sebelum ini pernah mencetuskan kemarahan dan kontroversi industri seni tanah air sejurus belum menjalani penggambaran filem Sentuhan Malam Pertama arahan Murali Abdullah, dia sudah mengutuk drama dan filem negara ini.
Tayar treler hentam rumah
Bagan Serai: Seorang pemuda tidak menyangka bunyi dentuman kuat dari arah bumbung rumahnya berpunca daripada dua biji tayar yang tercabut dari sebuah treler sebelum melantun dan menghempap kediamannya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 petang di Kampung Telok Medan itu, mangsa, Muhammad Syukri Hafiz Ibrahim, 28, mendakwa bumbung rumahnya rosak, selain sebuah kereta Perodua Viva milik ahli keluarganya remuk akibat dihempap bumbung rumah yang runtuh selepas hentaman dua biji tayar seberat 120 kilogram itu.
Muhammad Syukri berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.
Menurutnya, dia bersyukur kerana tidak cedera, namun rumahnya mengalami kerosakan teruk, terutama di bahagian bumbung menyebabkan kerugian kira-kira RM10,000.
“Pada mulanya saya terdengar bunyi dahan patah dan tidak menyangka sesuatu yang buruk sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat itu.
“Saya segera keluar dari rumah untuk memeriksa sebelum mendapati dua biji tayar ‘melekat’ pada bumbung rumah,” katanya, semalam.
Katanya, dia sempat melihat treler berkenaan tidak jauh dari rumahnya dan percaya pemandunya tidak sedar tayar belakangnya tercabut sebelum melantun dan menghempap rumahnya.
Muhammad Syukri berkata, pemandu treler berkenaan bagaimanapun menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang penunggang motosikal yang terlihat insiden.
Upah lima samseng belasah kekasih anak
Gamabr hiasan
Temerloh: Akibat berang apabila mengetahui anak gadisnya yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah memadu kasih dengan teman lelakinya, seorang bapa dipercayai mengupah lima samseng untuk membelasah teman lelaki gadis itu sehingga mangsa parah dalam kejadian di Jalan Industri, Mentakab, dekat sini, pagi kelmarin.
Akibat kejadian pada jam 11 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun yang juga pemandu jengkaut ditahan di Wad Kenanga, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), dekat sini, akibat retak tulang leher, retak tulang rahang mulut selain patah tangan kanan.
Sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya di Kampung Belenggu, Jalan Industri Temerloh-Mentakab bersama teman wanitanya berusia 20 tahun berbual sebelum didatangi lima lelaki terbabit.
Bagaimanapun, tanpa memperkenalkan diri, lima lelaki terbabit memaksa mangsa bersama teman wanitanya mengikut mereka ke satu lokasi kerana seseorang individu menunggu.
Mangsa yang terpinga-pinga dikawal lima lelaki itu sebelum bertemu bapa teman wanitanya sebelum kelima-lima lelaki terbabit diarah membelasah mangsa.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, selepas melihat mangsa lemah, lima lelaki terbabit membawa mangsa ke belakang bangunan sebuah kafe siber sebelum diikat dan dibelasah suspek termasuk seorang daripada mereka menggunakan rantai basikal.
Pelajar derita ketumbuhan ovari diarah berhenti sekolah
Gamabr hisan
Kuantan: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan, di sini, yang menderita penyakit ketumbuhan ovari, bukan saja berdepan pandangan serong masyarakat terhadap keadaan perutnya yang membesar, malah berdepan kemungkinan terpaksa berhenti sekolah.
Pelajar terbabit, Widdad Shairi, 17, berkata, selain disangka hamil anak luar nikah berikutan perutnya seperti orang mengandung, dia juga diminta pihak pengurusan sekolah supaya berhenti sekolah kerana gagal hadir sejak sesi persekolahan bermula awal Januari lalu.
“Saya lebih risau mengenai pembelajaran kerana tidak pernah ke sekolah sejak sesi persekolahan bermula, lebih-lebih lagi saya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.
“Disebabkan masalah itu juga, ada guru yang menyuruh saya berhenti sekolah dan menyambung semula pada tahun depan,” kata Widdad ketika ditemui di rumahnya di Balok Pine, di sini, semalam.
Mengenai penyakit dihidapinya, Widdad berkata, dia mula mengesan ketumbuhan itu pada November tahun lalu selepas berasa sakit pada bahagian kiri perut sebelum melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik swasta pada 10 Januari lalu.
“Pada mulanya doktor memberitahu saya mengalami masalah hati dan limpa selain menyarankan saya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, tetapi terkejut apabila saya disahkan mengalami ketumbuhan ovari.
“Saya dijangka akan menjalani pembedahan pada 25 Januari ini dan esok (hari ini), saya sekali lagi akan membuat pemeriksaan doktor di HTAA termasuk melakukan imbasan tomogafi berkomputer (CT Scan) dan Sinar-X,” katanya.
Ibu Widdad, Rohani Osman, 43, berkata, dia terkilan apabila pihak pengurusan sekolah menyuruh anaknya mengisi borang berhenti sekolah dan menyambung semula pembelajaran pada tahun depan.
“Saya terkejut dengan saranan guru itu dan menganggap tindakan terbabit tidak patut kerana anak saya boleh kembali ke sekolah selepas dia berjaya menjalani pembedahan dan kesihatannya pulih,” katanya. Terdahulu, Widdad menerima sumbangan wang tunai daripada Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) serta Kumpulan Baca Yasin Balok Pine, semalam.
Wanita hilang sabar anak dinod@, dipukul
Kuala Lumpur: Selepas lebih dua tahun mendiamkan diri terhadap tindakan teman lelaki anaknya memukul dan merogol mangsa, seorang ibu akhirnya tampil membuat laporan polis selepas lelaki itu melarikan anaknya.
Sumber polis berkata, mangsa yang berumur 19 tahun itu dikatakan sudah menjalin hubungan cinta dengan suspek berusia 27 tahun sejak awal tahun lalu.
“Pada mulanya ibu mangsa merestui hubungan cinta itu, namun selepas beberapa bulan suspek sering memukul mangsa hingga cedera.
“Bagaimanapun, wanita itu tidak membuat laporan polis kerana suspek memohon maaf dan berjanji berubah.
“Biarpun suspek pernah merogol mangsa, namun wanita itu masih bersabar selepas suspek menyatakan kesanggupannya untuk bertanggungjawab,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, pada 16 Disember lalu, wanita itu hilang sabar apabila suspek melarikan anak perempuannya sebelum mangsa ditemui di sebuah rumah di Skudai, Johor pada 10 Januari lalu.
Sumber itu berkata, ibu berkenaan membuat laporan polis selepas anaknya memberitahu dia dikurung suspek sepanjang tempoh berkenaan.
Tahu masuk tak tahu keluar
Petaling Jaya: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah rumah di Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, dengan menyusup di celah pintu jeriji besi akhirnya terperangkap semalaman dalam kediaman itu, kelmarin.
Pengerusi Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) apartmen itu Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, suspek dipercayai gagal keluar dari rumah itu kerana tidak berjaya mengumpil pintu jeriji besi berikutan khayal di bawah pengaruh dadah.
Menurutnya, ini menyebabkan lelaki terbabit berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada anggota polis unit peronda (MPV) dari Balai Polis Sunway yang tiba selepas dihubungi.
“Kejadian disedari ejen hartanah rumah berkenaan yang mendapati pintu jeriji besi diumpil manakala pintu kediaman terbuka pada jam 4 petang sehari sebelum lelaki terbabit ditahan.
“Ejen itu menghubungi pemilik rumah sebelum mereka memeriksa kediaman itu kira-kira jam 11 pagi, kelmarin,” katanya.
Mohd Zuki berkata, ketika memeriksa rumah berkenaan mereka terkejut mendapati seorang lelaki tidak dikenali berada dalam kediaman itu.
MOHD Zuki menunjukkan cara suspek memecah masuk dengan menyusup melalui celah pintu jeriji besi.
“Lelaki terbabit disyaki memecah masuk rumah berkenaan yang disewakan kepada orang lain berikutan penyewanya pulang ke kampung.
“Kami segera menghubungi polis sebelum pihak berkuasa itu tiba kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.
Mohd Zuki berkata, pemeriksaan lanjut dalam rumah itu mendapati satu televisyen hilang dan dipercayai dilarikan lelaki terbabit pada kali pertama dia memecah masuk.
“Ini mungkin cubaan kali kedua untuk memecah masuk dan kali ini lelaki terbabit gagal keluar menyebabkan dia tertangkap,” katanya.
Perang Bola Cat
TUJUH minit saja tempoh diberi untuk dua pasukan bertempur, menghabiskan sekurang-kurangnya seribu butir peluru. Akhirnya, hanya satu pasukan menang dengan jumlah pasukannya lebih ramai.
Walaupun belum popular dan diterima ramai, sukan paintball yang dianggap ramai sebagai hobi ‘urban’ ini makin luas virusnya di kalangan remaja hari ini.
Kejohanan Paintball Asia Antarabangsa di Langkawi yang diadakan setiap tahun umpamanya adalah gelanggang terbaik melihat sendiri sejauh mana kesungguhan dan semangat juang anak tempatan yang sudah mula aktif membabitkan diri.
Menariknya, di antara lebih seribu peserta yang mengambil bahagian dari lebih 20 negara seluruh dunia, ada pasangan adik-beradik yang berjaya mencuri tumpuan.
Nur Afzan Ab Khalid dan adiknya, Izzah Ab Khalid sudah lebih lima tahun bergiat aktif dalam sukan ini.
Macam mana bermulanya minat terhadap paintball?
Afzan: Enam tahun lalu rasanya saya diperkenalkan kepada sukan ini oleh teman dan selepas mencuba, saya terus berminat dan menjadikan hobi wajib. Tapi apabila ingin menyertai satu kejohanan, pasukan saya ketika itu tidak cukup orang dan saya mengambil keputusan untuk mengajak Izzah menyertai sama. Kebetulan ketika itu Izzah belum lagi menyambung pengajian.
Izzah: Alhamdulillah kami berdua mendapat sokongan penuh ibu dan arwah ayah. Siapa sangka mulanya hanya ingin tolong Kak Nur tapi sekarang saya pula yang lebih sudu daripada kuah!
Apa seronoknya paintball?
Izzah: Kita berpeluang menembak dan ‘membunuh’ mangsa atau pihak lawan namun tidak akan disabitkan kesalahan undang-undang! (ketawa)
Afzan: Ramai tidak tahu, apabila sudah menyarungkan pakaian dan memegang kelengkapan untuk berperang, ia akan memberikan satu pengalaman luar biasa. Itu belum lagi apabila memulakan tembakan dan berjaya menjatuhkan pihak lawan. Memang terbaik!
Izzah: Kiranya ia adalah satu riadah, sukan dan hobi namun dalam konsep berbeza, bermain untuk berperang namun dalam disiplin yang tinggi.
Apa cerita menarik apabila adik-beradik menyertai pasukan yang sama?
Izzah: Mungkin ini adalah peluang terbaik untuk kami melepaskan kemarahan di rumah dan mencari peluang untuk menembak di dalam gelanggang! (ketawa) Sebenarnya untungnya kami kerana keserasian dan persefahaman itu sudah ada, sebagai adik-beradik dan keluarga, saya sudah kenal siapa Kak Nur saya, jadi jika timbul perselisihan faham di dalam gelanggang, ia tidak akan ke mana.
Afzan: Percaya atau tidak, banyak pasukan berpecah kerana tiada persefahaman dan bergaduh di dalam gelanggang. Ego tercabar dan tidak dapat menerima kritikan, semuanya berpecah dan tidak lagi bersahabat. Mujur kami saudara sedarah, gaduh macam manapun, di rumah saya tetap menghormati adik saya.
Pencapaian terbaik anda?
Afzan: Kami kini bertanding di Divisyen 2 yang mana himpunan pemain profesional dalam mana-mana kejohanan. Itu sudah memberikan saya kepuasan kerana setidak-tidaknya selepas lebih enam tahun bermain, ada peningkatan dan prestasi di padang.
Izzah: Kami juga diundang Februari lalu untuk bermain di Moscow bagi melengkapkan pasukan wanita di sana. Itu satu penghargaan kami fikirkan baik dan positif untuk pemain tempatan.
Afzan: Kesimpulannya, setiap kali kami berdua bertanding di mana-mana kejohanan dan berjaya menumpaskan pasukan lelaki, itu adalah pencapaian juga kerana tenaga mereka jauh lebih hebat daripada kami tapi secara teknikal atau percaturan strategi, kami punya peluang untuk menjatuhkan mereka.
Misi dan masa depan yang anda berdua fikirkan untuk paintball?
Afzan: Sudah tentu saya ingin menjadi pemain profesional yang boleh mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Menang atau kalah bukan objektifnya, tapi yang penting dalam memperkenalkan Malaysia dan membanggakan keluarga saya.
Izzah: Masa depan yang saya inginkan adalah paintball menjadi sebuah acara sukan wajib di Malaysia dan juga kejohanan sukan besar seperti Olimpik dan Komanwel. Sekarang, paintball masih belum dianggap sukan oleh sesetengah pihak dan mungkin akan datang ia akan menjadi pilihan utama golongan muda khususnya kerana paintball adalah budaya paling ‘in’ ketika ini.
PROFIL:
Nama: Nur Afzan Ab Khalid
Umur: 28 tahun
Tempat lahir: Jerantut
Keluarga: Anak kedua daripada lima beradik
Pendidikan: Sarjana Sains Pentadbiran UiTM, Shah Alam
Nama: Izzah Ab Khalid
Umur: 22 tahun
Tempat lahir: Kuantan
Keluarga: Anak keempat daripada lima beradik
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan, UiTM Kota Bharu
kilang tayar terpakai
MUAR: Pengusaha sebuah kilang tayar terpakai di Taman Perindustrian Bukit Pasir, mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas longgokan tayar lama di depan kilang itu terbakar. Foto: Fairul Asmaini Mohd Pilus
Setem Pertama Bagi 2013
KUALA LUMPUR: Penolong Eksekutif Pos Niaga, Pos Malaysia Berhad, Shafida Md Sharif, 32, menunjukkan koleksi setem pertama bagi 2013 yang memaparkan keunikan Burung Belatuk bersama sampul surat hari pertama pada majlis pelancaran setem tersebut. Setem dan barangan filateli ini akan dijual kepada umum bermula 14 Januari. FOTO Bernama
Himpunan Rakyat
KUALA LUMPUR: Ibu bapa turut membawa kanak-kanak menyertai Himpunan Rakyat. FOTO Effendy Rashid (12/01/2013)
KUALA LUMPUR: Antara peserta Himpunan Rakyat di Masjid Negara sebelum menuju ke Stadium Merdeka. (12/01/2013
KUALA LUMPUR: Antara peserta Himpunan Rakyat di Masjid Negara sebelum menuju ke Stadium Merdeka. (12/01/2013
Subscribe to:
Posts (Atom)