Wednesday 6 November 2013

buat ape tu kak?


Awek Seksi Yang Sangat Pelik

Memang pelik melihat gambar ni bukan, mungkinkah wanita ini seorang penari profesional atau hanya editing semata-mata. Namun, jika dilihat secara teliti seakan-akan gambar ini adalah real cuma posing wanita ini lain daripada yang lain. Belum ada orang lain pernah buat pose ni haha..



Pengambilan Sukarelawan Simpanan Polis (PDRM) Konstabel


PENGAMBILAN SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS 2013 : Eksesais pengambilan bagi jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan dilanjutkan sehingga 30 November 2013. Permohonan dan maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi PDRM di www.rmp.gov.my (Sistem Semakan Online - SSO).

Syarat dan kelayakan adalah seperti berikut: 1. JAWATAN KONSTABEL SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS LELAKI/WANITA - ELAUN PENUGASAN

 • Elaun penugasan RM 6.00 sejam - SYARAT SKIM PERKHIDMATAN Warganegara Malaysia Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga. Kelayakan:
• Tamat SPM atau setaraf dengannya.
 • Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
 • Bersih dari sebarang Rekod Jenayah/ Rekod Cawangan Khas.
• Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat. • Pekerja-pekerja dari kumpulan Key Personal seperti Hospital/ TNB (breakdown)/ Telekom (teach), Pegawai Keselamatan/ Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/ Badan Berkanun tidak layak memohon.
• Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dan Sijil Berhenti Sekolah/ Tamat Sekolah.
 • Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/ peraturan/ kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502. - KELAYAKAN FIZIKAL Pemohon – pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
• Tinggi sekurang-kurangnya: Lelaki: 162cm, Wanita: 152cm
• Berat badan sekurang-kurangnya: Lelaki: 50kg, Wanita: 48kg
• Mempunyai penglihatan yang baik;
• Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. Dan;
• Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray. Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2013 Lokasi : Seluruh Malaysia Sektor : Kerajaan

Permohonan secara online sila klik disini

10 Gambar Pak Guard "Dayus" Jadi Pelakon.


Pak Guard Azman Nayan Berlakon Dengan Izara Aishah Di TV9 | Hikmah daripada kesabaran dimaki dan ditendang celah kangkang,pengawal keselamatan yang pernah kontroversi dengan isteri Mat Yo di jemput berlakon dalam sebuah drama diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Ke-2 terbitan Kumpulan Karangkraf.

Drama ini diterbitkan oleh Z K Creative Production Sdn. Bhd. untuk tayangan slot Aurora di TV9.Dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour, turut memperkenalkan Eiyha Abdullah dan ramai lagi..

pakcik guard cinta pandang 2+xlupa.net Pak Guard Azman Nayan Berlakon Dengan Izara Aishah Di TV9

Sinopsis Belakang Novel

“Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!” Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.
Di sekolah, Zairul “prince charming” sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam.

Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu….

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga. Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

Sinopsis dari penulis

Di sini ZAIRUL HASMAT, seorang mat despatch mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Dia merantau hingga ke Tokyo untuk mengembalikan harga sebuah kepercayaan yang telah dikhianati. Namun kepulangannya tidak juga berjaya melupakan semua yang telah ditinggalkan.

Bayangan kenakalan silam yang merobek hati seorang ayah bersama cinta pertama kepada gadis gemuk yang dilukakan hatinya telah menjadikan dia manusia yang hidup dalam bayang-bayang silam.Sumpahan cinta pertama menghantui dirinya walau dikelilingi ramai wanita jelita.

Katanya “Lelaki kalau hendak memikat, modalnya air liur saja.”

Katanya lagi “Seorang playboy mesti patuh pada undang-undangnya sendiri.” Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.

Untuk mengembalikan maruahnya, dia berjanji akan dapat berdikari dan menimba pengalaman mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri. Lalu dia mengambil keputusan menjadi seorang mat despatch di syarikat ayahnya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa. Banyak cabaran yang dihadapinya tetapi dia tetap mengentalkan semangat demi membuktikan yang dia juga boleh berjaya tanpa perlu duduk di kerusi empuk.

Di sana AINNUR AZLEEN, seorang gadis naif mencari cinta dan harga diri yang telah hilang. Kegagalan cinta pertama membuatkan dia serik untuk jatuh cinta lagi. Tetapi cinta itu tetap mengundang tanpa pamitan salam. Cinta kedua rupanya juga membawa kecundang. Ke Newcastle jauh dia membawa hati nan lara.

Katanya “Melihat si dia berbahagia, hatinya sudah berlagu ria.”

Katanya lagi ” DIA dan CINTA tidak akan ada titik pertemuannya. DIA dan CINTA tidak akan ada jodoh bersama.” Lalu dia belajar untuk bahagia tanpa CINTA dan DIA.


Bukan senang hidup sendiri di perantauan untuk melupakan kenangan pahit dicabul oleh insan yang sangat dipercayai. Siapa menyangka, lelaki yang menjawat jawatan pensyarah telah merobek kepercayaan. Hanya kerana satu kesilapan, dia hampir hilang segala-galanya.

Puas dia merayu supaya diperisterikan lelaki durjana itu, tetapi nyata jodohnya dengan lelaki itu tidak ada.

Forgive and forget.

Dia belajar untuk memaafkan diri sendiri untuk melupakan kisah silam yang menyakitkan. Lalu anak tunggal yang patuh kepada ibunya ini berjanji akan menjadi anak yang taat. Dia menjadi bos Zairul di pejabat.

Seorang ke Tokyo dan seorang ke Newcastle. Masing-masing ada cerita sendiri.Masing-masing ada hidup sendiri. Selepas berbelas-belas tahun rupanya mereka bertemu kembali di bawah satu bumbung yang sama. Di situlah segala yang disimpan tersingkap perlahan-lahan.

Zairul Hasmat bertemu kembali dengan Ainnur Azleen. Masing-masing cuba menyembunyikan identiti diri di zaman silam.Kedua-dunya sedar, mereka pernah bermusuh dan bersengketa.

Ainnur bahagia dengan permainan yang sedang diaturnya. Namun Zairul terpaksa mengalah, bimbang cinta pertama yang pernah berputik hanya akan memakan dirinya sendiri.

Di Phuket satu kejadian tidak disangka telah menguji cinta sejati. Ainnur telah diperangkap oleh bekas pensyarahnya yang mahu membalas dendam kepada ibu Ainnur. Ainnur dipenjarakan di Phuket. Tatkala dilanda musibah, hanya Zairul yang ada untuk membantu.

Tanpa disangka, Ainnur mengaku yang Zairul adalah suaminya. Zairul tiada pilihan selain dari meneruskan drama yang dicipta Ainnur. Dia berusaha untuk membebaskan Ainnur dari penjara dengan mengahwini gadis itu pada majlis akad jarak jauh.

Zairul berjaya membawa Ainnur pulang. Tetapi kepulangan mereka telah menyingkap segala. Rupanya mereka berdua memang telah lama saling menyinta. Hanya pada cinta pandang kedua segalanya menjadi nyata.

Kerana peristiwa itu, Zairul telah menemukan harga dirinya kembali. Dia pulang sebagai anak yang akan mewarisi Venture Holding. Mat despatch itu berjaya menyelesaikan semua kemelut di sana.



Lagi Kes Ustazah Kena Tangkap Khalwat


MASAI – Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan

Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

Pahang guna bomoh semasa perlawanan akhir piala malaysia ?

Kuantan: “Saya tidak tahu bagaimana cerita mengarut ini boleh keluar dalam Facebook (FB),” kata penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azahan Mohd Khalid mengenai penyebaran gambar dirinya yang didakwa menggunakan bomoh dan berdamping dengan makhluk halus ketika menjaga gawang Pahang sewaktu menentang Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.


Menerusi sedutan gambar FB yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu.

Gambar itu yang dipercayai mula disebarkan sejak kelmarin hanya menjadi bahan ketawa pengguna laman sosial terbabit kerana jelas menunjukkan ia sengaja direka pihak tertentu.


Bagaimanapun, Khairul Azahan mengakui terkejut serta terkilan kerana cerita dan gambar sedemikian boleh tersebar di FB.
“Saya terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga kami muncul juara musim ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

CUKUR" KENING ANAK NORA DANISH



Admin ambil gambar ini dalam sebuah halaman Facebook.Isu hangat diperkatakan tentang gambar ini adalah tentang anak pelakon popular Nora Danish telah mencukur kening mengikut fesyen Nedim.Gambar tersebut telah menerima kutukan dan komen yang pedas daripada pengguna Facebook.Walaupun bagaimanapun ada juga pengguna Facebook berpendapat ianya mungkin disebabkan kemalangan tapi admin lihat ianya seperti dibuat je.Entahlah

Nora Danish Terbang Ke London


Memang hangat kisah cinta antara pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri sehingga setiap gerak geri mereka menjadi bualan para peminat lebih lebih selepas mereka berdua bersikap terbuka akan hubungan yang terjalin. Harga tiket penerbangan pun jadi isu kini.

KOSMO! baru baru ini mendakwa menerima salinan tempahan tiket penerbangan Nora Danish ke kota London yang jumlahnya mencecah RM25,000 dan ini menimbulkan spekulasi mengatakan pelakon popular ini menggunakan sumber kewangan Nedim Nazri untuk bercuti.

“Saya kira pengirim (salinan) itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim”

“Saya bekerja keras & punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa,” ujar Nora Danish.

Nora Danish yang turut menerima kutukan melalui akaun laman sosial menyifatkan mereka yang membencinya sebenarnya tidak mengetahui apa apa tentang hidupnya & senang mengambil jalan untuk mengabaikan sahaja semua komen yang negatif.

“Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya,” tambahnya lagi

Rozita Che Wan Menjadi Pengacara Melodi

Laporan Harian Metro hujung lalu ini lebih menyentuh kepada penghijrahan Awal Ashaari dari program kegemaran ramai, Melodi kerana mempunyai komitmen yang lebih besar ketika ini dan menariknya adalah khabar angin tentang pengganti beliau.

Ketiadaan Awal Ashaari yang selama ini bergandingan dengan Zizan Razak pastinya janggal buat penonton namun ada khabar mengatakan antara calon yang dipertimbangkan ketika ini adalah Amyza Adnan dan Rozita Che Wan. Sh*t you not.

“Kata pihak yang menyampaikan berita ini, pihak produksi sudah pun menjalankan uji bakat dan mereka menilai dua artis popular, Amyza Adnan dan Rozita Che Wan atau Che Ta,” tulis laporan itu yang turut memuji kecekapan krew Melodi mencari pengganti.

Amyza Aznan kita sedia maklum sering tampil di kaca televisyen sebagai pengacara sambilan dan mungkin sampai masa untuk beliau di’berikan tanggungjawab lebih besar. Untuk Rozita Che Wan, pasti pihak produksi ada sebab kukuh memilih pelakon popular ini.

Siapa lagi anda rasa sesuai bergandingan dengan Zizan Razak untuk Melodi?
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”