Thursday 7 November 2013

Pemilik taska serah diri

KUALA LUMPUR – Pemilik  sebuah taska  di Taman Melati, dekat sini, yang dikaitkan dengan kes penderaan  kanak-kanak, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPKL) Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata wanita berusia 35 tahun itu tiba di IPPKL kira-kira jam 10.30 pagi

“Wanita itu akan direman untuk siasatan lanjut bermula esok," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), tengah hari tadi.

Pemilik taska berkenaan sebelum ini bertindak  menghilangkan diri selepas  insiden  rakaman penderaan di taskanya disiarkan stesen televisyen swasta.

Kejadian  terbongkar selepas seorang bapa yang menghantar anaknya ke taska berjaya merakam tindakan seorang pengasuh memukul kanak-kanak dengan tuala hingga tersembam di lantai.

Lelaki itu meletakkan  kamera tersembunyi dalam beg sekolah milik anak lelakinya selepas mengesyaki ada kejadian penderaan berlaku di situ.

Jumaat lalu, media melaporkan mengenai insiden kanak-kanak dipukul pengasuh taska berkenaan selepas rakaman video sepanjang sembilan minit  turut dimuat naik ke YouTube dan Facebook.
- See more at: http://mutiaradehati.blogspot.com/2013/11/isu-dera-pemilik-taska-serah-diri.html#sthash.cCp9KRV2.dpuf

'Suami' sahkan Intan Azura isteri pertama


LAMA tidak mendengar perkhabaran terbaharu tentang Intan Azura, dramatis yang pernah popular suatu ketika dahulu. Namun, baru-baru ini pihak Kosmo! secara eksklusif perkhabaran yang dramatis berusia 35 tahun ini baru sahaja melangsungkan perkahwinannya di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada minggu lalu dengan seorang lelaki bernama Rashdan. Kosmo! turut menerima sekeping gambar perkahwinan mereka yang bertarikh 2 November 2013.

Intan dan suaminya memakai busana pengantin berwarna merah jambu. Lelaki yang didakwa menjadi suami kepada Intan merupakan seorang pengurus operasi sebuah kilang telekomunikasi di Hulu Kelang, Selangor. Apa yang menjadi tanda tanya, Intan dikatakan berkahwin sebagai isteri kedua, bahkan majlis tersebut juga disembunyikan daripada kakitangan tempat lelaki itu bekerja.

Bagi mendapatkan pengesahan lanjut, Kosmo! menghubungi suami Intan. Ketika menghubunginya, Rashdan kedengaran terkejut dan cuba mengelak daripada memberi sebarang jawapan dengan alasan dia bukannya artis. Disoal adakah benar dia telah berkahwin dengan Intan, jawapan yang diberikan: “Saya tidak mahu memberi sekarang komen ,tetapi saya tidak menafikan atau mengiyakan berita itu. Rasanya saya tidak sesuai untuk menjawab soalan itu kerana saya bukannya artis.” Meskipun mengelak daripada memberi pengesahan tentang perkahwinannya, Rashdan menafikan yang Intan berkahwin sebagai isteri kedua. “Kalau dia berkahwin, apa yang pasti bukan sebagai isteri kedua, sebaliknya isteri pertama,” katanya. Tambah Rashdan, dia meminta andai ingin sebarang kenyataan berhubung perkahwinan tersebut, tanyalah kepada pihak Intan. “Apa-apa pun tanyalah kepada tuan punya badan, bukannya saya,” tuturnya sambil menyatakan, pihak Intan akan memberi kenyataan kepada pihak media dalam masa terdekat.

Perjawatan Kosong Di Pejabat Menteri Besar Johor - November

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor bagi jawatan seperti berikut:-

1. NAMA JAWATAN : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Taraf Jawatan : KONTRAK
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Skim Perkhidmatan : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
Gred : N17
Jadual Gaji : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM927.03 RM3,089.68
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN = RM95.00
Lain-lain Imbuhan :Imbuhan Tetap Khidmat Awam - RM 115.00
Imbuhan Tetap Perumahan - RM 180.00 Elaun Sara Hidup - RM 300.00
KWSP

2. SYARAT LANTIKAN:-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( Gaji permulaan : RM927.03 ) dan;
d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ( Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan computer)

3. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai yang dilantik adalah sentiasa tertakluk kepada syarat dalam Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

4. CARA MEMBUAT PERMOHONAN
(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh diperolehi daripada pejabat ini secara PERCUMA dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dimuat turun di sini ( Sila muat turun disini)
(b) Pemohon juga boleh mengemukakan ‘resume’ yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :-
(i) Biodata yang lengkap
(ii) Pengalaman kerja
(iii) Kemahiran bahasa dan komputer
(iv) Lain-lain maklumat berkaitan
(c) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar salinan sah dokumen-dokumen berikut:
(i) Sijil Kelahiran
(ii) Kad Pengenalan
(iii) Sijil berhenti sekolah
(iv) Lain-lain sijil/surat akuan berkaitan.
(v) Sekeping gambar berukuran passport.
ke alamat:-

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR
ARAS 4, BANGUNAN DATO‘ JA‘AFAR MUHAMMAD
PUSAT PENTADBIRAN KOTA ISKANDAR
79502 NUSAJAYA.

5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Sebelum atau pada 15 NOVEMBER 2013.

6. CATATAN AM:
i. Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat pemohon.
ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

Ustazah Ditangkap Berkhalwat Ketika Sumia Di Makkah

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.



Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

Luahan Hati Nas Adila Mengenai Hasrat Merisik Jamal Abdillah

PETALING JAYA: Penyanyi Nas Adila menyerahkan kepada Datuk Jamal Abdillah bagi menjelaskan kepada umum tentang status sebenar hubungan mereka serta desas-desus kononnya dia bakal dirisik.
Nas, 27, berkata, adalah tidak manis baginya untuk bercakap mengenai perkara itu kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen.

"Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi di sini pada Rabu.

Nas mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan Jamal berhasrat untuk memperisterikannya dan rombongan merisik bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Dalam perkembangan sama, Nas tidak menafikan hubungan mereka semakin rapat sejak penyanyi terkenal itu mengundangnya bersama-sama menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.Jelas Nas, sejak itu dia sering di undang untuk mengadakan persembahan bersama Jamal selain selesa berkawan dengan lelaki berusia 54 tahun itu."Saya akui hubungan kami rapat kerana Jamal sering mengundang saya sebagai rakan duetnya pada persembahan pentas dan selesa dapat bekerjasama dengan beliau," katanya.Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.
Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.
Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik yang akan diadakan itu.

Gambar Nas Adila, bakal isteri Jamal Abdillah

Gambar Nas Adila, bakal isteri Jamal Abdillah - Penyanyi lagenda negara, Datuk Jamal Abdillah, 54, dikatakan bakal merisik Nas Adila, 27, untuk dijadikan isteri tidak lama lagi. Gosip terbaru ini timbul selepas sebuah akhbar melaporkannya beberapa hari lalu.

Nas Adila yang diminta mengulas mengenai hasrat Jamal itu tidak menolak jika ianya berlangsung dalam masa terdekat namun menolak untuk memberikan sebarang komen kerana takut dipandang serong oleh masyarakat.

"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen. Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media."

Apapun, jom skodeng beberapa keping gambar cantik dan seksi Nas Adila yang pasti membuat ramai lelaki di luar sana terpegun dan kecewa.








Jadual gaji guru mulai 1 November 2013

Jadual gaji guru 2013. Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum bagi perkhidmatan pendidikan kumpulan pelaksana dan kumpulan pengurusan dan profesional mulai 1 November 2013.



Kini guru-guru telah mempunyai jadual gaji mengikut kumpulan masing-masing. Perincian tangga gaji bolehlah kita semak selepas ini.

Seronoklah guru-guru, bertambah tak gajinya!!

Sharifah Sakinah dihantar ke pusat rawatan mental


Sharifah Sakinah dihantar ke pusat rawatan mental Sg. Buloh – Sekeping gambar Sharifah Sakinah dalam sebuah Van pusat rawatan mental Sg. Buloh telah tersebar di laman Facebook. Apa yang berlaku sebenarnya?

Zizie Ezette Buat Aksi Nakal Dengan Bung Moktar



Gambar Zizie Ezette buat aksi nakal raih kemenangan Bung - Kemenangan Datuk Bung Moktar dalam perebutan kerusi Ketua Bahagian Kinabatangan dalam pemilihan Umno beberapa hari lepas diraihkan isterinya yang juga bekas pelakon, Zizie Ezette.

Bung Moktar menewaskan pencabar utamanya, Datuk Saddi Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daerah Sukau.

Menerusi laman Instagram, Zizie Ezette telah berkongsi sekeping gambar aksi nakalnya bersama suami dan disertakan dengan caption panjang berbunyi berikut :-

"Syukur Alhamdulillah. Dengan rasa rendah hati saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada penyokong dan pengundi DBM yang sentiasa mempercayai kewibawaan dan kepimpinan beliau."

"To my sayang, U know i always believe in u. Sekarang masa untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu jika niat kita jujur dan ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan."

"To my dear followers, sorry i don’t have a ‘decent’ pic of us. Ini je yg ada. Maaf jika kurang sesuai. Salam hormat dari saya kepada semua. Have a beautiful Sunday everyone."

Gambar terbaru Adira

Gambar terbaru Adira yang lebih cantik daripada Neelofa ketika sesi bergambar baru-baru ini. Dengan hanya memakai gaun berwarna hitam yang ketat dan paras paha, Adira dilihat begitu seksi dan menggoda mengalahkan artis paling HOT dan seksi di Malaysia iaitu Neelofa. Jom tengok beberapa gambar Adira yang terkini dan terbaru.





Temuduga Terbuka Sebagai Cabin Crew - Malaysia Airlines (MAS)


emuduga terbuka (Walk-in Interview) bersama dengan Malaysia Airlines (MAS). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yeng memenuhi ciri-ciri dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Malaysia Airlines (MAS) sebagai :-

1. Cabin Crew
(perempuan sahaja)

Berikut adalah iklan dan syarat temuduga.

CALLING ALL EXTRAORDINARY MALAYSIAN LADIES

If you love travelling and dream of experiencing the world, join us as a Flight Stewardess. We offer an attractive salary package with allowances, medical and other fringe benefits.

REQUIREMENTS

-Age: 18-35 years old.
-Minimum qualification: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or equivalent (3 passes including Bahasa Malaysia and credit in English).
-Minimum height: 157cm with proportionate weight.
-Personality: Vibrant, engaging, passionate about delivering 'Malaysian Hospitality' to our guests.

PLEASE BRING THE ORIGINAL AND PHOTOCOPY OF YOUR
-MyKad.
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) or higher academic qualification certificates.
-Updated resume.
-A recent passport sized photograph.
-Completed Malaysia Airlines Job Application Form.
 (please dowload application form HERE)

INTERVIEW DATE AND VENUE

9 Nov 2013
Royal Penang
No.3, Jalan Larut, Penang

23 Nov 2013
Le Meridien
Jalan Fuad Stephens, Kota Kinabalu

30 Nov 2013
Hilton Kuching
Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching

7 Dec 2013
Malaysia Airlines Academy
No.2 Jln 557/13, Kelana Jaya, Selangor

REGISTRATION: 8.30AM TO 12.00 NOON

Dress code: Well groomed with kebaya or office attire (pants or knee length skirts).

Perjawatan Kosng Di BERNAMA November 2013



Agensi Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA, sebuah badan berkanun, ditubuhkan oleh Akta Parlimen pada tahun 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968.

Jawatan Kosong Di BERNAMA

1. Editorial Eksekutif
2. Pegawai Perpustakaan Assitant
3. Admin Assistant
4. Pengurus Pemasaran

Mereka yang berminat, sila hantar resume anda bersama-sama dengan pengalaman kerja, gaji semasa dan yang dijangka, nombor telefon bersama-sama dengan gambar berukuran pasport (nr) to

Pengurus Sumber Manusia
Tingkat 14, Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Tarikh tutup: 8, 13, & 14 November 2013

(Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan)

Untuk maklumat lanjut sila ke
http://www.bernama.com/bernama/misc/vacancy/job_ads.html

Perjawatan Kosong Di CELCOM November 2013


Celcom di sini membuka jawatan kosong bagi jawatan di bawah:

#PositionClosing Date
1.  Facilities Auditor 15 Nov 2013
2.  Regional Security Coordinator (Northern) 28 Nov 2013
3.  Assistant Manager Warehouse/Logistics 28 Nov 2013
4.  Fraud Investigation Manager 28 Nov 2013
5.  Assistant Manager - Corporate Tax 27 Nov 2013
6.  HR Business Partner - Commercial 20 Nov 2013
7.  Driver (Seremban - KL) 20 Nov 2013
8.  Brand Manager 22 Nov 2013
9.  Product Development Coordinator 15 Nov 2013

Wartawan Hiburan Zubir ‘Dibelasah’ Artis

Dalam dunia hiburan yang serba glamor, bukan artis saja yang dikenali masyarakat malah wartawan yang menulis cerita juga.

Dan dalam ramai-ramai wartawan hiburan, antara yang paling dikenali adalah Zubir dari BiPop, Berita Harian.

Zubir dikenali sebab sentiasa tampil dengan kisah panas artis, kadang-kadang cerita yang bila didengar macam tak masuk akal.

Ada antara cerita yang ditulisnya itu ternyata betul akhirnya tapi ada juga, tak nampak-nampak kesahihannya sampai ke sudah.

Apa pun, kelantangan Zubir dalam menelanjangkan kisah artis ternyata tidak disenangi ramai.
Banyak artis dan selebriti bukan sahaja tidak senang dengan tindakan Zubir yang dianggap melampaui batas malah menunjukkan kemarahan mereka terhadapnya.

Portal gosip ohartis.com turut ‘membelasah’ Zubir tentang isu ini.
Menurut portal ini, antara artis yang pernah mengutuk tindakan Zubir adalah Dato’ Hattan yang menyifatkan wartawan itu sebagai ‘sudahlah gemuk pendek, mahu disanjung pula’.
Hans Isaac turut mengkritik Zubir menerusi Twitter dengan meminta semua orang tidak mengendahkan Zubir kerana dia bukan seorang yang baik.
Terbaru, Aeril Zafril pula tampil mendakwa Zubir cuba untuk menjatuhkannya menerusi penyebaran gosip menyatakan dia pernah berkahwin dengan pelakon, Ummi Nazeera.
Aeril turut mengepos di laman Instagram bukti bahawa Zubir pernah cuba untuk merapati dan mengajak isterinya, pelakon Wawa Zainal untuk keluar lepak bersama-sama namun tidak diendahkan.

Justeru Aeril percaya, inilah punca mengapa Zubir cuba untuk menjatuhkan mereka apatah lagi wartawan itu didakwa pernah berlagak seolah-olah tuhan yang menentukan naik turun artis apabila berkata, ‘abang boleh naik dan jatuhkan..’
Sementara itu, Umi Nazeera telah membuat penafian dia pernah berkahwin dengan Aeril dan menasihati Zubir supaya memeriksa dahulu kesahihan cerita sebelum menulisnya.

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seperti berikut:-

1. Pegawai Tadbir N41
2. Jururawat Pergigian U29
3. Setiausaha Pejabat N27
4. Penolong Pegawai Tadbir N27
5. Pembantu Pembedahan Pergigian U17

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Peniaga China Guna Minyak Masak Dari Najis Kumbahan



Seperti yang semua tahu, makanan di negara China sememangnya amat unik kerana mereka makan makanan yang geli untuk dimakan oleh manusia. Terbaru mereka membuat minyak masak dari najis kumbahan. Sedap ke?

Masalah keselamatan makanan di negara China amat tidak memuaskan dan kali ini satu video telah menunjukkan peniaga makanan di China menggunakan minyak dari sampah dan longkang.

Boleh anda bayangkan betapa jijiknya makanan di sana?

Peniaga di China seboleh-bolehnya mencari sumber minyak dari longgokan sampah, pembentung, menggunakan kembali sampah pepejal atau cecair yang mengandungi minyak atau bahagian haiwan yang boleh dijadikan minyak.

Kemudian mereka memproses bahan kotor itu ke dalam minyak masak, yang mereka jual pada kadar di bawah harga pasaran kepada vendor makanan yang menggunakannya untuk memasak makanan yang boleh membuat anda sakit.

Video ini, yang dihasilkan oleh Radio Free Asia, menunjukkan secara terperinci bagaimana beberapa vendor minyak longkang menghasilkan minyak ‘istimewa’ mereka.

Ia bermula dengan beberapa cedokan kumbahan dari tanah, dan ia berakhir dengan peniaga makanan menggunakannya di dalam masakan.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 36/2013 – Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum



Kalau semalam Pekeliling Perkhidmatan 81 Skim Ditambah-Baik telah dikeluarkan (KLIK DI SINI), lewat hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan satu lagi pekeliling berkaitan dengan Penambahbaikan Jadual gaji Minimum-Maksimum bagi Gred 1 hingga Gred 54 untuk Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 36/2013 – Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred 1 Hingga Gred 54 Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Untuk muat turun pekeliling Penambahbaikan Jadual gaji Minimum-Maksimum bagi Gred 1 hingga Gred 54 untuk Sistem Saraan Malaysia (SSM), sila klik di bawah:


http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp362013.pdf

Daripada apa yang kami faham, nampaknya kelebihan memihak kepada mereka yang sudah pun mencapai tangga-gaji maksimum, di mana penambah-baikan ini menyatakan tentang gaji maksimum yang terbaru.
Apa pula pendapat anda dengan pekeliling penambah-baikan jadual gaji minimum-maksimum ini?



6 Lelaki Guna Pil Haiwan Merogol Wanita

Menurut laporan PDRM, seorang wanita telah dirogol oleh 6 orang lelaki di sebuah kelab, pada malam Rabu yg lepas, sebelum dia ditinggalkan dalam keadaan telanjang bulat.

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.

Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.

Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana mana wanita yang mengambilnya, TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

Si durjana perogol, boleh memperolehi/mendapatkan dadah ini dari pusat pusat haiwan atau mana mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.


Berwaspadalah apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai!

Beredar Foto Nude Selena Gomez Lagi Di Pantai Tanpa Bra



Anak imam, sekolah agama, tapi seksi!

Saya remaja berusia 16 tahun dan mempunyai rakan yang sering berpenampilan seksi. Biarpun kerap memakai seluar dan skirt pendek, saya suka berkawan dengannya kerana dia baik hati.

Yang membuatkan saya terkilan, dia pelajar sekolah agama dan bapanya juga imam di kampung.

Kami satu sekolah dan saya rakan baiknya. Saya pernah menegur kerana tidak mahu dia terus menjadi sasaran ejekan dan kutukan, namun sebaliknya dia merajuk dan enggan berkawan dengan saya.

Saya tahu iman itu tidak boleh diwarisi dan diukur menerusi pakaian, tetapi saya rasa lebih elok dia mengenakan pakaian sopan.

Saya sering mendoakan dia berubah meskipun kadangkala saya turut menerima tempias kutukan orang terhadapnya. Apa perlu saya lakukan untuk membantu dia berubah?


IRDANI
Kluang, Johor

Saudari kawan yang baik kerana sanggup menelan segala kutukan serta cercaan terhadap rakan baik. Biarpun ada pilihan untuk meninggalkannya, adik tidak berbuat demikian, malah sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

Bagi Dang Setia, apa dilakukan membuktikan adik rakan yang baik sama ada ketika susah atau senang erta boleh bergantung harap apabila memerlukan.

Mengenai rakan berpenampilan terlalu menjolok mata, adik perlu berikhtiar untuk mengubahnya kerana ia juga tanggungjawab.

Mungkin memaksanya mengubah terlalu drastik dan ‘keras’ bukan contoh dakwah terbaik. Atas faktor itu, dia semakin bertindak jauh lebih berani kerana ingin melepaskan geram terhadap individu yang mengutuknya.

Pada Dang Setia, adik perlu berusaha memujuknya mengubah cara berpakaian. Pinta dia berpakaian lebih sopan supaya dihormati kerana dalam Islam sendiri meletakkan darjat wanita tinggi dan memelihara kehormatan bermula dengan menutup aurat.

Nyatakan tujuan adik menasihati disebabkan adik sayang dan tidak mahu dia terima cercaan.

Shaheizy Sam Tunggu Pinangan



Pelakon serba boleh, Shaheizy Sam memberitahu bahawa dia sedang menunggu pinangan dari seseorang wanita yang masih dia tercari-cari. Menerusi Sinar Online, sejujurnya dia masih belum mempunyai kekasih walaupun terdapat ramai kenalan perempuan yang dikenalinya.

“Saya masih menunggu calon wanita yang sesuai untuk meminang saya,” ujar pelakon ini sambil berseloroh apabila ditanya tentang soal kahwin.

“Setakat ini, saya tidak mempunyai sesiapa. Walaupun berkawan dengan ramai orang. Saya bukan seorang yang memilih. Tetapi belum jumpa wanita yang tepat, sebab saya sendiri tidak mencari. Saya seorang yang menunggu,” katanya ringkas.

Dia juga turut memberitahu sekiranya dia mempunyai teman wanita maka akan segera diberitahu kepada rakan-rakan media. Sementara itu, Sam enggan mengulas mengenai gosip percintaan dirinya bersama aktres jelita Nur Fazura, kerana menganggap bahawa perkara itu tidak benar kerana hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang kawan

Benarkah gajah boleh berenang?

Di Malaysia, terdapat cerita mengatakan bahawa gajah mampu berenang menyeberangi pulau di Tasik Banding. Namun masih tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan tersebut dan hanya dianggap mitos semata-mata. Benarkah gajah boleh berenang?



Kenyataan tersebut mungkin ada benarnya. Sekitar tahun 1970-an, sebanyak sepuluh ekor gajah telah diajar berenang di Pulau Andaman, Pantai Timur India dengan tujuan membawa menyeberangi balak. Air di sekeliling pulau tersebut merupakan lautan air masin. Kini, dari sebilangan besar angka tersebut hanya tiga yang masih hidup. Dua daripadanya dihantar pulang ke habitat liar dan tidak lagi berenang. Yang tinggal hanyalah seekor gajah bernama Rajan.



Foto-foto ini diambil oleh seorang jurugambar bawah air, Jody MacDonald ketika pergi ke Pulau Havelock di Andaman semata-mata untuk berenang bersama Rajan dan mendapatkan gambarnya.







OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”