Friday 6 July 2012

Angry Birds Season Full free Download


Where do the birds go on their summer vacation? Find out in Angry Birds Seasons, App Store's free app of the week!


Free download on iPhone: http://rov.io/iseasons
Free download on iPad: http://rov.io/seasonspad

Ini Nak Jual Kereta Kah Jual Perempuan Nih


VOLVO? bukanlah, ini perempuan..tapi ini model baru kereta Volvo kan? tak apa lah kita tengok perempuan seksi saja, perempuan lagi hebat daripada kereta tu tau hehe..




Aksi hebat macam superhero, umban peragut pakai basikal!


Kejadian ini berlaku di China, beg tangan seorang perempuan diragut di depan hotel, kebetulan ni 'Superman' limpas di depan, dengan tenang dan bergaya dia stop basikal dia, trus dia umban tu motosikal pakai tu basikal! Tu moto pun jatuh bergulik! Hebat kan?

Coklat Kitkat Dengan Perasa Wasabi Yang Sangat Pedas Di Jepun


Masih ingat dengan rasa coklat KitKat di Jepun yang beraneka ragam? Kali ini kami punya kesempatan untuk mencuba KitKat rasa Wasabi. Walaupun agak ragu-ragu untuk membelinya kerana cukup mahal iaitu sekitar Rm 30 untuk isi 12 buah yang kecil-kecil, perasaan ingin tahu kami akhirnya beli juga nih coklat dengan rasa aneh.

Ternyata enak juga tetapi sayangnya rasa wasabi yang kami harapkan tidak terlalu berasa di coklat ini, hanya sedikit rasa wasabinya, kami sebenarnya membayangkan rasa wasabi yang sebenarnya, yang membuat hidung sampai sakit. Agak hairan juga sebenarnya kenapa hanya di Jepun saja yang punya rasa coklat yang aneh-aneh, padahal di negara-negara lain juga seharusnya tertarik untuk mencubanya.






Gempar Cicak Mirip Spiderman Di temui Di Afrika



Anda pasti kagum mengenai cicak yang satu ini kerana reptilia ini memiliki warna dan bentuk seperti superhero Spiderman.Dengan warna kulit yang ada dibadannya, merah dan biru,kelihatan seperti jelmaan spiderman.

Cicak spiderman itu ditangkap ketika merangkak di atas batu oleh sepasang suami isteri Cassio Lopes dan isterinya Alessandra ketika melawat Masai National Park di Kenya.Dalam sekelip mata pasangan suami isteri dan cicak spiderman ini menjadi terkenal diseluruh dunia.



Gaya cicak diatas sangat mirip dengan pose Spiderman ini bukan?



Cassio Lopes (kanan) dan Alessandra (kiri), pasangan suami isteri yang beruntung mendapatkan foto cicak spiderman yang menakjubkan


[Video & Gambar]Menakjubkan Video Pembentukan Wajah Janin Dalam Kandungan


Semua wanita yang sedang hamil pasti ingin tahu bagaimana wajah bayi mereka. Sebuah video terbitan berjudul "Inside the Human Body", Milik BBC dan telah disiarkan sejak tahun lalu ini menunjukkan proses pembentukan wajah pada janin dalam rahim.

Video ini menunjukkan bagaimana wajah itu terbentuk seperti sebuah puzzle hanya dalam masa tiga bulan setelah percantuman benih berlaku.Dalam video ditunjukkan bagaimana wajah terbentuk dengan menggunakan model 3 dimensi pada tiga bulan pertama.Proses keseluruhan ini bersatu membentuk sebuah wajah manusia yang terjadi di dalam rahim saat janin masih berusia antara dua atau tiga bulan.








KISAH MISTERI BRUCE LEE MATI KERANA TEWAS DENGAN SILAT MELAYU


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.
Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.
Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.
Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.
Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.
Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.
Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.
Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.


Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jee Kune Do nya.)
Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.
BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita – berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.
BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.
BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.


[Video]Malaysia- niat merompak kafe siber..tapi tak kesampaian

nak merompak tapi hati tak kering haha..kafe siber pon nak rompak..bagus ar penjaga kafe ni berpantang maut sebelum ajal hehe sebab dah selalu main dota kot skil pedang dalam...


nie kalo kena taksempat melabur nie


[Video] lawak siam terbaik


memaparkan iklan dari negara Thai yang amat menggelikan hati


Gambar Wanita Garu Punggung Ini Terjual 2 Juta !



Fotografer Martin Elliot, yang mengambil gambar pemain tenis cewek seksi pada tahun 1976 dan gambar itu telah terjual sebanyak dua juta salinan, telah meninggal dunia di rumahnya, dekat Truro, Cornwall, England.

Dia menderita kanser dan  meninggal dalam usia 63 tahun. Isterinya, Noelle, yang bertemu Elliot tahun 1987, menggambarkan awal kehidupan mereka sebagai "gila" kerana mendapat pengiktirafan sdunia berkat gambar tersebut. "Martin menjual foto itu ke Athena yang kemudian membuatnya dalam bentuk poster, tetapi Martin tetap memegang hak ciptanya. Saya masih mendapatkan royaltinya sampai sekarang," kata Noelle.

Elliot belajar fotografi di Birmingham School of Photography, kemudian bekerja dalam bidang periklanan di Birmingham's Jewellery Quarter. Elliot bersara 11 tahun lalu. "Martin punya selera humor yang menakjubkan dan pelawak yang luar biasa," katanya.

[video] Lawak Siam Cara Cantik Semulajadi


Pelajar Naik Helikopter Sewa Ke Sekolah



LONDON: Hanya kerana tidak mahu ketinggalan hadir dalam parti akhir tahun sekolah mereka, dua sahabat menyewa sebuah helikopter apabila rancangan awal menggunakan limosin tidak berjaya.

Pada awalnya, Chloe Webb dan Lauren Huggett mahu menyewa sebuah limosin untuk ke sekolah yang terletak hanya kira-kira 13 kilometer dari rumah mereka.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak kesampaian apabila didapati semua limosin sewa di Gloucestershire habis ditempah.

Kekecewaan dua sahabat berusia 16 tahun itu ternyata tidak kekal lama apabila bapa Lauren, Jason Huggett, tampil membantu dengan menyewa sebuah helikopter untuk mereka.

Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, Huggett dikenakan bayaran 500 pound sterling (RM2,465).

Justeru, kehadiran Chloe dan Lauren ke parti sekolah mereka di Whitminster Inn ternyata mengejutkan semua pihak yang hadir di situ. Dua sahabat itu menaiki helikopter dua enjin Robinson R44 dari padang permainan di Cashes Green, Stroud, sebelum dibawa terbang kira-kira setengah jam ke tempat parti berkenaan dilangsungkan. Kata Chloe, ia adalah pengalaman yang hebat dan menyeronokkan. “Kami dibawa bersiar-siar selama setengah jam sebelum diturunkan di kawasan lapang bersebelahan khemah parti sekolah kami dilangsungkan.

“Semua kawan kami sangat terkejut dan tidak percaya kami datang menaiki helikopter,” katanya. Lauren pula berkata, walaupun rancangan mereka untuk menyewa limosin gagal, apa yang dialaminya semalam ternyata jauh lebih menyeronokkan. Bagi Chloe, parti itu penting kerana ia menandakan berakhirnya sesi pembelajarannya di Sekolah Archway di Stroud.

Dia kini bercadang mengikuti kursus terapi kecantikan di Kolej Gloucestershire Selatan dan Stroud, manakala Lauren akan meneruskan pengajiannya di Archway.

Sementara itu, media melaporkan, parti akhir tahun serba meriah yang biasanya diadakan di Amerika Syarikat seperti banyak dipaparkan dalam siri High School Musical kini semakin banyak diadakan di Britain. Ibu bapa sering dipujuk untuk membelanjakan wang yang banyak bagi membiayai kos menyiapkan pakaian, dandanan rambut serta pelbagai aksesori lain. - DM

PERTANYAAN SEORANG NON MUSLIM KEPADA USTAZ AZHAR IDRUS.. TENTANG APA? JOM BACA

PERTANYAAN SEORANG NON MUSLIM KEPADA USTAZ AZHAR IDRUS DI FACEBOOK BELIAU.. MENARIK.. TENTANG APA? JOM BACA



Masa merayau di FB baru baru ni, aku terjumpa satu perkongsian tentang persoalan seorang non muslim kepada Ustaz Azhar Idrus.. Tak sangka, UAI juga jadi tempat rujukan dari non muslim, untuk beberapa isu yang melibatkan kita sebagai muslim. Nak tahu tentang apa? Jom baca:


"Hello Ustaz, saya hendak ajukan satu soalan kepada Ustaz.. Harap Ustaz boleh memberikan jawapan kepada soalan saya ni.. Saya seorang yang beragama Kristian tapi saya mencintai seseorang yang beragama Islam. Usia kami baru belasan tahu.. Kami berdua suka sama suka.. Tapi kami musykil dengan hubungan kami berdua.. Saya tak pernah satu si dia.. Kami hanya berurusan melalui Facebook sahaja.. Kami berdua belajar di sekolah yang sama.. Tapi kami baru tahu ber couple itu haram.. tetapi ada satu hadith menyatakan bahawa "Jika kamu mencintai seseorang melalui hati ke hati.. Itu tidak mengapa.. tetapi jika kamu bercinta mengikut cara syaitan seperti berpegangan tangan dan lain2, hubungan kamu tidak diredhai oleh Allah SWT,.. So sekarang Ustaz saya nak tanya, Adakah hubungan kami berdua diredhai oleh Allah SWT? Dan bolehkah kami berdua meneruskan hubungan ini? Harap Ustaz boleh jawab."

Dan ini jawapan Ustaz: Boleh mencintai seseorang dengan niat menikahinya.. Alhamdulillah, Islam & Kristian bertuhankan Allah. Isa adalah Nabi umat Kristian & Nabi umat Islam.. Peluklah Islam agar dapat berbahagia dengan isteri tercinta.

Sekadar perkongsian bersama.. Jom kita renungkan..


Gambar Bakal Suami Ella-Azhar Ghazali



Bertahun lamanya dia menjawab dan menepis persoalan mengenai bilakah dia akan menjadi isteri orang. Namun tanpa gosip yang heboh seperti artis lain, tiba-tiba dengan satu kejutan, baru-baru ini, Ella, 46, akui dia akhirnya sudah bertemu putera hatinya, malah akan mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Seperti seadanya, Ella tersenyum riang. Namun kali ini ia nampak jauh lebih riang. Jelas sekali itu menterjemahkan perasaannya yang kini sangat bahagia dan membilang hari.

“I am sooooo.... happy and I really love this feeling!” jerit kecil penyanyi lagu Sembilu dan Dua Insan Bercinta ini.

Mana tidaknya, Ella akan menamatkan zaman solonya bersama seorang jejaka, Azhar Ghazali yang sebenarnya sudah sembilan tahun mencuri hatinya. Lelaki berusia 30-an yang berasal dari Muar, Johor itu ber tugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Pasangan ini dijadual bernikah malam esok (Sabtu) 7 Julai 2012 selepas Isyak dalam satu majlis sederhana di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.

Hanya mengundang ahli keluarga terdekat, sanak-saudara serta sahabat karib kedua-dua belah pihak, Ella lebih inginkan unsur kesederhanaan untuk majlis pernikahannya itu.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini akan mengenakan busana berwarna putih sentuhan pereka fesyen terkenal, Syaiful Bahrim. Abang kandungnya, Mohd Norizam Aminuddin sendiri akan menjadi wali kepada Ella.

“Semuanya sederhana dan memang kami berdua sepakat untuk melaksanakan mana yang wajib dulu. Majlis persandingan pula akan kami lakukan pada 1 Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

“Saya sebenarnya sangat menghormati permintaan keluarga bakal suami saya yang tidak mahu majlis ini menjadi terlalu gah memandangkan mereka memang orangnya bersederhana.

“Terus terang saya sangat bersyukur dengan ketentuan takdir yang tersurat buat diri saya tapi saya tak nafikan saya begitu gementar menempuh saat menjadi seorang isteri.

“Alhamdulillah saya dikelilingi mereka yang begitu menyayangi saya terutama Azhar yang begitu memahami dan tidak henti menyokong karier saya selama ini. Saya gembira kerana kami akhirnya sampai ke satu fasa penting dalam hidup kami.

“Azhar sebenarnya memberikan perspektif yang berbeza dalam hidup saya. Dia bukan sekadar menghormati saya dan keluarga saya. Sepanjang mengenalinya, sejak sembilan tahun lalu dan seterusnya menjadi lebih akrab sejak tiga tahun kebelakangan ini, saya boleh sifatkan Azhar sebagai lelaki yang sangat matang.

“Saya yakin dan percaya yang Azhar mampu membimbing saya dalam perkahwinan ini, insya-Allah,” ujar Ella.

Azhar dan keluarganya datang merisik Ella pada 17 Jun lalu sebelum mereka bersetuju menetapkan tarikh pernikahan itu. Pada hari perkahwinan, mempelai perempuan akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

“Saya bersyukur dan tentunya sangat gembira kerana akhirnya kami akan disatukan. Ella sangat istimewa buat diri saya. Apa yang penting, saya selalu berdoa agar kebahagiaan kami akan berkekalan sampai ke akhir hayat,” katanya.

Parking Kereta Untuk Wanita Di China (8 Gambar)

Di Tianjin China, sebuah pusat membeli belah menyediakan tempat letak kereta khas untuk kaum Hawa. Tempat letak kereta ini dibina bagi menarik lebih banyak pelanggan wanita ke gedung milik mereka. Mereka mendapati lebih ramai wanita datang ke gedung mereka selepas kawasan khas yang diwarnakan dengan cat merah jambu. Tempat letak kereta ini diletakkan berhampiran pintu masuk dan lobi lif bagi mempermudahkan pelanggan wanita untuk terus bershopping. Di Malaysia ada beberapa shopping mall yang menyediakan tempat letak kereta wanita tapi lelaki pun bantai parking. Uncool bro!




[Video]lelaki paling bertuah di bumi

lelaki yang paling bertuah di bumi, tapi you tak akan nak jadi dia...kenapa? tengoklah video dulu baru tau..hahaha




[Video]lawak kantoi dengan kambing biri-biri


lawak video ini, mimpi saje la.

[Video]Akad Nikah Siam - Lawak!!



Bas Percuma di Pulau Pinang



Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan RM10 juta subsidi bas kepada Rapid Penang supaya memberikan tambang bas percuma di waktu puncak ke seluruh negeri.

Perkara berkenaan telahpun dipersetujui secara lisan oleh pihak CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di negeri ini dengan memberikan tambang percuma.

Tambang percuma berkenaan tertakluk pada waktu puncak meliputi 7 jam setiap hari bekerja (Isnin - Jumaat) dari 6 pagi - 9 pagi dan 4 petang - 8 malam, yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan bayaran tahunan RM10 juta.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang perkembangan diterima pihak kerajaan negeri daripada SPAD & Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad semenjak perjumpaan dan pertukaran surat terakhir tahun lalu.

[Video]nikah ijab kabul yang paling lawak di dunia!





[Video]Uncle Seekers gembira ditahan Polis





Serius Shit - Top 10 Negara Paling Banyak Rompakan Kereta


Vroom!

Sejak dua menjak ini Malaysia terutamanya penduduk KL dan JB panik dengan "epidemik" kecurian kereta. Ramai yang emo dengan Polis Di Raja Malaysia yang dikatakan tidak bekerja dengan cukup baik untuk memantau jenayah ini. Persoalannya sekarang benar kah Malaysia negara yang paling bahaya? Mari lihat infografik di bawah dan cari konklusi anda sendiri.










Posted using BlogPress from my iPad

Penyataan Abby jadi hiasan facebook anak muda





KUALA LUMPUR: Kata-kata pelakun Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah binti Abdul Manan yang tidak takut lagi menyokong parti pembangkang kini menjadi hiasan Facebook anak-anak muda Malaysia.
Kata-katanya disebarkan merata-rata dan memberikan ispirasi kepada pelbagai pihak dalam menuntut hak mereka.
Kata-kata Abby bahawa dia tidak takut lagi sokong parti pembangkang setelah mendapat hidayah Allah dikongsi (share) oleh 467 pengguna facebook dan disukai (like) oleh 1,952 pengguna.

248 pengguna pula membuat komen sehingga kini selepas mula dibuat naik ke facebook semalam.
“Dulu saya takut kalau sokong parti pembangkang.
Tak dapat masuk Ttelevision. Tapi bila dapat hidayah Allah, saya tak takut pada sesiapa.
“Saya tak tau dari mana dapat keberanian tu,
tak masuk television pun tak per. Dah lama sangat dah saya kat television tu.
Banyak dah dosa dalam tu,” kata Abby Abadi pelakun yang popular dengan filem dan drama TV Gerak Khas.
Abby kini bergerak dari satu pentas ceramah ke satu pentas di seluruh negara.
Semasa ke Kelantan, beliau turut mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz.
Ucapan beliau yang mahu mencari seorang ‘ustaz’ untuk membimbingnya telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dan positif.
Pendek kata, Abby telah banyak bergerak dari pentas ke pentas ceramah.
Sebahagian aktivis Pakatan tidak senang dengannya kerana orang semacam Abby tidak sepatutnya menghabiskan masa dengan ceramah sahaja.
Ini kerana, bakat sebenar mereka bukannya berceramah tetapi aktiviti seni yang sudah sebati dengan mereka sebelum ini.
Antara yang menyuarakan rasa tidak senang itu adalah kartunis Zunar.
Zunar sudah tentu faham dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini beliau yang sepatutnya aktif sebagai kartunis juga pernah terseleweng sekejap apabila beliau menjadi Ketua Pengarang Akhbar PKR, Suara Keadilan.
Kini Zunar memperkuatkan kembali bidangnya iaitu kartunis dan berjaya membuat pameran solo ke seluruh dunia termasuk London.
Harakahdaily.net



- Posted using BlogPress from my iPad

Lisa Surihani Sudah Mengandung?





Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata. Jika Lisa mengandung, pasti ramai peminat setianya yang akan gembira dengan berita tersebut. Malah, kami juga boleh bayangkan, anak mereka nanti pasti comel seperti ibu bapanya juga.
“Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang,” ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.
“Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama.
“Malah, ketika Lisa shooting filem ‘Dendam Orang Mati’ hari itu, Yusry juga akan datang ke lokasi dan buat kerja dia di sana. Macam sekarang, Yusry sedang sibuk dengan ‘post-production’ filem ‘Vikingdom’ dan juga ‘29 Februari’, namun kami akan cuba juga cari waktu bersama.”
Sebelum ini timbul cerita kononnya Lisa ‘menghalau’ Yusry dari lokasi penggambaran ‘Dendam Orang Mati’ dan Lisa memberitahu, “ Saya bukan halau cuma saya tak bagi dia datang ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat.
“Saya kena buat babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Saya hanya bagi dia datang selepas selesai buat babak tersebut. Sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak kami memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah, menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Apapun, Lisa rasa memang tak boleh kerana bila tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.”
Menyentuh soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan ‘Istanbul Akan Datang’ pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti.
“Buat masa sekarang, kami akan berulang-alik ke rumah keluarga Lisa dan juga dia. Rumah kami berdua kini masih dalam pembinaan dan akan siap tidak lama lagi. Idea asal bagi dekorasi rumah baru kami adalah dari Yusry sendiri. Citarasa kami juga agak sama, jadi tidak susah untuk buat keputusan mengenai konsep rekaan dalaman rumah kami. Bagi rumah baru kami ini, kami bersepakat memilih konsep English-Europian-American.”


- Posted using BlogPress from my iPad

Muka hancur ditetak samseng






BATU GAJAH: Muka seorang pekerja hotel hancur akibat ditetak bertalu-talu oleh sekumpulan tiga samseng bersenjata parang sebelum mengheret mangsa berusia 20 tahun itu ke dalam kereta dan sejam kemudian, dia ditemui dicampak di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Batu Gajah Perdana, di sini, kelmarin.
Mangsa, R Ganesan, 20, yang ditetak lebih 10 kali di muka dan kepala menggunakan parang oleh kumpulan penjenayah dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap berbahaya di daerah ini, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah (HBG), tengah malam kelmarin.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Sasikumar, 20-an, berkata kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia dan Ganesan serta dua lagi rakan berbual di depan rumahnya di Menglembu, di sini, apabila tiga lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul dan menyerang mereka.
“Serangan itu menyebabkan dua rakan kami cedera akibat dilibas parang. Saya sempat melihat tiga lelaki itu menetak Ganesan dengan teruk terutama di kepala dan muka menyebabkan rakan saya itu rebah bermandi darah.
“Ganesan tidak mampu berbuat apa-apa atau lari menyelamatkan diri kerana kaki kanannya cedera akibat kemalangan dua minggu lalu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HBG di sini, semalam.


- Posted using BlogPress from my iPad

Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari





JOHOR BAHARU – Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman empat hari ke atas pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah terhadap pengendali blog www.uncleseekers.blogspot.com dan dan juga teman wanitanya itu dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret, di sini, petang tadi.
Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
Ahad lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. – Bernama


Posted using BlogPress from my iPad
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”