Monday 11 March 2013

Asteroid hampiri bumi




Cape Canaveral: Asteroid sebesar satu kawasan bandar bergerak hampir dengan Bumi kelmarin, kejadian terbaru dalam beberapa siri objek angkasa lepas termasuk sebuah asteroid bersaiz sebuah bas meletup di ruang udara Russia bulan lalu.

Panjang 140 meter
Asteroid itu baru dikesan enam hari lalu, sepanjang 140 meter diberi nama ‘Asteroid 2013 ET’ berada kira-kira 950,000 kilometer ketika lalu dekat dengan Bumi jam 3.30 petang EST (2030 GMT).

Jarak berkenaan adalah kira-kira dua setengah kali ganda jauh dari bulan dan dianggap dekat jika menggunakan skala kosmik.

“Apa yang menakutkan ialah kita tidak tahu langsung insiden ini,” kata Presiden Slooh Space Camera, Patrick Paolucci, ketika satu siaran web memaparkan imej langsung asteroid berkenaan dari sebuah teleskop di Kepulauan Canary.

Laju 41,843 kilometer sejam

Bergerak pada kelajuan kira-kira 41,843 kilometer sejam, asteroid itu boleh memusnahkan sebuah bandar besar jika ia melanggar Bumi, tambah jurutera teleskop Slooh, Paul Cox.
Asteroid 2013 ET adalah lapan kali ganda lebih besar berbanding asteroid bersaiz sebuah bas yang meletup di ruang udara Chelyabinsk, Russia, pada 15 Februari lalu.

Kekuatan letupan itu bersamaan 440 kiloton dinamit, mencetuskan gelombang kejutan hingga memecahkan cermin dan merosakkan bangunan selain mencederakan lebih 1,500 penduduk.

Lewat hari itu, satu lagi asteroid kecil dikenali sebagai DA14 melepasi 27,680 kilometer dari Bumi, lebih hampir berbanding satelit cuaca di orbit.

Dua lagi asteroid kecil juga akan berada hampir dengan Bumi hujung minggu ini.

Johor DT kecoh!



Shah Alam: Suasana bilik persalinan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Shah Alam, malam kelmarin difahamkan ‘menjadi panas’ apabila berlaku satu kekecohan yang kemudian tercetus khabar angin kononnya skuad Harimau Selatan mula hilang persefahaman antara pemain.

Walaupun butiran sebenar kekecohan itu tidak diketahui tapi ia difahamkan lebih menjurus kepada rasa marah pemain dan pegawai selepas dipalit kecewa tewas 1-4 kepada Selangor dalam saingan Liga Super.
Lebih perit, kedengaran ada yang menjerit, “Safiq....” dalam bilik berkenaan. Wajah kapten pasukan itu tampak kecewa dan seperti marah-marah selepas berjalan keluar dari bilik persalinan berkenaan.

Tiada pergaduhan

Apa pun senario yang mencipta keraguan itu pantas ditepis jurulatih pasukan, Fandi Ahmad apabila berkata kekecohan itu tidak berlaku dan tidak ada sebarang pergaduhan dalam bilik persalinan seperti dihebohkan.

“Semua itu tidak benar dan tidak ada sebarang pergaduhan antara pemain selepas perlawanan.

Memang benar saya bergegas masuk bilik persalinan selepas sidang media perlawanan tetapi saya dapati pemain saya bergurau sesama mereka.
“Tidak ada apa-apa yang berlaku dan suasana bising dalam bilik persalinan kerana pemain melepaskan tekanan selepas tewas pada perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kakitangan awam kontrak disambung setahun lagi: PM


PUTRAJAYA: Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi.

Penjawat awam dapat kenaikan gaji tahunan lebih awal




Putrajaya: Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
"Langkah itu akan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri Kabinet.

Persiapan Di Hari Perkahwianku...





Sabah diceroboh: 'Kejam, tidak berperikemanusiaan'


SEMPORNA - Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Itulah perkataan yang kami luahkan ketika meninjau lokasi yang mengorbankan enam wira negara di perkampungan air, Lorong 5, Kampung Simunul di sini, semalam.

Seminggu selepas kejadian, kesan darah, otak bersepai dan bekas tembakan masih jelas kelihatan umpama baru berlaku dalam tempoh 24 jam.

Kami mula masuk ke kampung terbabit, kira-kira jam 2 petang, ditemani Ketua Kampung, Ramlee Saraman, 56, dengan perasaan yang bercampur baur.

Kami melalui titi kayu usang sejauh 200 meter menuju ke lokasi serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata Sulu. Tidak dapat kami bayangkan suasana getir anggota polis ketika itu apabila diserang hendap oleh militan Sulu dari belakang.

Awalnya, kami menyusuri titi yang memuatkan seorang individu dan kami dapat membayangkan bagaimana keadaan sepasukan polis bergerak secara berkumpulan ditambah dalam keadaan gelap sebelum serangan hendap, kira-kira jam 7 malam.

Ramlee berkata, ketika dia berada di dalam pejabat ketua kampung dan mendengar bunyi tembakan berterusan dalam tempoh 30 minit.

Di persimpangan titi masih kelihatan kesan titisan darah wira negara, yang membawa maksud mereka lari menyelamatkan diri dan cuba berselindung daripada tembakan militan itu.

Kemudiannya kami melihat dua kesan tembakan, mungkin dilepaskan oleh penceroboh dari arah depan dan belakang.

Melalui penerangan daripada Ramlee, penceroboh menyerang dari rumah di hadapan dan belakang ketika wira negara melalui titi tersebut.

Timbul persoalan, adakah polis diperangkap? Selepas serangan itu, melalui kesan tompokan darah, ada wira negara melarikan diri masuk ke rumah penduduk.



Dari situ mereka membuat tindakan pantas membuat serangan balas terhadap penceroboh. Kami juga ditunjukkan sebuah rumah, iaitu lokasi penemuan mayat Superintendan Ibrahim Lebar. Di situ kami sedekahkan surah Al-Fatihah kepada wira negara yang terkorban.

Tambah menyedihkan ketika Ramlee membawa kami ke sebuah rumah yang menyebabkan kami tidak mampu mengungkapkan sebarang perkataan lagi.

Di situ kami temui lencana polis yang tercabut dari uniform umpama gugurnya wira negara di medan perang. Berhampiran lencana itu ada kesan darah mengalir dan cebisan otak perajurit negara.

Kami difahamkan Ramlee, di situ tempat seorang anggota polis dibunuh kejam, namun kami tidak dapat memberitahu bentuk kekejaman tersebut bagi menghormati keluarga mangsa.

Lokasi tersebut ditinggalkan dengan pertanyaan, apakah penceroboh tidak mempunyai sedikit sifat perikemanusiaan walaupun terhadap mayat yang telah berjaya ditembak mereka?

Kami seterusnya menyusuri laluan yang juga mempunyai kesan darah. Tidak dapat dipastikan adakah itu darah wira kita atau  penceroboh. Ada juga kesan darah pada bekas makanan berhampiran lokasi yang membunuh seorang penceroboh.

Mayat itu ditemui terapung di air dan Ramlee memberitahu, dia dan penduduk kampung terpaksa menguruskan mayat tersebut kerana tidak tahan bau busuk selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Selain Ibrahim, wira negara yang terkorban adalah Deputi Superintendan Micheal Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Azrul Tukiran.

Selepas hampir sejam di lokasi serangan tersebut, kami terpaksa meninggalkan kawasan itu atas nasihat Ramlee.

Dia menjelaskan keluarga suspek yang ditahan dilihat tidak senang dengan kehadiran kami.

Bimbang akan keselamatan dan atas nasihat yang diberikan, kami meninggalkan lokasi itu dengan segera.

Biarpun hanya meluangkan sedikit masa di situ, kami dapat membayangkan perit getir yang dilalui oleh pejuang negara dalam memartabatkan kedaulatan tanah air.

Polis: Tiada terowong bawah tanah ditemui



KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menafikan dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lepas. "Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu. "Malah, apabila tentera mengadakan serangan udara pun kami tidak temui terowong bawah tanah itu, yang ada cuma kereta yang hancur," katanya hari ini ketika dihubungi menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 yang disiar secara langsung. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik penduduk Kampung Tanduo di Lahad Datu sebagai berkata penceroboh Sulu telah membuat perancangan rapi ketika memasuki kampung itu termasuk membina terowong bawah tanah. Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang. Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja." Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi. Tegasnya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas. "Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya. - Bernama

Berita baik PM hari ini, elaun rumah dan Cola naik?


[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk imbuhan tetap perumahan dan kajian semula isu gaji maksimum.


Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin sekurang-kurangnya akan ada dua pengumuman penting iaitu yang berkenaan dengan imbuhan tetap perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

"Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara sebelum ini, kami yakin akan ada berita baik berkenaan dua perkara ini, kalaupun tidak kesemua lima perkara," kata pemimpin kanan Cuepacs.

Bagaimanapun kata pemimpin itu, "saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji telah dibuat tahun lalu."

Oleh itu katanya, "berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun seperti imbuhan perumahan dan elaun sara hidup (Cola)."

Najib dijadual hadir Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Putrajaya hari ini.

Seorang lagi pemimpin kanan Cuepacs yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kajian semula kaedah gaji maksimum dilihat antara perkara penting akan diumumkan oleh perdana menteri.

"Perkara ini menjadi penantian ramai khususnya sekitar 20,000 kakitangan awam... kemungkinan pelaksanaan dikuatkuasakan mulai 1 Januari.

"Walaupun kesan pelaksanaan melibatkan 20,000 orang pada masa sekarang, tetapi dalam jangka panjang ia akan melibatkan kepentingan keseluruhan kakitangan awam," katanya.

Pemimpin itu juga tidak menolak kemungkinan Najib akan mengumumkan hasil kajian awal Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

"Kemungkinan beberapa baik dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) (yang telah dibatalkan), seperti penyusunan semula gred akan diumumkan untuk pelaksanaan. Perkara baik dalam SBPA tak salah dikekalkan dan dilaksanakan," katanya.

Suruhanjaya itu yang dibentuk Mac 2012 dan bergerak sejak Jun lalu diberi masa enam bulan untuk membuat kajian.

Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Ia dibentuk susulan pembatalan pelaksanaan SBPA dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik, termasuk pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus.

Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.

Beliau berkata, kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara tersebut merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam negara ini.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam, hari ini, perdana menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif, kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

Pemimpin-pemimpin Cuepacs juga menjangkakan pengumuman menarik mengambil kira pemberian insentif kepada kakitangan Kastam Diraja Malaysia, yang diumumkan akhir Januari lalu.

Warga agensi itu akan menerima insentif setengah bulan gaji sebagai penghargaan kerajaan kerana berjaya mengutip RM32.318 bilion tahun lepas, iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding 2011.

"Keseluruhan nampak ada kelainan kali ini. Jadi, kakitangan agensi lain juga mengharapkan sesuatu... kajian semula elaun ini antara yang penting," katanya.

Cuepacs memohon agar kerajaan menyeragamkan kadar Cola tidak kira zon. Begitu juga imbuhan tetap perumahan yang dilihat rendah mengambil kira kos hidup dan kadar sewa rumah yang semakin meningkat.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”