Friday 12 October 2012

Iklan Anti Minuman Bekarbonat Yang Comel



Sungguh comel animasi untuk kempen anti minuman bekarbonat ini. Tetatpi mesej  yang disampaikan memang direct dan harus kita pandang.

Video Yang Jangan Ditonton Ketika Makan Tengahari


Self explanatory Sila la beli PORE PACK sebelum pore anda jadi macam di bawah! Basuh muka selalu bro.

Orang kurang siuman bersuara merdu menamakan 25 Nabi dan Rasul.

hari ini terasa sebak sayu segala bercampur baur sebab mendengar suara seorang pemuda yang sungguh merdu, pemuda ini menamakan sambil memuji Nama 25 Nabi/Rasul. Kalau tak silap dari sumber ianya bahasa Aceh Indonesia, namun tidak kisahlah tentang bahasanya kerana bukan itu yang kita nilai yang penting hati dan keikhlasan pemuda ini. Tulus dan ikhlas pada wajah beliau.


 salah satu comment di youtube, dan begitu ramai juga yang mendoakan agar pemuda ini sembuh dari sakitnya.


Matanya Tidak Fokus Ya..Kelihatan Sekali Dia Mengalami "Gangguan" Tapi Mungkin Jiwanya Terganggu Tapi Tidak Dengan Imannya, Berbeda Dengan Kebanyakan Orang Sekarang Ini Jiwanya Sehat Tapi Imannya Terganggu

Mari kita bertanyakan pada teman2 yang lain adakah mereka masih lagi ingat semua nama ke25 para Nabi/Rasul. Mungkin ada diantara yang sebilangan kurang mengingati.
Bila pemuda ini menyebut " NABI ZULKIFLI" terus meremang bulu roma aku dibuatnya. Sungguh jelat dan lantang Nabi Zulkifli disebutnya, Sebab nama hamba Mohd Zulkifli

Terima Kasih Wahai Pemuda, Moga kamu cepat sembuh.

Jimmy Shanley Sah Bercerai Dengan Isterinya, Suhaila Dengan Tebus Talak RM1


Akhirnya kemelut rumahtangga di antara Jimmy Shanley dan isterinya, Nur Suhaila Eliani Suhaimy telah pun berakhir hari ini. Menurut Berita Harian, penceraian antara pasangan ini berlaku dengan tebus talak bernilai RM1.



Walaupun jodoh mereka tidak panjang, perkahwinan Jimmy Shanley dan Suhaila telah dikurniakan seorang cahaya mata. Apa pun pastinya ada hikmah di sebalik penceraian yang terjadi. Abang Nara berharap agar anak hasil perkahwinan mereka tidak akan terabai walaupun mereka sudah tidak bersama.

[Video] gol ATM vs LION XII (1-1) dan PENALTI (5-4)




Gambar babak kemenangan pasukan ATM menentang pasukan LION XII yang seri 1-1 dan diakhiri dengan tendangan penalti 5-4 ….Setelah 46 tahun akhirnya pasukan bolasepak ATM layak ke FINAL PIALA MALAYSIA 2012

‘Tak adil kritik saya' Erin:



Gambar dimuat naik Erin Malek melalui Instagramnya

NAMA pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid.”

Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.

“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.

“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun,” katanya lagi.

Erin atau nama sebenarnya Nur’ Arina Abdul Malek, 18, juga menyatakan dia tidak pernah membaca segala komen atau kritikan yang dilemparkan terhadapnya melalui gambar terbabit.

“Saya memang tidak baca segala komen yang diberikan kerana macamlah saya ini jahat sangat dan daripada saya sakit hati baca, baik saya tidak baca terus,” katanya.

Ketika ditanya adakah selepas ini dia akan lebih berhati-hati memuat naik gambarnya pada masa akan datang, Erin menjelaskan, “saya akan fikir panjang dulu sebelum nak ‘post’ apa-apa selepas ini dan bila jadi isu macam ini, saya rasa macam malas nak ‘post’ apa-apa gambar dalam instagram saya.”

Erin sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila dia mengakui membuat tatu serta bertindik pada lidah tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Erin kini sedang menjalani penggambaran filem Lari arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi Aaron Aziz, Dira Abu Zahar dan Hazama.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”