Monday, 30 April 2012

Pelajar Arab Melacur Di Malaysia Kerana Undang-Undang


Perlaksanaan undang-undang yang longgar menyebabkan ramai gadis arab yang cantik meniaga body di Malaysia.Lagipun pelanggannya orang arab juga.Kalau di negara mereka hukuman yang mengerikan menakutkan mereka.Kalau di Malaysia mereka bebas tayang body untuk berniaga.Perniagaan maruah yang menguntungkan ini menyebabkan semakin ramai gadis-gadis cantik ini bekerja disini.

Gadis Asia Barat kini mula menjadikan Malaysia sebagai lokasi kegiatan pelacuran berikutan permintaan tinggi daripada pelancong asing dari rantau itu dan juga lelaki tempatan. Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila polis berjaya memberkas beberapa gadis Arab yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan (gambar) berkata, kehadiran ramai pelancong Arab sejak kebelakangan ini telah menyebabkan permintaan terhadap pelacur asing terutama dari negara sama dengan mereka turut meningkat. Beliau berkata, pelacur dari negara Asia Barat seperti Syria, Iran, Yemen dan Maghribi memilih Malaysia untuk mencari rezeki kerana kegiatan itu haram dilakukan di negara sendiri.

Pelacuran memang diharamkan di negara-negara Asia Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dan mengamalkan undang-undang hudud. Sesiapa ditangkap kerana melacur akan dijatuhi hukuman rejam sampai mati. Sebab itu, gadis-gadis dari negara berkenaan memilih negara luar seperti Malaysia untuk melacur, katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini baru-baru ini. Menurut Abdul Jalil, pelacur dari negara Asia Barat tidak memerlukan sindiket untuk mengurus kemasukan dan operasi mereka di negara ini kerana mereka boleh bergerak sendiri mencari pelanggan.

Beliau berkata, mereka biasanya datang sebagai pelancong atau menggunakan pas pelajar untuk memasuki negara ini. Katanya, di negara ini, mereka akan mencari sendiri pelanggan di kalangan lelaki sebangsa yang ditemui semasa mengunjungi pusat-pusat hiburan atau pusat beli-belah.

Pelanggan utama kepada pelacur dari Asia Barat ini ialah jejaka Arab yang melancong ke negara ini tetapi ada juga lelaki tempatan yang mendapatkan perkhidmatan mereka kerana mahu merasai kelainan,ujarnya. Abdul Jalil berkata, bayaran dikenakan oleh pelacur berkenaan juga lebih mahal berbanding wanita-wanita tempatan dan negara asing yang lain iaitu antara RM500 dan RM1,000.

Katanya, polis menghadapi kesukaran untuk mengesan aktiviti pelacuran membabitkan wanita-wanita asing itu kerana mereka memasuki negara ini secara sah manakala usaha mendakwa mereka di mahkamah selepas ditangkap juga sukar jika tanpa bukti yang kukuh. Katanya, tangkapan pertama membabitkan pelacur dari negara Asia Barat dibuat pada 19 Januari lalu melibatkan 19 gadis Syria, dua Iran dan seorang Yemen.

Minggu lalu, kita memberkas 30 lagi pelacur asing di sebuah kelab di Jalan Sultan Ismail. Dalam serbuan ini, selain gadis Uzbekistan, kita menemui pelacur dari Iran dan Maghribi.Pemeriksaan mendapati mereka memiliki pas pelajar tetapi menyalahgunakan untuk melacur

Polis didakwa langgar peserta pengsan selepas diserang

polis, bersih 3.0,
Foto SinarHarian
KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis, Konstabel Mohamed Kamil Paimin, 24, yang didakwa melanggar orang ramai semasa perhimpunan Bersih 3.0, kelmarin, tampil memberi penjelasan mengenai kejadian itu.
Menurut Kamil, dia berada dalam keadaan separa sedar dan hilang kawalan ke atas kereta Proton Waja yang dipandunya selepas mengalami pendarahan di kepala akibat dibaling objek keras.
Rakaman video menunjukkan kereta itu kemudian terbabas ke kaki lima tetapi tidak dapat dipastikan sama ada orang ramai yang berada di kawasan itu cedera dalam kemalangan tersebut kerana tiada laporan dibuat setakat ini.
Dakwaan sesetengah pihak bahawa kereta itu diterbalikkan penyokong Bersih untuk mencederakan Kamil juga tidak dapat dipastikan kerana ada sumber mengatakan kenderaan itu disengetkan bagi mencari sama ada terdapat mangsa tersepit di bawah kereta.
Menceritakan semula kejadian itu, Kamil berkata, dia diarah membawa kereta tersebut untuk mengambil anggota polis lain, apabila diserang di hadapan pusat membeli-belah Sogo.
“Ketika saya mula masuk ke dalam kelompok penyokong itu, keadaan masih terkawal, tetapi mereka tiba-tiba menyerang.
“Mereka membaling batu, botol, kon polis dan objek lain ke arah tingkap kereta, dan satu benda keras terkena kepala saya.
“Saya tak sempat minta bantuan rakan dan terus pengsan. Saya tak ingat apa yang berlaku selepas itu,” katanya yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.
Kamil, yang baru dua tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, juga bersyukur selepas mengetahui jurugambar stesen TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh, 28, membantunya ketika diserang.
Namun, Azri juga cedera di kepala kerana dipukul sekumpulan kecil individu dipercayai peserta perhimpunan semasa cuba membantu Kamil dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu.
“Saya suruh mereka berhenti serang saya tetapi rayuan itu tidak diendahkan. Nasib saya baik kerana orang lain di kawasan itu membantu saya, dan kamera saya juga selamat,” katanya yang turut menerima rawatan di HKL.
Sementara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut melawat Kamil, Azri serta anggota trafik, Mohd Nasir Abu dan wartawan The Sun Mohd Radzi Abdul Razak yang turut cedera ketika perhimpunan kelmarin.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dalam pertemuan tersebut, Mohd Radzi, 28, berkata Perdana Menteri berjanji kepadanya akan membantu menyiasat dan mencari mereka yang didakwa bertanggungjawab memukulnya sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.
Mohd Radzi berkata, beliau dan rakannya dipukul teruk semasa mereka menjalankan tugas dekat Kompleks Mara, Jalan Raja Laut, semasa perhimpunan itu.-SinarHarian

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC.



FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC.

Tengkorak ( human skull ) manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan ( setakat yanG dikaji) , dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS .. Apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang tel...inga ( cuba rasa , 0.5-1 cm dari belaka...ng telinga ) dan untuk lelaki dan perempuan, ianya sangat beza saiznya.. Untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil saja..
Prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah FACIAL nerve (C7). Dan apa pula fungsi facial nerve ni? Facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya

Kerana saiznya mastoid process ini kecil berbanding lelaki, pabila sejuk, nerve ini akan MUDAH MENGECUT dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective dan untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada TONA MUKA. Kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita kerana untuk melindungi wanita , untuk diri wanita itu sendiri, untuk kecantikan dia juga. Kerana itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. Senyuman lebih manis, lebih menarik , lagi indah, lebih menawan..

PETUA MENJADI WANITA YANG DISUKAI LELAKI

1. Keanak-anakkan
Sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak ?

5. Pandai Berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.


PETUA MEMILIH PASANGAN HIDUP



Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan orang yang tidak sabar  melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, hayatilah petua berikut:

TEMPUH MASA PERKENALANKajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih, lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

MEMILIH PASANGAN SENDIRIOrang sering memilih pasanagn semata-mata untuk menggembirakan orang lain - ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINANKebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan  perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKUKeperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, tanya diri sendiri samaada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

BANYAK PENGALAMAN HIDUPPemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama, sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah dan senang bersama, amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh, harungilah waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak . Dari situ  dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

BAYANGKAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINIBayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang beberapa faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar (sub-concious mind) anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini.

PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDAPasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRINGJika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan, tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

KEBOLEHAN BERKOMUNIKASIKebolehan berkomunikasi amat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua- dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHANSetiap pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami-isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab-sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai

ulu saya pernah keluarkan entri cara-cara memilih coli dalam bentuk kiraan mathematik.
Katakan ukuran ukur lilit payudara  – 86 sm dan ukur lilit bawah payudara 74 sm. 86 tolak 74 = 12sm. Mangkuk coli yang adalah jenis B.
* Ukuran standard untuk mangkuk coli adalah mangkuk A – 10 sm, B – 12.5 sm dan C – 15 sm .
Entri lengkap  di sini – Petua ringkas jaga coli
Memilih coli adalah perkara rumit bagi perempuan. Bukan boleh pegang, belek, sentuh dan beli. Ini kerana bentuk setiap orang berbeza. Saiz saja berbeza² dan material juga mempengaruhi ketepatan jitu serasinya coli dan buah dada.
Jadi untuk tidak merumitkan murid² yang agak lemah dengan mathematik, hari ini saya berkongsi pula cara memilih baju dalam yang sesuai secara bergambar.


cara pakai coli 430x235 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Masukkan tangan menerusi pita bahu.   Condongkan badan ke depan.   Biarkan buah dada masuk ke dalam mangkuk coli.  Pasangkan cangkuk.

* pasangkan cangkuk di depan, kemudian dipusing ke belakang itu cara yang salah ye Cik Kiah…
cara beli coli 425x250 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Baiki kedudukan tali bahu supaya selesa. Pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
cara memilih coli 430x228 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Tarik masuk lebihan isi buah dada ke dalam mangkuk coli. Pastikan buah dada masuk sepenuhnya ke dalam mangkuk coli.
cara mencuba coli 430x244 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Angkat tangan. Coli yang padan rapi tidak akan terangkat naik.
Kalau dah selesa dan sesuai, tukar semula coli asal, jangan terus disarung baju.  Saya tidak bertanggungjawap sekiranya anda ditahan kerana mencuri coli.
Gambar ini diambil dari fitting room Parkson tahun 2009 yang dipos dalam blog peribadi saya untuk rujukan dan panduan sendiri.
My Dear Diary 430x233 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Tips dan teknik ini dikeluarkan oleh Triumph.
Rumitnya bab coli sehingga terdapat 3 mukasurat penerangan mengenai istilah coli di dalam Pusat Rujukan  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Itu tidak termasuk rujukan dalam kategori Biologi.
  • Coli ( bra/ brassiere): Pakaian dalam wanita yang digunakan untuk membentuk dan mengampu payudara.
  • Coli Sari (cholee/choli) : Blaus sama sendat dan bergaris leher jeluk yang dipadankan dengan sari. Blaus ini biasanya dipakai oleh wanita India dan menjadi popular di Amerika Syarikat pada tahun 1968.
  • Coli Lekap (posts ) : Coli mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat.
  • Coli Renang ( swimbra ) : Mangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara
  • Coli Jeluk ( decollete bra/ plunge bra ): Coli bergaris leher bentuk V jeluk dan kedua-dua mangkuknya dicantumkan dengan pita penetap yang kecil dan dipakai bersama-sama pakaian berleher jelum.
  • Coli Memberi / Coli Saiz Bebas ( stretch bra/ one-size bra ) : Coli daripada fabrik kait spandeks, bertali kenyal dan biasanya mempunyai satu saiz atau adakalanya tiada berkancing.
  • Coli Ala Korset (long-line bra ): Coli yang menutupi bahagian payudara ke pinggang, dipakai bersama girdel, bertetulang wayar. Adakalanya dipakai tanpa tali.
  • Gaun dalam coli ( bra slip ) : Gaun dalam bercoli sendat yang popular pada tahun 1960-an.





NIKE Lancar Jersi Baru Menjelang EURO 2012

Semangat Piala Dunia 2014 semakin hampir ke klimaknya, tinggal 2 tahun lagi sebelum acara terbesar dunia itu berlangsung. Sudah pasti peminat-peminat di seluruh dunia akan membeli dan menggunakan jersi terbaru pasukan yang disokong oleh mereka untuk menunjukkan semangat kesukanan. Tambahan lagi, tidak sampai 2 bulan lagi Euro 2012 pula akan bermula dan bertambah rancak lah dunia bola sepak dunia.



Pasukan kebangsaan untuk Euro 2012 yang menggunkan Jenama NIKE
Jika Piala dunia 2010 NIKE mencetuskan revolusi dengan rekaan jersi menggunakan botol plastik tetapi kali ini mereka membuat jersi yang rekaannya dengan mengetengahkan teknology DRY-FIT yang masih menggunakan botol kitar semula sebagai fabrik rekaan nya. NIKE semalam melancarkan rekaan jersi terbaru untuk 8 pasukan kebangsaan untuk EURO 2012 dan berkemungkinan rekaan sama untuk Piala Dunia Brazil 2014 (2 tahun lagi mungkin ada jersi lain). Jersi yang akan berada dipasaran pada 1 May nanti direka lebih ringan di bahagian lambang logo kebangsaan untuk mengurangkan berat serta rekaan yang fit kepada badan dan aerodinamik untuk melancarkan pergerakkan.




DRY-FIT fabrik yang lebih aerodinamik dan pengaliran haba yang baik serta logo kebangsaan yang lebih ringan












Lubang angin yang dihasilkan dengan potongan Laser untuk pengaliran haba dan udara yang baik dan memberi kesan aerodinamik kepada pergerakkan pemain
















Bawah ini beberapa buah jersi dari Amerika Syarikat, Brasil, Crotia, Belanda, Portugal dan Perancis. Sumber: NIKE jom cuci mata!
Rekaan untuk Euro 2012

Jersi Belanda

Jersi Brasil

Jersi Crotia

Jersi Perancis 

jersi Portugal

Jersi Amerika Syarikat


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”