Monday, 18 June 2012

Budak 11 Tahun Dirogol Lebih 100 Kali Dalam Tempoh 3 Bulan


Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali dalam tempoh tiga bulan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2006 namun hanya didedahkan kepada umum beberapa hari lalu oleh ibu budak itu dalam blog mininya.

 Ibu budak itu, Tang Juan dari Yongzhou China merayu pengamal perubatan untuk membantu anaknya, Lele, yang kini menghidap penyakit kelamin dan masalah mental selepas kejadian yang berlaku kira-kira empat tahun lalu. Menurut ibunya,

Lele mengikut seorang lelaki berusia 23 tahun yang dikenal sebagai Zhou Junhi ketika di arena luncur ais sebelum kedua-duanya pergi makan malam bersama pada 1 Oktober 2006. Selepas itu, Zhou membawa anaknya ke pusat video sebelum merogol anaknya beberapa kali. Selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut Lele agar merahsiakan kejadian itu atau dia akan memberitahu hal itu kepada rakan dan guru di sekolahnya.

Lelaki itu turut mengugut untuk membunuh ahli keluarganya. Dua hari selepas itu, Zhou memaksa anaknya untuk "bekerja". Lele dipaksa melacurkan diri di sebuah kelab sosial. Setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM47 (100 yuan).

Sebanyak RM14 diberikan kepada Lele, selebihnya diambil oleh pemilik kelab sosial tersebut. Wang RM14 yang diterima oleh Lele itu walaubagaimanapun diambil oleh Zhou. Selepas berjaya diselamatkan, Lele mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali. Setakat ini, sebanyak tujuh orang didakwa kerana terlibat dalam kes yang amat menyentuh hati ini .



Boboiboy Superkick




BoBoiBoy sedang cuba memecahkan rekod sendiri dengan menimbang bola 100 kali tetapi Adu Du tiba dan cabar BoBoiBoy untuk menendang bola sejauh mungkin.

BoBoiBoy menyahut cabaran Adu Du, tetapi berapa jauh dia boleh pergi? Sementara itu, Adu Du menghantar Super Probe untuk pastikan yang BoBoiBoy tak akan sampai gol.

Bantu BoBoiBoy untuk tendang bola sejauh mungkin dan elak dari Cengkaman Gergasi Super Probe!
Terbaik dalam Superkick BoBoiBoy:

Main sebagai BoBoiBoy dan tendang bola dengan jauh sambil mengelak perangkap Adu Du!
Kawal bola dengan menggerakkan iPhone, elak dari Robot Hamba Adu Du dan lari dari Cengkaman Gergasi Super Probe!

Dapatkan pujian BoBoiBoy dengan membawa bola lebih tinggi.

Kumpul markah dengan menendang bola lebih tinggi hingga ke angkasa dan kongsi markah tertinggi dengan kawan-kawan di Facebook!

Muat Turun Segera!

Icon_app_store


Screenshots










Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda


                                                                           Ebby Yus


KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu.
Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.

“Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.

“Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda.
“Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang 'memanjakan' mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.


Aksi Ebby Yus ketika rakaman program Karoot Komedia X di Kompleks Studio Merdeka Finas dekat sini, baru-baru ini.

“Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.

“Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini,” luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.

Terbaru, Ebby Yus yang sedang terlibat dalam sesi rakaman Karoot Komedia X untuk Astro Warna berkata, pembabitan dalam program komedi muzikal itu tidak sukar kerana ia tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia yang disertainya sebelum ini.

“Komitmen dalam Karoot Komedia X tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia sebelum ini. Formatnya masih sama, cuma pada kali ini ia berskala lebih besar. Kami menggunakan skrip diberikan sebagai panduan kerana kebanyakan jenaka dilakukan secara spontan,” kongsinya.

Karoot Komedia X yang disiarkan sebanyak 12 episod itu turut menampilkan Johan (Raja Lawak), Jep (Sepahtu) dan Yus (Raja Lawak) sebagai pelakon utama.

Barisan artis jemputan pada setiap episod pula antaranya AR Badul, Didie Alias, Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa dan Marsha.

Ia ditayangkan bermula 8 Jun lalu pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz



TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.
“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.
“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.
Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Edisi Lawak: 7 Awek Sekolah Paling Seksi dan Menghairahkan Abad Ini!


Kat sekolah aku dulu pernah ada student lelaki kena macam ni..bila kawan tu kena denda..guru disiplin suh pakai baju sekolah pompuan..NAH AMEKAW!!! macam inilah jadinya..tapi yang dalam gambar ni tak tahula situasi dan keadaan serta puncanya..apepownnnn aksi "awek" 3 dari kiri dan 3 dari kanan memang terhangat di pasaran...tak gitu???? Melentik gitew..



Edisi 18SX! Kanak-kanak 2 tahun dah pandai aksi geli-geli!



Edisi ini sebenarnya sesuai pada umur 18 tahu ke atas..walaubagaimana pun..aksi 18 tahun ke atas itu hanyalah untuk mereka-mereka yang dah kahwin..bukan yang belum kahwin..Cuma sekarang ni..macam-macam benda pelik berlaku..semuanya menjurus kepada masalah bejat social yang semakin menjadi-jadi..dan yang terkini aksi kurang senonoh ini (gambar atas) dilakukan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun..


Keadaan ini begitu membimbangkan pelbagai pihak..ni baru 2 tahun..kalau dah dewasa atau yang sewaktu dengannya? Yang dah 80 tahun pun masih sanggup nak rogol kanak-kanak bawah umur..sadis bukan…minta dijauhkanlah daripada benda ni..

Izara Aishah Kini Di Benci Ramai Wartawan





KETIKA sedang sibuk bercerita soal saman menyaman dua artis popular tanah air baru-barui ini, ada beberapa rakan wartawan yang merungut tentang Izara Aishah yang dikatakan mempunyai masalah pula.

Bukan besar sangat masalah Izara ni, tapi kalau dah selalu sangat datang lambat, memang menjadi masalah kepada orang lain. Malah, kata beberapa orang wartawan senior ni, Izara memang sentiasa lambat kalau berjanji.

"Kau bayangkan baru-baru ini hampir tiga jam dia terlewat dalam satu program yang dianjurkan di Finas. Yang menjadi masalahnya bila orang menunggu dia terlalu lama sampaikan naik muak.

"Bukan sahaja pihak produksi yang merungut dengan perangai dia tetapi beberapa wartawan yang ada pun geleng kepala dengan sikap Izara yang semakin lama semakin menjadi-jadi tu.

"Dengar cerita lagi bukan itu kali pertama dia buat macam tu. Ada beberapa sesi fotografi pun dia datang lambat. Alasannya tak tahu jalan, jalan raya sesak dan macam-macam lagi yang buat orang menyampah.

"Kalau rasa tak tahu jalan tu, kenapa tak google maps awal-awal? Dalam beberapa program pelancaran pun mesti dia lewat dengan alasan yang sama. Nampak sangat tak berdisiplin orang baru macam dia ni," rungut wartawan popular tu lagi.

Bagi Syed datang lewat ni bukan satu masalah baru dalam kalangan artis tempatan kita. Memang ramai yang buat perangai terutama dengan masa. Tiba-tiba Syed teringatkan kes artis yang kena halau sebab lambat dua jam.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”