Tuesday, 19 June 2012

Kapal angkasa China berlabuh di Tiangong-1


KAPAL angkasa Shenzhou-9 (kanan) mendekati Tiangong-1 di angkasa lepas semalam.

BEIJING – China menamatkan misi berlabuh automatik di angkasa lepas semalam sebelum tiga angkasawan di dalam sebuah kapal angkasa memasuki sebuah modul yang mengorbit Bumi.

Kapal angkasa Shenzhou-9 yang berlepas pada Sabtu lepas dan membawa angkasawan wanita pertama China bercantum dengan modul angkasa lepas Tiangong-1.

Misi berkenaan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen China.
Ini kali ketiga China melakukan misi berlabuh secara automatik selepas dua misi serupa dilaksanakan pada November tahun lalu.

Namun, misi kali ini berbeza kerana membawa bersama tiga angkasawan ke Tiangong-1.
Mereka terdiri daripada Komander Jing Haipeng, Liu Wang dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang.

Matlamat utama misi selama 13 hari itu adalah untuk melakukan prosedur berlabuh secara manual.
China turut merancang menyiapkan pembinaan sebuah stesen angkasa lepas di orbit Bumi menjelang 2020.
Matlamat tersebut memerlukan tekonologi berlabuh yang sempurna seperti yang pernah dilakukan kapal angkasa lepas Amerika Syarikat dan Rusia dalam tahun 1960-an.

Teknik berkenaan sukar dikuasai kerana melibatkan dua kapal angkasa yang berada di orbit sama dan berputar mengelilingi Bumi pada kelajuan beberapa ribu kilometer sejam.

Kapal angkasa dan stesen berkenaan perlu bercantum perlahan-lahan bagi mengelakkan kedua-duanya berlanggar dan berkecai. – Agensi


Hijabster : Heliza Helmi Hijab

Masih ada yang tidak mengenali siapakah individu yang bernama Heliza Helmi. Heliza merupakan seorang artis dari rancangan realiti tv terbitan astro iaitu dari rancangan Akedemi Fantasia musim ke lima. Lewat beberapa tahun ini beliau sudah pun mula kurang menyanyi di stesen televisyen. Heliza Helmi telah pun memulakan satu perniagaan tudung pada pertengahan tahun 2011.  Beliau telah pun menghasilkan satu jenama tudung keluaran beliau sendiri iaitu ” Heliza Helmi Hijab “


Tudung yang beliau hasilkan benar-benar menepati hukum menutup aurat dalam islam. Ia juga seakan-akan tudung yang dipakai oleh golongan wanita di negara arab. Anda sendiri boleh melihat dimana design tudung yang dihasilkan menutup kesemua bahagian yang sepatutnya dan ia juga kelihatan sangat cantik apabila digayakan. Heliza juga turut menunjukkan beberapa cara bagi menggayakan tudung rekaannya ini.




Penampilan Selebriti “Hot Mama”

Pasti ramai yang ingin ketahui siapakah selebriti yang bergelar ” Hot Mama ” ini. Biasanya ciri-ciri seseorang yang bergelar hot mama ini boleh kita dapati dari penampilannya sendiri. Gaya mereka ini sentiasa kelihatan menarik dan cantik. Paling penting sekali pandang pasti ada yang menyangkakan mereka ini masih single. Selebriti yang bergelar hot mama kini antaranya ialah Sazzy Falak, Aishah Sinclar, Dephne Iking, Dynas Mokhtar, dan Nora Danish.






Izara minta maaf




IZARA AISHAH mempunyai alasan tersendiri kenapa dia datang lewat ke lokasi penggambaran dan sesi fotografi.

TIDAK cukup dengan kontroversi tiga pendatang baharu dunia seni tanah air yang kini sedang heboh dengan isu ‘bercakaran’ mereka iaitu Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla, kini seorang lagi pendatang baharu yang sedang meningkat naik, Izara Aishah pula dikatakan sudah mula ‘membuat perangai’.
Kelmarin, semua akhbar tempatan kecoh bercerita tentang heroin Vanilla Coklat itu yang dikatakan sering sahaja tiba lewat di lokasi pengambaran dan sesi fotografi.

Apa yang menjadi isu, khabarnya pihak kru produksi penggambaran dan sesi fotografi terpaksa menunggu Izara antara dua hingga tiga jam.

Kata sumber, alasan yang sering diberikan Izara adalah dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan masih dalam perjalanan. Sumber juga memberitahu apabila dihubungi, adakalanya Izara tidak menjawab panggilan telefon tersebut.

Enggan membuat sebarang andaian mahupun menyalahkan pelakon cantik itu, Kosmo! semalam dengan pantas menghubungi Izara sendiri untuk mengetahui perkara sebenar.

KOSMO!: Boleh komen tentang cerita negatif mengenai anda yang dikatakan sering datang lambat ke lokasi penggambaran atau sesi fotografi sehingga berjam-jam lamanya?

IZARA AISHAH: Orang yang sebarkan cerita negatif itu tidak tahu situasi sebenar yang Izara hadapi. Izara tiba lewat ke lokasi (penggambaran dan fotografi) sebab perlu menyudahkan kerja lain.

Masalahnya cerita mengenai kelewatan ke lokasi penggambaran dan fotografi anda itu bukan sekali dua sahaja tetapi sudah berkali-kali?

Tak baik salah anggap terhadap Izara. Izara minta maaf kepada semua pihak yang terasa hati.
Setiap kali anda lewat ke lokasi adakah anda menghubungi mereka terlebih dahulu?

Jika Izara rasa tidak dapat sampai pada masa yang telah ditetapkan Izara akan hubungi mereka terlebih dahulu. Izara tidak pernah mendiamkan diri atau tidak jawab panggilan telefon seperti yang didakwa.
Apakah jawapan mereka setiap kali anda hubungi beritahu lewat ke lokasi?

Mereka tidak pernah memaksa Izara untuk cepat tetapi mereka cakap tak apa dan ambil masa untuk tiba.
Adakah anda sedih nama anda turut terpalit kontroversi sepertimana yang kini dialami artis-artis baharu yang popular seperti Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla?

Izara tak sukalah bila cerita macam ini timbul. Kenapalah nama Izara pula yang naik (kontroversi). Mungkin ada pihak yang tidak ada cerita mahu buat dan mencari kesalahan Izara pula.

Adakah cerita sebegini akan mencalarkan reputasi anda?
Cerita sebegini tidak mencalarkan reputasi Izara kerana Izara boleh perbaikinya. Izara akan pastikan tidak lagi datang lewat ke lokasi dan lebih pandai menggunakan masa. Mungkin Izara akan bertolak lebih awal atau tidak mengambil kerja yang memerlukan Izara berada di kedua-dua tempat dalam masa yang singkat.
Apakah perkembangan terbaru anda?

Izara masih lagi menjalani penggambaran drama Naziha untuk slot Zehra di TV3 setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam. Bermula bulan Julai depan pula, Izara bakal menjalani penggambaran filem Vanilla Coklat The Movie

Jadi juara berkat petua Chef Liza




CHEF LIZA memberi taklimat kepada para peserta sebelum bermulanya Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Petua Chef Liza Zainol selaku Ketua Juri Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 untuk menghasilkan biskut yang sedap berjaya membantu Nur Atiqah Ayu Ong Abdullah, 50, untuk dinobatkan sebagai juara kategori biskut pada Cabaran Daisy Sehebat Chef Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2 Setiawangsa di sini semalam.

Nur Atiqah yang tewas dalam persaingan peringkat zon tahun lalu kali ini menghasilkan biskut mentega kacang Daisy yang bukan sahaja enak tetapi juga memenuhi kriteria Chef Liza iaitu sajian tersebut mesti rangup dan cair di mulut.

“Tidak sangka pula berkat tunjuk ajar itu telah membantu saya menghasilkan biskut yang lebih enak sehingga memikat hati juri,” kata suri rumah itu yang mempunyai pengalaman membuat kek, biskut dan kuih selama 10 tahun. Pada tahun lalu, Nur Atiqah mempertaruhkan biskut jarum emas tetapi tewas kepada peserta yang lebih muda.

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….


Hati-hati bila anda menikmati makanan di Resturant halal di China



Di China, banyak dijumpai kedai-kedai makan dan restauran yang meletakkan tulisan halal. Namun jangan tertipu dengan tulisan label halal yang disenaraikan. Faktanya, banyak restauran halal di China yang menjual makanan dan minuman haram.

Menurut daripada laporan sesetengah syrikat pelancungan Islam, pada pertengahan bulan Mei lalu, sejumlah rombongan telah melawat negeri ini. Mereka mencari sebuah restoran muslim berlabel halal namun masih menjual arak (wine). Menurut syarikat perlancungan tersebut membuktikan bahawa sejumlah restauran halal di China ternyata tidak benar-benar halal.

Seperti yang dilaporkan, pada beberapa pengurus syarikat berkenaan sengaja masuk ke restoran muslim bernama A Fun Ti yang beralamat di Jalan Houguaibang Hutong, pada 188, daerah Dongcheng, di Kota Beijing untuk makan malam. Di atas pintu masuknya terpampang tulisan al-Math’am al-Islami, pada restauran muslim.

Sebahagian daripada rombongan syarikat itu memilih untuk makan malam di restauran ini pada Isnin malam, pada 21 Mei lalu. Sebahagian lain diundang makan malam secara terbatas dengan pimpinan Lembaga Keamanan Antarabangsa China.

Restauran Muslim Rangking Pertama
Restoran A Fun Ti sangat dikenali di China. Restauran ini juga disebut pada rangking pertama dalam senarai restauran-restauran muslim paling terkenal di seluruh negeri China oleh website islamichina.com.
Restauran ini menyajikan menu ala Xinjiang, wilayah dengan penduduk majoriti muslim di bahagian paling Barat Laut (north-west) China, dekat Asia Tengah.

Restauran muslim itu tergolong di antara yang banyak dikunjungi pelancung muslim. Pengunjungnya tidak hanya berasal dari warga tempatan, tetapi tetamu yang berasal dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat yang lebih mendominasi. Biasanya, pada restauran akan didatangi pelawat setelah matahari terbenam, pada pukul 19.30 waktu Beijing.

Sebahagian besar tetamu dari Eropah dan Amerika Syarikat itu ternyata hendak menikmati sajian wine khas yang sengaja disajikan dalam gelas unik berukuran panjang 30 cm dan persembahan eksotik restauran ini.
Sajian di restauran ini sesuai dengan penjelasan di islamichina.com, yang mengatakan sudah menjadi perkara biasa bahawa beberapa restauran halal di kota-kota besar China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen menyediakan minuman beralkohol.

“Susah bagi kebanyak restauran-restauran halal untuk mendapat keuntungan besar bila mereka tidak menyediakan wine, kerana majoriti tetamu adalah non-muslim” tertulis pada website itu.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”