Tuesday, 19 June 2012

Ustaz Azhar Idrus & Zizan: Main Gitar Jangan Sampai Jadi Najis

zizan tiru gaya ustaz azhar idrus


Stadium Al Ain : Stadium Dalam Padang Pasir (8 Gambar)

Stadium Al Ain ialah sebuah stadium yang akan dibina di Al Ain UAE. Ianya sebuah stadium bolasepak dengan kapasiti penonton sebanyak 40 000. Stadium ini unik kerana ianya dibina didalam padang pasir yang mengelilingi Al Ain. Ia dibina sebegini bagi memastikan ruang dalaman stadium sejuk secara semula jadi. Pihak jurureka MX Architech yang mereka stadium ini mendapat inspirasi rekaan daripada rekabentuk koloseum lama. Kos pembinaan dijangkan mencecah USD 953 Juta. Woah! Stadium Al Ain memang stadium yang mahal tetapi yang pasti ianya juga antara yang paling unik di dunia!




Gundam Louis Vuitton (7 Gambar)

Di Malaysia hobi membina GunPla sudah boleh dikira mainstream. Gunpla yang ada memang sudah terkenal dengan ke-bad assannya. Setiap tahun ada sahaja kit model terbaru yang dihasilkan dengan bagi memenuhi permintaan Gundamfags seluruh dunia. Kebanyakkan GunPla dibina untuk kelihatan seperti Gundam di dalam siri animenya. Tetapi kadang kala pembina GunPla menunjukkan kekreatifan mereka dan menghasilkan sesuatu yang unik. Pembina GunPla dari Gundamguys menghasilkan model unik Gundam versi Louis Vuitton. Have to say not bad! Jika anda suka dengan apa yang mereka hasilkan lawati laman web mereka.




Microsoft Surface : Tablet Terkini (8 Gambar)


Nampaknya dunia komputer tablet semakin hangat. Microsoft baru sahaja memperlihatkan tablet mereka yang diberi nama Surface. Ianya tablet 10.6 inci yang bakal muncul dalam dua versi. Versi pertama menggunakan sistem operasi Windows RT manakala satu lagi menggunakan Windows 8 Pro. Pemproses dari keluarga Tegra digunakan untuk versi Windows RT manakala pemproses dari keluarga Core I5 digunakan untuk versi Win 8 Pro. Microsoft berharap tablet mereka ini mampu merapatkan jurang diantara komputer Windows Desktop dengan tablet yang diguna pakai sekarang. Seperti kita sedia maklum tablet memang sesuai digunakan untuk melayari lama web tetapi untuk melakukan kerja sebenar ianya masih belum benar-benar sesuai.

Kedua-dua versi Microsoft Surface menyokong Microsoft Office. Oleh itu Microsoft berharap tablet mereka akan menjadi pilihan mereka yang mahukan tablet yang boleh befungsi lebih dari menjadi sebuah pelayar web mudah alih. Microsoft juga memperlihatkan TouchCover untuk Microsoft Surface. Touch Cover ialah penutup skrin yang juga merupakan sebuah papan kekunci fizikal. Buat masa ini tiada haraga saranan diumumkan oleh Microsoft. Apa yang diumumkan hanyalah saiz muatan dalaman tablet iaitu 32-64 GB untuk versi MS RT dan 64-128 GB untuk versi Win 8 Pro.





Lelaki Buah Zakar Besar Tolak Pembedahan


Las Vegas – Seorang lelaki yang mempunyai buah zakar paling besar iaitu seberat 100 pound menolak untuk melakukan pembedahan secara percuma bernilai $1 juta dolar bagi membetulkannya semula, kerana alat sulitnya itu telah menjadikannya terkenal.

Wesley Warren Jr menolak tawaran tersebut biarpun terpaksa membawa buah zakar yang bersaiz seperti tembikai itu ke mana sahaja.

Namun kerana keadaan ganjil itulah, dia menjadi terkenal dan mendapat perhatian banyak pihak selain dijemput muncul dalam beberapa program di televisyen.

Dia setakat ini telah muncul dalam program Howard Stern Show dan Comedy Central serta telah menandatangani kontrak untuk muncul dalam satu dokumentari yang bakal diterbitkan khas mengenai dirinya.

Selain itu dia juga bimbang akan berdepan dengan risiko tinggi termasuk maut sekiranya pembedahan itu dijalankan.

Jika Wesley bersetuju, pembedahan itu akan dilakukan oleh seorang pakar, Dr. Joel Gelman daripada Universiti California dan ia akan dijalankan di Nevada dengan semua kos ditanggung oleh pihak berkenaan.
Wesley menghidap scrotal elephantiasis, iaitu satu penyakit yang biasanya berlaku di Afrika dan Asia Tenggara disebabkan oleh jangkitan parasit.

Buah zakarnya membengkak disebabkan oleh cecair dan doktor perlu membuang tisu berlebihan sebelum membina semula buah zakarnya itu.

Pendirian Wesley itu berbeza dengan kenyataan yang diberikannya kepada sebuah journal, Las Vegas Review pada bulan Oktober tahun lalu.

Dalam temu bual itu, dia amat berharap dapat mengembalikan buah zakarnya kepada bentuk asal.
Ini kerana selain memalukannya, dia juga terpaksa menanggung kesakitan di bahagian alat sulitnya.
Jelasnya, keadaan itu memaksa dia memakai sarung khas apabila keluar di tempat awam .

Selain itu, dia juga mahu menjalinkan semula hubungan romantik dengan wanita .
“Saya tidak mahu kelihatan seperti orang pelik,’ ujarnya kepada Las Vegas Review.
Selepas berita mengenai keadaan ganjil itu dikeluarkan oleh journal tersebut, Wesley menjadi terkenal dan mula mendapat perhatian banyak pihak.


Nak kahwin tiada MyKad


REMBAU: “Saya seperti pendatang di negara sendiri kerana tanpa sijil lahir dan kad pengenalan diri, susah untuk melakukan urusan rasmi, malah hidup seperti tidak sempurna,” keluh anak kelima daripada 10 beradik, Siti Halimah Jasni, 17, yang tidak memperoleh sijil lahir walaupun pelbagai usaha dijalankan termasuk meminta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurutnya, dia baru sahaja menetap di Kampung Bongek, dekat sini, kira-kira lapan bulan lalu bersama empat adik beradiknya masing-masing berusia 13, 11, lapan dan tujuh tahun.

Katanya, mereka berpindah ke situ selepas mengikut ibu mereka, Siti Noraziah Mat Pareman, 40-an berpindah dari Kampung Simpang Durian, Jelebu.

“Ibu mengajak kami berpindah kerana dia mahu mencari kerja bagi menyara kehidupan kami adik-beradik berikutan abang dan kakak masing-masing sudah berkahwin.

“Ayah pula meninggal dunia akibat penyakit dihidapinya pada 2009,” katanya yang ditemui di Kampung Bongek, dekat sini, semalam.

Siti Halimah berkata, dia yang tidak pernah bersekolah baru sahaja melangsungkan pertunangan pada Mei yang lalu dan merancang berkahwin pertengahan tahun depan.

Namun, dia khuatir akan timbul masalah apabila tidak memiliki kad pengenalan diri untuk urusan pernikahan.
“Ibu pernah bercerita kepada saya yang dia melahirkan saya dalam ambulans. Ketika itu ibu dan ayah tinggal di Kuala Pilah, tetapi apabila ibu cuba mendapatkan data dan maklumat mengenai kelahiran saya di Hospital Kuala Pilah ia tiada dalam sistem. Keadaan ini menyebabkan saya sukar untuk mendapatkan surat beranak,” katanya.

Katanya, ketiadaan surat beranak menyebabkan dia tidak boleh melakukan urusan rasmi dan bimbang dikatakan bukan warga negara.


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”