Tuesday, 26 June 2012

Sasarkan Penonton Asia, Namewee Bakal Tampil Dengan Filem Ketiga

Dengan filem pertama beliau pun, Namewee telah berjaya menambat hati juri di Osaka, Jepun dengan memenangi ‘Best Asian New Director’. Ini ada projek baru.

Belum pun filem kedua beliau berjudul Hantu Gangster muncul di’pawagam, Namewee kini telah memulakan proses produksi filem ketiga beliau berjudul Kara King.

Filem ketiga beliau ini agak besar cita cita’nya apabila bakal menelan belanja produksi sebanyak RM3 juta dan mengambil lokasi sekitar Malaysia, China & Hong Kong.

Menariknya, filem Kara King akan di’bintangi oleh seorang penyanyi Taiwan popular Gao Ling Feng & juga pelakon senior Hong Kong yang pasti anda kenal, Ng Mang Tat.

Menurut penerbit Fred Chong penggambaran akan selesai sekitar Julai ini untuk bahagian Malaysia sebelum bergerak ke Guangzhou, China dan juga Hong Kong.

“Filem menyentuh perasaan ini berkisar tentang bagaimana muzik boleh menjadi medium perapat hubungan antara anak & ayah dan saya rasa bertuah kerana pelakon kegemaran saya Ng Mang Tat dapat berlakon sebagai ayah dalam filem ini,” ujar Namewee ketika majlis pelancaran filem Kara King. (via Yahoo! News)

Sebab Sebenar England Kalah Euro

Patut la England kalah penalti! Penyokong melucah belakang gol.Tuhan tidak suka negara yang penyokongnya melucah secara terang-terangan..


Konsep Bot Laju Ferrari (10 Gambar)

Kami ada paparkan ARNO XI beberapa bulan yang lalu. Ianya merupakan satu-satunya bot lumba yang pernah direka oleh Ferrari. Enzo Ferrari sendiri yang melakukan rekaan tubuh dan enjin bot yang digunakan pada tahun 1953 ini. Abdul Wahid seorang pereka industri mendapat inspirasi untuk menghasilkan konsep Ferrari E110 Elegante dibawah. Beliau menggunakan design ques dari Ferrari 458 sebagai rekaan asak E110 Elegante di bawah. Persoalannya disini adakah Ferrari perlu menghasilkan bot laju mereka sendiri? Adakah kita akan dapat melihat The Prancing Seahorse di masa hadapan?




Erra Fazira: Sampai Masa Nanti, Saya Akan Kongsikan Sesuatu Dengan Semua



Baru sahaja kami ingin mengambil kenyataan terakhir Engku Emran sebagai konklusi kepada gossip yang melanda selama ini, kini timbul sesuatu yang baru.

Semalam, Berita Harian melaporkan yang Erra Fazira enggan memberikan apa apa komen tentang kenyataan suami beliau atas alasan bimbang jawapan di’salah erti oleh orang ramai.

Jawapan mudah seperti “Ya, memang apa di’katakan Engku Emran itu benar belaka.” sebenar’nya cukup untuk menutup segala kontroversi yang timbul hampir setahun ini.

Tidak mengapa. Pagi tadi melalui akaun Twitter beliau, Erra Fazira menulis yang beliau akan kongsikan ‘sesuatu’ dengan semua apabila sampai masa’nya nanti.

Erra Fazira mendakwa ‘penat’ dengan isu yang tidak kunjung selesai sebelum meminta semua mendoakan beliau. Ya, kami memang suka terlebih analisa tetapi apakah ‘sesuatu’ yang di’maksudkan Erra Fazira hari ini?

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.145)



Pasangan selebriti baru untuk di’perhatikan. James Franco baru baru ini di’katakan telah berkunjung & meluangkan masa di rumah Amanda Seyfried (gambar) dan ini menimbulkan spekulasi baru. Hmm.
 – Just Jared

Selepas beberapa bulan senyap, Reese Witherspoon akhirnya tampil membuat pengakuan yang beliau kini memang sedang mengandung & bercadang untuk bercuti menanti kelahiran anak ketiga itu tidak lama lagi.
 – Splash News

Baru sahaja bertunang, pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth di’khabarkan bakal berkahwin minggu hadapan dek hanya kerana satu tweet daripada Miley Cyrus. Nyata semua itu hanya satu spekulasi.
– Cambio

Selepas di’masukkan ke hospital April lalu, Zizan Razak kini menetapkan syarat yang beliau tidak akan mengambil tawaran berlakon yang memerlukan kerja lebih 12.00 tengah malam atas faktor untuk menjaga kesihatan. – mStar Online

Hari ini menandakan genap 3 tahun pemergian mendiang Michael Jackson dan sejak hari itu pelbagai perkara telah berlaku & paling utama doktor peribadi beliau Conrad Murray yang di’dapati bersalah membunuh bintang itu kini di’penjara. – TMZ

VIDEO HARI INI: Tidak bersempena dengan apa apa, tetapi kami di’sini rasakan video tribute lagu lagu Bruno Mars secara medley ini begitu epik. Hiburan hari Selasa anda semua.


Pembongkaran Hubungan Antara Kiblat, Kaabah dan Hari Kiamat

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )
Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?

Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:

1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.

2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?

Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??

Pembongkarannya…
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,
Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.

Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.
Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!
Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.
Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.

Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.
Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.

Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.
Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan

1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.

Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)
Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.
Semoga bermanfaat..

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..

Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.

Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.
Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab.

Tercampak tujuh meter akibat dipanah petir

Beginilah keadaan muka mangsa yang melecur akibat terkena panahan petir di Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit, Kuala Terengganu,

KUALA TERENGGANU – Seorang bapa kepada tiga anak berdepan detik mencemaskan apabila nyaris rentung setelah terkena panahan petir dalam satu kejadian di Kampung Pecah Rotan, Batu Rakit, di sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang juga seorang warga Kemboja, Timmy Chea Choo, 35, sedang menoreh getah bersama isterinya, Chouk Ann, 32, di kawasan kebun yang berbukit.

Menceritakan detik mencemaskan itu, isteri mangsa yang kurang fasih berbahasa Melayu berkata, semasa kejadian, hujan renyai-renyai disusuli dengan angin kencang serta ribut petir.

“Ketika itu kami sedang menoreh tetapi melihatkan keadaan cuaca ketika itu, kami cepat- cepat mengemaskan barang untuk beredar. Bagaimanapun, kejadian berlaku begitu pantas.

“Sedang kami sibuk berkemas, tiba-tiba satu cahaya seperti kilat terkena pada suami dan panahan itu menyebabkan suami saya tercampak sejauh kira-kira tujuh meter ke dalam semak,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurut Chouk Ann, akibat kejadian itu, suaminya tidak sedarkan diri dan melihatkan keadaan itu, dia terus berlari mendapatkan bantuan penduduk setempat yang berada berdekatan. Mangsa yang turut terbakar di bahagian kaki dan belakang badan serta melecur di muka dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk mendapatkan rawatan susulan.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu keluar menoreh getah seawal jam 10 pagi lagi dan tinggal di negara ini sejak dua tahun lalu.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”