Thursday, 2 August 2012
Nike Mag :Kasut Dari Back To The Future II Kini Realiti (11 Gambar)
Nike Mag ialah kasut yang dipakai Marty McFly pada tahun 2015 didalam Back to The Future II. Nike semalam mengumumpan 1500 pasang kasut ber LED ini akan dilelong bagi mengumpul dana penyelidikan penyakit Parkinson Michael J Fox. In case anda tak tahu Michael J Fox pelakon yang melakonkan watak Marty McFly kini mengidap penyakit ini. Bidaan sepasang kasut edisi terhadap ini sudahpun melangkaui USD 2500 sepasang. I admit kasut ini kelihatan huduh tapi bagi penggila sneaker edisi khas this thing is a must have. Lampu LED pada kasut ini boleh dicaj dengan charger yang disediakan sekali bila anda membelinya. Yang tak best cuma satu. Nike Mag ini tidak boleh mengikat tali kasutnya secara automatik macam dalam movie walaupun Nike ada memfailkan paten untuk peranti mengikat kasut automatik pada tahun 2009. Kalau ada duit dan memakai kasut bersaiz 10 USA silalah bida di Ebay. Doctor Bong sila beli kalau anda benar pecinta sneakers.
Video S@x dan Video Pend@k..(untuk 18tahun ke atas sahaja)
Ingat masa belajar dahulu di UMS..bagi pelajar yang mengambil Degree dalam Multimedia Produksi terdapat satu tugasan yang mereka menyediakan satu video pendek yang tak lebih dari 5 minit durasi.Tapi ini cerita bukan cerita video pendek yang mereka akan buat tu..tapi video pendek aka video lucah...ada peminat video ini memanggil video ini sebagai video pendek kerana dipanggil begitu sebabnya durasi video lucah itu kebanyakan dibawah durasi 10 minit sahaja...jadi kalau semasa berbual sesama mereka walaupun terdapat di kalangan mereka yang tidak menonton mereka akan mengunakan keyword 'video pendek'.Jadi untuk para wanita sana kalau boyfriend kata tengah tengok video pendek,tanya la dulu video pendek apa.....heheh......Masa belajar di UMS di dulu saya berbangga dengan hasil kerja kawan-kawan saya dalam membuat video korporat antaranya untuk agensi kerajaan di Labuan.Dibawah contoh filem pendek yang dihasilkan pelajar UMS untuk Astro Nextgen 2010, Karnival Video Pelajar Malaysia Kali Ke 8 2011.
Sipnosis
Filem pendek bertajuk 'JAHANAM' ini mengisahkan tentang kehidupan dua beradik yang malang, Zul (Abang), dan Lisa(Adik). Perangai Lisa berubah semenjak kematian arwah ibunya. Lisa dikhianati oleh teman lelakinya sendiri(Joe) dengan membawa lisa kepada kawannya untuk dirogol. Zul yang berang setelah adiknya dirogol lalu mencari Joe dan rakan2 untuk membalas dendam. Dapatkah Zul membalas dendam? Sama-sama kita saksikan filem pendek 'Jahanam'
Pengarah : hakim suliman dan akmal rosni
Pertandingan yang diikuti : Astro Nextgen 2010, Karnival Video Pelajar Malaysia Kali Ke 8 2011.
Trailer Jahanam di :
http://www.youtube.com/watch?v=Lkxa8tPYI80
Sejarah Usahawan Kurma – Yusof Taiyoob
Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.
Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.
Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.
Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.
Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Laman sesawang NFC digodam
Sumber maklumat diambil daripada MiLo SuaM.
Rujuk: http://nfc.com.my/
WELL.PLANNED.CORRUPTION
"Rafizi Ramli Adalah Wira Rakyat! Orang sepatutnya yang kamu tangkap ialah Shahrizat anak beranak. Amaran dari Kami! jangan memperbodohkan rakyat ! Seluruh Rakyat Malaysia akan tentang UMNO BN habis-habisan!" - Hacker SGP Cyber Army
Laman web tersebut yang digodam oleh SGP Cyber Army adalah sebagai tanda protes terhadap penahanan Rafizi Ramli yang sebelum ini telah mendedahkan penyalahgunaan wang dana ternakan lembu oleh syarikat milik keluarga bekas menteri wanita yang juga merupakan ketua wanita umno itu.
Dibawah adalah printscreen laman tersebut
Misteri Makhluk Halus Tumpang Solat
Berhadapan situasi takut, pelik, tergamam seperti terjumpa dengan makhluk halus mungkin menyebabkan kita menjadi lemah semangat. Perasaan ini juga yang sedang bermain di fikiran empat sekeluarga yang menghuni rumah di Kampung Desa Penyayang, Sri Medan, apabila ruang rumah mereka dijadikan tempat untuk solat jenazah makhluk halus. Kejadian berkenaan disedari apabila penghuni rumah berkenaan pulang setelah beberapa ketika mengosongkan kediaman mereka.
Mohd Amin Kamil, 46, berkata, kejadian pelik di rumahnya mula berlaku tiga tahun lalu, apabila isterinya, Rahimah Mohamed, 49, mengemas sejadah yang terbuka.
Katanya, pada mulanya isterinya menganggap anak mereka menunaikan solat dan terlupa melipat sejadah tersebut.
Bagaimanapun anak mereka menafikan dan memberitahu dia belum lagi menunaikan solat.
“Saya dan isteri mula berasa pelik dengan kejadian ini dan membiarkannya sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kami beranggapan mungkin ada di antara kami terlupa mengemas sejadah berkenaan.
“Tetapi perkara itu berulang kembali dan ia berlaku tiga kali berturut-turut, di mana kejadian berkenaan berlaku apabila masuknya waktu solat Asar, Maghrib dan juga Isyak.
“Perkara ini juga akan berlaku ketika matahari sedang naik, dan ia hanya berlaku apabila awal Muharam, tetapi kami diamkannya sahaja dan menganggap ‘mereka’ hanya menumpang solat,” katanya kepada Sinar Harian.
Kain batik lepas terbentang sendiri
Menurut Mohd Amin, bagaimanapun sesuatu mengejutkan berlaku apabila dia pulang sahaja ke rumah Khamis lalu dan mendapati di satu ruang dalam rumahnya terdampar sejadah untuk solat berjemaah.
Katanya, lebih mengejutkan di hadapan sekali dia melihat bantal dan juga kain batik lepas dibentang seperti menutup seorang jenazah.
“Saya terkejut dengan kejadian berkenaan dan bergegas keluar memberitahu isteri.
“Isteri saya memberitahu, sebelum dia keluar, rumah dikunci. Lalu kami teringatkan perkara yang berlaku sebelum ini di rumah.
“Sebelum itu, awal pagi dan sehari sebelum ini, saya mendapati sejadah di rumah kami terbentang seperti selalu. Kami membuat andaian mungkin salah seorang daripada makhluk halus berkenaan telah meninggal dunia,” katanya.
Sebelum ini, katanya, dia berhubung dengan beberapa ustaz dan mereka menyatakan makhluk berkenaan hanya untuk menumpang sahaja dan tidak mengganggu isi rumah.
Sebelum ini katanya, kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku walaupun mereka telah mendiami rumah tersebut hampir 19 tahun.
Gamar: Bersungguh-sungguh Lelaki Ini Melamar Kekasihnya
Pennsylvania – Seorang lelaki yang juga penyampai sukan, Joey Lancianese mempunyai cara tersendiri untuk melamar teman wanitanya yang dikenali sejak enam tahun lalu yakni ketika mereka masih menuntut di universiti.
Bukan sahaja dia yang terlibat, malah 300 orang termasuk rakan-rakan dan saudara-maranya turut mengambil bahagian.
Apa yang dilakukan ialah menutup sebatang jalan, sebelum mereka membuat tarian di hadapan teman wanitanya.
Ketika itu barulah Joey melutut dan melamar Alexandra De Loia atau Alex dengan disaksikan rakan-rakannya itu.
Orang ramai yang lalu lalang di situ turut memberikan sokongan malah ada yang menyertai tarian berkenaan.
Menurut Alex, dia tidak menyangka Joey akan melamarnya kerana dimaklumkan mereka hanya keluar untuk makan malam sahaja.
“Kami bertemu di depan kedai makan di situ, dan kemudiannya mereka mula menari… saya tidak sempat makan malam pun,’’ katanya yang terkejut dengan lamaran itu.
Jelas Alex, biarpun ia mengambil masa selama enam tahun untuk Joey melamarnya namun penantian berkenaan amat berbaloi.
Dalam pada itu, Joey memberitahu, dia merancang perkara berkenaan selama dua bulan.
“Setiap kali Alex bertanya apa yang saya lakukan ketika itu, saya memberitahunya bahawa saya sedang berlatih bermain softball,’’ katanya.
Tiga buah lagu dimainkan ketika mereka menari beramai-ramai termasuk lagu Bruno Mars iaitu `Marry You’ dan 4 Non Blonde ‘ What’s Going On?
Tarian itu mengambil masa selama 37 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)














