Thursday, 4 October 2012

AWAS TEKTIK YANG DIGUNAKAN PENJENAYAH


satu tektik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan. -pesona media 

Isteri Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami


SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.


Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin. – SinarHarian

Anggota Tentera Thai Menari Tarian Kuda



BANGKOK – Beberapa anggota Tentera Laut Diraja Thailand menari tarian kuda yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy dalam muzik video Gangnam Style, lapor agensi berita AP semalam.

Klip video yang menunjukkan anggota tentera itu menari tarian tersebut dimuat naik di laman YouTube pada Khamis lalu.

Seorang pegawai tentera laut, Leftenan Komander Patiroop Khemtis berkata, klip tersebut disiarkan semasa parti tahunan yang diadakan di sebuah pangkalan tentera di Pulau Phuket, selatan Thailand pada Rabu lalu.

Tarian kuda itu kini menjadi popular di kebanyakan negara termasuk di Amerika Syarikat (AS).

Video muzik Gangnam Style telah ditonton lebih 292 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.

Tarian tersebut juga menyebabkan Psy, 34, menjadi terkenal di AS dan dipikat menjadi artis syarikat Schoolboy Records milik Scooter Braun.

Braun merupakan pengurus penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber

[3 Gambar] Perbandingan McDonald's VS KFC Oleh Seorang Blogger Tempatan


Perbandingan McDonald's VS KFC Oleh Seorang Blogger Tempatan (Bukan Admin)



Wednesday, 3 October 2012

[Video] Malang Menjadi Isteri Pelumba Kereta Professional


Augusto Farfus ialah seorang pelumba kereta DTM BMW. Di bawah ialah video beliau memandu sebuah BMW M3 Coupe dengan isteri beliau Liri Farfus sebagai penumpang. Lihatlah sendiri isteri beliau yang tak senang duduk dengan kegilaan pemanduan suami tercinta. Tak kesian kat bini langsung mamat ni. Enjoy the video..

Sudah Elok Bertudung Tetapi Bogel Pulak ?




Ke sekolah, ke tempat kerja elok sopan bertudung dan berbaju sempurna. Apabila kebosanan di bilik, baju dilucutkan, coli ditanggalkan dan kamera handphone dihalakan ke tubuh badan. Buttang 'shutter' diklik, lalu gambar diri sendiri berkeadaan tanpa coli diambil. Bunyinya seperti adegan porno, tetapi inilah realiti ramai perempuan Melayu zaman sekarang yang langsung tidak malu mengambil gambar bogel sendiri.

Mereka berasa berani mengambil gambar bogel sendiri kerana beranggapan tiada siapa melihat di dalam bilik. Kemudian, ada yang mengatakan gambar tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi tanpa memikirkan kemungkinan ada pihak luar boleh mengakses gambar terebut di komputer atau handphone mereka. Ada juga yang mengambil gambar bogel sedemikian istimewa untuk teman lelaki dengan beranggapan teman lelaki yang disayangi itu tidak akan berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakannya.

Apabila telah berlaku penyebaran gambar bogel mereka di internet, perempuan-perempuan ini mulalah menuduh ada pihak telah melakukan khianat terhadap mereka. Ada yang memberi alasan bahawa ada pihak yang jahat telah mengakses album private yang mengandungi gambar-gambar 'separa lucah' mereka di akaun Facebook yang terlupa di'logout'. Mereka langsung tidak menyalahkan kebodohan mereka sendiri kerana menjadi 'bangang' mengambil gambar sendiri dalam keadaan bogel.

Sekali gambar bogel dimuatnaik ke internet, maka dengan sangat pantas gambar tersebut boleh tersebar ke forum-forum, blog dan web. Sudah pastinya, gambar lucah yang ditunggu-tunggu sebegini berpotensi besar akan di'save' ke dalam komputer oleh ramai lelaki tanpa mengira spesis. Akibatnya, si perempuan ini akan menjadi bahan tatapan nafsu seks oleh lelaki entah siapa dan lebih malang lagi mungkin menjadi perangsang untuk onani. Maruah jatuh ke tahap menyamai pelacur.

Perasaan malu akan ditanggung oleh diri, suami dan keluarga sepanjang hayat selagimana gambar-gambar bogel tersebut masih disimpan oleh lelaki-lelaki, walaupun perempuan itu sudah bertaubat.

Maka, jangan jadi bodoh wahai perempuan !

Suami Isteri Peluk-Peluk Di Tempat Awam, Benarkah Tidak Salah ?



A: Apa hukum lelaki perempuan peluk-peluk tapi tak kahwin ?
B:  Dosa la, sebab hukumnya Haram.
A: Tapi, kalau lelaki perempuan tu dah kahwin ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati la..

A: Apa kau rasa kalau kau nampak couple Melayu peluk-peluk di public ?
B: Confirm aku menyampah ! Terang-terang buat maksiat depan orang ramai !
A: Kalau pasangan Melayu yang dah kahwin peluk-peluk di public ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati diorang la..
A: Hmm...betul ke perbuatan tu tidak salah...?

A: Sekarang, bayangkan kau seorang pegawai pencegah maksiat dan ada undang-undang Islam tempatan menyatakan bahawa lelaki perempuan Islam yang berkelakuan tidak sopan menyerupai maksiat di tempat awam boleh diminta menunjukkan sijil/kad nikah. Katakan, satu hari kau dan rakan pasukan terserempak seorang lelaki muda Melayu sedang memeluk intim pinggang perempuan di sebelahnya, adakah kau akan pergi dan menahan pasangan tersebut untuk meminta sijil/kad nikah ?
B: Errr....mungkin...mungkin aku akan minta mereka tunjukkan...sebab aku tak tahu mereka sudah nikah atau belum ? Keadaan mereka meragukan...
A: Sekarang kau nampak tak apa salahnya....?
B: Ooo...berpelukan antara lelaki perempuan di public boleh menimbulkan fitnah..!! Walaupun sudah berkahwin tetapi berpelukan intim di public boleh menyebabkan rasa syak wasangka negatif pada mata orang ramai yang memandang, lalu boleh menjatuhkan maruah dan air muka pasangan suami isteri terbabit...
A: Tahu takpe...
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”