Monday, 29 October 2012
SKIRT SAPE YANG LEBIH PENDEK??
Di kala kita stress dengan pengumuman kerajaan kita yang begitu “PRIHATIN” untuk berjimat cermat, marilah kita bersama-sama meneka skirt siapakah yang lebih pendek di antara Rozita Che Wan dan Azza Elite di dalam gambar di atas. Kalau dari kebesaran paha, kami rasa Azza Elite nampak lebih besar daripada Rozita. Tapi dari segi kependekkan skirt, agak sukar untuk ditentukan sebab dua-dua lebih kurang je.
Kami rasa Rozita dan Azza sudah pun menyahut seruan kerajaan kita untuk berjimat cermat. Sekarang nie diorang beli baju yang tak cukup kain bukan untuk seksi, tapi sebab itu lebih murah. Mungkin lepas nie lebih ramai artis kita yang bakal berjimat cermat dengan memakai seluar dalam sahaja ke event-event. Tak gitu?
Marilah kita mencontohi artis-artis kita yang begitu cepat dan pantas dalam menyahut seruan kerajaan untuk berjimat cermat. Lepas nie kita pergi kerja naik basikal pulak ~~~
MISTERI WAJAH MANUSIA DI COLUMBIA PICTURES YANG ANDA TAK TAHU
Chris Anderson sent us this interesting screenshot from Columbia Pictures’ “Quantum of Solace” intro. I had some problems spotting the hidden face at first, but when I finally found it I was convinced it couldn’t appear there by accident. I’m certain Columbia pictures integrated this guy on purpose, but what I can’t be sure is whether the face can be seen in all of the Columbia movies, or was it only supposed to be some kind of Easter egg reserved only for newest James Bond flick? Further, does this guy remind you of someone? Is it the famous “Stay Puft” Marshmallow Man from Ghostbusters? Would be logical if Columbia owns rights for Ghostbusters, but this shouldn’t be too hard to investigate. Let us suppose this was true, then probably its just a hidden advertisement for newest Ghostbusters sequel (in production). Before I log out, this is what Chris wrote me:
“I discovered your website a few days ago and have enjoyed looking at hundreds of illusions by now. I guess my mind has been in ‘optical illusion’ mode, as when I sat down to watch the “Quantum of Solace” James Bond movie today, I saw an extra face in the “Columbia” film intro. I’ve attached a screenshot. I’m new to this but surely someone else has noticed the illusion.”
Guru tampar pelajar 120 kali setiap 30 minit
Guru tampar pelajar 120 kali setiap 30 minit. Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.
Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit, cuma dikenali sebagai Han, kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak.
Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ. Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.
“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya.
Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama.
“Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang,” katanya.
Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain.
Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10. Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu dipecat dari sekolah berkenaan.
7 Cedera Dirempuh Peragawati Mabuk - Dia Hanya Memakai Seluar Dalam Ketika Ditahan
JAKARTA: Seorang model majalah dewasa berusia 25 tahun berdepan pelbagai pertuduhan selepas mencederakan tujuh orang, termasuk dua anggota polis ketika memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, kata polis.
Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, Novi Amalia yang hanya berseluar dalam enggan menurut arahan polis supaya berpakaian selepas insiden itu. Dia yang memandu kereta Honda Jazz secara membuta-tuli di pusat bandar melanggar seorang penunggang basikal dan penjaja jalanan pada jam 5.30 petang Khamis lalu. “Dia yang terus memandu kemudian merempuh dua anggota polis di Taman Sari Jakarta Pusat,” katanya.
Laporan media menyatakan seorang daripada anggota polis itu cuba untuk menghentikan kereta Novi selepas wanita terbabit melanggar deretan penjaja jalanan. Novi kemudian memecut kenderaannya sebelum merempuh van mini awam hingga pemandunya cedera. Dia turut melanggar seorang penunggang motosikal dan sebuah lagi van mini.
Semua mangsa cedera dan dirawat di Hospital Husada di Jakarta Pusat.
Menurut Rikwanto, polis belum mendakwa Novi kerana dia masih tidak stabil secara fizikal dan mental, selain perlu menjalani ujian psikologi terlebih dulu.
“Novi mengakui mengambil ecstasy dan meminum arak di kediamannya sebelum memandu,” katanya.
Menurut keterangan saksi, Novi yang dalam perjalanan ke Ancol menanggalkan pakaian dan membuangnya keluar dari kereta.
“Dia hanya memakai seluar dalam ketika ditahan. Dia juga membuang dompetnya keluar dari kereta ketika memandu,” katanya.
Jika disabitkan bersalah Novi mungkin dikenakan hukuman penjara 16 tahun.
Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Nikah Disember 2012
Penjaga gol nombor satu negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex diberitakan akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey pada Disember ini.
Perkara ini disahkan oleh bapanya iaitu Che Mat Hussain dan buat masa ini pihak keluarganya sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan anaknya
Perkahwinan itu dijangka berlangsung sekitar 28 Disember hingga Januari ini.
Menurutnya, keluarganya kini sedang berbincang dengan keluarga Lueniey untuk memastikan majlis perkahwinan tersebut berjalan lancar.
Video Peragut Pecah Cermin & Ragut Dalam 1 Saat
AWAS! Peragut semakin ganas!
Video ini memaparkan kejadian pecah cermin kereta dan ragut yang berlaku dalam masa HANYA 1 saat. Cermin kereta Perodua Viva ini mudah dipecahkan oleh pembonceng motosikal yang dilihat tidak mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk meragut.
Jadikan video ini sebagai PERINGATAN untuk sentiasa berhati-hati walaupun kereta dalam keadaan berkunci. Jangan letakkan barang berharga di tempat yang mudah menjadi sasaran.
Kongsikan kepada orang tersayang!
SUAMI AJAK TONTON CERITA YANG MENAIKKAN N@FSU
Soalan : ASSALAMUALAIKUM UZTAZ. SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS. INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN. APA PENDAPAT USTAZ?
JAWAPAN : Wa’alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana;
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda, Ertinya; “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain” Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua: Islam juga tidak menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana disiplin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. (hadith berkaitan hal ini tidak sahih,jadi harus melihat kemaluan pasangan kita)
Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)







