Wednesday, 20 March 2013

Panas Artis Berparti Sakan Di FMFA


Pada Jumaat dan Sabtu lalu telah berlangsungnya konsert berprestij Festival Future Music Asia (FMFA2013) di litar Antarabangsa Sepang di mana ia telah menyaksikan hampir 55,000 peminat berkumpul untuk melihat artis kegemaran amsing-masing.

Antara yang hadir adalah, penyanyi pop seksi lagi sensasi Rita Ora, penghibur fenomena, PSY, kumpulan yang baru saja meraih dua anugerah Grammy, Fun, serta band indie Rock, Bloc Party, Naughty by Nature, Prodigy, deejay Angger Dimas dan Goldfish & Blink.





Selain peminat tempatan, barisan selebriti turut sama hadir dan berhibur sakan pada majlis ini.

Antara yang dikesan hadir adalah Nabila Huda, Emelda Rosmila, Atilia Haron, Dj Nas-T dan Tiz Zaqyah.

Saya Tidak Bercinta Dengan Fathia




Anda percaya saya memang tidak mengenali siapa itu Fathia dan mengapa saya dikaitkan bercinta dengannya. Ikuti kisah perhubungan mereka berdua..

Pelakon Keith Foo menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Fathia dan menganggap wanita itu hanya sebagai rakan biasa.

Keith, 30, memberitahu Fathia mempunyai bakat yang besar selain selesa berkawan dengannya.

Bagaimanapun gandingan mereka dalam drama Dalam Setiap Sujud yang ditayangkan di TV9 baru-baru ini semata-mata atas dasar profesional.

“Fathia seorang wanita yang berbakat dan cantik tetapi itu tidak bererti kami bercinta kerana hubungan itu sekadar kawan sahaja,” jelasnya.

Fathia sebelum ini dikatakan sedang dilamun cinta dengan Keith sehinggakan dia dikatakan sanggup menolak cinta seorang kerabat.
Fathia

Dalam pada itu, Keith berkata, dia menganggap gosip melibatkan golongan artis adalah lumrah dalam bidang ini dan sudah menjangkakan akan dikaitkan dengan berita seperti itu.

Malah katanya, pengalaman berlakon selama 10 tahun di Indonesia telah banyak mengajarnya untuk menghadapi cerita-cerita kurang enak apabila berkaitan dengan peribadi.

“Tidak perlu cepat melatah kerana ia adalah perkara biasa dan telah menjadi lumrah dalam bidang ini,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Keith memberitahu dia kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana wanita selain mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonannya yang baru bertapak di Malaysia.

Tidak mahu mengulas mengenai perpisahannya dengan bekas kekasih, Tyas Mirasih, Keith berharap kerjaya seninya akan berjalan lancar mengikut perancangan yang telah disusun oleh pihak pengurusannya, Astro Talent.

Beego Kongsi Kondo Dengan Kakak Angkat



Penyanyi dan pelakon, Beego yang mengaku tidak bersalah terhadap atas pertuduhan berkhalwat pada Mei tahun lalu telah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang dia menyewa rumah bersama kakak angkatnya dan seorang lagi kawan lelaki di kondominium di Bukit Antarabangsa.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, telah membuat kenyataan tersebut sewaktu prosiding kes tangkap khalwatnya yang membabitkan dia dan dua lagi kenalan, Fikry Zainon, 21 dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, 21 bersama dua lagi wanita 23 Februari 2011.

Kes bermula apabila Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Luqman Ramli, menerima aduan terdapat perbuatan khalwat di rumah terbabit. Dia kemudian bersama tiga lagi pegawai penguat kuasa JAIS serta tiga anggota polis datang memeriksa rumah itu.

“Ketika sampai di depan pintu rumah itu, kami beri salam dan ketuk pintu. Seorang lelaki iaitu Fikry Zainon membuka pintu dan selepas kami perkenalkan diri dia meminta kami tunggu sebentar. Dia kata nak panggil kawan dia buka pintu. Tak lama selepas itu pintu dibuka seorang lelaki lain iaitu Aszerul Nizam (Beego).

“Selepas memperkenalkan diri dan meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan, kami dibenarkan masuk. Ketika itu dua lelaki berpakaian lengkap duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Namun keadaan di ruang tamu gelap dan tidak dipasang lampu,” jelas pegawai JAIS itu.

Mereka seterusnya memeriksa bilik di rumah itu dan di dalam salah sebuah bilik, dua orang perempuan ditemui dan masing-masing berpakaian lengkap dengan baju lengan panjang dan seluar panjang. Kelima-lima mereka menurut Luqman telah memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

Tambahnya, semua tertuduh akur dan tidak memberi sebarang komen ketika pegawai JAIS menerangkan kesalahan khalwat dan mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ulu Klang untuk laporan polis.

Beego dan dua lagi rakan lelakinya bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat tersebut. Namun dua lagi rakan wanita mereka, Azlina Yazit dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia awal 30-an, mengaku bersalah atas tuduhan itu dan didenda RM3,000. Mereka membayar denda itu.

Perbicaraan akan disambung 16 Jun ini.

Beego yang ditemui media di luar mahkamah berkata ini adalah pengajaran yang amat berguna untuknya dan dia juga menjelaskan bakal bernikah 7 Jun depan dengan pelakon Linda Hashim. -Murai-

Tuesday, 19 March 2013

Lima beradik kongsi satu isteri


Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami. Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.


Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.” Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.” Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah. Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami. Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.” Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.
Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliyandri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.” “Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut. “Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.” 

Julia Perez Baju Jarang




Perkara Tentang Bruce Lee Yang Anda Perlu Tahu


Bruce Lee antara GURU Kung Fu yang terbaik dan beliau juga telah banyak menhasilkan filem Kung Fu yang berkualiti walaupun bunyi suaranya lebih kuat dari effect bunyi sepakan beliau. So Lame!! Cerita lama gaya lama!

1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.

2. Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada zaman itu
3. Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese & Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.

4. Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk tampil pada filem pertamanya.
5. Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual dengan harga US$29,500.
6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.
7. Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.
8. Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari (telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya menggunakanibu jari sahaja.
9. Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg. Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one inch punch dari Bruce Lee.
10.Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan dengan ramai orang sekaligus.

11. Ada tiga murid Bruce Lee yg pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.
12. Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa lain. Bruce Lee menerima cabaran itu dan mengalahkan guru tersebut dalam masa 3 minit. Bruce Lee kecewa, kerana mencipta konsep “Jeet Kune Do”.
13. Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Dalam kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.
14. Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan, Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.
15.Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, “Pa Qua” (sejenis azimat yang dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatuh ditiup angin.

Norman Cemburu Panggilan Sayang Memey Bukan Untuknya


Sejak menimang cahaya mata pertama bersama pelakon, Memey Suhaiza, aktor berbadan sasa, Norman Hakim akui kasih saying isterinya itu lebih kepada puteranya, Mohamed Darwisz Hakim.

Malah, Norman Hakim berkata panggilan "Sayang" Memey kini bukan untuknya lagi tetapi sudah beralih kepada anak lelakinya yang dilahirkan pada 1 Februari lalu.

"Alhamdulilah, Memey sangat seronok menguruskan anak pertama kami. Memey nampak sangat cepat belajar dalam menguruskan bayi walaupun baru pertama kali.
"Malah, dia seperti tidak boleh berenggang dengan bayinya. Nampak sangat dia sayangkan anaknya lebih daripada saya.
"Yang lucunya, bila dia panggil 'sayang', saya ingat panggilan itu untuk saya. Bila saya menyahut dia kata dia sedang bermain dengan Darwisz. Terasa dan cemburu juga ketika itu, tetapi saya faham", katanya kepada murai.com.my yang seronok melihat keterujaan Memey bersama anak hasil perkahwinan mereka.


Memey dan Norman
 Memey yang melahirkan Darwisz di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak pada 1 Ferburari lalu, kini sudah pun selesai berpantang.

Mengulas mengenai komitmen Memey selepas ini dalam bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu dia tidak akan menghalang isterinya untuk terus berlakon. Tetapi dia lebih gembira jika isterinya dapat menguruskan hal-hal di rumah sementara dia bekerja di luar.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”