Friday, 5 April 2013

Gadis Ghaib Kemudian Muncul Di Kawasan Kubur


Sebuah keluarga bingung apabila anak gadisnya sering ghaib ketika berada di rumah. Gadis yang sering ghaib ini adakalanya muncul kembali di kawasan tanah perkuburan.

Jika sebelum ini, mungkin ada yang pernah membaca kisah tentang seorang lelaki yang ghaib namun kemudiannya ia muncul di Tanah Suci Mekah. Walaubagaimanapun kisah itu sudah lama berlalu, kini terdapat satu kisah di mana seorang gadis sering ghaib di rumah, namun demikian, ia muncul semula tetapi bukanlah di rumah, tetapi dikawasan kubur. Kisah misteri ini mendapat perhatian dari penduduk setempat.




”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.” Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga hari sebelum Aidilfitri lalu.

Siti Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.“Namun, saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.

Selepas tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya ketika ditemui semalam.

Siti Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam ghaib’.

Namun, Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.

Sementara itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis, beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan, tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.

“Kami bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.

Bagaimanapun, sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.

Kisah Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itudikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam mesin pembancuh simen dan atas kubur.

Siti Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis, di belakang rumahnya.

Dia juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak perasan kehadirannya.

Malam tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.

Sementara itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan tahajud.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut agama.

Muhammad Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan diganggu syaitan.

Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.

Katanya, keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.

“Tetapi, perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.

Bomoh Nombor Ekor Ditangkap



IPOH: Setelah dipercayai memperdaya sekian ramai orang sejak 2005 dengan menyamar sebagai bomoh Siam, menjanjikan kemenangan pertaruhan nombor ekor, seorang lelaki berumur 30 tahun ditahan polis dan direman.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek berumur 30 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah pada 27 Mac lepas apabila dipercayai terlibat dalam empat kes penipuan di sekitar Taiping dan Manjung di sini.

"Suspek juga dipercayai memperdaya mangsa di negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Selangor hingga menyebabkan mangsa sanggup memasukkan wang berpuluh ribu ringgit ke dalam akaun suspek," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan, polis mendapati modus operandi suspek ialah mengedarkan risalah ke rumah mangsa, menyatakan bahawa orang awam akan memenangi nombor ekor dengan bantuan bomoh Siam.
"Mangsa yang terpedaya dengan risalah itu akan menghubungi suspek dan suspek pada awalnya akan menyamar sebagai pembantu bomoh dan selepas itu sebagai bomoh Siam.

Aeril Zafrel Kecewa Penyebaran Gambar Tidak Berbaju





Pelakon Aeril Zafrel menganggap penyebaran gambar-gambarnya yang tidak berbaju dalam sebuah blog
oleh individu tertentu adalah bertujuan untuk menjatuhkan kerjayanya yang sedang meningkat naik.
Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, gambar-gambar itu dirakamkan oleh rakannya beberapa tahun lalu termasuklah ketika dia belum berhijrah untuk menjadi individu yang lebih baik pada ketika ini.


"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.

"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.

"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu,

Foto-foto Aeril yang telah dimuat naik di sebuah lamab blog lucah.
Tambah Aeril, dia berharap agar penyebar foto-fotonya itu mendapat hidayah dengan segera agar tidak melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah tersebut.
Dalam pada itu Aeril juga mengakui sejak membuat pengakuan umum mengenai penghijrahan diri, ada segelintir pihak yang cuba memfitnah dia dengan pelbagai cara.
"Saya bersedia dengan segala kontroversi dan fitnah yang bakal muncul nanti.
"Yang penting, selagi saya bersama Allah, Dia akan melindungi saya walau apa sekalipun orang ingin memburukkan saya.
"Mungkin apa yang telah berlaku itu Allah mahu tunjukkan hikmahnya,'

Shah Rukh Khan Disaman Berjuta-juta kerana Perbuatan Memalukan





Shah Rukh Khan Disaman RM56.9 Juta - NEW DELHI : Seorang pengarah filem dan pelakon veteran India, Manoj Kumar memfailkan saman sebanyak AS$18.5 juta (RM56.9 juta) ke atas aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

Kumar memfailkan saman itu kerana Shah Rukh tidak memotong satu adegan yang memalukannya dalam sebuah filem berjudul Om Shanti Om yang disiarkan di Jepun pada tahun 2007.

Kumar memfailkan saman itu kepada Shah Rukh dan Eros International yang menjadi penerbit filem tersebut.
Menurut media India, tuntutan saman itu difailkan di sebuah mahkamah di Mumbai.

Pada tahun 2008, sebuah mahkamah di Mumbai mengarahkan adegan filem tersebut dipotong.
Shah Rukh kemudian meminta maaf berhubung adegan tersebut.

Kumar menyatakan, filem tersebut yang disiarkan di Jepun tidak memotong adegan itu baru-baru ini.

“Saya telah memaafkan mereka sebelum ini tetapi tidak kali ini. Mereka (Shah Rukh dan pihak Eros International) tidak menghormati saya,” kata Kumar.

Kumar yang berusia 75 tahun pernah menjadi pelakon utama dalam beberapa buah filem pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Filem komedi Om Shanti Om menampilkan Shah Rukh dan Deepika Padukone sebagai pelakon utama.

Pengarah filem tersebut, Farah Khan berkata, versi filem yang silap mungkin telah diedarkan di Jepun.

WAJAH SEBENAR BANDI AMUK


assalamualaikum...

ramai yang tertanya tanya kan rupa Bandi Amuk ni macam mana...ye dak?
ke tak dak sapa pun nak tanya?

kat bawah ni adalah gambar beliau...


Friday, 29 March 2013

KISAH SEBENAR ISU DAGING BABI KHINZIR NSK SELAYANG


ISU DAGING BABI KHINZIR NSK SELAYANG | Nampaknya, kemunculan daging yang seakan-akan daging babi di dalam troli di NSK Selayang menjadi topik perbualan hangat dan membuat ramai pihak terkejut. Namun, benarkah daging itu adalah babi?



Dah tak larat pulak saya nak bagitahu mana-mana rakan yang share cerita tentang babi diletakkan secara terbuka di pasar NSK. Ambik gambar tapi takde nak siasat , sekadar tengok dari atas saja. Lepas tu yang tukang share pun sama, takde nak siasat kebenaran cerita, maka ramailah yang menyebarkan cerita yang tak sahih kebenaran.

Kenapa ramai sangat suka share dosa? Dosa sendiri dah tak ada ke maka nak tambah dengan klik share cerita yang tidak sahih kebenaran.

Pernah anda lihat frozen lamb? Biri-biri agak gemok dari kambing. Malaysia memang import biri-biri frozen tetapi TIDAK import babi frozen.

Lihat apa chef Fidze Rahman ni kata, ” Maaf : kalau sy mencelah sikit…..sy seorang chef di hotel kl hampir 20thn,utk makluman semua itu adalah whole lamb carcase dr negeri aust,cuba anda perhatikn kain membalut lamb itu ada tulisan merah,tulisan merah itu adalah lebel dr negeri ia dtg,tarikh di sembelih,expire date,berat dan tanda ia telah di inspection di australia,sy menggunany setiap hari di hotel sy bekerja,klau anda biasa mkn di hotel apabila ramadhan anda akan dpt lihat kambing panggang jd itu lah bentukny,klau anda ke NSK ia akan di jual dlm bentuk part by part kambing,ini bermakna lamb atau pun mutton carcase yg anda lihat itu belum di potong part by part lagi…”

Saya ni cuma berpesan kerana kita ni beragama Islam. “Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Sekadar berikan nasihat. Sebelum kita share sesuatu, pastikan apa yang kita share tu perkara yang benar2 jelas dan betul.

Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma takut2 kita tersebar fitnah jika ia tidak benar..

Sudah siasatkah gambar itu benar2 babi? Bukan biri-biri yang diimport?

Malaysia tidak import forzen babi, kerana Malaysia peneksport babi keluar negara. Untuk eksport pemotongan tidak dilakukan dipasaraya tetapi dikilang.

Malaysia memang pengimport biri-biri frozen. kambing agak kurus, tetapi biri-biri memang gemok.

Jika itu babi sepatutnya laporkan ke JAKIM, bukan sebarkan di fesbuk jika kita seorang yang benar2 bertanggung jawap.

Mohon maaf jika tegursan saya ni salah.

Irma Hasmie Selamat Lahirkan Cahaya Mata Pertama


Sebentar tadi, menerusi akaun Twitternya, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka. Jutaan tahniah diucapkan kepada pasangan ini.





Redza turut sama berkongsi gambar comel anak sulung mereka ini. Cute bebenor nie!! Namun tidak pula dimaklumkan jantina anak mereka ini.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”