Monday, 9 September 2013

Zila Bakarin Yang Hot

Gambar Zila Bakarin Yang Hot Pasti ramai yang kenal siapa Zila Bakarin ini. Sudah lama kita tidak mendengar gossip ataupun cerita terbaru dari Zila.










Gambar Wanita Yang Jalinkan Hubungan Sulit Dengan Adi Putra






Maya Karin Beli Kediaman Bernilai RM2 Juta


Maya Karin antara selebriti yang kita semua tahu rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan satu destinasi yang kerap di’kunjungi seperti rumah kedua adalah kota metropolitan London.

Ini adalah kerana adiknya, Irina bekerja sebagai seorang peguam di London dan jika ada masa kelapangan pasti Maya Karin akan terbang ke sana untuk menjenguk.

Khabar terbaru menerusi laporan Harian Metro beberapa hari lalu mengatakan Maya Karin sudah pun membeli sebuah kediaman di tengah London dengan nilai melebihi RM2 juta.

Baru baru ini juga Maya Karin ada pulang ke London dan kongsikan sekeping gambar menerusi akaun Instagram beliau & menulis “…just arrived at my other home. London for a week again”

Maya Karin Beli Kediaman Bernilai RM2 Juta Di London?


Laporan akhbar itu juga menyebut yang kediaman ini di’beli oleh Maya Karin bersama adiknya yang masih bujang. Baguslah untuk mereka berdua, dalam usia muda rajin mengumpul harta untuk masa hadapan.

Khabarnya sehingga ke hari ini, Maya Karin sendiri sudah mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur & Terengganu hasil penat lelah beliau dalam dunia hiburan dan menjadi jurucakap pelbagai produk.


Adi Putra Mengakui....


Gambar di atas merupakan gambar pertama Adi Putra muncul di khalayak ramai selepas kisah beliau di’khabarkan mempunyai skandal dengan seorang wanita berstatus isteri orang menjadi perhatian ramai.

BACA: Inikah Wanita Yang Mempunyai Skandal Dengan Adi Putra?

Bercakap kepada media ketika menghadiri Majlis Golf Teduhan Kasih Wisata Amal 2013 di Pulai Springs Golf Resort, Adi Putra mengakui dirinya tertekan dengan kontroversi yang melanda.

“Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan”

“Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” kata Adi Putra lagi.

Menurut laporan Sinar Harian lagi, Adi Putra turut berkata yang kontroversi ini tidak mengganggu perjalanan karier & rezeki beliau kerana semuanya sudah di’tentukan dengan kuasa Allah.

“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu mana mana aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa Allah,” tambahnya lagi yang di’temani isteri, Aida Yusof ketika sidang media berlangsung.


Nombor Plat Kenderaan Paling Mahal di Dunia

Apakah nombor plat kenderaan paling mahal di dunia? Adakah anda pemiliknya? Apakah anda akan terkejut sekiranya ianya datang dari Malaysia? Ataupun apakah plat WWW1 yang mencatat nilai setengah juta ringgit Malaysia adalah plat paling mahal nilainya di dunia?

Hint...plat ini baru-baru ini ditawarkan oleh pembeli lain dengan harga RM30.9 juta, yang mana nilai ini mampu membeli enam Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.

Pastinya bukan di Malaysia......

Plat paling mahal ini sebenarnya berada di London. Plat itu adalah 'F1'. Plat ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan, Afzal Khan.


Afzal Khan disamping kereta dengan plat pendaftaran F1

Plat yang menjadi buruan ramai ini dibida oleh Afzal Khan pada tahun 2008 dengan nilai tertinggi dalam sejarah nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain, iaitu sebanyak  £440,000 (RM2.2 juta).

Nampak gayanya, pelaburan beliau tidak sia-sia apabila baru-baru ini ada individu lain menawarkan harga lebih sepuluh kali ganda daripada harga asal, iaitu lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk plat berkenaan. Walaubagaimanapun beliau menolaknya sebab beliau merasakan nilai plat ini lebih tinggi daripada itu.



Buggati Veyron milik Afzal Khan dengan plat F1

Sekarang, plat F1 ini dipasang pada Bugatti Veyron milik usahawan ini.

Selain plat istimewa pada Bugatti Veyron ini, beliau turut memiliki plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plat kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain. 


Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’.

Handphone Legend

Tahun 1990-an, sesiapa yang memiliki telepon tangan ataupun handphone di cop sebagai orang yang berada, kaya, bergaya. Tahun demi tahun berlalu, handphone mengalami perubahan yang drastik dari segi bentuk dan teknologi. Dahulu sekadar dapat mendengar suara, kini gambar secara langsung pun boleh...




Dalam banyak-banyak handphone yang ada, aku nak sebutkan handphone yang boleh dikatakan "Legend" dalam era handphone. Siapa tak kenal Nokia 3310....ada yang sebut Nokia tiga tiga sekupang..hehee

Pada tahun 2000, Nokia 3310 telah dilancarkan. 3310 telah melonjakkan nama Nokia sebagai jenama handphone yang hebat dan disukai ramai. Diterima oleh semua lapisan pengguna, ia terjual sebanyak 126 million unit. Sikit ke banyak tu??

Popular dengan game ular, boleh buat ringtone (compose), kulit depan belakang yang boleh ditukar-tukar mengikut citarasa sendiri...dan kebolehan untuk menghantar SMS tiga kali lebih panjang daripada yang standard (piawai) pada zaman itu.

cuba kita tengok apa spesifikasi handphone ni....
 
Processor: N/A
Display: Monochrome graphic
Memory: N/A
Camera: No
Dimensions: 113 x 48 x 22 mm
Weight: 133g

Memang "rare" la handphone ni pada zaman sekarang.  Ko ada? Aku ada...

Friday, 6 September 2013

Buru ‘lanun’ KL Gangster 2



Polis jejak dalang muat naik filem di YouTube

Kuala Lumpur: Polis memburu pihak yang bertanggungjawab memuat naik filem KL Gangster 2 ke laman YouTube.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata selain itu, anggotanya juga mengawasi pasar malam bagi mengesan penjualan cakera padat digital (DVD) filem berkenaan.
Katanya, langkah itu adalah kerjasama polis terhadap siasatan kes berkenaan yang kini diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Polis menerima laporan berhubung perkara itu daripada bapa pengarah filem berkenaan, Datuk Yusof Haslam, pada Isnin lalu.

Di Sungai Petani, Bahagian Kawalan Penapisan Filem (BKPF) Kementerian Dalam Negeri merampas lebih 700 keping DVD cetak rompak, termasuk filem KL Gangster 2 dalam satu serbuan di sebuah pasar malam di Tikam Batu, dekat Kuala Muda, malam kelmarin.

Semua DVD cetak rompak itu dirampas dari tiga gerai di situ.

Pengarahnya, Zainal Abidin Othman, berkata pihaknya terpaksa menyamar sebagai pelanggan sebelum melakukan serbuan ke atas premis menjual DVD cetak rompak itu pada jam 8.10 malam.
“Hasil pemeriksaan, pelbagai DVD cetak rompak ditemui di ketiga-tiga premis terbabit, termasuk filem KL Gangster 2 yang masih belum ditayangkan di pawagam,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran BKPF KDN Kedah di sini, semalam.

200,000 DVD dirampas

DVD itu dipercayai dikeluarkan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sebelum dihantar ke negeri ini untuk dijual secara kecil-kecilan.

Di Papar, Sabah, BKPF merampas lebih 200,000 DVD lucah dan cetak rompak bernilai sekitar RM1.4 juta, termasuk filem KL Gangster 2, dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Suvuang, jam 9.30 pagi kelmarin.

Pengarah BKPF Sabah, Ahmad Hilmi Said, berkata tujuh individu termasuk dua wanita, berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, turut dirampas 30 unit alat yang digunakan untuk memproses DVD cetak rompak di rumah terbabit.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”