Friday, 27 April 2012

marsha belajar memahami solat lima waktu

MARSHA memberitahu dia akan menolak jika ditawarkan menjadi pengacara lagi kerana mengaku dia tidak pandai mengacara sesebuah program



PADA tahun lepas, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh, 27, menjadi tumpuan kerana beberapa kontroversi, antaranya kisah dia dimasukkan ke hospital gara-gara menelan sehingga 30 biji pil pada September lalu.
Bagaimanapun, artis yang berasal dari Tamparuli, Sabah dan kini semakin dikenali sebagai seorang pengacara itu pada tahun ini semakin sunyi pula daripada sebarang cerita sensasi.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu Datuk DJ Dave berjudul Nyawaku di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, Marsha memberitahu dia kini mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya seninya.
Menurut Marsha, dia tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi, sementelah ketika ini dia merupakan pengacara rancangan berbentuk gosip berjudul Propaganza yang disiarkan pada pukul 12 tengah hari setiap Ahad di saluran Astro Ria.
Kosmo!: Apakah perkembangan terbaharu anda sekarang?
MARSHA: Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Pelangi I Love You dan bergandingan dengan pelakon Indonesia iaitu Aiman Ricky. Penggambaran dilakukan di Pulau Pangkor, Perak. Bagaimanapun, pada bulan lepas jadual saya memang terlalu padat apabila terpaksa menjalani penggambaran tiga buah filem dalam tempoh sebulan iaitu filem Qada, Pak Pong dan Dr. K Kahwin Lima.
Boleh ceritakan lebih lanjut tentang ketiga-tiga filem tersebut?
Dalam filem Pak Pong yang diarahkan oleh Fauzi Nawawi, saya cuma muncul secara cameo dan terlibat dalam beberapa babak sahaja, manakala dalam filem Dr. K Kahwin Lima pula, saya membawa watak sebagai isteri keempat kepada Usop Wilcha.
Cuma untuk filem Qada apa yang boleh saya katakan watak yang diberikan kepada saya memang sangat mencabar. Dalam filem tersebut, saya memegang watak sebagai seorang gadis mualaf yang telah berkahwin secara paksa dengan seorang lelaki.
MARSHA perlu memahami tentang solat lima waktu bagi mendalami wataknya dalam filem Qada.


Kenapa anda mengatakan watak yang dibawakan itu sangat mencabar?
Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.
Namun, saya berasa lega kerana kebanyakan rakan-rakan saya memang beragama Islam, termasuk Sharifah Sakinah yang turut berlakon dalam filem itu dan dia memang banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan.
Kenapa anda sanggup menerima tawaran yang banyak dalam tempoh sebulan?
Saya menerimanya kerana ketiga-tiga tawaran tersebut agak menarik dan rasa sayang pula kalau saya tolak. Malah, saya akui sangat penat kerana jadual yang cukup padat, tetapi saya tidak kisah kerana pada tahun ini memang saya mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.
Menjadi pengacara untuk rancangan Propaganza, adakah anda kini sedang mencuba untuk bidang pengacaraan pula?
Selama ini tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pengacara. Semasa datang uji bakat dahulu, saya tidak sangka pula mempunyai keserasian dengan Reza dan akhirnya kami berdua telah terpilih. Sebenarnya saya masih lagi mempunyai perasaan takut dan tidak yakin walaupun sudah mengacarakan sebanyak lima episod. Selepas ini mungkin saya tidak akan menerima lagi sebarang tawaran mengacarakan rancangan lain kerana sedar pengacaraan bukan bidang saya.
Bila anda merancang untuk hasilkan album baru?
Sebenarnya saya agak kecewa kerana album saya yang dilancarkan pada tahun lepas berjudul Yang Pertama tidak mendapat sambutan yang baik. Jadi, perancangan untuk menghasilkan album itu belum ada dan saya lebih selesa menghasilkan single. Saya baru sahaja selesai merakamkan single berjudul Kepastian Cinta yang dihasilkan oleh Ajai. Berkemungkinan besar lagu tersebut akan menjadi lagu tema untuk filem Qada.

Pramugari Ditiduri Hantu Raya (Seram!)

Seorang pramugari telah diganggu dan ditiduri oleh makhluk halus. Makhluk halus tersebut dipercayai sebagai hantu raya yang pernah disebut nenek moyang kita suatu ketika dahulu.

Melayukini.net – Pramugari Ditiduri Hantu Raya |Sejak dari dulu lagi, kita telah dihidangkan dengan kisah pelbagai jenis hantu antaranya hantu langsuir, hantu galah dan hantu raya. Di bawah ini adalah satu dari sebuah kisah benar mengenai seorang pramugari yang telah ditiduri oleh hantu raya. Sepasukan ahli perubatan Islam hadir untuk membantu membuang gangguan tersebut. Jom baca kisah di bawah ini.

Cuaca pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja. Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
SEMASA azan dilaungkan terdapat bunyi seakan-akan almari diketuk.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
Disetubuhi
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.


Melayukini.net - Bagi mengelakkan kita diganggu semasa tidur, amalkan bacaan ayataul kursi, bacaan tiga qul, dan jangan lupa membaca doa sebelum tidur. Apa yang paling penting,pastikan kita tidur dalam keadaan berwudu’. Insha Allah jangan lupa amalkan.

Top 10 Celebrities 2012

1. Lady Gaga
Earnings 2012: $90 million
Age: 25
2. Justin Bieber
Earnings 2012: $53 million
Age: 17
3. Katy Perry
Earnings 2012: $44 million
Age: 26
4. Angelina Jolie
Earnings 2012: $30 million
Age: 36
5. Eminem
Earnings 2012: $14 million
Age: 38
6. Taylor Swift
Earnings 2012: $45 million
Age: 21
7. Beyonce Knowles
Earnings 2012: $35 million
Age: 29
8. Kanye West
Earnings 2012: $16 million
Age: 33
9. Robert Pattinson
Earnings 2012: $20 million
Age: 25
10. Usher
Earnings 2012: $46 million
Age: 32

Lisa Surihani Kantoi Bercium Mulut?


Betul ke Lisa bercium?? jom lihat gambar di bawah ini, Anda yang tentukannya.@ Ini hanya 
propaganda.ehiburan tidak dapat menafikan sama ada benar atau tidak.sama-sama lihat dan nilai.


Kahkahkahkah... Jangan Marah Yee..

Penunggang Motor Yang Cute!



Mungkin inilah dia pembonceng motosikal PALING COMEL di dunia. Menurut penghantar gambar ini, pada awalnya ia menyangkakan pembonceng motosikal ini adalah seorang lelaki yang berpakaian kostum anak patung beruang. Kemudian akhirnya barulah ia sedari sebenarnya itu adalah anak patung beruang yang sagat besar. "Mungkin ianya adalah harijadi 'seseorang' di rumah" tambah pengirim lagi..

(Top 10) Pelakon Wanita Malaysia Paling Comel 2011

Aku rasa hari ni macam tak bersemangat sikit ar nak bekerja depan blog ni. Terkena penangan Monday Blues Fever kot. Ni siapa punya punca kuasa dua yang cipta penyakit ni. Hampeh betul. Asyik moody je… Jadi untuk menaikkan semangat aku, aku rasa nak buat anugerah syok sendiri sikit ar.

Sepanjang hari ni aku terfikir, siapalah artis wanita Malaysia yang comel-comel dan molek-molek belaka tu. Dan hingga malam ni aku boleh pilih 10 orang ja. Tak ikut turutan tau sebab semua ada keunikan dan kecantikan tersendiri. Jom kita tengok siapa artis-artis tersebut. Ni suka-suka je tau. Korang jangan ambik serius lak.



almy nadia
Almy Nadia. Aku paling suka dia ni. Time marah, ceria atau nangis memang comey sungguuuuh!


Lagi gambar artis-artis comel di bawah!


sari yanti
Sari Yanti pun comel gak. hihi…



Nora danish
Nora Danish ni lagi ar comel. Dalam drama Ana Lu’lu, uihh comey gilerr..



Juliana Evans
Juliana Evans. Comel-comel. iLoike! :)



Lisa Surihani
Lisa Surihani. Kalau dalam blog dan fb, mesti ramai yang perasan dia tu pakwe Lisa Surihani. Adeh…



Ayu Raudhah
Ayu Raudhah yang dah diambil orang T_T



Diana Danielle
Diana Danielle. Comel tak? Hehe…



Intan Ladyana
Intan Ladyana yang tetap comel walaupun tengah marah :)



maya karin
Maya Karin; puteri duyung yang memang comel bila tersenyum :)



Faezah Elai
Faezah Elai. Uihh comey beb walaupun berlakon jadi tomboy, gothic atau Naruto. hehehe


Uih tiba-tiba rasa bersemangat je lepas tengok gambar diorang ni… haha jom hadapi hari Selasa lak. BTW, Selamat berjuang untuk hari esok! Chill!

Wednesday, 25 April 2012

Pegawai Pemeriksa Yang Teramat Lucah!

Bayangkan kalau pihak berkuasa di lapangan terbang KLIA buat macam ini , BES rasa puluhan ribu lelaki hidung belang beratur untuk temuduga jawatan ini. Bukan kata yang tua dah pencen pun nak mohon nak kerja lagi. Negara mana la yang buat pemeriksaan seperti ini? mesti la negara cukup kuat pegangan  Hak Asasi mereka. Mana tidaknya, buka baju  hingga mendedahkan bukit yang ranum di depan orang ramai.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”