Monday, 30 April 2012

PETUA MEMILIH PASANGAN HIDUP



Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari pertama tidak lain tidak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat tersalah pilih pasangan. Pilihan pasangan hidup anda adalah lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah tangga anda. Bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi anda akan terkejut dengan peratusan orang yang tidak sabar  melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, hayatilah petua berikut:

TEMPUH MASA PERKENALAN - Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama 2 tahun atau lebih, lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .

MEMILIH PASANGAN SENDIRI - Orang sering memilih pasanagn semata-mata untuk menggembirakan orang lain - ayah, ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai dan kaum keluarga dengan teliti, tetapi jangan sampai biarkan orang lain memilih pasangan hidup anda.

HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN - Kebanyakan rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka dan  perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan.

MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU - Keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak bertanggungjawab, tidak jujur dan degil, tanya diri sendiri samaada anda sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk menangani masalah ini. Nyata sekali, jika pasangan yang dalam pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya, anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih awal sebelum perkahwinan anda.

BANYAK PENGALAMAN HIDUP - Pemilihan pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan hidup bersama, sepanjang tahun-tahun akan datang. Pengalaman di sini bukan bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah dan senang bersama, amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh, harungilah waktu-waktu susah dan senang bersama pasangan anda. Misalnya melalui lalu lintas yang sesak, jalan-jalan kampung yang becak . Dari situ  dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.

BAYANGKAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI - Bayangan ini tidak anda sedari pada umumnya, namun ia amat mempengaruhi anda. Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang beberapa faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar (sub-concious mind) anda boleh menghantui sesuatu hubungan. Berpeganglah pada bayangan anda ini.

PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN-AKAN DIRI ANDA - Pasangan yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifatnya, akan memerlukan usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia. Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tidak ramai pasangan mampu bertindak sebegini.

MEMPUNYAI CITA-CITA YANG SEIRING - Jika orang yang anda kahwini bercita-cita jauh lebih rendah atau lebih tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan, tetapi pasangan anda telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar, tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.

KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI - Kebolehan berkomunikasi amat penting demi kebahagian rumah tangga. Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami isteri. Adalah penting kedua- dua pasangan menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing-masing tidak pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.

KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN - Setiap pasangan perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, rumah tangga mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami-isteri tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab-sebab lain. Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.

Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai

ulu saya pernah keluarkan entri cara-cara memilih coli dalam bentuk kiraan mathematik.
Katakan ukuran ukur lilit payudara  – 86 sm dan ukur lilit bawah payudara 74 sm. 86 tolak 74 = 12sm. Mangkuk coli yang adalah jenis B.
* Ukuran standard untuk mangkuk coli adalah mangkuk A – 10 sm, B – 12.5 sm dan C – 15 sm .
Entri lengkap  di sini – Petua ringkas jaga coli
Memilih coli adalah perkara rumit bagi perempuan. Bukan boleh pegang, belek, sentuh dan beli. Ini kerana bentuk setiap orang berbeza. Saiz saja berbeza² dan material juga mempengaruhi ketepatan jitu serasinya coli dan buah dada.
Jadi untuk tidak merumitkan murid² yang agak lemah dengan mathematik, hari ini saya berkongsi pula cara memilih baju dalam yang sesuai secara bergambar.


cara pakai coli 430x235 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Masukkan tangan menerusi pita bahu.   Condongkan badan ke depan.   Biarkan buah dada masuk ke dalam mangkuk coli.  Pasangkan cangkuk.

* pasangkan cangkuk di depan, kemudian dipusing ke belakang itu cara yang salah ye Cik Kiah…
cara beli coli 425x250 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Baiki kedudukan tali bahu supaya selesa. Pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
cara memilih coli 430x228 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Tarik masuk lebihan isi buah dada ke dalam mangkuk coli. Pastikan buah dada masuk sepenuhnya ke dalam mangkuk coli.
cara mencuba coli 430x244 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Angkat tangan. Coli yang padan rapi tidak akan terangkat naik.
Kalau dah selesa dan sesuai, tukar semula coli asal, jangan terus disarung baju.  Saya tidak bertanggungjawap sekiranya anda ditahan kerana mencuri coli.
Gambar ini diambil dari fitting room Parkson tahun 2009 yang dipos dalam blog peribadi saya untuk rujukan dan panduan sendiri.
My Dear Diary 430x233 Gambar :  Cara Memilih Dan Mencuba Coli Yang Sesuai
Tips dan teknik ini dikeluarkan oleh Triumph.
Rumitnya bab coli sehingga terdapat 3 mukasurat penerangan mengenai istilah coli di dalam Pusat Rujukan  Dewan Bahasa dan Pustaka.  Itu tidak termasuk rujukan dalam kategori Biologi.
  • Coli ( bra/ brassiere): Pakaian dalam wanita yang digunakan untuk membentuk dan mengampu payudara.
  • Coli Sari (cholee/choli) : Blaus sama sendat dan bergaris leher jeluk yang dipadankan dengan sari. Blaus ini biasanya dipakai oleh wanita India dan menjadi popular di Amerika Syarikat pada tahun 1968.
  • Coli Lekap (posts ) : Coli mangkuk tanpa tali dan tanpa bahagian belakang. Dipakai dengan melekapkan mangkuk coli pada payu dara dengan menggunakan perekat.
  • Coli Renang ( swimbra ) : Mangkuk berbentuk yang dicantum atau berasingan pada bahagian dalam sut renang untuk membentuk payudara
  • Coli Jeluk ( decollete bra/ plunge bra ): Coli bergaris leher bentuk V jeluk dan kedua-dua mangkuknya dicantumkan dengan pita penetap yang kecil dan dipakai bersama-sama pakaian berleher jelum.
  • Coli Memberi / Coli Saiz Bebas ( stretch bra/ one-size bra ) : Coli daripada fabrik kait spandeks, bertali kenyal dan biasanya mempunyai satu saiz atau adakalanya tiada berkancing.
  • Coli Ala Korset (long-line bra ): Coli yang menutupi bahagian payudara ke pinggang, dipakai bersama girdel, bertetulang wayar. Adakalanya dipakai tanpa tali.
  • Gaun dalam coli ( bra slip ) : Gaun dalam bercoli sendat yang popular pada tahun 1960-an.





NIKE Lancar Jersi Baru Menjelang EURO 2012

Semangat Piala Dunia 2014 semakin hampir ke klimaknya, tinggal 2 tahun lagi sebelum acara terbesar dunia itu berlangsung. Sudah pasti peminat-peminat di seluruh dunia akan membeli dan menggunakan jersi terbaru pasukan yang disokong oleh mereka untuk menunjukkan semangat kesukanan. Tambahan lagi, tidak sampai 2 bulan lagi Euro 2012 pula akan bermula dan bertambah rancak lah dunia bola sepak dunia.



Pasukan kebangsaan untuk Euro 2012 yang menggunkan Jenama NIKE
Jika Piala dunia 2010 NIKE mencetuskan revolusi dengan rekaan jersi menggunakan botol plastik tetapi kali ini mereka membuat jersi yang rekaannya dengan mengetengahkan teknology DRY-FIT yang masih menggunakan botol kitar semula sebagai fabrik rekaan nya. NIKE semalam melancarkan rekaan jersi terbaru untuk 8 pasukan kebangsaan untuk EURO 2012 dan berkemungkinan rekaan sama untuk Piala Dunia Brazil 2014 (2 tahun lagi mungkin ada jersi lain). Jersi yang akan berada dipasaran pada 1 May nanti direka lebih ringan di bahagian lambang logo kebangsaan untuk mengurangkan berat serta rekaan yang fit kepada badan dan aerodinamik untuk melancarkan pergerakkan.




DRY-FIT fabrik yang lebih aerodinamik dan pengaliran haba yang baik serta logo kebangsaan yang lebih ringan












Lubang angin yang dihasilkan dengan potongan Laser untuk pengaliran haba dan udara yang baik dan memberi kesan aerodinamik kepada pergerakkan pemain
















Bawah ini beberapa buah jersi dari Amerika Syarikat, Brasil, Crotia, Belanda, Portugal dan Perancis. Sumber: NIKE jom cuci mata!
Rekaan untuk Euro 2012

Jersi Belanda

Jersi Brasil

Jersi Crotia

Jersi Perancis 

jersi Portugal

Jersi Amerika Syarikat


Awek Zaman Sekarang



Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat ‘awek’. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, ‘confirm’ dah boleh dapat.
Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat ‘awek muslimah’. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah ‘confirm’ dah boleh dapat.
Haih! Inilah yang terjadi apabila terlalu kerap disajikan program-program televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat.
Bagaimana boleh watak seorang ustaz dipaparkan sedang bercinta dengan seorang wanita ‘alim’? Dan bagaimana pula sekumpulan pelajar Mesir yang ditunjukkan dalam sebuah drama pergi melancong berempat (dua lelaki dan dua perempuan) bersama-sama seolah-olah mereka tidak tahu bahawa perkara-perkara begitu boleh menimbulkan fitnah? (kerana bukan urusan penting)
Patutlah segelintir remaja yang tidak memahami konsep bercinta ‘cintun’ menganggap bahawa ‘couple’ itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal.
Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.
Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!
Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.

Kenapa perempuan sekarang suka memakai baju ketat?



Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yangsemakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki

Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan danseks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

Artis Wanita Ini Terlanjang Di Atas Pentas Dan Memegang Payudaranya

Courtney Love, si rocker liar tampil dengan bertelanjang dada saat konsert di Brazil. Ia selalu berperilaku ekstrem baik di pentas mahupun di tempat lain. Walau usianya sudah 47 tahun, nampaknya ia tidak berniat mengurangi keekstremannya.

Ketika ia sedang bernyanyi, tiba-tiba membuka bajunya, lalu menanggalkan branya. Sambil bernyanyi ia memegang sendiri payudaranya. Tangan kanan memegang mic dan tangan kiri memegang payudara.






Saat di luar pentas, Courtney pernah menunjuk dadanya dengan jari yang membentuk suatu angka. Ya sekali lagi, perilaku yang ekstrem selalu ditunjukkan Courtney.

Dia juga pernah tampil 'telanjang' di depan wawancara New York Times tahun lalu dan kemudian meminta maaf atas insiden tersebut.

Selain dirinya yang menjadi berita, saat putErinya, Frances Bean bertunangan
dengan pemuzik Yesaya Silva, dari band The Rambles banyak media membuat liputan hal ini.

Bukan hanya pertunangannya yang disorot, tetapi ternyata puterinya dan Courtney tidak memiliki hubungan yang baik. Walau Courtney mengutarakan rasa rindunya, hubungan ibu dan anak ini belum juga membaik

Gambar-Gambar Pelik Ragam Wanita Barat





































































OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”