Monday, 18 June 2012

Wanita China, hamil 7 bulan dipaksa menggugurkan anak kerana polisi 1 anak

Foto mengerikan seorang wanita muda berbaring di samping bayinya yang telah digugurkan secara paksa ketika memasuki usia tujuh bulan kehamilan telah menyebabkan kemarahan di China. Gambar yang dimaksudkan itu mengejutkan kelompok anti-pengguguran di China - dan amarah menyebar di seluruh dunia. Si ibu, Feng Jianmei, mengatakan kepada media tempatan bahawa dia dipaksa untuk melakukan suntikan dengan bahan kimia untuk menginduksi pengguguran dan anaknya lahir mati 36 jam kemudian.



Kerana dia sudah punya anak, kata Feng, had bahagian kelahiran tempatan memerintahkan dia untuk membayar denda sebesar £ 4.000. Dia tidak punya wang, katanya, sehingga kumpulan dari bahagian itu mengarahkan dia di bawa dari rumahnya ke rumah sakit untuk pengguguran paksa. Menceritakan kengerian, Feng katanya dia tidak boleh membayar denda kerana ibu mertuanya perlukan wang untuk perubatan kanser. Saat itulah, 20 staf dari bahagian perancang keluarga datang ke rumahnya dan menempatkannya dalam tahanan.


Ketika mereka menghantarnya ke rumah sakit untuk pengguguran paksa, dia menolak - dia lalu dipukul. Di rumah sakit dia ditahan dan diberikan suntikan yang akan mematikan janin. Tak satu pun dari keluarganya diizinkan untuk hadir pada masa itu, katanya. Media tempatan berkata kemungkinan besar Feng telah disuntik dengan bahan kimia yang dikenali sebagai Lifannuo - sebuah bakterisida kuat yang digunakan di akhir 1980-an dan awal 1990-an. Tidak diketahui bagaimana foto itu diambil namun gambar itu diyakini asli.


Racism : Indian Edition

di india perkaumannya lebih mendorong kepada nasionalisma.


Jualan Tahunan Separuh Bogel Desigual


Desigual ialah rangkaian k gedung pakaian yang berasal dari Sepgedung pakaian ini terkenal dengan gimik sekitar jualan tahunan mereka. Setahun sekali mereka menganjurkan jualan "Come in undressed and go out dressed" dimana jika anda datang ke gedung mereka separa bogel mereka akan membenarkan anda mengambil baju secara percuma. Tawaran ini diberikan kepada 100 pelanggan pertama sahaja. Tahun ini jualan dilakukan semalam dan ratusan pelanggan sanggup separuh bogel semata-magta untuk mendapatkan baju percuma. Soalan kami ialah kalau anda berada di Eropah dan gedung Desigual ada berhampiran, anda sanggup tak separa bogel? Me? Tak sanggup pasal aku gemok hodoh.






Kisah Isteri Curang


Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak.

Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!".. ;p


Portugal terselamat, Belanda berputih mata



KHARKIV: ‘Kumpulan maut’ akhirnya mengorbankan naib juara Piala Dunia 2010, Belanda apabila tumpas 2-1 kepada Portugal dalam saingan Kumpulan B Euro 2012, awal pagi tadi.
Dengan kemenangan itu, Portugal sebagai naib juara kumpulan akan bertemu Republik Czech, sekali gus mencalarkan rekod Belanda yang terkeluar dari saingan peringkal awal kumpulan sejak 1980.
Belanda yang memerlukan kemenangan dengan sekurang-kurangnya dua gol, mendahuli awal menerusi jaringan Rafael van der Vaart pada minit ke-11 namun kedudukan itu tidak lama apabila Cristiano Ronaldo meledak untuk gol penyamaan pada minit ke-28.
Ronaldo kembali dengan gol kemenangan pada minit ke-74 sekali gus, menyaksikan Belanda tersingkir.
“Kami berjaya dengan matlamat kami iaitu untuk layak ke suku akhir,” kata Ronaldo.
“Kami akan bertemu Republik Czech yang semestikan lebih mencabar lagi tetapi kami akan melakukan yang terbaik,” katanya.
Namun, Belanda putus harapan apabila satu lagi perlawanan kumpulan menyaksikan Denmark kalah 2-1 ke atas Jerman. – AFP


Nasib malang Rusia


WARSAW, Poland – Meskipun tewas, jurulatih Rusia, Dick Advocaat tetap menganggap skuad kendaliannya itu merupakan pasukan yang lebih baik berbanding Greece.
Kenyataan Advocaat itu dilafazkan selepas anak-anak buahnya tewas 0-1 di tangan Greece pada aksi terakhir Kumpulan A kempen Euro 2012 di Stadium Nasional di sini awal pagi semalam.
Kekalahan itu sekali gus menyaksikan Rusia gagal mara ke peringkat suku akhir apabila sekadar menamatkan saingan peringkat Kumpulan A di tempat ketiga di belakang Republik Czech dan Greece.
Sebelum ini, Rusia dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mara ke kelompok lapan pasukan terbaik selepas kejayaan menewaskan Czech 4-1 pada aksi pertama sebelum seri 1-1 dengan Poland.
Bagaimanapun, detik malang menyelubungi kem Rusia ekoran kekalahan di tangan Greece itu.
Biarpun berkongsi empat mata dan memiliki kelebihan jaringan, namun berdasarkan peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Greece lebih layak ke peringkat suku akhir berdasarkan rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan.
Bagi Advocaat, beliau seolah-olah enggan meratapi kegagalan tersebut sebaliknya memuji persembahan barisan pemainnya pada pertemuan dengan Greece awal pagi semalam.
“Meskipun kami (Rusia) tewas di tangan Greece tetapi kami telah beraksi dengan baik pada babak pertama perlawanan.
“Namun, selepas Greece berjaya menjaringkan gol, segala-galanya telah berubah buat kami,” kata Advocaat.
Menurut beliau, kegagalan jentera serangannya menyudahkan beberapa peluang terbaik bagi menjaringkan gol awal jelas telah mengundang padah kepada pasukan tersebut.
Sebaliknya, Greece terlebih dahulu di depan hasil jaringan Giorgos Karagounis dua minit sebelum babak pertama tamat.
“Kami tidak memiliki ketajaman penyudah bagi menyempurnakan beberapa peluang terhidang untuk menjaringkan gol,” jelas Advocaat.
Ditanya mengapa masih mahu menerapkan corak permainan secara menyerang biarpun Rusia hanya perlu mencatatkan keputusan seri dengan Greece bagi membolehkan mereka ke peringkat suku akhir, Advocaat berkata: “Kami tidak mengharapkan keputusan seri.
“Kami beraksi pada kempen Euro kali ini adalah untuk mencatatkan kemenangan dan bukannya seri.
“Kami cuba untuk mengawal perlawanan, malah kami juga cuba untuk menentukan hala tuju perlawanan.” – Reuters



Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan



Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.
Ceritanya begini :
…
Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru
tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.
Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.
Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.
Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”