Friday, 27 July 2012

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash



SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.

KAHERAH – Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.
Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.
Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.
Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga.

Peterpan Tukar Nama Baru



Seiring dengan pembebasan vokalis, Ariel, grup band popular Indonesia, Peterpan turut mengambil langkah drastik dengan merombak jenama Peterpan kepada sebuah nama yang baru. Bukan setakat nama, mereka turut mengubah logo sehingga kepada susunan muzik.
Pemilik label Musica, Ibu Acin menegaskan bahawa rombakan 360 darjah ini akan dimulakan dengan pelancaran sebuah buku terlebih dahulu.
“Ya, kami akan mulakan dengan pelancaran buku. Diikuti dengan pengumuman nama serta album baru. Buku tersebut dijadualkan dilancar pada bulan Ogos ini, manakala album pada awal September depan,” jelasnya yang ditemui di Hotel Grand Serella, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
Kata beliau lagi, material album baru Ariel dan ahli kumpulan sudah siap. Malah ada sebuah lagu yang dicipta oleh Ariel semasa dalam penjara akan dimuatkan dalam album ini. Bagaimana pun, mereka masih mengekalkan konsep yang sama, cuma pada bahagian teknikal seperti mixing dan mastering, akan diubah.

Sebab Kerajaan Abby Abadi Tak Bekerja?



Isu mengenai dunia artis hari ini semakin lama semakin berada di kemuncak bila satu-satu kenyataan yang mereka keluarkan.
Termasuklah diri seorang pelakon wanita, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih di kenali sebagai Abby Abadi yang semakin lancang bersuara selepas berhijrah memakai hijab dan terus menyertai parti Islam Pas.
Satu-satu isu tentang dirinya timbul selepas dia juga ‘berhijrah’ menyertai Pas.
Sekali lagi, memang tiada salah untuk Abby Abadi berbuat demikian, kerana itu adalah hak dan keputusan untuk dirinya sendiri.
Yang terkini, Abby mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Malah, bakatnya untuk berkarya sebagai artis Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
Selain itu, Abby turut mengatakan kenyataannya menerusi laman Malaysian Insider, ruang untuk dirinya berkarya juga terhad kerana kerajaan yang ada sekarang.
Antara kata-katanya:
“Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik.
“Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah,” kata Abby.
Jadi, Abby berharap untuk parti pembangkang, Pakatan Rakyat yang akan menang untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) akan datang ini supaya dia dapat bekarya menjadi artis semula.
Katanya, kerajaan yang ada sekarang ini perlu ditumbangkan supaya dia dapat pekerjaan.
Betul ke?
Mungkin Abby sesuai menjadi ahli politik dari menjadi artis? Siapa tahukan?
Oleh: NAIMAH SHAARI

Mamat Sepah: Saya Mohon Maaf Kepada Semua Kecuali Yang Seorang Itu



“Saya sudah berkali kali sahkan dengan artis senior tersebut sebelum letakkan gambar tersebut di Twitter saya,” terangMamat Sepah sebagai pembuka bicara.
Kecoh untuk 48 jam yang lepas, Mamat Sepah di’kecam hebat dek menjadi punca penyebaran berita palsu kemalangan yang melibat pelakon & juga Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Isu ini menjadi kecoh selepas beberapa individu termasuk wartawan senior menegur perbuatan tidak beretika Mamat Sepah itu di Twitter dan pelawak ini naik angin.
“Saya terkejut Hazrey (wartawan) dengan tidak memberi salam menghentam saya dua, tiga kali macam saya tiada maruah dan pada mulanya saya malas untuk melayan”
“Tetapi kemudian saya naik angin selepas ada perkataan yang mengguris hati. Saya ini artis macam manusia lain juga, ada perasaan. Janganlah jadi batu api di media sosial”

Mamat Sepah menambah yang beliau merasa pelik apabila tuan badan sendiri tidak mempunyai masalah dengan beliau namun ada individu yang bertindak lebih dalam hal ini.
“Saya dengan ini memohon maaf dengan ikhlas kepada semua rakan rakan Twitter saya atas apa yang saya lakukan – kecuali kepada Hazrey dan rakan seperjuangan beliau,” ujar Mamat Sepah.

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka



Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.

Baby Putri Hidap Kanser, Aaron Aziz Ajak Peminat Beri Sokongan


Bulan Ramadhan bulan yang mulia, buat apa dipenuhkan dengan gosip dan cerita.
Jika selebriti lain kecoh dengan hal masing-masing di Twitter, lain pula bagi Aaron Aziz. Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) ini telah mengajak para peminat agar mendoakan kesihatan seorang kanak-kanak yang dipanggil Baby Putri.
Dalam kenyataan Aaron di laman Twitter-nya, beliau meminta agar para peminat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak berusia 3 tahun ini yang telah menghidap penyakit “rare liver cancer” sejak 2 tahun yang lepas. Aaron Aziz turut menggunakan ‘hashtag’

Menurut Aaron Aziz yang telah diberitahu oleh doktor, Baby Putri dijangkakan hanya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk hidup. Jadi kepada anda semua, marilah kita bersama panjatkan doa agar Baby Putri dipanjangkan umur. Amin.

Kan bagus jika selebriti-selebriti tempatan beramal seperti ini dibulan Ramadhan dan menjadi contoh kepada yang lain.

Thursday, 26 July 2012

Demo Bagaimana Isteri Menanggalkan Pakaian Depan Suami

Anda kenal dengan bekas penari bogel Professor June St. Clair ?? Kalau tidak kenal cuba tengok wanita yang berambut pendek dan bertubuh langsing di bawah ini. Beliau bersama sorang rakannya melakukan Demo Bagaimana Isteri Menanggalkan Pakaian Depan Suami ketika berada dalam bilik tidur di kelas Allen Gilbert School of Undressing (1937).











OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”