Wednesday, 1 August 2012

[Video] Fenomena Azan Berterusan 24 Jam Sehari


Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda masuknya waktu solat fardhu dan menyeru seluruh umat Islam supaya berkumpul untuk mengerjakan solat.
Azan adalah satu fenomena luar biasa atau mukjizat islam yang hanya dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad saw. Azan sentiasa bersahutan tanpa henti di antara negara negara di dunia selari dengan putaran bumi pada paksinya yang menyebabkan berlakunya siang dan malam diantara solat fardhu lima waktu sehari semalam.

Ribuan bilal akan melaungkan seawal kira-kira 5.30 pagi, Azan Subuh yang bermula di bahagian timur, Indonesia dan proses itu akan bergerak ke barat kepulauan Indonesia dengan perbezaan waktu timur dan barat kepulauan Jawa adalah 90 minit.
Belum pun laungan Azan itu selesai di seluruh Indonesia, mengikut perkiraan, ia akan bergema di Malaysia, kemudian disambut di utara, di Myanmar, China dan seterusnya.
Dalam tempoh satu jam bermulanya Azan Subuh di Jakarta, Azan akan bersahutan di Bangladesh dan bergema pula di India.
Belum berakhir di Pakistan, laungan Azan Subuh akan dilaungkan di Afghanistan dan Oman.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad, Iraq dianggarkan satu jam, maka dalam jangka masa ini juga Azan Subuh dikira akan dilaungkan di Emiriyah Arab Bersatu, di tanah suci Mekah dan Madinah dan negara-negara lain.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik dalam jangka masa sembilan jam setengah, tetapi sebelum Azan Subuh bergema di situ, Azan Zohor sudah berkemundang di Indonesia semula.

Fenomena ini akan berterusan sehingga hari kiamat selagi matahari tidak terbit dari ufuk barat dengan izin Allah.




Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira


Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira : Sekumpulan peminat Abby telah menubuhkan kelab boikot tudung Al Humaira di fan page.

Kelab “Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira Contemporary” itu dikatakan mahu memberi sokongan moral kepada Abby Abadi setelah ditamatkan kontrak sebagai duta tudung mereka.



Sehingga kini, Kelab Kami Boikot Syarikat Tudung Al Humaira telah menerima lebih dari 8 ribu like.

Segala isu bermula apabila penamatan kontrak Abby sebagai duta kepada syarikat tudung terbabit. Pembabitan Abby Abadi didalam cabang politik tidak dapat memenuhi kehendak syarikat Al Humaira.


Ianya telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak sehingga timbulnya fan page seperti ini.

Syarikat AL Humaira dikatakan menamatkan kontrak Abby kerana objektif sebenar kontrak yang telah mereka tandatangani gagal mencapai matlamat seperti yang mereka harapkan.

Syarikat Al Humaira juga telah mengeluarkan satu kenyataan di fan page mereka berkenaan dengan isu ini. Walau apapun yang terjadi diharap semuanya bertenang dan bersabar menunggu keputusan akhir mereka. Urusan mereka, biar mereka saja yang selesaikan.

Peminat Abby Tubuh Kelab Boikot Tudung Al Humaira

Sumber : FORBLOGGER.NET

1 Ramadhan Saksi Hijrah Sharifah Aleya



Tahniah diucapkan kepada Sharifah Aleya yang kini memulakan langkah penghijrahan didalam bulan Ramadan yang mulia ini. Sharifah Aleya kini mengaku bertudung sejak 1 Ramadhan yang lalu.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa pihak keluarga dan rakan – rakan banyak memberi sokongan terhadap penghijrahan yang dilakukan dan menerusi temubual dengan pihak portal Murai, Sharifah Aleya berkata “Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.”
Menurut Sharifah Aleya lagi, bulan mulia ini adalah merupakan Ramadhan pertama beliau tanpa suami serta bergelar ibu tunggal kepada 2 orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia 3 tahun.
Sungguhpun begitu, Sharifah Aleya mengaku masih menjalinkan hubungan baik bersama bekas suaminya, Muhammad Asyraf Aasimuddin. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Sharifah Aleya keatas penghijrahan ini.
Kami dari team JomBerita mengucapkan tahniah kepada Aleya di atas penghijrahanya, semoga beliau mampu membimbing adik-adiknya juga suatu hari nanti. Jom kita tengok imej terbaru beliau



Tahniah Abby Abadi Bakal Nikah Bulan 12


Jika benarlah seperti apa yang dituliskan oleh Abby Abadi di twitter miliknya pada sekitar jam 12:21 AM (1 Ogos) adalah satu kenyataan yang bukan berbentuk gurauan ataupun sebagainya. Maka kami ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kerana bakal menjadi Hak milik sah kepada seorang lelaki yang digelar Suami.



Tapi jika ianya satu bentuk gurauan maka Abby berjaya menjadi seorang pengemas kini status Twitter yang paling pandai bergurau.

BEtul KAh Piring Astro Menghadap Kaabah?



Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. Bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya. Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Budak-Budak Yang Lahir Tahun 70/80/90an Mesti Ingat Masa Sekolah Rendah Dulu


- Di sekolah ada salesman jual buku cerita.
Hari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pun macam tu juga.


- Di library, budak-budak memang baca buku tapi
Just tengok gambar ja, bila ada program nilam sibuk semua nak pinjam buku.


- Main game 2D.
Super Contra, Super Mario, Street fFghter, Semua pakai tape.


- Jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh
tuka-tukar warna ikut suhu dan cuaca.


- Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...


- Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang.


Tora pun best juga. Beli semata-mata nak mainan, coklat dia tidak makan pun.


- Kasut berlampu di tapak, yang iklan dia
Di TV boleh tembak alien tu...


- Siri kartun pula ialah 
Dragon Ball, Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja turtles, Thundercats, Maskman, Gaban dll


Jangan lupa semua ini sebab zaman sekarang budak-budak tidak sempat layan benda-benda ini. Asyik menghadap TV, Tab dan PS. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yang permanent.


Ini la baru zaman kita kawan-kawan


Pass la dekat member-member korang mesti mereka tersengeh-sengeh baca benda ni.




[Video] Ramainya yang dislike lagu tema hari merdeka

setakat n3 nih di tulis lebih 27, 000 orang yang dislike lagu nih.... hurmmm.... salah siapaaaa...... salah
terima kasih kerana membaca entri ini


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”