Thursday, 29 August 2013

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan pengharaman 49 pertubuhan



Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan pengharaman 49 pertubuhan termasuk kongsi gelap mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Laporan FMT ada menyebut, senarai itu dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ia antara lain menyebut nama kumpulan utama yang menggunakan kod nombor seperti dibawah:

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop.

- Free Malaysia Today

KL Gangster 2 bocor, Syamsul lapor polis !



FILEM arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, KL Gangster 2 yang menelan kos mencecah RM 4 juta dikhabarkan telah tersebar di internet meskipun ia masih belum ditayangkan di mana-mana pawagam.

Melalui status Facebooknya yang terkini, Syamsul memberi amaran keras terhadap pihak yang melakukan perkara tersebut.

“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuatnaik filem KL Gangster 2 tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun.

“Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Sinar Harian Online difahamkan, Syamsul sendiri telah pergi membuat laporan polis, pagi tadi.

Sementara, di laman sosial Facebook Skop Productions menulis, “Amaran: Laporan polis telah dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab mencuri dan memuatnaik filem terbaru kami di laman internet.”

Status itu juga menyebut, “Kami akan pastikan pihak yang bertanggungjawab tak akan terlepas. Hentikan penyebaran ‘link’ di laman sosial sebelum tindakan dikenakan.”

Sementara itu, status Facebook tersebut turut memberitahu pemantauan telah dijalankan dari pihak polis anti-siber.

“Sebarang maklumat ‘link’ yang dimuatnaik atau muatturun di laman Facebook, Youtube, blog, Twitter dan sebagainya akan diambil tindakan.

“Ini adalah satu jenayah serius dan tidak akan dibiarkan,” tulisnya.

Filem sekuel arahan Syamsul, KL Gangster berjaya meraih kutipan box office RM12 juta.


Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet



Terkejut kami malam tadi apabila seorang peminat dunia hiburan kongsikan satu pautan yang menawarkan muat turun penuh filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Awalnya kami sangka yang ini satu pautan (link)
http://ganool.com/kl-gangster-2-2013-dvdscr-500mb-ganool?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kl-gangster-2-2013-dvdscr-500mb-ganool
spam tetapi apabila kami muat turun sendiri, nyata fail yang di’tawarkan mengandungi filem penuh KL Gangster 2 yang memang di’tunggu ramai.

Syamsul Yusof cuba kami hubungi ketika berita ini sampai tetapi telefon bimbit beliau tidak berjawab — mungkin sudah tidur.

Kami paparkan beberapa screenshot dari fail yang di’dakwa sebagai filem penuh KL Gangster 2 ini untuk tatapan anda. Kalau minta pautan terus, memang tidak dapat kami berikan, maaf.

UPDATE-1: Syamsul Yusof menerusi akaun Facebook beliau meluahkan rasa kesal dengan penyebaran filem terbaru beliau ini dan akan mengambil tindakan sekeras kerasanya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra & Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.







Kes Culik Di SK Puncak Alam Setel


Wednesday, 28 August 2013

Gempar: ada kes culik di SK Puncak Alam

Gempar: ada kes culik di SK Puncak Alam 2 budak balik dr sekolah agama nama saidatul dibawa naik sebuah lori. No lori 6041. Minta sapa2 fwd kpd rakan2
Baru berlaku hari ini.murid bernama Saidatul asma'bt hasni thn 3 baru diculik jam 10.42 pg slps balik sek ren agama.penculik 2 org lelaki(cina dan india)menaiki lori bkepla mera,badan lori warna biru dilihat menculik murid tersebut. Penculik sempat hubungi ibubapa knk2 tsebut guna no hp 0192763857.

Budak berusia 1 thun 5 bulan dikurung dalam stor di rumah taska

hanya untuk berkongsi pengalaman.

jgn meletakkan kepercayaan kepada taska 100%

hati ibu mane yang tidak terluka apabila anak yg dikasihi diperlakukan begini. anakku yang baru berusia 1 tahun 5 bulan telah dikurung oleh pekerja- pekerja di Taska Anakku Ceria Bahagia, Presint 14B hanya kerana anak aku kuat menagis. nasib ade kakak yg balik mengadu pada aku. walau pun kakak baru berusia 3 tahun 10 bulan tapi budak tak pernah cakap bohong..

Suami menelefon owner taska utk bertanyakan hal tersebut ttp owner memberi tahu bwh dia tdk tahu kejadian tersebut kerana dia tiada semasa kejadian berlaku.


nex day nyer baru owner msg utk meminta maaf atas kejadian tersebut.  (sah, memang anak aku kene kurung)... next day nye jugak lah anakku bangun tido tanpa boleh membuka mata. mungkin disebabkan oleh menagis terlalu lama. Anakku memgalami trauma yg agak teruk.. nak berdukung 24 jam dengan aku, tido mengingau sambil menangis.. aku pun mengalami trauma, makan tak lalu, semangatt hilang... sedih yg teramat sgt..

aku post di sini bukanlah untuk menutup periuk nasi org lain ttp hanya untuk peringatan kepada semua org termasuk diriku sendiri spy perkara begini tidak akan berlaku lagi..

hati masih sakit mengenangkan anak diperlakukan demikian.. walaupun ramai pekerja dalam taska tersebut tapi sorang pun tak tolong anak saya yg telah lama di kurung dalam stor tersebut..




Rakyat Sarawak Memboikot Era Fm


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”