Wednesday, 12 March 2014

MH370: Bomoh Guna Buah Tembikai Pula



Bomoh is back.. Kali ini guna buah pula. )

Jepun sertai misi mendarat MH370


Jepun hari ini menghantar aset ketenteraannya bagi membantu Malaysia mencari MH370. Menteri pertahanan Jepun Itusnori Onodera mengerah sekurang-kurangnya pesawat C-130 ke Malaysia.


)

Vietnam gantung operasi udara cari MH370 kerana tunggu penjelasan Malaysia

Vietnam gantung operasi udara cari MH370 kerana tunggu penjelasan Malaysia

KUALA LUMPUR: Vietnam telah menggantung operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di udara sementara menunggu Malaysia untuk menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

Selain itu, menurut laporan AFP,  operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya.

"Kami telah membuat keputusan untuk menggantung sementara beberapa aktiviti mencari dan menyelamat, sementara menunggu maklumat daripada Malaysia," kata laporan itu memetik kata-kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu sambil menambah bahawa bot masih mencari kawasan pearairan negara itu, tetapi pada skala yang lebih kecil.

Malaysia telah memperluaskan pencarian untuk pesawat yang hilang itu ke Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari radius pencarian semula.

Sebelum ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pencarian digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan itu sambil berkata akhbar tersebut tersalah lapor.

“Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia dua kali, tetapi sehingga sekarang mereka tidak memberi jawapan kepada kami,” kata Pham Quy Tieu apabila ditanya tentang laporan tersebut.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari 14 negara termasuk Malaysia, masih tidak lagi diketahui.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.

Juruterbang kata 'OK' sebelum pesawat hilang


Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) mendedahkan, juruterbang memberi makluman yang baik ketika ketika perbualan terakhir sebelum pesawat itu gagal dikesan, Sabtu lalu.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan penolong pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu itu menyebut, juruterbang memaklumkan “OK roger, good day,” sebelum radar kedudukan pesawat tersebut gagal dikesan.

"Ketika mahu menyerahkan (kawalan udara) kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Kapten Zaharie Ahmad Shah), beliau memberi respons yang baik.

"'OK roger, good day (Baik. Sekian, terima kasih)', itulah kata-kata terakhir yang diberikan kepada kami di sini sebelum rada kedudukan pesawat itu gagal dikesan selepas memasuki zon (kepulauan) Igari."

Menurutnya, kesemuanya berjalan lancar di awal 40 minit pertama penerbangan selepas pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira jam 12.40 awal pagi,

"Bagaimanapun, kami gagal mengesan isyarat radar pesawat terbabit selepas menyerahkan tugas kawalan kepada pengkalan Ho Chi Minh (Vietnam) beberapa minit kemudian," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Nelayan Terjumpa Rakit Getah Berkemungkinan Milik Pesawat MH370?

Kami sentiasa mengikuti perkembangan mengenai kehilangan pesawat MH370. Terbaru di Port Dickson, kami difahamkan melalui portal myMetro, satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan ‘boarding’ ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.
Penemuan Rakit Getah MH370
Penemuan Rakit Getah MH370
Penemuan Rakit Getah MH370
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.
Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.
Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.
“Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.
“Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor,” katanya, ketika dihubungi semalam.
Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.
“Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.
“Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.
“Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut,” katanya.
Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan. Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.

Anggota Polis Merin Melaungkan Azan Ditengah Laut Dalam Usaha Mencari MH370

Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, berikanlah petunjuk kepada kami, di mana keberadaan ‪#‎MH370‬, tunjukkanlah kepada kami Ya Allah.

f

MH370: Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4


MH370: Mula-mula 5 beg, kemudian tiada, selepas itu 4KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing,Jessica Yee Wai Chingkerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”