Thursday 5 July 2012

Dana Strategik Pelaburan Domestik RM1b dilancar



KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion.
Dana itu bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat milik Malaysia dalam rangkaian bekalan global, industri berintensifkan pengetahuan dan industri berasaskan inovasi.
Beliau berkata, dana itu akan diurus oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Ia akan diluluskan pada asas rundingan, berdasarkan permintaan syarikat dan merit setiap kes, dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknologi pelabur domestik.
Najib berkata, dana itu bermatlamat meningkatkan dan memanfaatkan peluang-peluang penyumberan luar yang diwujudkan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia. Ia juga bertujuan meningkatkan penguasaan teknologi oleh syarikat milik Malaysia dan membolehkan syarikat berkenaan memperoleh standard pensijilan antarabangsa dalam industri strategik.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”