Thursday 20 December 2012

Lenovo - Paling Besar, Tahan Lama




Berita mengenai gajet ini yang mempunyai ketahanan bateri paling lama sudah diketahui namun tidak dapat dipastikan kesahihannya sehinggalah baru-baru ini Lenovo secara rasmi mengumumkan android Lenovo P770. Ia adalah gajet dengan ketahanan bateri terbesar iaitu 3500 mAh.

Menggunakan bateri sebesar itu, menjadikan Lenovo P770 memiliki waktu siap sedia (standby) sehingga mencapai 644 jam (26 hari) dan bercakap selama 29 jam.

Sayangnya Lenovo P770 baru rasmi dipasarkan di China, tidak diketahui bila akan memasuki pasaran tempatan. Ia turut memiliki kad 8GB microSd.

SPESIFIKASI LENOVO P770:
− Bateri 3.500 mAh
− Skrin 4.5 inci qHD (960x540px)
− Prosesor dual core 1.2 Ghz
− Sistem Operasi Android 4.1 Jelly Bean

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”