Thursday 18 April 2013

Alyah Kini Tampil Dengan Imej Bertudung


Semoga dengan penghijrahan ini, Alyah akan lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Berkata kepada Mstar Online, Alyah memberitahu keputusan ini diambil seiring dengan usianya yang semakin meningkat.










lhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya. Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.

Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya. Tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada hikmah atas segala kejadian yang berlaku sebelum ini. Saya sukakan fesyen dan saya masih lagi Alyah yang dulu. Cuma penampilan sahaja yang berubah. Sekarang ini saya kembali membuat pelbagai kajian dan memikirkan fesyen-fesyen bertudung yang sesuai untuk saya

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”