Monday 11 November 2013

Galaxy Tab Untuk Kanak-Kanak?

Imej yang dimuat naik oleh Samsung Mobile Malaysia di akaun Facebook mereka baru-baru ini sedikit sebanyak ‘menghidupkan’ khabar angin di mana syarikat tersebut akan melancarkan tablet untuk kanak-kanak, Galaxy Tab 3 Kids.

Peranti yang telah diumumkan pada hujung Ogos lalu ini dikatakan bertujuan untuk memajukan teknologi pendidikan bagi kanak-kanak selain untuk memberikan pendedahan kepada teknologi dari usia muda.

Tablet dari rekaan Galaxy Tab 3 ini lengkap dengan pemproses 1.2GHz dual-core dengan memori RAM 1GB, skrin resolusi 1024 x 600 bersaiz 7 inci, kamera belakang 3 Megapiksel dan kamera 1.3 Megapiksel di hadapan.

Apa yang membezakan tablet ini dari tablet lain adalah cirinya yang lebih mesra kanak-kanak. Galaxy Tab 3 Kids menampilkan aksesori yang memberikan cengkaman yang lebih kuat, beberapa ‘stand’ dan juga stylus, C Pen.

Samsung juga akan memasukkan aplikasi sesuai bagi kanak-kanak selain aplikasi kawalan oleh ibu bapa.

Pengumuman asal berkenaan tablet ini hanya menyenaraikan China sebagai negara tunggal bagi pasaran di rantau Asia. Namun, imej ‘teaser’ yang dimuat naik di akaun Facebook Samsung Malaysia secara tidak langsung mungkin menunjukkan penembusan pasaran tablet tersebut di negara ini. Adakah anda berminat?

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”