Monday 10 March 2014

Kongsi maklumat solat hajat, bukan Islam turut berdoa

Kongsi maklumat solat hajat, bukan Islam turut berdoa

KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat MH370 terus menjadi tanda tanya dikalangan orang ramai, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Namun bagi rakyat beragama Islam di negara ini, memohon petunjuk Ilahi adalah salah satu usaha agar misi pencarian pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang hilang sejak awal pagi Sabtu dipermudahkan.

Sehubungan dengan itu, solat sunat hajat berjemaah dari beberapa daerah dan institusi dilihat telah mula diadakan bermula malam ini.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi maklumat mengenai solat hajat yang diadakan di kawasan mereka bagi bersama-sama mendoakan keselamatan dan usaha pencarian berhasil.

Antara kawasan dan institusi yang menganjurkan solat hajat bermula 9 Mac adalah:
  • Kampus Sultan Azlan Shah, Masjid Sultan Azlan Shah
  • Dewan Ulamak PAS Pusat, Taman Melawar
  • Masjid At Taqwa TTDI
  • UiTM Kuala Terengganu, Surau Destini Ar-Raudhah
  • Masjid Kampung Gaung, Kuala Berang, Terengganu
  • Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM), Surau As-Syahadah
  • Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri
  • Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kuching, Sarawak
  • SMK Dato’ Perdana, Bachok, Kelantan
  • Kolej Dato’ Onn
  • International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak















Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menjemput umat Islam untuk menyertai sembahyang sunat hajat  anjuran 1Malaysia For Youth dibeberapa masjid yang telah dijadualkan.

solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kenyataannya kepada Bernama berkata beliau mengarahkan masjid di seluruh Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya agar segera melakukan solat sunat hajat secara berjemaah.

Begitu juga dengan penganut agama lain di negara ini yang turut mendoakan keselamatan penumpang-penumpang yang terlibat.

Beberapa pengguna media sosial yang bukan beragama Islam turut berkongsi acara doa yang mereka lakukan di kuil dan gereja masing-masing bagi memohon agar pencarian berhasil.

No comments:

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”