Saturday 21 July 2012

Paten Anti-Graviti Michael Jackson, Berdiri Condong

Pasti semua pernah melihat bagaimana Michael Jackson melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya beliau telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatenkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh didapati dan dimuat turun melalui Google Patents.


Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak yang unik dan ia akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti-graviti tersebut. Mungkin trik ini juga yang dipakai oleh Ahli Magik sensasi Asia dari Jepun, Cyril Takayama dalam sebuah rancangan TV di Jepun.














Posted using BlogPress from my iPad

Lelaki lepas tembakan dalam panggung semasa tayangan Batman




DENVER: Sekurang-kurangnya 12 maut dan kira-kira 50 lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang yang sesak dengan orang ramai ketika tayangan perdana filem terbaru Batman di Colorado.

Saksi yang ditemubual oleh media tempatan menggambarkan keadaan kelam-kabut ketika tayangan tengah malam filem “The Dark Knight Rises,” dan berkata penyerang itu melempar gas pemedih mata, kemudian melepaskan tembakan di dalam panggung yang sesak di Aurora, pinggir bandar Denver.

Ketua Polis Aurora, Dan Oates berkata, 10 terbunuh di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia di hospital.

Dia berkata, polis menahan suspek berusia 24 tahun, James Homes dan “tiada bukti” mengatakan ada penyerang kedua.

Oates berkata, suspek mengaku mempunyai bahan peledak di rumahnya, dan kompleks apartment di mana dia tinggal sudah dikosongkan untuk siasatan.

Jurucakap Polis, Frank Fania berkata, suspek , mengenakan baju perisai dan mempunyai raifal, dua pistol tangan dan mempunyai beberapa bom asap untuk menyebabkan suasana kucar-kacir.

Aurora berdekatan dengan Sekolah Tinggi Colombine di mana pembunuhan beramai-ramai pada 1999, menyebabkan 13 orang ditembak mati dan 24 lagi cedera. - AFP


- Posted using BlogPress from my iPad
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”