Alhamdulilah,syukur ke hadrat ilahi atas limpah dan kurniaNya, dapat lagi acik meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Sekarang nie kalau kita dapat lihat blogger bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Alhamdulilah , tapi biarlah selagi kita menyebarkan ilmu ALLAH tak jadi masalah . sebenarnya kali nie acik sangat terkejut apabila ada seseorang yang acik kenali sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri keranA wang ringgit. Naseb baik malam semalam acik online sebab dia postkan di page acik ...
Sangat tidak sangka kerana tiada duit nak makan sanggup buat demikian .. mungkin bukan hanya akan di lakukan pada acik saje tapi mungkin pada lelaki yang lain juga... adakah ini satu penipuan ataupon benar-benar dia tak ada duit ?? acik pon tak tahu nak cakap apa... hanya betul-betul tergamam dan terdiam kerana di perlakuan sedemikian rupa. Kerana dia yang acik kenali sangat baik dan sopan orangnya dan bertudung. dan suka memberikan post-post yang berguna. Patutlah beberapa hari sebelumnya dia ada mesej acik ,tapi acik tak balas sebab tak ada kredit...
Niat acik bukanlah nak memalukan si dia, lagipon hanya sebagai kesedaran bahawa kat malaysia kita tak adalah susah sangat sampai nak jual harga diri . Habis tu ,mane pinjaman PTPTN ??? dah abiz ?? kalau betul-betul tak ada duit boleh cakap elok-elok jangan sampai nak jual harga diri.
Kita manusia perlu ada sifat malu .Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
“Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah bagian dari iman”. (HR. Al-Bukhari no. 8 dan Muslim no. 50)
maafkan acik, entry nie tak niat untuk memalukan hanya untuk berikann pedoman, yang elok semuanya datang dari ALLAH , dan jika tidak , semuanya datang dari kelemahan diri ini... adioss