Tuesday, 7 August 2012

The Colors Of Evil : Animasi Pendek Yang Cool

Aidil Zafuan Masih Gagal Hadir Ke Mahkamah


Aidil Zafuan Masih Gagal Hadir Ke Mahkamah : Aidil Zafuan masih lagi gagal ke mahkamah sehingga hakim sendiri mempertikaikan komitmen beliau didalam kes perceraiannya ini.

Hakim tersebut bukan sahaja mempertikaikan ketidak hadiran Aidil Zafuan didalam setiap kes perbicaraan, malah mempertikaikan komitmen beliau didalam bolasepak melebihi keluarganya itu.



Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini mempersoalkan sikap pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sentiasa gagal menghadirkan diri ke mahkamah bagi sebutan kes permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya pelakon Rita Rudaini.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, Aidil tidak sepatutnya terlalu mementingkan bola sepak dan memintanya membuat pertimbangan tentang perkara yang lebih penting dalam hidupnya iaitu rumah tangga dan anak-anak.



“Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati.

“Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan. Plaintif (Aidil) perlu buat pengorbanan dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.

Sebelum itu, peguam plaintif iaitu Noor Hazlina Che Hasan memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah atas alasan sedang menjalani latihan bola sepak di Austria selama dua minggu.

Noor Hazlina secara lisan memaklumkan kepada makhamah Aidil telah berlepas ke negara tersebut pada 4 Ogos lalu dan hanya akan kembali ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri nanti.

Dalam pada itu, peguam defendan (Rita) iaitu Datuk Mohd Zaidi Md. Zain memohon kepada mahkamah supaya pihak plaintif mengemukakan surat bertulis sekiranya gagal untuk hadir ke mahkamah pada masa hadapan dan bukannya dibuat secara lisan.

Mohd Zaidi juga memberitahu mahkamah pihaknya dan peguam plaintif ada berbincang secara tidak formal mengenai cadangan Wan Mahyuddin supaya pasangan itu menyelesaikan masalah mereka secara baik.
  
Bagaimanapun kata Mohd Zaidi perbincangan itu tidak dihadiri pasangan itu.

“Perbincangan hanya dibuat secara lisan dan tidak formal melibatkan peguam masing-masing tanpa kehadiran anak guam kami,” ujarnya.

Noor Hazlina pula memberitahu mahkamah, dia ada berbincang dengan Aidil namun tiada sebarang keputusan formal dibuat.

“Pihak kami akan mengemukakan jawapan secara bertulis kepada mahkamah sekiranya terdapat sebarang keputusan dan pihak kami perlu menunggu plaintif pulang dari luar negara terlebih dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, peguam plaintif telah menfailkan affidavit jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukan oleh pihak defendan berhubung tuntuntan kembali taat yang dibuat oleh Aidil dan diserahkan kepada peguam defendan.

Mahkamah mengarahkan jawapan itu dibalas oleh pihak defendan untuk dikemukakan pada sebutan kes akan datang.

Kes disambung pada 3 Oktober depan.

Mahasiswa Malaysia diberi Penghormatan Mengimami Solat Jumaat Raja Jordan



AMMAN-JORDAN, Raja Abdullah II telah mendirikan solat jumaat bersama-sama rakyat jelata di Masjid Naji Al-Hamsyari dan merasmikan pembukaan masjid ini yang terletak di kawasan Khalda Amman.
Keluasan masjid ini boleh memuatkan seramai 4 ribu Jemaah dalam satu masa tertentu. Raja Abdullah dan para Jemaah yang hadir khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib masjid iaitu DR Rabi’ AL-A’idi. Turut diberi penghormatan kepada Mahasiswa Malaysia, Muhammad Nawawi Bin Abdul Raof dari Universiti Al al-Bayt, Mafraq untuk mengimami solat Jumaat Raja Abdullah II pada hari perasmian tersebut dan sekaligus dilantik menjadi imam kepada masjid yang baru dirasmikan itu.
Dalam khutbahnya beliau menerangkan tentang makna yang agung terhadap islam yang datang atas tujuan kebenaran dan memakmurkan muka bumi ini dengan kebaikan dan taqwa kepada Allah.
Dan beliau berkata lagi,sesungguhnya Allah meletakan satu contoh kebenaran dan kebatilan.kerana yang dikehendaki daripada manusia di dunia ini mereka mengetahui kebenaran maka mereka ikut,dan mengetahui kebatilan maka mereka menjauhkannya.
Di dalam khubahnya, beliau menerangkan bahawa kalau kita mahu mengenali islam maka hendaklah kita jauh daripada kehendak nafsu dan syahwat. Sepertimana yang dikehendaki oleh Allah tanpa sebarang pencemaran terhadap diri manusia’.
Berhubung dengan masjid itu, yang bentuknya mempunya ciri-ciri senibina islam moden. Masjid ini dibina di atas satu kawasan tanah yang luasnya 4,2 ekar, keluasan ini mampu menampung seramai 3200 jemaah lelaki didalam masjid dan 400 jemaah lelaki di kawasan luar masjid, dan 400 jemaah wanita di dalam masjid. Kos pembinaan masjid ini hamper 4 juta dan 500 ribu dinar.
Menurut penderma, IR Hassan Naji AL-Hamsyari, masjid ini dibina atas dasar agama dan ingin menjadi pahala yang berterusan kepada kami,corak moden dalam bangunan masjid ini telah dibina khas bagi serasi dengan alam sekitar khususnya permaidani, batu-bata dan tiang-tiang.
Masjid yang menempatkan hiasan Islam pada dinding dalaman dan luaran, dan menggunakan dibina dalam ukiran batu marmar dan kayu.
Ia terdiri daripada tiga tingkat yang menempatkan tempat sembahyang bagi lelaki dan lorong khas bagi orang kurang upaya (OKU).
Dan tingkat bawah tanah menempatkan tempat sembahyang lelaki dan tempat sembahyang perempuan yang dipisahkan laluannya dan bilik menghafal alquran dan perpustakaan dan tempat wuduk. Manakala tingkat satu merupakan tempat sembahyang utama masjid dan terdapat koridor yang khususnya yang mempunyai keperluan khas.

Memey: Isu Norman, Abby rujuk tak pernah timbul



SHAH ALAM – Selebriti Memey Suhaiza hari ini menegaskan bahawa isu rujuk antara suaminya, Norman Hakim dan Abby Abadi tidak benar. Isu ini menjadi perhatian ramai selepas Abby memuat naik gambar mesra mereka bertiga pada 7 Ramadan lalu menerusi Twitternya.
Menurutnya Memey, isu rujuk semula tidak pernah timbul antara Norman dan kak Abby.
“Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Tambah Memey, dia dan Norman berharap isu ini seperti ini tidak perlu diperbesarkan.
“Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami,” katanya yang kini sedang mengandung tiga bulan.
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Abby juga telah menegaskan bahawa dia tiada hasrat untuk rujuk semula dengan bekas suaminya Norman.
#pencerahan, memang benar saya berbaik dengan bekas suami saya dan Memey, tetapi berbalik atau @ingin merujuk semula sebagai suami isteri tidak.
“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku,” kata Abby dalam laman mikro Twitter petang semalam.
Dalam pada itu, Memey sempat berkongsi tentang persiapan Aidilfitri kali ini.
“Sambutan raya tahun ini disambut sederhana yang lebihnya untuk anak-anak,” katanya.
Memey turut memberitahu bahawa tema baju raya tahun ini warna unggu dan akan menyambut 1 Syawal bersama Norman dan anak-anak di rumah mertuanya di Kuantan, Pahang.
“Kami akan beraya bersama kak Abby pada raya kedua,” katanya.

Pulau Pinang beri RM100,000 kepada Chong Wei




GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganugerahkan insentif RM100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan menjadi rakyat Malaysia pertama untuk memenangi 2 pingat perak Olimpik dan usaha gigihnya dalam Sukan Olimpik London 2012.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini berkata, insentif itu juga sebagai sokongan kepada Lee untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016.

“Anugerah insentif ini akan diberi melalui program ganjaran Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd (PBA) untuk olahragawan Pulau Pinang yang bertaraf dunia,” Jelas Lim Guan Eng.

Katanya lagi, walaupun terkecundang kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir itu, Chong Wei telah mempamerkan kesungguhan berusaha dengan gigih dan menimbulkan rasa bangga setiap rakyat Malaysia.

Akhirnya, kata beliau Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei telah menitis air mata disitu.

Bagi pemenang, kerana berjaya mengalahkan seorang lawan yang sangat layak iaitu Lee yang hanya kalah dengan 2 mata untuk meraih pingat emas Olimpik pertama Malaysia.

Sungguhpun gagal memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia, Namun Chong Wei telah menjadi juara Olimpik dalam hati setiap rakyat Malaysia.

“Negeri Pulau Pinang juga turut berasa sangat bangga dengan kejayaan juara badminton daripada Bukit Mertajam ini.

“Semua rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaannya, semangat perjuangan dan keupayaan bertaraf dunia beliau memberi inspirasi kepada kita dan telah menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa, satu semangat dan satu jiwa,” kata Guan Eng lagi.

Katanya, Pulau Pinang akan memberi sokongan penuh kepada Lee untuk mencapai pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016, yang akan juga turut membantu mempersiapkan pengganti yang layak.

Anak Ulama Sering Berzina Sehingga Lahir Anak Luar Nikah




SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.
Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.
Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.
Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.
Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.
Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.
Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.
Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.
Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.
Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.
Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.
Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.
Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.
Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.
Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.
Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.
Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.
Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.
Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.
Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.
Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.
Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.
Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.
Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.
Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Bantuan Raket 1 Malaysia Bakal Diperkenalkan



Kuala Lumpur - Selasa - Sebagai tanda meraikan kejayaan Dato' Lee Chung Wei memenangai pingat Perak di Sukan Olimpik London 2012, Kementerian Belia Dan Sukan hari ini mengumumkan inisitaif Bantuan Raket 1 Malaysia. Bantuan Raket 1 Malaysia (BR1M) ialah satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional bagi mencari bakal baru sukan badminton bagi meneruskan legasi Punch Gunalan, Foo Kok Keong. Rashid Sidek, Misbun Sidek dan Dato' Lee Chung Wei. Inisiatif ini diumukan kepada pihak media pagi tadi ketika majlis menyambut ketibaan wira negara Dato' Lee Chung Wei dari London di KLIA. 

Jurucakap Kementerian Belia Dan Sukan, Encik Badrul Amin bin Ton yang kami temuramah pagi tadi berkata, wang untuk fasa pertama BR1M akan diambil dari wang ganjaran pingat emas ebanyak RM4 juta yang gagal dikutip mana-mana atlet negara di London. Dari membiarkan wang ini jatuh ke tangan kaki songlap lebih baik ianya diberikan kepada rakyat kurang bernasib baik yang meminati sukan badminton. Kupon bantuan BR1M bernilai RM100 boleh digunakan di kesemua toko barangan sukan utama seluruh negara. Ecncil Badrul Amin bin Ton juga menambah

"Pihak kami juga sedang dalam proses mengkaji sama ada mahu juga mengadakan Bantuan Basikal 1 Malaysia (BB1M) serta Bantuan Baju Renang 1 Malaysia (BBR1M). Ini adalah kerana sukan berbasikal dan terjun tiruk dilihat mempunyai peluang cerah untuk mencari atlit terlatih masa hadapan. Seungguhnya kerajaan Barisan Nasional memandang ".

Kupon Bantuan Raket 1 Malaysia akan mula diedarkan di sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang, negeri kelahiran Dato' Lee Chong Wei selepas syawal. Encik Badrul Amin bin Ton sempat mencelah

"Raket telah kami bagi...... kini masa membalas budi! Kembalikan Penang kami"

Pelajar Perempuan Maut Akibat S@ks Ganas




ROME: Seorang lelaki berusia 42 tahun didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan ketika mengadakan hubungan seks.
Soter Mule telah mengikat Paola Caputo, 24 dengan seorang wanita yang lain ketika melakukan hubungan seks teknik Jepun yang dikenali sebagai ‘sado-masochist’ atau “shibari”.
Mule, seorang jurutera, pada mulanya ditahan kerana membunuh tetapi pihak berkuasa di Rome percaya yang Paola dan kawannya memberi kebenaran untuk mengadakan seks itu.
Pegawai penyiasat mendapati, ketiga mereka bersama-sama malam itu, minum minuman keras dan mengambil dadah di kelab sebelum Paola, teman wanita Mule, mencadangkan mereka ke bangunan tempat letak kereta di luar Rome di mana dia bekerja sebagai penjaga.
Dua wanita itu masih lengkap berbaju, diikat bersama menggunakan tali dan digantung dua meter dari atas tanah. Apabila wanita yang tidak dinamakan itu pengsan, tali regang itu menyebabkan Paola tercekik.

Terkejut lihat mayat anak


ANGGOTA polis mengawal mayat Mohd. Nasiruddin yang terkorban dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang pemandu teksi terkejut apabila mendapati mayat mangsa kemalangan yang terbaring di atas jalan persimpangan lampu isyarat Cheng Heights Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di sini semalam merupakan mayat anaknya sendiri.
Nahas pukul 6.15 pagi itu mengakibatkan Mohd. Nasiruddin Shah Ishak, 28, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Mitsubishi dipandu seorang pelajar sekolah.
Mohd. Nasiruddin merupakan pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Mengimbau semula kejadian itu, Ishak Mohd. Amin, 60, memberitahu, ketika melalui jalan tersebut, dia ternampak mayat mangsa kemalangan terbaring atas jalan. Dia tidak perasan muka mayat itu kerana keadaan pada waktu itu masih gelap.

Berhati-hati memandu di jalan raya sepanjang musim perayaan ini, elakkan kemalangan dan saman dari sistem AES


Bila tiba saja musim perayaan, antara berita yang sering kita dengari ialah berkenaan tragedi kemalangan jalan raya. Setiap pengguna jalan raya sama ada yang memandu kereta, menunggang motosikal, atau yang menggunakan sistem pengangkutan awam sentiasa terdedah kepada kemalangan jalan raya. Kalau bernasib baik, mungkin kita hanya mengalami kecederaan ringan, atau hanya kenderaan sahaja yang mengalami kerosakan. Tetapi jika tidak bernasib, mangsa kemalangan akan mengalami kecederaan parah yang boleh mengakibatkan kematian.

Apa tindakan kita sebagai pengguna jalan raya dalam usaha mengelakkan berlakunya kemalangan, terutamanya kemalangan maut? Kebiasaannya kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri, di mana sikap cuai dan mementingkan diri sendiri menjadi penyebab utama. Keduanya disebabkan oleh keadaan jalan raya, termasuk situasi semasa seperti kesesakan yang berlaku, keadaan cuaca ekstrem seperti hujan lebat dan kabus tebal. Ketiga ialah disebabkan kondisi sesebuah kenderaan itu sendiri, seperti keadaan bunga tayar, sistem brek, tahap kekuatan enjin yang penting sewaktu cuba memotong kenderaan lain, dan ciri-ciri keselamatan yang dibekalkan pada setiap kenderaan yang sudah tentunya berbeza mengikut model.

Jika kita mengambil pendekatan memandu dengan berhati-hati dan berhemah mengikut semua peraturan jalan raya, risiko kemalangan boleh dikurangkan ke tahap minimum. Pemandu yang bijak bukan sekadar memandu dengan cermat, malah peka dengan semua keadaan di atas jalan raya yang mungkin boleh mendatangkan kemudaratan. Kenderaan juga perlu diselenggara dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar, di samping memastikan semua sistem dan peralatan berfungsi dengan baik. Dengan cara itu, perjalanan pulang ke kampung sempena musim perayaan ini akan berjalan dengan lancar dan kita akan selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Sebagai pengguna jalan raya juga, kita semua perlu tahu mulai 12hb. Ogos 2012 ini pihak kerajaan akan mula menguatkuasakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System), atau dikenali dengan nama ringkasannya sistem AES. Sistem AES menggunakan kamera berteknologi tinggi bagi menangkap gambar kenderaan yang dipandu melebihi had laju, dan bagi kenderaan yang melanggar lampu isyarat merah. Pada dasarnya, sistem tersebut akan lebih mendidik pengguna agar memandu mengikut had laju yang ditetapkan, selain tidak mengambil mudah dengan melanggar lampu isyarat yang kerap kali kita lihat berlaku secara berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Selain penggunaan sistem AES yang sedikit sebanyak mencetus kontroversi kerana dikatakan bakal membebankan rakyat, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam baru-baru ini juga telah mencadangkan agar pengguna jalan raya yang dikenakan saman membayar saman pada masa yang sama ia dikeluarkan. Keputusan bagi menguatkuasakan arahan tersebut masih belum dikeluarkan secara rasmi, namun majoriti pengguna jalan raya tidak bersetuju dengan saranan tersebut. Usaha kerajaan mendidik setiap pengguna jalan raya melalui penggunaan sistem AES seharusnya dipuji, namun bayaran saman serta-merta yang dikenakan dilihat agak keterlaluan.

Sekali lagi kita sebagai pengguna jalan raya perlu mengambil pendekatan memandu dengan berhati-hati serta berhemah, dan sentiasa mengikut peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya sebarang tragedi. Hargailah nyawa kita dan ahli keluarga sepanjang perjalanan pulang ke kampung di sepanjang musim perayaan ini. Kepulangan kita lebih bermakna apabila kita selamat sampai ke destinasi masing-masing, malah lebih ceria jika kepulangan kita itu tanpa dikenakan sebarang saman melalui sistem AES.

P/s: Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”