Wednesday, 20 March 2013

rozita che wan Pakai Skirt Pendek,Dikritik Peminat


Sejak menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama, setiap gerak geri dan tingkah laku Zain Saidin dan Che Ta semakin menjadi bualan hangat di kalangan pihak media dan juga peminat-peminat industri hiburan tempatan.



Terbaru menerusi laman Instagram milik Zain Saidin, pelakon ini telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama kekasih hati dan menerusi foto yang dipaparkan, Rozita Che Wan pada ketika itu sedang memakai skirt pendek sehingga menampakkan bahagian pehanya sewaktu duduk berbual bersama Zain di atas sebuah sofa.








Berikutan foto ‘manja’ Che Ta tersebut, pelakon wanita ini telah mendapat kritikan hebat oleh segelintir peminat sehingga ada yang melahirkan rasa malu melihat penampilan Che Ta sebegitu.

Read more at http://facebookaans.blogspot.com/2013/03/pakai-skirt-pendek-che-ta-dikritik.html#gzHSlgXZ9hVjPId6.99

Kenapa Baru Sekarang Isu Minuman Keras Dibangkitkan? – Mizz Nina


KUALA LUMPUR : Mengakui mengetahui persembahan yang bakal dijayakan mendapat penajaan dari syarikat minum keras, penyanyi Mizz Nina memberitahu dia berasa pelik mengapa baru sekarang isu seperti ini dibangkitkan oleh segelintir pihak sekarang.


“Persembahan yang akam berlangsung pada 28 September itu hanyalah pra persembahan saja. Ini adalah tahun ketiga saya terlibat dengan persembahan ini.

“Untuk majlis itu, saya hanya dijemput untuk mengadakan persembahan saja. Tidak lebih dari itu. Pada persembahan sebelum ini, saya pernah meminta kepada pihak penganjur supaya tidak menghidangkan arak dalam persembahan saya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya pergi untuk buat persembahan dan tidak pernah melibatkan diri dengan sebarang promosi yang berkaitan dengan jenama arak itu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Dalam pada itu, Mizz Nina beranggapan berkemungkinan isu ini bangkit selepas dia kini sah bergelar isteri kepada Noh Hujan.
“Saya memang tahu gambar saya ada digunakan dalam poster itu. Tapi, kenapa baru tahun ini isu ini dipersoalkan. Kalau boleh saya tidak mahu membesarkan hal ini. Mungkin isu ini dibangkitkan segelintir peminat disebabkan saya sudah berkahwin. Sejujurnya, saya sudah melibatkan diri sebagai artis undangan dari tahun 2010 dan 2011 lagi.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya hanya datang untuk buat persembahan saja. Lagipun, keluarga saya mengetahui dan bersetuju dengan penglibatan saya,” jelasnya.


Ibu Paling Hot Di Hong Kong


Tak ada yang lebih menakutkan wanita selain cabaran-9 bulan kehamilan dan persalinan, di sinilah wanita mengalami perubahan bentuk tubuh dan penambahan berat badan yang drastik
. Hebatnya perempuan 23 tahun asal Hong Kong Model Mia Chan telah melaluinya dua kali.
Mia melahirkan anak pertama di usia awal 16 tahun. Dia awalnya mahu mengaborsinya, tetapi memutuskan untuk melalui itu semua setelah menerima sokongan dari keluarganya.
Inilah rupanya di usia 17, selepas melahirkan anak pertama: 





Onani 9 Jam 58 Minit

Tahukah anda satu pertandingan yang dinamakan “Masturbate-a-thon” yang disertai peserta lelaki dan wanita yang beronani secara terbuka di khalayak umum!




Ia diadakan di Amerika Syarikat dan Denmark sejak lebih 10 tahun lalu dengan alasan untuk mengumpul dana bagi aktiviti seks yang sihat

Dan pemenang rekod sehingga kini ialah lelaki Jepun bernama Masanobu Sato Masanobu yang melakukan onani selama hampir 10 jam di 9th Annual Masturbate-a-thon yang diselenggarakan oleh Center for Sex & Culture.

Rekod itu dicipta pada tahun 2009.
Sebelumnya di acara yang sama pada tahun 2008, dia menciptakan rekor melakukan masturbasi atau onani selama 9 jam 33 minit.

Manakala pada 2009 dia memecahkan rekor baru dengan melakukan onani selama 9 jam 58 menit atau hampir mencapai 10 jam. Sehingga kini belum ada sesiapa yang mampu memecahkan rekod Masanobu.

Rekod terdahulu yakni sebelum Masanobu ialah 5 jam 33 minit.
Masanobu bukanlah seorang yang pemalu.

Juara dua kali itu mula beronani selama dua jam setiap pagi ketika teman wanitanya melakukan aktiviti harian.

Tetapi wanita itu sedikit pun tidak terganggu dengan perilaku Sato. Malah kadang-kadang wanita itu membantunya menjaga masa prestasi.
“Dia banyak berusaha, dan saya pula mempunyai hobi saya sendiri,” jelasnya dalam satu klip video.
Mementingkan kepuasan sendiri bukanlah perkara mudah. Rupanya, terdapat beberapa latihan sebenar yang diperlukan semasa bersedia untuk pergi lebih jauh.

“Saya berenang dua kali seminggu dan berusaha menambah 5 kilogram otot badan,” dia memberitahu San Francisco Weekly melalui emel. “Ia banyak membantu saya juga, dalam bentuk stamina.”

“The Masturbate-a-thon” ialah satu acara tahunan yang ditaja oleh Center For Sex and Culture di San Francisco, di mana acara tersebut diadakan di satu tempat yang dinamakan “masturbatorium”.

Jika seseorang lelaki mengambil bahagian dalam pertandingan, dia mesti kekal terangsang tanpa memancut untuk seberapa lama yang boleh, jelas satu artikel 2010 dalam akhbar San Francisco Weekly.

Ada kalanya, acara tersebut menarik lebih banyak lelaki daripada wanita, yang boleh membuatkan sesetengah peserta hilang minat.

GELAGAT PREMPUAN PAKAI TUDUNG DI PEJABAT


Satu lagi bukti Malaysia menghadapi gejala sosial yang kritikal.

Di manakah akhlak rakyat Malaysia yang majoriti beragama Islam.Jika dilihat pada gambar, perempuan itu bertudung. Semuanya berpunca dari kegilaan hiburan yang boleh didapati dengan meluas di Malaysia. Inilah akibatnya jika pemerintah hanya mengutamakan hiburan. Cuba kita lihat di TV atau di mana-mana, aksi-aksi seperti ini teramat biasa ditayangkan. Kerajaan sepatutnya mengambil serius tentang kejatuhan akhlak melibatkan rakyat Malaysia dalam menuju negara maju.Tapi statistik menunjukkan bahawa kes-kes pembuangan bayi semakin meningkat saban tahun. Di mana lagi silapnya?? Tak lain tak bukan, kembali kepada Al-Quran dan Sunnah. laksanakan hudud. Manusia teramat mudah lupa dengan hukuman ciptaan manusia tetapi amat gerun dengan hukuman dari ALLAH. Adakah anda mahu lihat isteri atau suami anda terlibat seperti gejala di atas akibat lemahnya iman di dalam diri yang berpunca dari persekitaran kita sendiri.







Pengacara TV ini Hot Gila


Ini mengacarakan rancngan atau acara pertunjukkan badan...
seksi gila pengacara ini...terbeleliak biji mata penonton...
sayang rupa cantik akhlak rendah...








harapan jangan selebriti di negara kita tidak meniru
cara pemakaian pengacara ini..

AWAS dengan Pebantu Rumah anda


Selepas gagal menghubungi teman lelakinya, seorang pembantu rumah Indonesia membongkar rahsia dipendam dua tahun ..

apabila mengaku mencuri pelbagai jenis barang kemas serta wang majikannya sebelum menyerahkan semua harta bernilai RM90,000 itu kepada lelaki berkenaan.

Pembantu rumah berusia 24 tahun itu membuat pengakuan berkenaan apabila gagal menghubungi teman lelakinya yang berasal dari negara sama, selepas suspek menghilangkan diri.
Difahamkan, semua kejadian berlaku selepas pembantu rumah terbabit diambil bekerja pada awal November 2010 dan sejak itu, dia mencuri sedikit demi sedikit barang kemas termasuk wang majikannya ketika mangsa tiada di rumah.

Selepas mengambil harta mangsa termasuk wang tunai, pembantu rumah terbabit menyerahkan barangan berharga itu kepada teman lelakinya sebelum dia mengulangi perbuatan sama ketika mangsa tiada di rumah.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati, sepanjang kehilangan barang kemas, majikannya yang berusia 40 tahun itu pernah cuba bertanyakan kepada pembantu rumah berkenaan namun dia tidak mengaku mengambilnya.

Menurutnya, kali terakhir mangsa hilang gelang tangan emas pada 21 November lalu sekali gus menjadikan jumlah kerugian ditanggung berjumlah RM90,000 sebelum mangsa nekad menjalankan siasatan sendiri.
Bagaimanapun, secara tidak langsung pembantu rumah terbabit akhirnya membuka mulut pada 6 Disember lalu sebelum mengaku melakukan perbuatan mencuri sedikit demi sedikit selama bekerja dengan mangsa.
“Selepas didesak berulang kali, pembantu rumah terbabit mendakwa semua barang berharga milik mangsa diserahkan kepada teman lelakinya.

“Berikutan itu, mangsa yang tidak dapat menahan marah, terus membawa pembantu rumah berkenaan ke Balai Polis Temerloh sebelum polis menahannya untuk membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, polis sudah memperoleh lakaran wajah teman lelaki pembantu rumah berkenaan selain mendapati lelaki terbabit juga melarikan diri daripada majikannya dan gerakan memburu suspek giat dijalankan.

Panas Artis Berparti Sakan Di FMFA


Pada Jumaat dan Sabtu lalu telah berlangsungnya konsert berprestij Festival Future Music Asia (FMFA2013) di litar Antarabangsa Sepang di mana ia telah menyaksikan hampir 55,000 peminat berkumpul untuk melihat artis kegemaran amsing-masing.

Antara yang hadir adalah, penyanyi pop seksi lagi sensasi Rita Ora, penghibur fenomena, PSY, kumpulan yang baru saja meraih dua anugerah Grammy, Fun, serta band indie Rock, Bloc Party, Naughty by Nature, Prodigy, deejay Angger Dimas dan Goldfish & Blink.





Selain peminat tempatan, barisan selebriti turut sama hadir dan berhibur sakan pada majlis ini.

Antara yang dikesan hadir adalah Nabila Huda, Emelda Rosmila, Atilia Haron, Dj Nas-T dan Tiz Zaqyah.

Saya Tidak Bercinta Dengan Fathia




Anda percaya saya memang tidak mengenali siapa itu Fathia dan mengapa saya dikaitkan bercinta dengannya. Ikuti kisah perhubungan mereka berdua..

Pelakon Keith Foo menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan pelakon Fathia dan menganggap wanita itu hanya sebagai rakan biasa.

Keith, 30, memberitahu Fathia mempunyai bakat yang besar selain selesa berkawan dengannya.

Bagaimanapun gandingan mereka dalam drama Dalam Setiap Sujud yang ditayangkan di TV9 baru-baru ini semata-mata atas dasar profesional.

“Fathia seorang wanita yang berbakat dan cantik tetapi itu tidak bererti kami bercinta kerana hubungan itu sekadar kawan sahaja,” jelasnya.

Fathia sebelum ini dikatakan sedang dilamun cinta dengan Keith sehinggakan dia dikatakan sanggup menolak cinta seorang kerabat.
Fathia

Dalam pada itu, Keith berkata, dia menganggap gosip melibatkan golongan artis adalah lumrah dalam bidang ini dan sudah menjangkakan akan dikaitkan dengan berita seperti itu.

Malah katanya, pengalaman berlakon selama 10 tahun di Indonesia telah banyak mengajarnya untuk menghadapi cerita-cerita kurang enak apabila berkaitan dengan peribadi.

“Tidak perlu cepat melatah kerana ia adalah perkara biasa dan telah menjadi lumrah dalam bidang ini,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Keith memberitahu dia kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana wanita selain mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonannya yang baru bertapak di Malaysia.

Tidak mahu mengulas mengenai perpisahannya dengan bekas kekasih, Tyas Mirasih, Keith berharap kerjaya seninya akan berjalan lancar mengikut perancangan yang telah disusun oleh pihak pengurusannya, Astro Talent.

Beego Kongsi Kondo Dengan Kakak Angkat



Penyanyi dan pelakon, Beego yang mengaku tidak bersalah terhadap atas pertuduhan berkhalwat pada Mei tahun lalu telah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang dia menyewa rumah bersama kakak angkatnya dan seorang lagi kawan lelaki di kondominium di Bukit Antarabangsa.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, telah membuat kenyataan tersebut sewaktu prosiding kes tangkap khalwatnya yang membabitkan dia dan dua lagi kenalan, Fikry Zainon, 21 dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, 21 bersama dua lagi wanita 23 Februari 2011.

Kes bermula apabila Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhamad Luqman Ramli, menerima aduan terdapat perbuatan khalwat di rumah terbabit. Dia kemudian bersama tiga lagi pegawai penguat kuasa JAIS serta tiga anggota polis datang memeriksa rumah itu.

“Ketika sampai di depan pintu rumah itu, kami beri salam dan ketuk pintu. Seorang lelaki iaitu Fikry Zainon membuka pintu dan selepas kami perkenalkan diri dia meminta kami tunggu sebentar. Dia kata nak panggil kawan dia buka pintu. Tak lama selepas itu pintu dibuka seorang lelaki lain iaitu Aszerul Nizam (Beego).

“Selepas memperkenalkan diri dan meminta kebenaran untuk membuat pemeriksaan, kami dibenarkan masuk. Ketika itu dua lelaki berpakaian lengkap duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen. Namun keadaan di ruang tamu gelap dan tidak dipasang lampu,” jelas pegawai JAIS itu.

Mereka seterusnya memeriksa bilik di rumah itu dan di dalam salah sebuah bilik, dua orang perempuan ditemui dan masing-masing berpakaian lengkap dengan baju lengan panjang dan seluar panjang. Kelima-lima mereka menurut Luqman telah memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

Tambahnya, semua tertuduh akur dan tidak memberi sebarang komen ketika pegawai JAIS menerangkan kesalahan khalwat dan mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ulu Klang untuk laporan polis.

Beego dan dua lagi rakan lelakinya bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat tersebut. Namun dua lagi rakan wanita mereka, Azlina Yazit dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia awal 30-an, mengaku bersalah atas tuduhan itu dan didenda RM3,000. Mereka membayar denda itu.

Perbicaraan akan disambung 16 Jun ini.

Beego yang ditemui media di luar mahkamah berkata ini adalah pengajaran yang amat berguna untuknya dan dia juga menjelaskan bakal bernikah 7 Jun depan dengan pelakon Linda Hashim. -Murai-
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”