Wednesday, 12 June 2013
Jangan Perbesarkan Isu Saya Berkemban – Izreen Azminda
Pelakon Izreen Azminda tidak merasakan adegan memperlihatkan dirinya dalam keadaan berkemban dalam salah satu babak menerusi filem terbarunya, Pecah, sebagai satu hal yang akan menimbulkan isu besar. Ya, berkemban dengan tuala merah. Sekali fikir, sudah tentu nama bakal ibu yang kini hamil 8 bulan 2 minggu ini, akan jadi ‘panas’.
“Penggambaran filem ni dijalankan sebelum saya berkahwin. Bagi saya, ia tidak ada masalah besar dan saya tak rasa ia akan menimbul apa-apa isu. Lagipun ia paras dada. Saya bukan bogel”, katanya ketika diminta mengulas mengenai aksi beraninya itu. Memegang watak sebagai Lydia, seorang jururawat, Izreen ditemui pada majlis tayangan filem Pecah bersama media bertempat di e@Curve, Damansara, malam tadi.
Namun akui Izreen, pada mulanya dia berasa agak kekok ketika mahu melakukan adegan itu. Tetapi selepas merasakan ianya tidak keterlaluan, dia cuba memberikan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pengarah serta jalan cerita filem berkenaan.
Begitupun Izreen sedar yang sikit sebanyak aksi berkembannya tu akan mendapat reaksi negatif daripada segelintir peminat. Kerana itu dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan.
“Bagi saya perkara ni normal, bila kita buat salah sikit atau nampak tak berapa betul pada kita, pasti kita dikecam. Bagi saya, saya dah biasa dah dengan perkara sebegini. Saya tak kisah. Cuma saya harapkan jangan ada pihak yang memperbesarkan isu ini.
“Suami saya belum tonton lagi filem ni, tak tahu apa kata dia nanti, kan. Tapi saya saya dia akan positif. Lagipun dia memamg sentiasa berfikiran positif”, katanya.
Diadaptasikan dari novel fiksi terlaris Pecah nukilan Nizam Bakeri, filem arahan Asrulhisyam Ahmad @ Black ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Tony Eusoff, Sofi Jikan, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Filem Pecah bakal ditayangkan mulai 13 Jun ini. Dalam pada itu Izreen juga memberitahu setelah bergelar isteri dan tidak lama lagi bergelar ibu pula, jadi dia mengambil keputusan untuk lebih sensitif terhadap pemilihan watak dalam setiap tawaran selepas ini.
Kalau sebelum ini dia lebih dikenali dengan karakter antagonis, tetapi atas permintaan suami, Izreen berkata dia sebolehnya tidak mahu lagi menghidupkan karakter seorang wanita yang terlalu jahat. Jauh sekali mahu tampil seksi ataupun melakonkan babak seperti aksi di ranjang.
“Sejak bergelar isteri dan tak lama lagi ibu, saya lebih sensitif dengan watak yang saya ambil. Suami pun ada nasihatkan, katanya kalau watak jahat sangat atau di atas katil semua tu, jangan lah ambil tawaran tu. Sebab tak mahu ada apa-apa isu nanti. Tapi dia tak pernah menghalang saya untuk terus aktif berlakon. Dan sebaik selepas habis berpantang nanti, saya akan terus kembali ke set penggambaran”, katanya.
Izreen dijangka melahirkan anak sulungnya pada awal atau pertengahan Julai ini. Aktres yang mula melonjak namanya menerusi drama bersiri Tentang Dhia ini akan bersalin di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur dan akan berpantang di sini selama 47 hari.
“Allhamdulillah semua persiapan untuk baby dah selesai. Tinggal nak bawa ke hospital jer nanti. Tapi buat masa ini saya tak boleh beritahu jantina anak kami. Tapi jangan risau, sebaik saja dia lahir saya akan berkongsi berita gembira ini bersama semua di Instagram nanti”, ujarnya sambil tertawa.
Izreen dan suaminya, jurukamera Muhammad Riza Baharudin atau Riza selamat bernikah pada 30 Ogos tahun lalu.
Yuna Mahu Balik Sambut Hari Jadi di Malaysia
Penyanyi bertaraf antarabangsa kebanggaan Malaysia, Yunalis Zarai aka Yuna merancang mahu pulang ke tanah air sekaligus menyambut ulangtahun kelahirannya yang jatuh pada November depan. Pelantun Terukir di Bintang dan Shine Your Way itu menyatakan hasrat tersebut melalui webcam secara terus dari Amerika Syarikat pada satu sidang media Shout Awards 2013, baru-baru ini.
Ketika menjawab pertanyaan sama ada beliau akan pulang dan menghadiri anugerah berprestij anjuran 8TV itu, Yuna memberitahu yang beliau semestinya mahu pulang bagi mengahdiri anugerah tersebut dan menyambut hari jadinya.
“Saya akan kembali jika saya boleh kerana hari jadi saya juga pada bulan November dan saya biasanya saya akan pulang dan menyambut hari jadi saya. Jadi ya! saya mungkin akan pulang untuk Shout Awards dan hari jadi saya”, kata seperti yang dilaporkan redcarpet.net.my
Bintang yang lahir pada 14 November 1986 itu dengan nada bergurau juga berkata, dia akan pulang untuk ‘Kak Jen’ (Jennifer Thomson), merupakan Ketua majlis Shout Awards, yang turut hadir pada sidang akhbar tersebut.
Penyanyi dan penulis lirik berbakat besar itu kini bernaung dibawah syarikat rakaman milik penerbit muzik terkenal, David Foster iaitu Verve Records di Amerika Syarikat. Yuna sekarang sibuk dengan rakaman album terbarunya.
Beliau juga merupakan salah seorang artis yang mengambil bahagian dalam sesi “Google+ hangout session” pada pengumuman acara Shout Awards edisi ke-4 itu. Shout Awards dijadualkan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 9 November 2013.
Yasmin Hani Jelas Sebab Sorok Berita Diri Hamil
Sebelum ini, pihak media pernah mendapatkan kesahihan berita mengenai isu dirinya hamil. Namun ketika itu, dia merahsiakan tentang kehamilannya itu. Namun pada 28 Mei lalu, menerusi lama Instagram miliknya, dia sendiri berkongsi berita gembira tersebut dengan mengumumkannya yang dirinya sedang hamil 16 minggu.
Menurut pengacara dan pelakon Yasmin Hani Richardson, 34, atau mesra dengan panggilan Hani, sebelum ini, ada sebab kenapa sebelum ini dia merahsiakan tentang kehamilannya.
“Sebelum kandungan saya ini mencecah usia empat bulan, saya bimbang ia tidak kuat dan berlaku sesuatu di luar jangkaan. Namun setelah usia kandungan mencecah empat bulan, baru saya berasa yakin untuk mengumumkannya ke pada pihak luar tentang kehamilan saya ini.
“Semua itu bukan semata-mata atas kehendak saya, malah ekoran nasihat daripada suami dan ibu saya sendiri. Saya berharap mereka di luar sana faham kenapa saya merahsiakan berita gembira ini,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo hari ini.
Dijadualkan melahirkan anak sulungnya di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur pada 12 November depan, kata Hani, ikut perancangan dia mahu berpantang di rumah sendiri mengikut tradiis Melayu. Mengenai jantina anak, Hani tidak kisah bayi lelaki atau perempuan. Janji bayinya itu sihat dan dia juga suaminya, bekas anggota kumpulan Blackrose, Shahrin, tetap akan menyayangi anak mereka.
Kata Hani, mengandung bukan menjadi penghalang untuk saya bergiat aktif bersama rakan-rakan. Bahkan dia tetap aktif dengan dengan projek seni terbaharunya, Celebrity Reel! Hani dan Shahrin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011. Majlis akad nikah dan persandingan mereka berlangsung di Duchess Place Jalan Ampang.
Johan As’ari Bakal Bertunang Dengan Gadis Pilihan Hujung Tahun Ini
Satu lagi sebab untuk peminat pelakon muda ini makan hati. Heh. Johan As’ari di’khabarkan bakal mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan beliau sekitar penghujung tahun ini.
Laporan GUA baru baru ini menyebut yang Johan As’ari kini sedang hangat bercinta dengan seorang gadis daripada sebuah stesen televisyen tetapi mahu merahsiakan identiti gadis yang berjaya memiliki hatinya itu.
“Sebenarnya, perkara ini saya tidak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarga dia. Saya tak mahu namakan hubungan ini sebagai bercinta, cukuplah sekadar semua tahu yang kami sedang seronok berkawan dan bersahabat. Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini. Buat masa ini biarlah saya kukuhkan keadaan diri saya dahulu. Insya-Allah jika sudah sampai jodoh saya, saya akan bertunang dan berkahwin”
Menurut pelakon drama Karlos ini lagi, beliau terpikat dengan gadis tersebut kerana sikapnya yang sering mengingatkan Johan As’ari tentang waktu solat. Molek sungguh daya penarik gadis pilihan beliau.
Laporan GUA baru baru ini menyebut yang Johan As’ari kini sedang hangat bercinta dengan seorang gadis daripada sebuah stesen televisyen tetapi mahu merahsiakan identiti gadis yang berjaya memiliki hatinya itu.
“Sebenarnya, perkara ini saya tidak boleh cerita sangat kerana kini saya masih mengenali hati budi si dia dan saya telah berjanji dengan pihak keluarga dia. Saya tak mahu namakan hubungan ini sebagai bercinta, cukuplah sekadar semua tahu yang kami sedang seronok berkawan dan bersahabat. Tapi saya meletakkan sasaran untuk bertunang hujung tahun ini. Buat masa ini biarlah saya kukuhkan keadaan diri saya dahulu. Insya-Allah jika sudah sampai jodoh saya, saya akan bertunang dan berkahwin”
Menurut pelakon drama Karlos ini lagi, beliau terpikat dengan gadis tersebut kerana sikapnya yang sering mengingatkan Johan As’ari tentang waktu solat. Molek sungguh daya penarik gadis pilihan beliau.
Ada Masalah Dengan Ibu Mertua? Farid Kamil
Baru sahaja selesai rasanya menjawab persoalan orang ramai tentang kesahihan isterinya Diana Danielle sudah bersalin atau belum, nampaknya Farid Kamil ada satu perkara lagi perlu di’jawab.
Melalui akaun Twitter peribadi, Farid Kamil meluahkan perasaan beliau tentang hubungannya dengan ibu mertua yang seakan kurang baik kini — berdasarkan apa yang di’tulis oleh Farid Kamil sendiri.
“Ada orang tanya saya macam mana boleh hidup dengan ‘mertua’ yang macam tu? Saya jawab nak buat mcmana? Dah dia memang lagu tu,” tulis Farid Kamil selain mengulas nasihat oleh ibunya sendiri.
Ibu Farid Kamil sendiri memberikan pesanan buat beliau untuk banyak bersabar kerana ibu mertua juga seperti ibu kandung, perlu juga di’sayangi. Dan, Farid Kamil mengulas yang mertuanya lain dari yang lain.
“Bersabar, rasanya dah 4 tahun bersabar,” tulisan terakhir Farid Kamil selain bergurau mengatakan filem klasik Ibu Mertuaku menggambarkan tepat situasi beliau sekarang ini. Apa cerita Farid Kamil?
Subscribe to:
Posts (Atom)