Saturday, 1 December 2012
RM3,000 Lesap Gara-Gara Tiduri ‘Call Girl’ Di Hotel Murah
SIBU: Seorang lelaki kehilangan wang tunai RM3,000 selepas meniduri seorang gadis ‘call girl’ di sebuah bilik hotel murah di sini malam kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun dan berasal dari Kampung Kabuaw, Igan itu bekerja sebagai pemandu jengkaut di sebuah kem pembalakan di Pulau Solomon, berada di bandar ini untuk menguruskan sesuatu di pejabat ejen majikannya di Jalan Tuanku Osman pada pagi itu.
Lelaki tersebut kemudiannya berjumpa dengan lima orang rakannya dan bercadang untuk pergi berhibur di sebuah pusat hiburan pada jam 5.00 petang.
Bagaimanapun selepas meninggalkan pusat hiburan tersebut, mangsa dan rakan-rakannya yang lain telah berpisah.
Menurut mangsa dia kemudiannya pergi ke sebuah hotel murah kira-kira jam 9.00 malam dan meminta seorang pekerja hotel di situ mencarikannya seorang gadis ‘call girl’ untuk bermalam bersamanya.
Menurut pengadu, dia telah memberikan sebanyak RM300 kepada penjaga kaunter tersebut dan RM45 untuk membayar sewa bilik hotel.
Difahamkan seorang gadis berbaju warna merah jambu dan memakai skirt pendek muncul di depan pintu bilik yang telah ditempahnya pada jam 9.30 malam kelmarin.
Selepas gadis itu masuk ke bilik, dia (gadis) memberitahu mangsa bahawa dia sangat dahaga dan mahu keluar sekejap untuk membeli air minuman.
Gadis itu keluar untuk membeli air minuman selepas mangsa memberi RM10 kepadanya. Apabila mangsa menjenguk dari jendela, dia sempat melihat gadis itu sedang berbual-bual dengan empat orang lelaki yang tidak dikenali.
Setelah membeli air, gadis itu balik ke bilik hotel dan memberitahu mangsa bahawa dia akan pulang pada jam 6.00 pagi itu.
Mangsa memberitahu dia hanya terbangun selepas jam 6.00 pagi dan mendapati beg sandangnya yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan buku pasport sudah hilang.
Dia percaya beg sandangnya telah dilarikan oleh gadis yang memunyai tanda lahir di bahagian kiri mukanya.
Mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Sibu pagi semalam.
Sumber: http://www.duniarealiti.com/2012/10/rm3000-lesap-gara-gara-tiduri-call-girl.html#ixzz2DglrjEaj
Oh! Seluar pendek tak sesuai di stadium
TANGERANG: Polis mempertahankan tindakan mereka selepas gambar pegawainya menegur seorang gadis bawah umur kerana memakai seluar pendek didedahkan di internet.
Jurucakapnya, Haru Manurun memberitahu akhbar Jakarta Globe kelmarin bahawa foto agensi Antara menunjukkan pegawainya memeriksa dan mengambil gambar dua gadis remaja jika memiliki senjata sebelum perlawanan bola sepak di bandar di pinggir Jakarta ini.
Disoal berhubung gambar Antara menunjukkan pegawai memarahi gadis terbabit kerana memakai seluar pendek, Haru mengakui polis Tangerang memberitahu gadis dan wanita supaya tidak memakai seluar pendek bagi mengelak dituduh melakukan perbuatan lucah.
“Kami mencadangkan dan menggalakkan gadis terbabit supaya tidak memakai seluar pendek kerana kami mahu mengelak perkara tidak dikehendaki,” kartanya.
Sumber: http://www.duniarealiti.com/2012/01/oh-seluar-pendek-tak-sesuai-di-stadium.html#ixzz2DglYDozz
GURU GH@IRAH S@KS R0G0L PELAJAR 15 TAHUN
Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.
“Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.
“Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.
Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.
Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.
ANAK KEJAM GADAI EMAK BERUSIA 63 TAHUN UNTUK BAYAR HUTANG ALONG
Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along.
Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu.
Menurutnya, sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka.
“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.
“Luluh hati saya mendengar kata-katanya. Bila saya merayu supaya anak dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu.
PELAJAR PEREMPUAN TRAUMA DIR@BA DAN SAMUN 10 MAT REMPIT
eorang penuntut sebuah kolej swasta dicabul sekumpulan 10 lelaki bermotosikal selepas wang tunai dan telefon bimbit miliknya dianggarkan bernilai RM3,000 dilarikan ketika sedang menunggu teksi di Kota Damansara, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, wanita berusia 21 tahun itu yang sedang menunggu teksi berhampiran stesen minyak terkejut selepas lima motosikal ditunggang 10 lelaki tidak dikenali mengepungnya.
Menurut sumber, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal dan dihalang mereka malah tiga daripada lelaki terbabit turut menghampirinya dengan bersenjatakan parang meminta dia menyerahkan barangan berharga.
Katanya, mangsa yang bimbang dicederakan akur dan menyerahkan beg tangan berisi wang tunai serta telefon bimbit. Malah dia juga merayu supaya tidak dicederakan.
“Sangkaan mangsa sebaik mereka mendapat barangan berharga itu, lelaki terbabit akan beredar namun sebaliknya berlaku apabila mereka meraba badannya menyebabkan mangsa menjerit meminta pertolongan.
“Panik dengan jeritan mangsa, kumpulan lelaki terbabit terus melarikan diri meninggalkan mangsa yang berada dalam keadaan trauma. Orang ramai yang menyedari kejadian itu datang membantu dan menenangkan mangsa,” katanya.
Dia kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Damansara untuk tindakan selanjutnya.
KIRIM SMS YANG DIA BERONANI SAMBIL MENCABUL KEPADA 2 GADIS SEDANG TIDUR
KAJANG: “Sya (saya) sempat ambk (ambil) pic (gambar) awk (awak) ngah (tengah) tdo (tidur) ngan (dengan) kwn (kawan) awk (awak) 2 (itu).
“...smlm (semalam) sya (saya) brng (baring) tgh2 (tengah-tengah) pat (tempat) awk (awak) tdo (tidur)... sya (saya) pn (pun) msukn (masukkan) tgn (tangan) kt (dekat) dlm (dalam) slimut (selimut) awk (awak) ngan (dengan) kwn (kawan) awk (awak) 2 (itu).
“...cbe (cuba) awk (awak) tgk (tengok) kt (dekat) tilam sblh (sebelah) awak tido (tidur) 2 (itu) ada x (tidak) kesan air ... yg (yang),”.
Itu antara kandungan kiriman SMS bernada bangga yang dihantar seorang penyamun kepada seorang daripada dua mangsanya selepas melarikan barangan berharga selain mencabul mereka dalam kejadian di sebuah rumah di Kajang Sentral, di sini, Isnin lalu.
Kejadian itu hanya disedari dua pelajar berusia 19 tahun itu jam 12.30 tengah hari apabila seorang daripada mereka menerima kiriman SMS itu sebaik selesai membuat laporan kehilangan barang di Balai Polis Kajang, di sini, selepas rumah mereka dipecah masuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)