Thursday 31 October 2013

kerinchi flats (Gambar)



Terkini infor

Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As’ari



Desas-desus mengatakan bahawa sebelum ini Johan Asaari berkawan rapat bersama seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Shila Amzah.

Bertemu Shila Amzah semasa pelancaran albumnya, telah terungkai segala-galanya apabila diberitahu bahawa dia dan Johan Asaari hanyalah merupakan teman rapat sahaja. Tetapi apabila menonton video klip yang di persembahkan melalui lagu berjudul Masih Aku Cinta ternyata menguatkan lagi persepsi yang mengatakan bahawa mereka bercinta.

“Sebenarnya saya dan Johan memang sudah saya kenali sejak tahun 2010, dan selepas itu kami membawa haluan masing-masing. Saya juga tidak menyangka bahawa hubungan sebagai teman ini membawa kepada buah mulut orang ramai”

“Untuk video klip Masih Aku Cinta pula, sejujurnya ada beberapa orang pelakon yang telah disenarai pendekkan dan saya beserta pengarah klip video tersebut, saudara Ghaz Abu Bakar telah memilih Johan sebagai pelakon kerana dia memenuhi kriteria yang sesuai dalam klip video itu,” ujarnya.

Shila Amzah juga tidak menyangka bahawa ibunya sendiri sudah lama mengenali ibu Johan As’ari dan mereka selalu berhubung sesama mereka.

“Saya sendiri pun tidak menyangka bahawa ibu saya mengenali ibu Johan dan mereka berdua merupakan sahabat dan selalu berhubungan”

Jodoh dan pertemuan merupakan hak Allah S.W.T dan bagi selebriti antarabangsa, Shila Amzah dia tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ditakdirkan untuk berkahwin dengan jejaka itu.

“Saya tidak meletakkan target untuk mengakhiri zaman bujang, dan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu dan asalkan dia menghormati saya dan yang terutamanya kedua-dua ibubapa saya. Pengalaman lepas banyak mengajar kehidupan saya dan kini saya lebih matang dan lebih suka berterus terang dalam membuat sesuatu keputusan. Sekarang saya lebih positif dan menuju ke hadapan dalam merentasi fasa kehidupan,” katanya bersungguh-sungguh

Fida Ibrahim Nafikan Kahwin Di Selatan Thailand


Siapalah artis Malaysia dalam dunia seni tanpa kontroversi sebegini bukan? Fida Ibrahim yang baru baru ini terpalit isu lari dari lokasi penggambaran kini khabarnya telah berkahwin senyap senyap di selatan Thailand.

Lebih menarik, Fida Ibrahim di’dakwa bernikah dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang di’kenali sebagai Shah di kalangan media & pelakon ini mencipta kontroversi percintaan dengan Zalif Sidek untuk sembunyikan hubungan mereka.

“Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP”

“Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya,” jawab Fida Ibrahim.

Beliau yang akan turut menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 juga menjawab isu inai yang sering menghiasi jari dengan mengatakan ianya sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pernikahan seperti di’khabarkan.

Sebelum itu, boleh berlawak ‘kah Fida Ibrahim?

Jawatan Kosong PROTON Holdings Berhad (Perusahaan Otomobil Nasional)

Jawatan kosong terkini di PROTON Holdings Berhad (Perusahaan Otomobil Nasional). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di PROTON Holdings Berhad (Perusahaan Otomobil Nasional) sebagai :-




1. Executive - Sales & Marketing IT, Group ICT
2. Executive, Recruitment
3. Engineer, Engine & Transmission (ETM)
4. Senior Executive, Powertrain - Group Technical Procurement
5. Section Manager, Export Quality Management - Delivery Quality
6. Engineer Powertrain
7. Counsel - Group Legal
8. Head of Environmental, Safety & Health
9. Senior Executive, Project Management, Logistics Planning & Inventory Control
10. Manager, Parts & Services - Marketing Communication
11. Senior Executive, Body & Structure - Group Technical Procurement
12. Engineer - Stamping, Production Engineering

Tarikh tutup permohonan sehingga 30 November 2013
Lokasi : Shah Alam, Selangor
sektor : Swasta

 maklumat iklan jawatan dan permohonan sila klik disini

Perjawatan Kosong Di Basf Petronas

Calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di BASF PETRONAS seperti berikut :





1. Executive
2. Senior Manager
3. Technicial
4. Manager

Tarikh tutup 18 November 2013

untuk memohon jawatan sila hantar permohonan anda ke

The Recruitment Manager
Human Resource Management Division
BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd
Jalan Gebeng 2/1, Kawasan Perindustrian Gebeng,
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

atau melalui email HPRecruit@basf-petronas.com.my

Perjawatan Kosong Majlis Daerah Selama

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisikekosongan jawatan berikut, keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Jawatan kosong sebagai :-

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

Tarikh Tutup permohonan : 17 November 2013
Lokasi : Selama, Perak

Temuduga Terbuka Istana Budaya

1. JAWATAN  ARTIS BUDAYA GRED B17 (Contract of Service)

Permohonan adalah dipelawa daripada semua kaum warganegara Malaysia yang berkelayakan, berbakat dan mempunyai daya kreativiti bagi mengisi jawatan Artis Budaya di Istana Budaya.  Temuduga terbuka ini akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 3 NOVEMBER 2013 (AHAD)

Tempat : SERI NILAM, ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR

Masa : 9.00  pagi – 1.00 tghari

Syarat Lantikan:Calon hendaklah memiliki syarat kelayakan berikut:

i)Warganegara Malaysia

ii)Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh temuduga jawatan

iii)Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang tarian dan nyanyian

iv)Mempunyai rupa paras yang menawan dan badan yang ramping

v)Ketinggian 165 cm dan berat 52 kg bagi wanita, 170 cm dan berat 61 kg bagi lelaki

Lain-lain kemudahan:      

a)Berpeluang membuat persembahan ke luar negara dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan
b)Pengangkutan, kediaman dan makan/minum disediakan jika bertugas di luar pejabat

Sila bawa bersama sijil dan dokumen yang diperlukan semasa temuduga:

a)Resume Kerja
b)Kad Pengenalan ; dan
c)SijilPeperiksaan(SPM, PMR atau SRP), Sijil Berhenti Sekolah (asal), serta lain-lain sijil kemahiran bakat yang berkaitan sahaja.


HANYA MEREKA YANG MEMENUHI SYARAT SAHAJA AKAN DITEMUDUGA. ARTIS BUDAYA YANG SEDANG BERKHIDMAT DENGAN JABATAN KERAJAAN SELAIN ISTANA BUDAYA DIKEHENDAKI MENDAPATKAN SURAT KEBENARAN KETUA JABATAN MASING-MASING TERLEBIH DAHULU UNTUK MENYERTAI ISTANA BUDAYA.

Maklumat Lanjut Klik Di Sini

Perjawatan Kosong Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia


Jawatan kosong di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di NKF sebagai :-



1. Account Assistant
2. Head Of Training
3. IT Executive
4. Dialysis Assistant

Tarikh tutup permohonan : 26 Oktober - 16 November 2013
Lokasi : Kuala Lumpur dan Selangor

Maklumat Lanjut Klik Di Sini

Perjawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam



Jawatan kosong terkini 2013 di Majlis Bandaraya Shah Alam.Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.




Jawatan yang Diiklankan :-


A. KENAIKAN PANGKAT

1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U32

2. PEMBANTU PENGUATKUASA N22

3. PEMBANTU PENILAIAN W22

 B. GRED LANTIKAN BARU

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

2. JURUTERA J41

3. PENOLONG JURUTERA J29

4. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

5. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
 
6. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN N27
 
7. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S27

8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

9. PENOLONG AKAUNTAN W27

10. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27

11. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

12. JURUTEKNIK (AWAM/ELEKTRIKAL) J17

13. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

14. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

15. PEMBANTU PENILAIAN W17

16 .PENGAWAL KESELAMATAN KP11

17. PENYELAMAT N1

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh iklan dikeluarkan : 30 Oktober 2013
Tarikh tutup permohonan adalah pada :  13 November 2013

Lana Nordin Lahar Pakaian Seksi Di Instagram

Sukar juga menjadi selebriti ini agaknya ya. Terutamanya dalam era di media sosial dimana selebriti/artis boleh berinteraksi secara langsung dengan peminat. Sudah pasti ada yang memuja dan tidak kurang yang mengeji. Kalau penampilan kena dengan citarasa masyarakat pasti tidak ada masalah, tetapi jika seksi sedikit sudah pasti ada individu yang sudi meluangkan masa lapang untuk menegur.

Tetapi bergantung kepada selebriti, ada yang buat endah tak endah dengan teguran. Pasti juga ada yang tersentap bila ditegur. Maklumlah, walaupun rambut sama hitam atau blonde, hati lain-lain.

Begitulah yang boleh dikatakan tentang pelakon seksi Lana Nodin. Beberapa jam lepas pelakon ini telah memuat naik interaksi antara dirinya dengan peminat yang menegurnya kerana berpakaian seksi.



Sekiranya hendak melihat dengan lebih jelas interaksi tersebut, sila klik gambar dia atas. Lana telah menulis:-

lananodin

           11 hours ago
Ni lagi sorang umat mulut tak de insurans, rasa diri lebih bagus dari org lain…meh aku cabar ko@alamache ko dtg casting mane2 aku nak tgk ko berlakon pulak mengata org tak ke mane aku berlakon kan…meh ramai2 pulak tgk ko berlakon…tengok hebat mane pulak bakat ko sampai mengata org lain sebab rasa diri sendiri lagi bagus.



Atau mungkin Lana sentap kerana dia dikatakan ‘berlakon tidak ke mana’ oleh peminat tersebut walaupun berpakaian seksi. Lana memberitahu yang dia terpilih dalam antara lima aktres yang bertanding bagi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia untuk tahun ini, bermakna baginya apa yang dikatakan peminat itu tidak berasas.

Tidak dinafikan Lana juga mempunyai bakat berlakon. Namun patutkan Lana menyelar peminat itu? Atau memang patut sekali dia menyelar, kerana sepatutnya hanya pelakon berjaya saja yang boleh menegur Lana, kalau tidak, jangan sekali-kali menegur dirinya? Apa pendapat anda?

Tuesday 8 October 2013

Kekurangan Stok iPhone 5S Mengakibatkan NTT DoComo Hilang 66,800 Pelanggan

Kekurangan bekalan iPhone 5S dipasaran Jepun mengakibatkan kesan buruk kepada NTT Docomo, syarikat telekomunikasi terbesar di negara matahari terbit itu. NTT DoComo menawarkan iPhone 5S dalam pakej promosi mereka. Masalah kekurangan stok bekalan untuk memenuhi permintaan mengakibatkan 66,800 pelanggan NTT DoComo bertindak meminggirkan NTT DoComo pada minggu-minggu terakhir September 2013.

Akibat stok iPhone 5S bekalan yang tidak mencukupi puluhan ribu pelanggan NTT DoComo beralih ke tawaran dari syarikat telekomunikasi Jepun yang lain seperti Softbank dan KDDI semata-mata untuk mendapatkan iPhone 5S melalui pakej ansuran secara kontrak. Peralihan tersebut menjadikan jumlah pelanggan Softbank dan KDDI bertambah.

Hal tersebut didedahkan oleh laporan berita dari Nikkei.com yang diterbitkan dalam bahasa Jepun. NTT DoComo juga turut kehilangan 133,100 lagi pelanggan berdasarkan statisik sistem mobile number portability (MNP). Sebelum ini NTT DoComo tidak pernah menawarkan apa-apa model iPhone dalam pakej telekomunikasi mereka.

iPhone 5S dan iPhone 5C merupakan dua model iPhone yang pertama ditawarkan oleh NTT DoComo. Oleh kerana itu ramai pelanggan NTT DoComo berpusu-pusu mahu mendapatkan iPhone 5S secara ansuran melalui pakej telekomunikasi NTT DoComo saat baru dilancarkan. Permintaan yang tinggi mengakibatkan stok iPhone 5S dalam simpanan NTT DoComo cepat habis.

Suami Saman Isteri Kerana Bayi Mereka Hodoh

Suami Saman Isteri Kerana Bayi Mereka Hodoh. Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai HODOH. Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan CANTIK seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang COMEL. Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.



Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai amat HODOH, Jian menjadi terkejut.

Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan. Suami Saman Isteri Kerana Bayi Mereka Hodoh

Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat HODOH dan ia menakutkan saya,’’ katanya.

Megan Young, Miss World 2013 Beredar di Internet



Megan Young berjaya pemenang dan dianugerahkan gelaran Miss World 2013 dalam acara yang berlangsung di Bali, Indonesia tersebut . Namun , kisah baru bernuansa kotroversi justeru datang dari Megan Young sang juara, dimana beredar luas di internet mengenai foto- foto hot dirinya di internet.


Miss World 2013 Foto hot tersebut ternyata memang adalah sebuah foto yang benar atau asli . Tepatnya diambil sebelum Megan Young mengikuti pertandingan Miss World . Seperti yang diketahui sebelum ini, bahawa Megan Young sendiri dulunya berprofesi sebagai model yang foto- fotonya sering nampang di majalah dewasa. Dalam foto tersebut tampak Megan tengah berpose topless di tepi pantai. Foto tersebut pun langsung menuai banyak komen.


Megan Young Topless "Seorang ratu kecantikan adalah seseorang yang merupakan perempuan yang baik dari dalam dan luar . Seorang ratu kecantikan harus mempunyai moral yang luar biasa , elegan dan kewanitaan. Ratu kecantikan harus dilihat sebagai teladan, bukan objek seks, "tulis sebuah akaun tanpa nama yang disinyalir turut ' membocorkan ' masa lalu Megan Young, seperti dilansir IBTimes .



Sementara itu, Cory Quirino yang merupakan seorang presiden Miss World Filipina mengecam aksi tersebut . Dirinya menyebutkan bahawa aksi membocorkan foto- foto hot Megan Young di dunia maya ini merupakan bentuk ' kempen kotor ' untuk menjegal Megan Young untuk menjadi seorang pemenang di acara Miss World 2013.

Quirino sangat berharap bahawa warga Filipina akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Megan untuk membawa pulang mahkota kemenangan Miss World 2013 ke Filipina. Pasalnya , ini adalah kali pertama Filipina menyabet gelar tersebut .

Bertowel dengan kekasih muat naik foto ke Laman Sosial

Inilah realiti remaja masa kini. Berkelakuan macam suami isteri.
Lihat sahaja pemakaian mereka, hanya bertuala, yang si lelakinya pula, entah pakai entah tidak...



Pasangan ini tanpa segan silu memuat naik foto mereka berbaring dalam keadaan separuh bogel ke laman sosial sambil melafazkan kata-kata cinta dan rindu dendam...

Adakah ini pasangan masa depan yang bakal menggantikan Alvin dan Vivian?

STACY DEDAH TUBUH DI INSTAGRAM





Restoran caj sarapan VVIP RM6,000 diserbu PDNKK

Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
 


Restoran caj sarapan VVIP RM6,000 diserbu PDNKK Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.“Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.

Sharifah Amani Cari Gaduh Dengan Syamsul Yusof


Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2 Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang maklumbalas kepada peminat mahu pun media & ini termasuklah tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut.

Lewat malam tadi, terbaca kemaskini terbaru Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi & beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga di’luahkan melalui Twitter.

“Anak @fatibee ni tak puas hati ke ape? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jgn biadap bila bicara. Jgn lupa budi bicara,” tulis Syamsul Yusof tergesa gesa tanpa hiraukan ejaan. #LOL

Melihat kembali kepada status Sharifah Amani (anak kepada Fatimah Abu Bakar jika anda tidak tahu), rupanya pelakon yang kini merupakan juri tetap Akademi Fantasia 2013 ini tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2.

Di atas merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik.

Menjawab kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, aktress ini membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof.


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”