Thursday, 17 January 2013
ILMU GIGOLO ( ILMU PENAHLUK WANITA SEJAGAT )
asalamulaikum
salam perkenalan nama saya amirul tapi panggil jer miyul saya orang kedah
dah banyak yang saya kaji tentang ilmu ilmu didunia ney...tapi kebanyakan semua dari indonesia..
ramai orang ambil untuk disalah gunakannya saya harap ilmu ini akan beri kawan suatu yang baru...
pastikan kawan ikut arahan jika melakukan seuatu
Ilmu Gigolo adalah suatu ilmu untuk menahlukkan atau menudukkan sukmanya seseorang. Dengan ilmu ini insya Allah wanita yang galak, sombong, egois dan binal bisa Anda tahlukkan.. Konon dengan ilmu ini wanita yang susah ditahlukkan bisa dengan mudahnya Anda tahlukkan.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمْ Ö يَآاَيُّهَا الَّذِيْنَ آَمَنُوْا لاَتَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ اَذَوْا مُوْسَى فَبَرَّاَهُ اللهُ مِمَّا قاَلُوْا، وَكَانَ عِنْدَ اللهِ وَجِيْهاً Ö وَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِنِّىْ Ö يُحِبُّوْنَهُمْ كَحُبِّ اللهِ Ö وَالْكاَظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِ، وَاللهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ Ö اَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَاَحْيَيْناَهُ وَجَعَلْناَلَهُ نُوْرًا يَمْشِىْ بِهِ فِى النَّاسِ كَمَنْ مَثَلَهُ فِى الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا، كَذَالِكَ زُيِّنَ Ö فَلَمَّا رَاَيْنَاهُ اَكْبَرْنَاهُ وَقَطَّعْنَ اَيْدِيَهُنَّ، وَقُلْنَ حَاشَ ِللهِ مَا هَذَا بَشَرًا، اِنْ هَذَا اِلاَّ مَلَكٌ كَرِيْمٌ Ö وَقُلِ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيْكٌ فِى الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيْرًا.
BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM. YAA AYYUHAL LADZIINA AAMANUU LAATAKUUNUU KALLADZIINA AADZAU MUUSAA FABARRO AHULLAAHU MIMMAA QOOLUU. WAKAANA ‘INDALLAAHI WAJIIHAA. WA ALQAITU ‘ALAIKA MAHABBATAN MINNII. YUHIBBUUNAHUM KAHUBBILLAAH. WAKAA DHIMIINAL GHOEDHO WAL ‘AFIINA ‘ANINNAASI. WALLAAHU YUHIBBUL MUHSINIINA. AWAMAN KAANA MAITAAN FA AHYAINAAHU WA JA’ALNAA LAHUU NUURON YAMSYII BIHII FINNAASI KAMAN MATSALUHUU FIDH-DHULUMAATI LAISA BIKHOORIJIN MINHAA. KADZAALIKA ZUYYINA. FALAMMAA ROAINAHUU AKBAR NAHUU WAQOTH-THO’NA AIDIYAHUNNA. WAQULNA HAASYAA LILLAAHI MAA HAADZAA BASYARON. INHADZAA ILLAA MALAKUN KARIIMUN. WAQULIL HAMDU LILLAAHIL LADZII LAM YATTAKHIDZ WALADAN WALAM YAKUN LAHUU SYARIIKUN FIL MULKI WALAM YAKUN LAHUU WALIYYUN MINADZ-DZULLI WAKABBIRHU TAKBIIRON.
Artinya : Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ( QS : Al Fatihah : 1 ) Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang mengikuti Musa, maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah ( QS : Al Ahzab : 69 ). Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang daripada Ku ( QS : Thaahaa : 39 ). Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah ( QS : Al Baqarah : 165 ). Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan ( QS : Ali ‘Imron : 134 ). Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan ( QS : Al An’aam : 122 ). Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada keelokan rupanya, dan mereka melukai jari tangannya. Dan berkata : “ Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia, sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang Mulia “ ( QS : Yusuf : 31 ). Dan katakanlah : “ Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan tidak mempunyai penolong untuk menjaga-Nya dan kehinaan dan agungkanlah Dia dengan penjagaan yang sebesar-besarnya ( QS : Al Israa’ : 111 ).
Caranya : selama 41 hari setelah Anda selesai shalat lima waktu amalan Ilmu Gigolo dibaca sebanyak 7 x. Dan pada malam harinya amalan Ilmu Gigolo ini Anda baca sebanyak 11 x, tapi sebelum Anda membaca amalannya, bacalah terlebih dahulu :
- Istigfar sebanyak 7 x.
- Surat An Naas sebanyak 7 x.
- Sahadat sebanyak 7 x.
- Sholawat Nabi sebanyak 7 x.
لاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم
- Laa haula walaa quwwata illaabillaaahil ‘aliyyil adziim sebanyak 7 x.
Kalau sudah mencapai 41 hari, kalau Anda mau mencoba atau mempergunakan amalan Ilmu Gigolo ini, caranya baca dahulu amalan Ilmu Gigolo sebanyak 3 x, kemudian sebutkan nama gadis yang dituju serta minta pada Allah agar ia tunduk pada Anda. Awas!!! kalau sudah berhasil harus Anda kawin, ingat ada hukum karma. @@@
Anak Gadis Derhaka, Buat Maksiat Depan Ibu
Seorang remaja perempuan 21 tahun yang tinggal bersama ibunya di sebuah taman perumahan di sini, sanggup menjadikan rumah mereka seperti rumah tumpangan dengan membawa rakan perempuannya berusia 23 tahun bersama teman lelaki masing-masing untuk menempiaskan nafsu.
Perlakuan sumbang dilakukan mereka diketahui penduduk setempat sebelum membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK). Enam pegawai penguat kuasa PADK membuat membuat pemantauan dan mengepung rumah berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.
Pengadu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, seorang remaja perempuan yang ditahan sering memukul ibunya dan perbuatan itu mengakibatkan ibunya itu takut untuk membuat laporan polis atau PADK.
“Pasangan ini sudah lama melakukan perlakuan maksiat di rumah mereka dengan membawa balik teman lelaki masing-masing. Perkara ini berlaku sejak enam bulan lalu. Ibu suspek tidak berani menegur anak perempuannya, kerana takut dipukul dan diherdik sekiranya berbuat demikian,” katanya.
Ketika serbuan dibuat, PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka. Setelah memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa PADK, tiga dari enam penguat kuasa terlibat meminta kebenaran masuk ke rumah untuk membuat pemeriksaan.
Jurucakap PADK berkata, ketika pemeriksaan dibuat, mereka menemui dua lelaki dan tiga perempuan termasuk ibu kepada seorang remaja terlibat. Dari siasatan awal dijalankan mendapati, pasangan yang berada dalam rumah itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
“PADK akan mengarahkan semua terlibat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh dan masa ditetapkan. Sekiranya ingkar, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap diri mereka,” katanya.
Pekerja bank di China perlukan 40 hari untuk mengira wang penyimpan ini
Tiga pekerja Bank Zhengzhou di Henan China menghabiskan waktu berhari-hari menghitung jumlah wang seorang penyimpan bernama Cui. Pekerja itu harus bersabar menghitung tumpukan wang simpanan sambil mengenakan mask.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Rabu (16/1),lelaki tu menabung dalam bentuk wang kertas pecahan terkecil. Wang itu dia kumpulkan selama enam bulan.
Tak disebutkan alasan mengapa dia baru menyimpan wangnya di bank selama itu. Dia diyakini memiliki kilang dan wang itu berasal dari para pelanggannya.
Cui telah mendatangi sejumlah bank untuk menyimpan wangnya itu tapi dia selalu ditolak hingga akhirnya Bank Zhengzhou bersedia menerima wangnya.
Wang pecahan dalam bentuk kertas di China ada senilai 1 Jiao, 5 Jiao, 1 Yuan, 5 Yuan, 10 Yuan, 20 Yuan, 50 Yuan dan 100 Yuan. Uang 1 Yuan.
Sejumlah media di China menyebutkan ketiga orang pekerja itu telah menghabiskan waktu tiga hari untuk menghitung.
Jika ketiga karyawan itu oleh menghitung selama tiga hari maka diperkirakan semua wang itu akan selesai dihitung sekitar 40 hari kemudian.
Aaron Aziz Jual Diri Di Laman Sosial
Tahun lalu kemenangan pelakon ini pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah mencetuskan kontroversi.
Ia gara-gara dia bukan rakyat Malaysia tetapi telah memenangi Artis Paling Popular.
Tahun ini anugerah berkenaan kembali lagi dan pelakon yang dimaksudkan itu, telah tersenarai dalam tujuh kategori!
Wah banyak tu.. Dia tidak lain dan tidak bukan adalah aktor kacak, Aaron Aziz.
Namun begitu, sewaktu diajukan soalan apakah perasaannya ketika disenaraikan dalam tujuh kategori anugerah pada kali ini dan adakah dirinya berharap untuk memenangi kesemua anugerah tersebut, Aaron ada menjelaskannya.
“Saya tak mengharap, tapi siapa yang tak nak menang. Semua orang nak menang.
“Kalau rezeki sudah masuk dalam senarai top 5 pun dah cukup bagus. Terima kasih kepada kelab peminat saya yang tak pernah jemu-jemu menyokong kerjaya saya sampai hari ini.
“Sebenarnya lagi banyak pencalonan, lagi bertambah ‘stress.’ Kalau dalam banyak-banyak tu satu pun tak menang memang ‘stress’ juga la,” kata Aaron Aziz yang dipetik dari Ohbulan, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, ada yang mendakwa Aaron ‘jual diri’ di laman-laman media untuk meraih simpati supaya peminat mengundinya.
Sambil tergelak Aaron menjawab, “Setakat ini saya tak ada buat ‘promotion’ macam tu”.
“Selalunya saya buat majlis tertutup untuk peminat-peminat saya dan dalam majlis tersebut memang tiada pihak media kerana ia adalah ‘private’ majlis antara saya dan peminat sahaja.
“Untuk apa-apa majlis yang saya adakan bersama peminat saya rasa ia tidak perlu diwar-warkan kepada umum,” katanya.
Tukang Cuci Curi Kereta Api Di Sweden
Stockholm – Seorang tukang cuci kini tenat selepas mencuri sebuah kereta api dan merempuhnya pada sebuah rumah pangsa.
Wanita berkenaan terlantar dalam keadaan tersepit di pinggir bandar Stockholm, Sweden selama dua jam sebelum pasukan penyelamat menariknya keluar dan motif tindakannya masih misteri.
“Ia seperti adegan dalam sebuah filem. Kami menerima aduan mengenai sebuah kereta api hilang pada pagi Selasa dan kemudian menemuinya terperosok pada sebuah rumah, ” kata jurucakap polis.
Menurut polis, wanita yang berusia 20 tahun itu, tukang cuci di dalam kereta api berkenaan bertindak mencurinya secara tiba-tiba. Kereta api itu tidak bergerak dan kosong ketika dia melarikannya sejurus selepas jam 2 pagi.
Menurut laporan media tempatan, terdapat lima penghuni tidur di flet itu kejadian. Mereka bagaimanapun terselamat.
Jurucakap polis, Ulf Lindgren berkata: “Mujur tidak ada sesiapa di rumah itu yang cedera. Ketua Perkhidmatan Kecemasan mengarahkan rumah itu dikosongkan atas alasan keselamatan.” Jurucakap syarikat kereta api itu, Arivva berkata: “Tukang cuci itu mencuri kereta api berkenaan tanpa sebab. Dia bekerja sebagai tukang cuci tetapi berjaya masuk dan mencuri sebuah daripada kenderaan berkenaan.
Kami masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku.” Wanita berkenaan cedera parah dan dibawa dengan helikopter ke Hospital Universiti Karolinska dalam keadaan tenat.
Pengendali kereta api itu berkata, wanita terbabit melanggar sekatan di stesen terakhir dan kereta api itu terus meluncur sejauh kira-kira 30 meter di kawasan tanpa landasan sebelum merempuh apartmen berkenaan. – The Sun
Helikopter Terhempas Di London
LONDON – Sebuah helikopter melanggar sebuah kren dan terhempas di sebatang jalan raya di pusat bandar raya ini semasa waktu puncak semalam dengan dua terbunuh serta sembilan orang lagi cedera, kata pihak berkuasa semalam.
Helikopter tersebut terhempas di selatan Sungai Thames berhampiran stesen kereta api bawah tanah di Vauxhall dekat bangunan agensi perisikan Britain, MI6.
Polis berkata, seorang mangsa mengalami kecederaan yang serius.
Perkhidmatan Ambulans London memberitahu, beberapa orang yang cedera ringan pula dirawat di sebuah hospital berdekatan.
Seorang pegawai polis, Neil Basu mengesahkan juruterbang helikopter itu mati termasuk seorang orang awam.
Mengulas nahas berkenaan, Kementerian Pertahanan menyatakan, helikopter berkenaan bukan milik tentera manakala kemalangan itu juga dipercayai bukan serangan pengganas.
Rakaman saluran berita Sky News menunjukkan bangkai helikopter itu sedang terbakar di atas jalan raya dengan kawasan sekitarnya dipenuhi asap hitam.
Beberapa saksi berkata, helikopter itu melanggar sebuah kren yang berada di atas bumbung bangunan penginapan setinggi 50 tingkat iaitu Menara Dermaga St. George.
Seorang pekerja di kawasan berdekatan, Allen Crosbie berkata, letupan yang berlaku menyebabkan dia dan beberapa orang lain yakin bahawa bandar raya ini sedang diserang.
“Saya 100 peratus yakin bahawa kejadian itu adalah serangan pengganas,” kata lelaki tersebut.
“Terdapat serpihan bangkai helikopter dan asap hitam berkepul-kepul,” tambahnya.
Punca nahas masih disiasat tetapi seorang pakar penerbangan, Chris Yates memberitahu, cuaca berkabus mungkin menjadi faktor kemalangan itu berlaku.
Pihak berkuasa juga akan memeriksa sama ada kren tersebut mempunyai lampu navigasi.
HANGAT! - Guru Saman Mais, 3 Pihak Lain RM1j
SHAH ALAM — Seorang guru wanita semalam memfailkan saman RM1 juta terhadap empat pihak termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung penyebaran laporan mendakwa plaintif seorang pengikut kumpulan ajaran sesat di Sepang dua tahun lepas.
Shahriah Omar, 47, yang mengajar di Sepang, memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Kesavan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau menamakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (R&D) Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Ariff Alfian Norazman sebagai defendan pertama; Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Abd Halim Mt Esa (defendan kedua); Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Marzuki Hussin (defendan ketiga) dan Mais defendan keempat.
Menerusi pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa surat bertarikh 16 Mei 2011 mengenai “Pengesahan Siasatan Kes Ajaran Sesat” dan Laporan Mengenai Aduan Ajaran Yang Bertentangan Dengan Ajaran Islam bertarikh 26 Mei 2011 disebarkan kepada beberapa pihak termasuk ke sekolah plaintif.
Malah plaintif mendakwa kedua-dua dokumen itu juga diperoleh bekas suaminya dan digunakan sebagai eksibit dalam afidavit yang diikrarkan bekas suaminya dalam permohonan mendapatkan hak penjagaan anak.
Surat bertarikh 16 Mei itu didakwa dikeluarkan defendan kedua dan laporan bertarikh 26 Mei itu dikeluarkan defendan pertama dan kedua.
Defendan didakwa menggambarkan plaintif sebagai pengikut ajaran sesat, rosak akidah, melanggar ajaran Islam dan tidak layak memegang jawatan guru.
Plaintif mendakwa beliau diputuskan defendan sebagai pengikut ajaran sesat tanpa kenyataannya diambil, siasatan masih belum disempurnakan dan plaintif masih belum didakwa di mahkamah atau didapati bersalah.
Sehubungan itu, plaintif memohon tuntutan ganti rugi RM1 juta, ganti rugi teruk dan teladan serta faedah lima peratus, kos dan sebarang relif yang difikirkan sesuai mahkamah. — BERNAMA
KUCING TERSELAMAT DARI MENJADI HIDANGAN AKBIBAT EKSIDEN
Locals save them from Changsha roadside after being stranded for 24hrs
Surviving cats were packed off to a pet clinic for treatment following crash
These pictures capture the moment animal lovers come to the rescue of more than 1,000 cats found starving, thirsty and cramped in cages on the back of a crashed lorry in China.The cats were destined for the restaurants of Guangdong until the road accident in Changsha, Hunan province delayed the journey by 24 hours and enabled the 50 locals to rescue them.They were nursed with food, water and milk before being packed off to Changsha Small Animal Protection Association for treatment.
Volunteers save more than 1,000 cats locked in wooden cages without food and water, after a traffic accident on a street of Changsha, Hunan province, yesterday.
Stesen minyak Dirempuh Pemandu Wanita
Pekerja sebuah stesen minyak di Kampung Pintu Geng di sini, berdepan dengan detik kecemasan apabila kedai serbaneka di premis tersebut dirempuh oleh sebuah kereta kira-kira jam 10.45 pagi semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang berusia 46 tahun hilang kawalan lalu merempuh premis tersebut selepas mengisi minyak.
Rempuhan tersebut mengakibatkan pintu hadapan premis serbaneka itu pecah dan turut merosakkan sebahagian barangan yang ada di dalamnya.
Bagaimanapun, difahamkan pemandu kereta tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
Pekerja stesen minyak, Norhanim Nadia Khalid, 24, berkata, semasa kejadian itu dia sedang bertugas bersama rakannya, Nik Nur Haslinda Nik Hashim, 18, di kaunter bayaran.
“Kejadian itu berlaku dengan cukup pantas tanpa kami sedari dan pada awalnya saya menyangka pam meletup.
“Sehinggalah saya ternampak sebuah kereta sudah berada di dalam premis ini,” katanya kepada pemberita.
Menurutnya, ekoran kejadian tersebut dia dan rakannya itu terpaksa merangkak keluar untuk menyelamatkan diri.
Dia berkata, ketika kejadian tersebut berlaku tiada pelanggan yang berada di dalam premis serbaneka tersebut.
9 CIRI-CIRI WANITA HANTARAN RM20,000
9 Ciri-Ciri Wanita Hantaran RM20,000 ialah seperti kat bawah ni.
1. Solat 5 waktu tak pernah tinggal.
2. Menutup aurat.
3. Perangai baik.
4. Pandai mengaji dan hafal al-quran.
5.Tahu hukum hakam agama.
6. Hormat mak ayah.
7. Tak pernah kapel.
8. Pandai memasak.
9. Tahu batas pergaulan.
Benda ni aku ada terbaca kat facebook..cuma yang aku rasa susah nak jumpa ialah nak cari perempuan yang tak pernah couple..kalau ada pun rasanya satu dalam sejuta :). Tapi beruntung la lelaki kalau dapat perempuan yang ada ciri-ciri kat atas tu. Lelaki pulak macam mana ye?
8 Tips Mendapatkan Payudara Mantap
1. Periksa payudara anda
Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.
2. Jauhi pembedahan
Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.
3. Kesihatan payudara
Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :
i) Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.
ii) Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.
4. Sentuhan lembut
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.
5. Menjaga kebersihan payudara
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.
6. Guna baju dalam yang sesuai
Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul.
7. Penyusuan
Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.
Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.
8. Jangan ramas payudara anda
Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.
Pakar Penggoda Wanita Dedah Rahsia Sebenar
Seorang lelaki Britain, Adam Lyons yang memenangi anugerah pakar penggoda no. 1 dunia pada persidangan kenalan dunia di Hollywood, California telah meniduri lebih 500 wanita cantik termasuk selebriti dan supermodel, lapor sebuah akhbar semalam. Lyons yang merupakan bekas ejen hartanah kini menyara kehidupan dengan memberikan tunjuk ajar cara untuk memikat wanita.
Menurutnya, dia mula mengurat semasa berumur dalam lingkungan 20-an dengan cuba meminta nombor telefon wanita yang berjalan di Leicester Square, di Britain pada waktu makan tengah hari.
“Saya kemudian mempelajari lebih lanjut cara untuk mengurat wanita dan saya melakukan teknik sama di kelab-kelab malam pada malam minggu.
“Saya berjaya tidur dengan wanita-wanita cantik yang pada zaman persekolahan saya hanya mampu bermimpi untuk mendapatkannya,” kata Lyons.
Dia mendedahkan sebahagian cara kejayaannya iaitu berani mendekati wanita cantik dan berbual dengannya.
Lyons berkata, perbualan pertama perlu membuatkan wanita yakin pada diri lelaki dengan bertanya seperti: “Adakah anda tahu lokasi terdekat Starbuck kerana saya mempunyai rakan yang datang untuk menemui saya di sana.”
Pendekatan seterusnya, kata Lyons, lelaki perlu bijak membuatkan wanita ketawa dengan memujinya kerana ia akan menyebabkannya berbual dengan lebih mesra.
Dia berkata, bagi mendapatkan nombor telefon, kaum lelaki perlu memberikan alasan yang kukuh seperti mencari topik perbualan yang menarik hatinya seperti makanan.
“Jika wanita itu ialah keturunan Mexico, saya akan bertanya sama ada dia pernah makan di sebuah restoran baru Mexico?,” katanya.
Menurutnya, alasan itu boleh digunakan untuk meminta nombor telefon bagi membolehkan wanita itu mendapat maklumat lanjut berhubung restoran tersebut.
Semasa makan bersama di restoran, kaum lelaki perlu membayar sebahagian bil dan meminta wanita yang baru dikenali itu membayar baki harga makanan lain, katanya.
Bagaimana Rasa Ditembak Di Kepala?
Dengan kelajuan peluru bergerak sepantas 3,200 kaki sesaat, ia menerobos masuk ke dalam kepala anda dan keluar semula dengan amat pantas.
Keupayaan berfikir, mengenang peristiwa, mencongak rasa hilang dengan kadar segera. Keseluruhan sistem otak berhenti berfungsi dengan pantas dan segera.
Jika anda di tembak pada bahagian dada, anda mempunyai masa antara 10 ke 15 saat untuk menyesali apa yang berlaku, berfikir sebentar macam mana nak jatuh atau menyedut beberapa perkataan terakhir dalam hidup anda sebelum otak anda berhenti berfungsi.
Jadi jika anda diberi pilihan untuk ditembak mati samada di kepala atau di dada, pilihlah di kepala, ia akan jadi kematian pantas dan tidak menyiksakan.
Tapi ingat…kesakitan yang kita panggil sakaratul maut itu tiada sesiapa yang akan dapat melarikan diri daripadanya walau dengan cara apa sekalipun anda mati.
Ditahan Kerana Tiada Dara
Seorang pengantin perempuan berusia 16 tahun ditahan polis pada hari pernikahannya kerana suami menuduhnya tidak perawan lagi.
Anak perempuan yang tidak disebutkan namanya kerana alasan undang-undang ditahan di kediaman keluarga suaminya dan dibawa ke pejabat polis tempatan untuk diperiksa.
Pengantin putri remaja ini mengatakan para pegawai polis memaki dan menghinanya. Ia ditahan sehingga keesokan harinya.
Sejumlah laporan menyebutkan kes ini menimbulkan debat panas antara gereja Ortodoks-yang sangat berpengaruh-dan anak-anak muda yang cenderung menerapkan nilai Barat.
Keluarga anak perempuan tersebut ingin membawa kes itu ke mahkamah.
Survey di Georgia menunjukkan seorang wanita harus perawan bila berkahwin, namun hal itu tidak berlaku bagi lelaki.
Wartawan BBC, Damien McGuinnes, di ibu negara Tbilisi mengatakan pemerintahan modern Georgia sangat pro-Barat.
McGuiness mengatakan Georgia juga sangat ingin bergabung dengan Kesatuan Eropah.
Namun masalah wanita yang berhubungan seks sebelum perkahwinan tetap merupakan masalah yang mengundang perbezaan pendapat di negara itu
Wanita Memberi Gigitan Cinta
China : Seorang artis di China mempunyai cara tersendiri untuk menarik perhatian wanita, biarpun cara yang dilakukannya menjijikkan.
Dalam hasil seni terbarunya, Kang Yi sanggup berdiri separuh bogel dengan hanya memakai seluar dalam, di atas podium di auditorium di Guangzhou.
Kemudiannya, seorang wanita yang merupakan seorang pelajar seni di China, telah memberikan gigitan cinta di seluruh badannya.
Wanita itu mengambil masa lebih sejam untuk mencium dan menggigit badan Kang Yi, sambil lelaki itu berdiri tegak di atas podium.
Selesai dengan ciuman itu, wanita itu kemudiannya mencurahkan air ke badan Kang Yi.
Kang Yi yang terkenal dengan persembahan yang kontroversi itu menyifatkan persembahan berkenaan dapat memberikan inspirasi kepada golongan muda mengenai erti cinta sebenar.
Walaupun hasil kerja seninya itu hanya ditonton oleh beberapa orang sahaja, namun rakaman berkenaan disiarkan di internet.
Namun tidak semua yang setuju dengan persembahan itu, sebaliknya ramai yang mengkritiknya kerana beraksi separuh bogel ketika membuat persembahannya.
“Kerja-kerja hasil seni Kang Yi sendiri selama ini mengelirukan. Malah aksi bogel dalam persembahan bukan sesuatu yang baru di China,” katanya.
Misbun Ramdan terlepas hukuman denda, gantung
Kuala Lumpur: Pemain berbakat besar, Misbun Ramdan Misbun terselamat daripada dikenakan tindakan – denda atau penggantungan – atas keputusan nekad keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Keputusan itu diputuskan EXCO BAM yang bermesyuarat selama tiga jam di Bukit Jalil, semalam yang akur dengan keputusan anak bekas legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek itu yang mahu berdikari. Jika dua tahun lalu, pemain pelapis Tan Chun Seang dikenakan penggantungan dua tahun kerana bertindak keluar, tetapi nasib Ramdan baik apabila dia tidak digantung, malah tidak dikenakan sebarang denda kerana mengambil keputusan sama dengan menggunakan alasan peribadi.
Ramdan masih menjalani latihan dan dia juga bakal berlatih di bawah Misbun yang juga bekas jurulatih kami," Mohd Nadzmi Salleh, Presiden BAM
“Kami melihat setiap satu kes secara berlainan. Keadaan mereka juga berbeza dengan Ramdan yang meletakkan alasan peribadi dan kami hormati keputusan itu,” kata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh selepas mesyuarat.
Sah bertanding
Dalam kes pemain berumur 22 tahun itu yang baru melakar sejarah menjuarai Grand Prix (GP) Final Kebangsaan baru-baru ini dengan menundukkan pemain lebih berpengalaman, Nadzmi menegaskan bakat besar Ramdan tidak harus dipersia-siakan.
“Ramdan masih menjalani latihan dan dia juga bakal berlatih di bawah Misbun yang juga bekas jurulatih kami. Jadi, kami tahu dia tidak akan mensia-siakan bakat yang ada dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya.
Sementara itu, Nadzmi mengesahkan keputusannya mencabar jawatan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk dunia itu Mei depan selepas mendapat sokongan ahli majlis serta beberapa anggota BWF lain.
“Selepas mendapat maklum balas banyak pihak, barulah saya membuat keputusan untuk tawar diri bertanding. Bagi pengganti saya pula nanti (presiden BAM), saya serahkan kepada pemilihan yang dibuat nanti (Jun ini),” katanya.
Pegawai daerah didakwa cabul wanita
BUKIT MERTAJAM: Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lalu.
Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara jam 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.
Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.
Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes berkenaan.
Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Roslan membayar wang jaminan itu.
- BERNAMA
Laksana amar makruf nahi mungkar
Sebenarnya, ia telah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menyatakan kebenaran dan mengajak kepada kebaikan, di samping berusaha untuk mencegah segala bentuk maksiat dan dosa. Tuntutan ini difirmankan Allah SWT dan telah menjadi suatu perintah yang tidak boleh diabaikan. Ini disebabkan pengabaian akan bererti suatu ujian yang lebih besar akan menimpa kepada umat ini.
Konsep pendidikan dalam al-Quran yang menekankan umat Islam, khususnya melaksanakan tanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar adalah untuk mengangkat martabat dan peradaban ummah yang dapat menjamin keadilan, keselamatan dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.
Ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104).
Oleh sebab itu, antara tugas para nabi dan rasul mentauhidkan Allah SWT dan meninggalkan segala rupa bentuk kesyirikan dan kejahatan. Jika kerja dakwah nabi dan rasul ini ditinggalkan maka akan rosak dan hancurlah masyarakat ini.
Oleh itu, semua umat Islam bersatu menyeru ke arah menegakkan usaha dakwah yang mulia melalui beberapa pendekatan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Menegakkan amar makruf nahi mungkar meliputi semua aspek dari aspek ibadah, akhlak dan sosial. Dari segi ibadah ia meliputi ibadah solat, puasa, zakat, haji (jika mampu), jihad, takwa, zikir dan taubat. Manakala dari aspek akhlak ia meliputi sifat tawakal, tawaduk (rendah diri), syukur, sabar dan lemah-lembut. Dari aspek sosial sifat adil, menepati janji, ihsan dan berilmu pengetahuan. Semua aspek ini meliputi kehidupan umat Islam.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu memikirkannya dan membuat tindakan mengikut kemampuan. Di sekeliling kita, di desa dan kota, terlalu banyak kemungkaran yang kadang-kadang sudah lali di mata kita sehingga kita tidak mampu menghalangnya, hanya dengan hati yang tidak menyetujui.
Adakah di antara kita umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh mengerjakan amar makruf dan mencegah kemungkaran. Ia boleh dilakukan melalui nasihat yang berhikmah, tulisan yang berhemah, lidah yang sentiasa beribadat, hati yang sentiasa tengadah.
Oleh itu, seru ke arah menegakkan usaha dakwah yang mulia, sama ada di dalam rumah, di luar rumah, di masjid, di jalanan, di tempat permandian, di pusat membeli-belah, di majlis kenduri-kendara, dengan penuh bijaksana mendidik membimbing ke arah kebaikan semua.
l PENULIS ialah bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu
Mama jaga 'anak-anak' ayam
Sejak dilahirkan Fatimah (bukan nama sebenar), 64, tidak pernah mempunyai kad pengenalan diri sehingga ke hari ini. Menyedihkan, namun itu cuma salah satu daripada kisah duka dalam hidupnya.
Ada cerita yang lebih pilu dipendam sejak sekian lama. Pada usia yang selayaknya dipanggil nenek, dia masih bergelumang dengan najis dadah sebagai penagih tegar.
Bukan sahaja terlibat dengan najis dadah sejak berumur 21 tahun, malah dalam masa yang sama juga dia adalah antara pekerja seks yang paling lama bertapak di Jalan Chow Kit dan sekitarnya.
Sepanjang hidupnya juga, dia tidak seperti orang lain kerana sejak dari kecil jiwanya sering memberontak kerana ayahnya terlalu garang dan sering memukulnya.
Fatimah juga tidak pernah dihantar ke sekolah seperti adik-adiknya yang lain menyebabkan dia seringkali berasa tersisih daripada keluarga sendiri.
Cerita Fatimah, tiada kenangan yang indah dalam hidupnya, kerana sejak berumur 13 tahun dia sudah hidup berdikari dan berseorangan di bandar besar, Kuala Lumpur.
"Ketika berumur 13 tahun, ayah telah mengahwinkan mak cik dengan lelaki pilihannya. Walaupun tidak suka, makcik terpaksa bersetuju dengan perkahwinan itu kerana takut untuk menolak kehendak ayah.
"Akhirnya perkahwinan yang diikat atas paksaan itu hanya bertahan selama dua bulan sahaja. Apabila ayah mengetahui tentang perceraian tersebut dia naik angin dan memukul makcik dengan teruk," kata wanita kelahiran Kuala Krai, Kelantan ini yang membahasakan dirinya sebagai makcik.
Menurut Fatimah, belum pun kesedihan hilang kerana perceraian tersebut, bapa saudara sebelah ayahnya pula ingin menjodohkan dengan rakan lamanya.
Keadaan itu menyebabkan jiwanya sangat marah dan memberontak.
"Kerana ingin mengelak daripada dikahwinkan buat kali kedua, akhirnya makcik mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.
"Ketika itu, mak cik langsung tidak memikirkan keselamatan diri. Apa yang difikirkan ialah menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kahwin paksa buat kali kedua," katanya.
Tambah Fatimah, apabila sampai di Kuala Lumpur dia telah berkenalan dengan seorang wanita separuh usia di Jalan Chow Kit.
Wanita tersebut yang dipanggil 'mami' yang berperanan membawanya mengenali kehidupan sebagai seorang pelacur.
"Pertama kali di paksa menjual tubuh, makcik tiada pilihan untuk menolak kerana ketika itu saya banyak bergantung pada mami. Dia membantu saya meneruskan hidup.
"Bayangkanlah, dalam usia 13 tahun apa pekerjaan yang boleh mak cik buat, tambahan ketika itu tiada saudara mara yang dikenali untuk meminta bantuan.
"Jadi apabila mami datang menghulurkan bantuan, maka mak cik terpaksa menerimanya walaupun ketika itu hati sangat takut untuk melakukan kerja tersebut," katanya.
Dalam tempoh dia bekerja sebagai pelacur, Fatimah telah mengenali seorang anggota pasukan keselamatan yang juga menjadi pelanggan tetapnya.
"Dia telah menawarkan diri untuk membantu mak cik melarikan diri dari cengkaman mami tapi dengan syarat makcik perlu menjadi wanita simpanannya.
"Makcik terima pelawaan tersebut, kerana terasa lebih selamat dan terjamin apabila bersama-sama dengannya. Lagipun, mak cik hanya perlu melayan dia seorang berbanding jika terus menjadi pelacur.
"Hampir dua tahun mak cik menjadi wanita simpanannya sehinggalah lelaki tersebut terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di Johor," katanya.
Selepas kematian lelaki tersebut, hidupnya kembali tidak terurus dan tiada tempat bergantung, tambahan pula untuk kembali ke kampung perasaan takut masih menghantui diri terhadap keluarganya.
"Untuk menyara kehidupan di kota raya memerlukan banyak wang, tidak ada pekerjaan yang mampu mak cik lakukan ketika usia baru mencecah 18 tahun.
"Tanpa berfikir panjang, mak cik kembali memilih jalan hitam menjual diri dan menjadi pelacur di Jalan Chow Kit. Kegiatan tersebut berlarutan sehinggalah umur mencecah lewat 50-an," katanya.
Dalam tempoh yang sama, dia juga mula mengambil dadah jenis heroin ketika usianya mencecah 21 tahun.
"Kalau tak kerja tak ada duit nak beli bekalan dadah. Jadi, wang hasil aktiviti menjual tubuh itu, mak cik gunakan untuk membeli dadah.
"Sepanjang tempoh tersebut juga mak cik telah keluar dan masuk penjara sebanyak sembilan kali. Tiga kali daripadanya adalah disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan diri," katanya.
Fatimah berkata, daripada bermula sebagai seorang pelacur sehinggalah pada satu peringkat dia bertukar status sebagai 'ibu ayam'.
Jadi ibu ayam tak susah. Kami ada gelaran tersendiri. Saya orang selalu panggil dengan gelaran 'mama'. Pendapatannya pun lebih lumayan dari kebiasaan. Setiap malam kami perlu mencari pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat dari 'anak-anak ayam' yang dijaga.
"Harga yang kami tetapkan pula bergantung kepada usia pelacur. Kalau masih muda, cantik dan bergetah bolehlah harganya tinggi sikit dalam RM 70 untuk setiap layanan yang diberikan. Kalau usia meningkat dan biasa-biasa sahaja orangnya harga pun turut berkurang," katanya.
Ditanya, perkembangan terbaru Fatimah, mengakui lebih lima tahun lepas dia sudah berhenti dari dunia kegelapan tersebut.
"Sekarang mak cik hanya mengambil dadah sahaja. Dunia menjual tubuh dan menjadi 'ibu ayam' sudah lama ditinggalkan. Tambahan dengan usia seperti sekarang sudah tidak ada pelanggan yang berminat.
"Untuk menampung kehidupan di kota raya, mak cik ada mengambil upah mencuci pakaian dan mencuci pinggan di rumah-rumah sekitar Kampung Baru. Syukur, buat masa ini pendapatan yang diperolehi cukup-cukup makan sahaja," katanya.
Mengakhiri perbualan dengan Fatimah, dia mengakui baru sahaja pulang dari melawat keluarganya di kampung.
"Mak cik bersyukur kerana keluarga sudah menerima kembali dan mereka dapat memaafkan kesalahan yang pernah mak cik lakukan dahulu," katanya.
Tidak tumpang populariti
PELAKON popular yang berasal dari Singapura, Aaron Aziz tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat industri hiburan tanah air, malah mereka yang tidak mengikuti senario hiburan tempatan juga pastinya mengenali figura bertubuh sasa ini.
Pastinya kerana populariti Aaron akan membuat mana-mana pelakon wanita ingin berganding dengannya melalui drama televisyen mahupun filem kerana ia secara tidak langsung bakal meningkatkan populariti mereka.
Sungguhpun begitu, bukan semua wanita yang menjadi gandingan pelakon kacak berusia 36 tahun ini mendapat tempias seperti itu. Ini kerana hanya segelintir yang berjaya menonjolkan keserasian bersama Aaronm antaranya Siti Saleha melalui drama Nora Elena.
Kini, muncul seorang lagi aktres wanita yang mana gandingannya bersama pelakon kacak itu berjaya memukau peminat sehingga menaikkan namanya sebaris dengan pelakon popular wanita lain sungguhpun sebelum itu dia masih kurang dikenali.
Melalui drama Adam & Hawa yang bersiaran selama 80 episod sebelum ini, nama pelakon Nadiya Nisaa meningkat naik dengan pantas justeru menimbulkan banyak persepsi kurang baik daripada peminat industri tempatan.
Terdapat cakap-cakap yang bertanyakan adakah Nadiya menumpang populariti dimiliki Aaron bagi menaikkan namanya. Ini kerana sungguhpun pernah memenangi anugerah Pembantu Wanita Terbaik Filem pada Anugerah Skrin 2011 melalui filem Cun, Nadiya masih kurang dikenali.
Nadiya juga pernah mengulas bahawa dia tidak kisah cakap-cakap negatif orang sekeliling. Sama ada dia menumpang populariti Aaron atau, hakikatnya watak itu diberikan kepadanya atas kualiti lakonan dimiliki.
Biarlah apa orang nak kata, sebelum ini juga orang mengatakan saya tidak layak untuk berganding dengan dia kerana tidak popular sepertinya. Saya juga dikata tidak secantik artis wanita lain.
Pastinya ada sebab mengapa pihak produksi memilih saya untuk memegang watak itu dan selepas tamat 80 episod. Saya yakin penonton sudah boleh menerima saya seadanya," jelasnya.
Seperti pernah dilaporkan dahulu, Nadiya turut berkata watak Ain Hawani yang dimainkannya menurut novel tersebut merupakan seorang gadis lepasan sekolah yang mempunyai penampilan dan raut wajah yang sederhana.
Mungkin atas sebab itu jugalah saya menjadi pilihan mereka untuk membawakan watak tersebut, mungkin kerana wajah dan fizikal saya menepati karektor terbabit," jelasnya yang bersyukur kerana dipilih menjayakan watak tersebut.
Ternyata keputusan yang dibuat tenaga kerja produksi drama tersebut tepat apabila gandingan antara mereka berdua memberikan impak positif sehingga melonjakkan lagi populariti drama yang dihasilkan berdasarkan novel terlaris Aisya Sofea.
Menurut Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, dia sendiri tidak tahu mengapa lakonannya di dalam drama tersebut menimbulkan persepsi bahawa gandingan mereka di layar kaca serasi bersama.
Sejujurnya, saya juga tidak pasti apakah yang membuatkan penonton berasa gandingan antara kami serasi, ini kerana dalam drama tersebut, kami lebih banyak bertengkar antara satu sama lain.
Jika dilihat kembali, hanya pada akhir-akhir sahaja baru kami menunjukkan sikap seperti pasangan yang saling mengasihi kerana sebelum itu, ia berbeza sama sekali.
Mungkin juga kerana babak-babak sedemikian menjadikan lakonan kami tampak dekat dengan situasi sebenar yang menjadikan ia lebih berkesan kepada penonton," jelas wanita berusia 27 tahun itu lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)