Wednesday, 30 May 2012

Pose Penari Terlampau




Salah seorang penari tergelincir dan baju yang dipakainya terlucut sedikit sehinggakan menampakkan payudaranya di khalayak ramai. Kejadian ini berlaku di Singapura ketika ia sedang dilangsungkan secara langsung di kaca televisyen di salah satu program realiti, First XI.


Aksi wanita ini yang gelisah untuk membetulkan pakaian beliau yang terlucut itu telah mendapat perhatian lensa kamera. Wanita terbabit tidak dapat membetulkan pakaiannya itu lalu berlari terus ke bilik persalinan kerana amat malu ketika itu. Itulah, pakai pakaian kononnya seksi tetapi akhirnya memakan diri sendiri...



Sumber

Walau apapun yang anda lakukan sentiasa beringat sentiasa kelak merana badan, Fikir dahulu sebelum berbuat sesuatu. Mungkin apa yang berlaku tidak disengajakan tetapi siapa yang menanggung malu?




Serius - NK-Pop : SNSD Versi Korea Utara (8 Gambar)


Bagi menaikkan moral tentera mereka yang merudum, kerajaan Korea Utara dibawah pimpinan Kim Jong Un menggunakan kumpulan girlband mereka sendiri. Kumpulan ini mempunyai imej ala-la kumpulan girlband seperti SNSD yang popular di Korea Selatan. Berbeza dengan versi Korea Selatan, kumpulan NK-Pop ini berpakaian tidak terlalu seksi dan menyanyikan lagu yang JUCHE compliant. Diharap kumpulan ini dapat mengadakan konsert di Malaysia kerana aku pasti dengan imej mereka yang lebih sopan ini nyata lebih seswai dengan prinsip "kesopanan dan kesusilaan" Rukenegara kita tidak seperti SNSD yang lebih mendewakan iblis, illuminati, setan, Manchester United dan Ayah Pin.









Serius Shit - Kenapa Perlumbaan Haram Berbahaya


Sila ambil Iktibar

Ramai orang kita gemar berlumba secara haram di atas jalan seluruh negara. Perlumbaan haram bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan membahayakan nyawa orang lain. Dibawah ialah video kemalangan ngeri yang berlaku di Arab Saudi baru-baru ini. Sila ambil iktibar dan mengingati mereka yang tersayang. Jika mahu berlumba kami sarakan berlumba di trek atau hadiri event yang mendapat restu pihak pemerintah seperti Hari Belia Negara. Dalam event sebegini kecelakaan sebegini tidak mungkin berlaku.


Diragut selepas sidai kain



REMBAU – Seorang warga emas terkejut dan trauma apabila dia menjadi mangsa samun di hadapan rumahnya sendiri ketika baru sahaja menyidai pakaian di Rumah Rakyat Chengkau, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, mangsa, Halifah Ghani, 60, didatangi seorang lelaki berusia awal 20-an dan berkulit hitam membonceng sebuah motosikal jenis Yamaha 125 bertanyakan arah jalan menuju ke Kuala Pilah, sementara seorang lagi menunggu di motosikal.
Menurutnya, dia kemudiannya bertanyakan kepada jirannya, Norhazira Zanior, 25, arah jalan berkenaan dan sebaik menoleh secara tiba-tiba lelaki berkulit hitam berkenaan terus menyentap gelang tangan emasnya yang dianggarkan bernilai RM6,000.
“Mak cik terkejut dan sempat menghalang budak lelaki berkenaan, namun dia memegang pergelangan tangan begitu kuat.
“Selepas gelang emas direntap, mak cik ditolak ke belakang dan dia bersama tiga lagi rakannya kemudiannya melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha 125 berwarna hitam serta merah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Halifah berkata, dia sudah menetap di lokasi berkenaan sejak 30 tahun lalu dan kejadian berkenaan membabitkan samun pada waktu siang itu pertama kali berlaku sedangkan sebelum ini tiada kenderaan mahupun motosikal mencurigakan berlegar-legar di sini.
“Namun hari ini (semalam) makcik terperanjat dan tidak menyangka akan menjadi mangsa samun,” katanya.
Sementara itu, Norhazira berkata, pada pagi kejadian, dia sememangnya sudah berasa tidak sedap hati dan duduk di hadapan pintu pagar sebelum kejadian samun berkenaan berlaku dalam sekelip mata.
Menurutnya, dia tidak sempat membantu Halifah walaupun sudah menjerit akibat risau melihat dua lagi rakan penyamun berkenaan yang menaiki sebuah lagi motosikal menunggu di belakang dan menunjukkan tanda isyarat supaya diam.
“Selepas penyamun berkenaan melarikan diri, saya bergegas mendekati mangsa untuk menenangkannya.
“Bagaimanapun saya hanya dapat mengecam jenis motosikal dan warnanya sahaja kerana nombor plat yang digunakan begitu kecil,” katanya

Kisah Lagenda dan lirik lagu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang


Seandainya anda pergi melancong ke Sarawak jangan lupa bertanyakan kepada para penduduk di Sarawak mengenai Kisah Lagenda Gunung Santobung mendapat nama , semestinya anda leka bila mendengarkan cerita - cerita mengenai Puteri Santubong dengan Puteri Sejinjang .

Daripada episod kisah harmoni sehingga ke cetusan rasa tidak puas hati dan pergaduhan yang mengakibatkan kehilangan Nyawa.. sungguh tragis kisah Lagenda Gunung santubong seperti mana yang diceritakan dalam Lirik Lagu Gunung santubong.

Mengikut lagenda, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang sebenarnya adalah 2 orang puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang putera mereka, selepas ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan dalam pelarian 9 orang “Putera & Puteri” ini ingin menuju ke Tanah Melayu yang terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah sepakat meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka di satu kawasan dekat dengan Kuching kini, iaitu di Bukit Santubong.

Orang-orang Sarawak (Dayak) yang selalu ke kawasan bukit tersebut merasa hairan dengan kehadiran 2 puteri cantik yang belum pernah ditemui mereka, dan menganggap kedua-dua puteri itu “Turun Dari Kayangan” dan merupakan “Penjaga Gunung Sarawak” (yang muncul dalam lirik lagu Puteri Santubong).

Kedua dua puteri ini pada mulanya hidup aman tetapi lama kelamaan menjadi musuh kerana masing masing mempertahankan kecantikan mereka dan mengaku mereka paling cantik di dunia. Kerana bergaduh, seorang daripada mereka telah berpindah ke sebuah bukit lain diberi nama Bukit Sejenjang.

Perbalahan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya membawa kepada kematian apabila kedua duanya saling berbunuhan antara satu sama lain. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Lirik lagu Puteri Santubong Puteri Sejenjang :




Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Sumber : PesonaBatik.com
disunting dan diedit oleh : pengeRindu.com


Read more: http://www.pengerindu.com/2010/09/kisah-lagenda-dan-lirik-lagu-puteri.html#ixzz1wKzwsMg9

Rahsia Di Sebalik Lagu Ulek Mayang


Anda sudah tentu pernah dengar lagu tradisi Negeri Terengganu, Ulek Mayang. Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan tradisional menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lama sejak beratus tahun lalu. Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat kerana menggunakan khidmat makhluk halus atau pun jin dalam mengubati seseorang pesakit.

Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini.


Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit.
Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.

Sejarah Ulek Mayang
Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mantera. Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk menghapuskan unsur khurafat.
Kini, persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar untuk suka-suka saja, di mana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu.
Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.

Lagu Ulek Mayang
ULIK MAYANG


Umbut mayang di umbut
Umbut dengan jala-jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya satu
Puteri satu berbaju serong
Puteri satu bersanggul sendeng
Puteri satu bersubang gading
Puteri satu berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Ulit mayang di umbut
Ulit dengan jala-jemala
Jika sambut mayang disambut
Sambut dengan puterinya tiga

Ku tahu asal usul mu
Yang darat balik ke darat
Yang laut balik ke laut
Nasi kuning hamba sembahkan
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala








Kisah Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab




Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Khasiat Air Mani Lelaki Untuk Wanita



Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.

Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.

Kita sambung lagi.

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Khasiat Air Mani untuk Wanita

Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.

Ooo.. patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?

Khasiat lain sperma untuk wanita:

    Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
    Mengurangkan jerawat.
    Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.

Edah dan Air Mani

Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.

Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.

Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.

Kisah Isteri Terbiar Menyesal Terlanjur Dengan Teman Kerja

SAYA mempunyai masalah dan memerlukan pendapat Dr supaya dapat memberi jalan penyelesaian dari segi Islam dan psikologi. Saya berumur 30 tahun dan mempunyai tiga anak. Kini saya dalam proses menuntut fasakh. Perkahwinan kami penuh dugaan ditambah dengan sikap suami yang banyak melakukan perkara kurang baik.


Malah saya juga bukan manusia yang baik, tetapi mengharapkan bimbingan dan perlindungan darinya. Di sebabkan dia tidak lagi bertanggungjawab, saya minta dilepaskan secara baik namun dia enggan.

Kemudian saya memohon fasakh bagi menuntut keadilan diri saya sejak 2010.

Selepas mengetahui saya memohon fasakh, suami mula bermusuh dengan saya dan anak-anak.

Buat pengetahuan Dr, saya tinggal bersama keluarga. Jadi suami sewenang-wenangnya tidak pulang ke rumah.

Saya reda apa yang berlaku. Masalah saya kini bukan mengenai perkahwinan tetapi diri saya. Tahun lepas saya terlanjur dengan teman perniagaan saya.

Saya tidak sedar apa yang berlaku dan ia hanya berlaku sekali. Demi Allah, bukan atas kerelaan saya, tetapi saya seakan tidak dapat menolak.

Walau sesal bagaimana sekali pun, hati saya tetap tidak tenang. Saya tertekan dan menangis seakan ada beban dalam hati saya yang amat berat tapi tidak dapat saya lepaskan.

Berdepan dengan anak, saya sebenarnya tidak layak menjadi ibu mereka. Benarkah hukuman untuk orang seperti saya adalah rejam sampai mati?

Saya amat takut dengan hukuman sebegitu dan saya harap masih ada jalan untuk saya tebus perbuatan saya.

POHON TAUBAT,
Johor

Jawapan Ustaz :
PERTAMANYA permohonan isteri kepada mahkamah untuk memohon perceraian secara fasakh dengan mengemukakan alasan-alasan yang dibenarkan syarak diterima dalam Islam.

Islam tidak ingin seseorang isteri teraniaya dalam perkahwinan yang tidak mencapai tujuan yang sebenarnya, iaitu mewujudkan suasana tenang dan kasih sayang dalam bentuk luaran serta dalaman kepada pasangan masing-masing.

Kedua, proses yang panjang dan memakan masa serta tindakan negatif suami menyebabkan berlaku perkara lain bertentangan dengan ajaran Islam.

Lantaran itu, usaha perlu diambil supaya kes seperti ini dipercepatkan tanpa menyebabkan berlaku kecuaian daripada mana-mana pihak.

Dalam keadaan sekarang, kedua-dua suami dan isteri juga perlu mengawal perasaan masing-masing. Setiap kita hendaklah menjaga diri supaya tidak terjerumus dalam hubungan luar nikah termasuk zina.

Sememangnya hukuman rejam hingga mati dikenakan bagi pasangan yang sudah berkahwin dalam Islam apabila sabit kesalahan itu.

Islam melihat ia sebagai jenayah sosial yang serius hingga tidak layak hidup di dunia kerana ia sejelek-jelek perbuatan manusia terhadap larangan Allah.

Adanya hukuman berkenaan, pasangan yang berzina tidak dihukum di akhirat supaya menjadi teladan kepada masyarakat umum mengenai nilai baik wajib dipegang masyarakat Islam.

Bagaimanapun, buat masa sekarang puan hendaklah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat. Puan hendaklah berazam untuk tidak mengulangi perbuatan zina lagi kerana ia sangat keji di sisi Allah, masyarakat dan diri sendiri.

Seterusnya jangan dibiarkan nafsu menguasai diri. Perbuatan jahat itu hendaklah disembunyikan supaya tidak terdedah di samping mengharapkan keampunan dan rahmat Allah.

Wanita Rogol Lelaki Untuk Dapatkan Air Mani


Zimbabwe – Tiga wanita di Zimbabwe telah didakwa melakukan serangan seks atau rogol kepada lelaki dan menggunakan air mani mangsa mereka untuk upacara ilmu hitam.

Sisters Sophie, 26, Netsai Nhokwara, 24, dan Rosemary Chakwizira, 28, telah didakwa di mahkamah Harare berkaitan dengan rentetan serangan seks ke atas mangsa yang kali pertama membuat laporan dua tahun yang lalu.
Mereka turut ditahan bersama-sama Thulani Ngwenya, 24, yang merupakan teman lelaki Sophie Nhokwara.
.
Menurut akhbar Zimbawe, The Herald melaporkan wanita ini dilaporkan memberi tumpang kepada remaja berusia 19 tahun pada Mac tahun ini dan kemudian memabukkannya dengan bahan yang tidak diketahui.
.
Ketiga-tiga wanita dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual atau rogol.
Pendakwa Raya Michael Reza memberitahu mahkamah bahawa mereka didakwa memaksa remaja tersebut memakai kondom sebelum mengadakan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka.
.
Mereka kemudiannya mengambil kondom yang mengandungi air mani dan meninggalkan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas disemburkan bahan yang tidak diketahui pada mukanya.
.
Pada 22 Ogos, mereka didakwa telah menumpangkan seorang askar dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka selepas diancam akan ditembak jika enggan, pendakwa memberitahu kepada mahkamah.
.
Dalam kes lain, ketiga-tiga mereka dikatakan telah berhenti di sebelah seorang anggota polis, mengheretnya ke dalam kereta selepas berpura-pura bertanyakan arah jalan dan memaksanya untuk mengadakan hubungan seks dengan mereka.
.
Kumpulan perogol wanita ini menggunakan kereta yang berbeza untuk menahan 15 orang lelaki dan merogol mereka.
Mereka telah ditahan terlibat dalam satu kemalangan di mana seorang pejalan kaki terbunuh. Polis menemui 33 kondom yang telah digunakan dan mengandungi air mani di dalam but kereta.
.
Majistret Kudakwashe Jarabini tidak membenarkan ikat jamin bagi keempat-empat tertuduh.
Sehari sebelum mereka dibawa ke Harare, lebih daripada 50 orang menyerbu ke balai polis Gweru di mana ketiga-tiga wanita ini telah ditahan.
.
Apabila wanita ini disoal siasat oleh polis, penduduk tempatan telah berkumpul di luar. Salah seorang daripada mereka, Nkululeko Ndlovu berkata: “Orang ramai perlu diberi peluang untuk melihat wanita-wanita ini Kami mahu tahu apa yang mereka telah lakukan dengan air mani tersebut.”
.
Seorang lagi penduduk, Mangoma Mary, berkata “Mereka sangat mewah dan membuat wang melalui perbuatan ini.”
“Mereka akan mengubah gaya rambut mereka dalam masa kurang daripada tiga hari dan saya mengkagumi mereka, tetapi sekarang saya tahu bahawa ia bukannya wang yang bersih.”
.
Watch Ruparanganda, seorang profesor sosiologi di Universiti Zimbabwe, berkata sperma sering digunakan dalam ritual kerana ia dikaitkan dengan penghidupan semula hidup.
”Orang percaya sperma boleh membuat nasib seseorang bertambah baik,”katanya, sambil menambah bahawa peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab berselindung di sebalik wanita ini.
.
Daily News Zimbabwe melaporkan bahawa air mani yang digunakan dalam ritual pemujaan ini ibarat pisang “panas” di Afrika Selatan, di mana kondom yang penuh dengan cecair mani boleh dijual sehingga mencecah sebanyak AS $ 390 (RM1, 215).

Main Seks Pondok-pondok, Remaja 13 Tahun Ditahan Polis



Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin. Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa. “Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya. Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Tags: 13 tahun eksperimen seks, aksi seks, cabul kemaluan kanak kanak, ekperimen seks remaja, eksperimen seks, Gara-gara mahu meniru aksi, hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’, Kanak kanak 4 tahun di cabul, kisah seks, masukkan tangan ke kemaluan, mencabul kanak – kanak, meniru aksi seks, seks, seks dengan kanak kanak

‘Tahniah’ Umno ‘berjaya’ rosakkan akhlak belia



SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan ‘tahniah’ kepada Umno BN kerana telah ‘berjaya’ meneruskan agenda merosakkan akhlak anak-anak muda Malaysia dengan program hiburan yang melalaikan dan melucahkan sempena himpunan sejuta belia di Putrajaya baru-baru ini.

Ketuanya, Hasbullah Mohamad Dizwan berkata, pihaknya kesal kerana pemimpin tertinggi Umno BN merestui program hiburan melampau dengan aksi tarian yang melucahkan daripada artis luar negara untuk dipertontonkan kepada belia-belia yang hadir di dalam himpunan tersebut.

“Bahkan Perdana Menteri telah merendahkan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin beragama Islam apabila turut berada di atas pentas yang sama untuk  meraikan artis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

“Apakah sememangnya garis panduan kerajaan pusat ‘menghalalkan’ hiburan melampau dan melucahkan di dalam majlis rasmi kerajaan,”soalnya lagi.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu mencontohi garis panduan hiburan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menyediakan hiburan yang yang bermanfaat dan tidak melalaikan kepada para belia dan remaja masakini.

Pengisisn di sambutan Hari Belia itu katanya tidak mencapai sasaran sebenar pembinaan jati diri belia yang akan menjadi pemimpin negara di masa akan datang.

Melebihkan hiburan semata-mata tanpa ada agenda pengisian kerohanian ujarnya menyebabkan himpunan belia hanyalah dipergunakan oleh Umno BN sebagai batu loncatan untuk mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

“Kita mengajak kepada seluruh belia samada di negeri Selangor ataupun di seluruh Malaysia untuk bangkit daripada terus dipergunakan oleh Umno BN dengan agenda yang merosakkan dan memperbodohkan minda para belia kepada memberikan sokongan untuk Pakatan Rakyat supaya para belia akan dimartabatkan di tempat yang sewajarnya,” katanya.

Pegawai Kerajaan China Bayar Zhang Ziyi RM347 Juta Untuk Seks



Semalam hari penuh kebosanan buat kami & sesekali menukar selera untuk melepak sambil membuang masa di Dome KLCC dan berlagak seperti orang kaya. Heh.

Baru sahaja kami selesai menjamah sandwich yang super mahal tiba tiba ternampak pula bekas pelajar Akademi Fantasia yang dikenali sebagai Lufya dan sempat juga kami menemuramah selebriti ini.

Ketawa terbahak bahak kami di’sini apabila beliau rancak menceritakan pengalamannya di salah anggap sebagai Zarina Anjoulie — ratu kontroversi dunia hiburan Malaysia.

Menurut artis kacukan Arab Melayu dan Indonesia ini beliau pernah di raba di punggungnya oleh seseorang yang tidak di’kenali sambil menyebut nama Anju yang ternyata jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie.

Lufya juga pernah di sapa oleh seseorang yang menegurnya mengapa beliau bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Lufya membuat kenyataan ini bukan mempunyai salah faham dengan Zarina Anjoulie tetapi hanya ingin menerangkan kekeliruan yang sering terjadi kepadanya. (Rotikaya.com)

Guru Wanita Berasmara Dengan 11 Pelajar Lelakinya



COVINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Seorang guru wanita berusia 41 tahun dituduh mengadakan hubungan seks dengan 11 orang pelajarnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pihak pendakwa raya AS percaya guru berkenaan, Cindy Clifton akan dikenakan lebih banyak dakwaan berhubung jenayah terhadap pelajar bawah umur berbanding guru-guru lain di AS sejak sedekad lalu.

Dia kini berdepan 53 tuduhan yang membawa hukuman penjara lebih 60 tahun.

Polis berkata, Clifton menggunakan minuman keras untuk mengumpan remaja-remaja terbabit sebelum dia melakukan hubungan seks dengan mereka di kediamannya di sini, negeri Tennessee.

Clifton didakwa berasmara dengan 11 pelajar berlainan antara bulan April dan Julai tahun ini.

Menurut polis, kebanyakan pelajar terbabit merupakan rakan-rakan anak perempuannya.

Semua mangsa Clifton berusia antara 14 hingga 17 tahun dengan sebahagian mereka ialah pelajar di sekolah Crestview tempat guru berkenaan mengajar.

Polis di sini melancarkan satu siasatan pada Ogos lalu selepas pengetua sekolah berkenaan membuat aduan berhubung perilaku tidak bermoral membabitkan Clifton.

Selepas tiga bulan siasatan dilakukan, pihak berkuasa mengenakan 53 pertuduhan terhadap Clifton.

Peguamnya bagaimanapun menafikan semua tuduhan tersebut. Beliau menyatakan Clifton ialah seorang isteri yang setia, guru yang berdedikasi dan kerap menghadiri upacara keagamaan di gereja.

Clifton menangis apabila gambarnya dirakam semasa dalam tahanan polis.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin AS$40,000 (RM126,100) tetapi diperintahkan supaya hadir di mahkamah semalam untuk berdepan 53 dakwaan terhadapnya termasuk jenayah rogol dan memberikan alkohol kepada remaja bawah umur.

Pada minggu lalu, seorang guru wanita berusia 33 tahun di negeri Ohio, Stacy Schuler dipenjara selama empat tahun selepas dia didapati bersalah melakukan hubungan seks dengan lima pelajarnya.

Dia didapati bersalah atas 16 tuduhan jenayah seks selepas seorang juri di Cincinnati menolak alasan tertuduh bahawa dia kurang siuman. – Agensi

Zarina Anjoulie Lancar PERANG Terhadap Lufya, Siap Sindir Ketiak!



Mungkin masih ada yang belum tahu mengenai sebuah artikel yang tersiar disebuah blog hiburan tempatan mengenai Lufya yang kecewa terhadap peminat yang salah anggap dirinya sebagai Zarina Anjoulie.

Dalam artikel tersebut, Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina.

Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Selain itu, Lufya turut dikatakan pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil Anju yang jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie.

Namun lain pula dipihak Zarina Anjoulie, sebentar tadi kecoh di laman Twitter miliknya dan dia dipercayai melancarkan “perang” terhadap Lufya sebagai respon terhadap artikel yang ditulis di blog hiburan tersebut.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.”



Zarina Anjoulie turut membuat kenyataan berbentuk kutukan terhadap Lufya.

Siapa Heroin Filem Tempatan Yang Bergambar Bogel?



KUALA LUMPUR – Blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, menimbulkan keresahan golongan artis wanita tempatan apabila mendakwa memiliki beberapa keping gambar bogel salah seorang dari mereka yang dikirimkan oleh peminat menerusi emel kepada pemilik blog tersebut.

Menurut Rotikaya.com, gambar-gambar pegun itu dirakamkan dari sebuah rakaman video yang mempunyai unsur kelucahan melampau.

Bagaimanapun, peminat yang mengirim emel panas tersebut tidak menyertakan video tersebut untuk tatapan pemilik blog itu.

“Bersempena dengan Hari Kekasih semalam, kami menerima e-mail yang mengandungi beberapa keping gambar pegun dari sebuah video berunsur lucah.

“Namun, si pengirim tidak pula menyertakan video sebenar untuk keseronokan kami. Dan, sumber memberitahu yang video lucah ini sedang tersebar dengan meluas,” kata Rotikaya.com hari ini.

Menurut penulis laman blog yang telah melihat gambar-gambar itu, ia memaparkan seorang artis wanita yang ‘beraksi menggoda tanpa walau seurat benang membaluti tubuh beliau’.

Artis itu juga dikatakan pernah membintangi sebuah filem pada tahun 2011 dan memegang watak utama di dalam filem yang tidak dinyatakan tajuknya itu, namun dibayangkan bahawa ia kurang mendapat sambutan ramai.

Sumber blog itu juga memberitahu bahawa heroin filem itu pada asalnya merakamkan video peribadi itu khas untuk teman lelakinya dan kini mereka sudah berpisah tanpa sebarang hubungan.

Malangnya, video tersebut telah ‘bocor’ dan jatuh ke tangan pihak lain yang kemudiannya disebar secara meluas di khalayak umum.

Kengganan Rotikaya.com untuk mendedahkan nama artis wanita itu sangat dihormati ekoran ia mampu menjejaskan maruahnya.

Bagimanapun, ia juga dijangka mampu menimbulkan kerisauan yang amat sangat di kalangan aktres tempatan sekiranya ‘rahsia peribadi’ mereka itu terbongkar.

Sumber – Mynewshub.my

Diana Danielle Tampil Bertudung Dalam Majalah EH! Jun 2012

Gorgeus gila!!! Orang yang secantik Diana Danielle tampil lebih menawan apabila bertudung menghiasi muka hadapan majalah EH! untuk bulan Jun 2012. Nampak sangat ayu gitu. Pasti banyak cerita menarik yang dikongsikan oleh Diana Danielle untuk para peminatnya di dalam majalah EH! kali ini.

Artis Bertudung Sesatkan Masyarakat Dalam Diam?


*Ini adalah pandangan yang diutarakan oleh seorang penulis blog di dalam blog miliknya.

Peminat bersorak girang melihat aksi awek bertudung di atas pentas.

Bersorak bukan kerana awek bertudung itu beraksi ghairah di atas pentas, tetapi bersorak girang melihatnya hebat menyanyi. Kelunakan suaranya membuatkan peminat terpana.

Kepala yang disarung tudung menyebabkan peminat lebih dekat kepadanya.

Kononnya awek yang bertudung adalah perempuan yang baik dan wajar untuk dicontohi. Inilah pemikiran sempit yang membelenggu umat Islam hari ini, akibat daripada penerapan hukum sekular.

Asalkan bertudung sahaja, mereka itu membawa imej Islam.

Masyarakat menjadikan artis sebagai contoh, bukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran undang-undang. Sekiranya artis itu bertudung, tudung seperti itulah yang akan dicontohi fesyennya, tanpa mengikut hukum syarak.

Lazimnya, tudung ketat dan tudung yang tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk kedua-dua ‘bukit’ wanita sering dijadikan tudung contoh.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]

Inilah peranan artis bertudung. Memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Kononnya mereka bertudung, merekalah contoh ikutan yang wajar diikuti.

Walhal, mereka tidak menutup aurat seperti mana yang Allah telah tetapkan. Maka, peminat yang mengikut gaya fesyen artis ini turut sama masuk longkang bersama-sama artis pujaan mereka.

Mereka bukanlah membawa ajaran sesat mahupun menyesatkan aqidah umat Islam, tetapi peranan mereka amat besar sekali untuk menjadi ejen Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam. Perkara ini adalah hakikat yang harus ditelan walaupun pahit oleh peminat-peminat.

Artis yang terbabit juga harus menelan hakikat ini, kerana mereka secara tidak sedar dan tidak rasmi menjadi ejen-ejen Barat dalam memesongkan umat Islam daripada ajaran Islam!

Ini baru diperhatikan daripada aspek tudung.



Bagaimana pula dengan aksi-aksi mereka menonjolkan diri di khalayak umum meliuk-lentokkan tubuh mereka yang disarung dengan baju ketat serta mengenakan solekan yang berlebihan yang bisa menggetarkan jiwa lelaki normal? Hal aurat tidak lagi diambil peduli.
Peminat terus memuji artis-artis bertudung dengan pujian yang lebih kurang, “Saya suka awak bertudung. Kekalkan imej bertudung”.
Begitu mudah hati ummat dibutakan dengan bertudung. Seolah-olah bertudung itu merupakan lesen untuk menyanyi dan menonjolkan diri di khalayak ramai!
Inilah kesan daripada penerapan hukum sekular yang lahir daripada akal manusia semata-mata. Undang-undang dicipta berdasarkan majoriti 2/3 undi di dalam parlimen. Artis juga tidak terkecuali daripada terkena bahana-bahana sekularisme.
Buktinya, tudung yang dipakai oleh para artis walaupun tidak mengikut hukum syarak diislamkan. Mereka telah mengislamkan trend supaya tindakan mereka itu adalah mengikut hukum syarak.
Bertudung tapi menyanyi, berpakaian ketat pun, ‘tepati syarak’ juga, dan ummat tergila-gila untuk mencontohi fesyen tudung itu.
Sedarlah, Nabi Muhammad SAW itulah contoh ikutan terbaik, bukan para artis! Sedarlah, artis-artis itu sedang menyesatkan kita dalam diam. Mahukah kita masuk longkang bersama-sama artis itu?
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. [al-Ahzab (33):21]
(Petikan: http://www.soutulmujahid.com)

Aaron Aziz Jadi Chef Untuk Muka Depan Majalah Aroma

Ini kalau Aaron Aziz masuk Masterchef Selebriti dengan lengkap berpakaian sebegini, Abang Nara berani jamin confirm jadi juara terus sekiranya keputusan ditentukan menggunakan  undian SMS. Pasti ramai makcik-makcik, awek-awek dan gadis-gadis yang cair dibuatnya. Tak gitu?


Sekali pandang memang nampak ada gaya dan bakat juga Aaron Aziz di dapur. Mungkinkah selepas ini Aaron Aziz ingin menceburi bidang masakan pulak? Siapa tahu kan? Jangan lupa dapatkan majalah Aroma di pasaran hari ini jugak untuk lebih banyak info terkini. Kredit gambar kepada Facebook Aroma.

(13 GAMBAR) Nur Aisyah Humairah Semakin Comel Dengan Penampilan Bertudung

Lama rasanya tidak bercerita tentang perkembangan si cilik yang diberi nama Nur Aisyah Humairah ini. Makin besar makin comel dilihatnya. Lagi-lagi bila Nur Aisyah Humairah tampil dengan penampilan bertudung sebegini. Cute sangat kan?

Rasa-rasa Nur Aisyah Humairah boleh menjadi contoh yang baik kepada kanak-kanak di luar sana sekiranya kekal dengan penampilan sebegini. Kalau anda tertarik dengan kecomelan Aisyah, silaLIKE Facebook Nur Aisyah Humairah sekarang. Lagi 12 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.













We The Kings Adakan Konsert Hari Ini!


Hari ini bakal berlangsungnya konsert We The Kings bertempat di Stadium Bukit Jalil. Bermula jam 8 malam, konsert ini akan turut diserikan dengan kehadiran kumpulan baru, “We Are In The Crowd”.

Antara kumpulan indie tempatan yang akan turut beraksi ialah Bunkface, Kyoto Protocol dan juga Oh Chentaku. Jadi, jangan lepaskan peluang anda kerana ini peluang sekali seumur hidup untuk menyaksikan persembahan We The Kings secara langsung di Malaysia.

Sila tengok ‘flyers’ untuk maklumat lanjut atau terus ke AiraAsiaRedTix.com


“Bagi Saya, Jika Nak Perjuangkan Agama Tidak Semestinya Menyertai PAS” – Amy Search


Petang semalam (29 Mei) sekitar jam 6.03 petang, isteri Tomok, Ayu telah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal. Menurut akaun Twitter rasmi Tomok, bayi lelakinya mempunyai berat sebanyak 3.33 kilogram ketika dilahirkan.



Sekeping gambar bayi lelaki sulung Tomok turut dimuatnaik ke laman Twitter-nya. Comel kan? Tahniah sekali lagi kami ucapkan pada Tomok, Ayu dan juga keluarga.



“Bagi Saya, Jika Nak Perjuangkan Agama Tidak Semestinya Menyertai PAS” – Amy Search



“Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulama. Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja.” – Amy Search, dipetik dari mStar Online.

Itulah kenyataan yang diberikan oleh Amy Search kepada media. Petang semalam, Amy Search bersama Mus (May) dan juga Ibnor Riza telah menyerahkan borang keahlian parti UMNO kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh, di ibu pejabat UMNO.

Penyanyi yang sudah berusia 54 tahun ini turut menegaskan bahawa dia menyertai UMNO atas dasar yakin terhadap parti itu yang mampu mengekalkan perpaduan orang Melayu.

“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya.” – Amy Search.

Borang keahlian mereka bertiga telah diterima dan ketiga-tiga penyanyi veteran ini bakal menjadi ahli UMNO cawangan Dataran Merdeka, Bahagian Bukit Bintang. Untuk pengetahuan, Tan Sri Jins Samsudin dan Jamal Abdillah juga adalah ahli UMNO dari cawangan yang sama dan sehingga kini sudah ada 43 orang ahli UMNO cawangan itu yang terdiri dari para selebriti.

Sumber : mStar Online

Gosip Orang Ketiga Dan Gambar Di Kelab Adalah Fitnah!



Lumrah buat semua manusia yang hidup di dunia ini terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran dalam kehidupan yang sememangnya memberi kematangan buat seseorang untuk menjadi insan yang lebih berguna.

Tidak terlepas daripada perkara yang sama, aktres jelita, Nora Danish yang terpaksa berhadapan pelbagai kontroversi tidak pernah melatah malah sentiasa berfi kiran positif terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya.

Masih belum reda dengan isu gambar seksi yang terpampang di sebuah majalah, kini bintang drama bersiri ‘Tentang Dhia’ ini sekali lagi dikaitkan dengan gambarnya di sebuah kelab hiburan.

Selain itu, Nora juga telah dikaitkan sebagai punca utama kes pemfailan cerai yang dilakukan pelakon kacak, Adi Putera terhadap isterinya, Aida.

“Gosip yang mengatakan saya adalah orang ketiga dalam kes pemfailan penceraian Adi Putera dan gambar di kelab itu adalah fitnah.

“Sebagai manusia biasa saya tidak dapat lari daripada dugaan ini lebih-lebih lagi gosip dan kontroversi adalah asam garam dalam kehidupan seorang artis,” katanya.

Berikutan itu, Nora mengakui dirinya tidak langsung tertekan dan kecewa dengan kontroversi yang dilemparkan ke atasnya kerana ketenangan yang diperoleh semasa menunaikan umrah sudah cukup buat dirinya kuat menempuhi dugaan.

“Selama 13 hari saya berada di sana saya hanya berserah kepada Tuhan. Ketenangan yang saya peroleh di sana amat membantu saya untuk hadapi dugaan ini.

“Saya reda dengan semua dugaan ini tetapi saya tidak nafi kan ada rasa bimbang dan kesian dengan keluarga yang terpaksa mengharungi tempias daripada kontroversi ini,” katanya.

Enggan sejarah berulan g
TANGGUNGJAWAB sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang difikirkan segelintir pihak.

Status sama yang dipegang Nora membuatkannya sentiasa memberi keutamaan kepada keluarga, terutama anak tunggalnya yang kini mencecah usia empat tahun.

“Setakat ini saya tidak mengalami sebarang masalah memegang status sebagai ibu tunggal.

“Bagaimanapun, saya akui untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi agak sukar kerana saya perlu lebih berhati-hati supaya perkara yang pernah menimpa saya sebelum ini tidak akan berulang,” katanya.

Tambah Nora lagi, buat masa ini dirinya masih lagi belum menemui jodohnya dan hanya mampu berserah tentang itu.

“Saya hanya akan berkahwin bila sudah bersedia sepenuhnya supaya semua dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

KERAP memegang watak bertudung dalam lakonannya, nyata meninggalkan kesan buat aktres yang berusia 30 tahun ini.

Akui Nora, dia juga turut menyimpan hasrat untuk berhijrah seperti itu.

“Saya akui watak Muslimah sedikit sebanyak memberi keinginan buat diri saya untuk melakukan perkara yang sama. “Bagi saya, untuk bertudung, banyak perkara yang perlu dijaga. Oleh, itu saya perlu lebih bersedia untuk imej itu supaya ianya terus berkekalan.

“Saya sentiasa berdoa meminta petunjuk supaya apa yang saya hajatkan akan tercapai suatu hari nanti,” katanya ketika ditemui di Program Revolusi R. Turut hadir sama pada majlis pelancaran program tersebut adalah Ketua Trafi k Pasukan Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof dan beberapa artis lain seperti Adi Putera, Intan Ladyana, Sari Yanti, dan ramai lagi. (SINAR HARIAN)

8 TENTERA WANITA US MENJADI HAMBA SEKS PEGAWAI MEREKA



Lapan tentera wanita Amerika Syarikat (AS) termasuk yang sedang bertugas dan sudah bersara membuat pertuduhan di Mahkamah Persekutuan bahawa mereka dirogol, diserang atau diganggu sepanjang perkhidmatan mereka dan menderita selepas melapor diri kepada pegawai masing-masing.

Tuntutan mahkamah itu, difailkan hari ini di Mahkamah Daerah di Washington, mendakwa anggota tentera terdedah menjadi pemangsa seks di kalangan sesama mereka dan mengamalkan persekitaran bermusuhan yang tidak menggalakkan mangsa serangan seksual untuk tampil ke depan.

Pertuduhan itu mendakwa Jabatan Pertahanan gagal mengambil langkah agresif bagi mengekang masalah berkenaan walaupun maklumat awam menyatakan sebaliknya.

Lapan wanita berkenaan termasuk seorang tentera marin dan tujuh yang lain berkhidmat dalam Tentera Laut dan Kor Marin.

Tujuh wanita itu mendakwa dirogol rakan sejawatan atau cuba menyerang secara seksual, termasuk di pejabat seorang pegawai pemerintah selepas ke pub di Washington dan di dalam berek Stesen Udara tentera Laut di Florida.

Mangsa kelapan berkata, dia diganggu dan diancam ketika dihantar bertugas di Iraq, dan diberitahu pihak atasan bahawa perkara berkenaan berlaku sepanjang masa.

Pegawai Kerajaan China Bayar Zhang Ziyi RM347 Juta Untuk Seks



Holy macaroni! Skandal menteri Malaysia yang di’katakan membayar aktress terkenal untuk seks nampak sangat kecil berbanding angka yang di’dedahkan media China hari ini.

Media China hari ini kecoh dengan pendedahan skandal seks bekas pegawai tertinggi kerajaan mereka, Bo Xilai yang kini di’dakwa membayar sejumlah wang untuk hubungan seks bersama aktress & selebriti terkanl Zhang Ziyi.

Bo Xilai di’katakan membayar sebanyak RM2.9 juta kepada aktress tersebut untuk hubungan seks buat pertama kali sekitar tahun 2007 setelah mereka di’kenalkan oleh rakan.

Rakan Bo Xilai yang sama, Xu Ming di’katakan menawarkan RM4.9 juta untuk Zhang Ziyi kembali ke ranjang bersama bekas pegawai kerajaan China itu.

Laporan juga menyebut yang pelakon wanita berusia 33 tahun itu telah tidur bersama Bo Xilai sekurang kurang’nya 10 kali di’antara tahun 2007 dan 2011 di Beijing, China.

Media China turut melaporkan yang kegiatan pelacuran Zhang Ziyi bukan sahaja melibatkan Bo Xilai malah beberapa lagi orang kaya & ternama China yang sehingga ke hari ini mencecah angka RM347 juta nilai keseluruhan aktiviti beliau selama ini. (via Asia One News)

Berita skandal ini di’katakan menjadi sebab utama kenapa Zhang Ziyi tidak hadir ke Festival Filem Cannes 2012 sedangkan filem terbaru beliau Dangerous Liaisons di’tayangkan buat pertama kali di’sana.

Gadis nekad lompat kereta elak diculik


PETALING JAYA: Seorang gadis berjaya menyelamatkan diri dengan melompat keluar dari kereta dalam satu cubaan culik di kawasan tempat letak kereta di The Curve, Mutiara Damansara, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa, Chin Xin Ci, berusia 20-an dikatakan berada dalam keretanya sendirian di kawasan berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki yang bertindak mengacukan parang di lehernya.
Lelaki terbabit yang memakai baju T berwarna biru itu menutup mulut mangsa dengan tangannya, mengarahkan tidak menjerit sambil menolaknya ke tempat duduk bahagian belakang.
Pada masa sama, seorang lagi suspek masuk ke tempat duduk belakang kenderaan mangsa sambil meminta tiket parkir untuk keluar daripada kawasan berkenaan.

Xin Ci berkata, dia yang terkejut dengan kejadian menimpanya itu merayu kepada dua lelaki terbabit supaya mengambil semua wang yang ada dan melepaskannya.

“Seorang daripada mereka memukul saya dan cuba melakukan gangguan seksual. Lelaki itu menekan badan saya ke lantai tempat duduk belakang, namun saya merayu supaya dibenarkan duduk dan berjanji tidak menjerit.

“Bagaimanapun, dalam perjalanan keluar dari kawasan tempat letak kereta itu, saya berjaya membuka kunci pintu kereta itu untuk melompat keluar dalam keadaan kereta bergerak, namun usaha saya tidak berjaya apabila tindakan disedari lelaki itu.
“Dia menarik saya masuk ke dalam kereta, namun saya meronta sambil menggigit tangan lelaki itu sehingga rakannya menjerit supaya melepaskan saya kerana bimbang perbuatan itu disedari orang awam,” katanya yang menceritakan kejadian terbabit dalam akaun facebooknya.

Xin Ci berkata, sebaik berjaya melarikan diri, dia berlari ke arah sebuah bank pusat beli belah itu sambil menjerit meminta pertolongan.

“Dalam keadaan ketakutan itu, saya memeluk lelaki yang berada di situ sambil memberitahu kejadian yang berlaku sebelum pengsan.

“Susulan kejadian itu, saya membuat laporan polis di balai polis berhampiran pada hari sama. Saya tidak menyangka kejadian ngeri ini menimpa diri,” katanya yang berharap kisahnya itu menjadi panduan wanita lain.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

BERHATI-HATILAH KETIKA MELAWAT ORANG MENINGGAL


Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah… katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami

tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Panas: Kenapa Perlu Tangkap Gambar Tunjuk Celah Buah Dada?




Salam sejahtera. Semenjak sebulan dua bulan tiga bulan ni, kenapa la… terlampau banyak terserempak dengan gambar-gambar awexs yang suka bergambar dengan senang hati menunjukkan celah buah dada mereka? Puas la Admin tahan mata untuk tengok ( :p)..

Bagi sang Lelaki sejujurnya memang itulah tempat rahsia yang paling digemari namun ia mungkin segelintir dan Admin percaya ada lelaki yang tidak suka dan ada lelaki memang suka nak tengok tempat rahsia tu. Dan bagi pihak Wanita pula kira celah Buah dada itu merupakan satu tarikan besar pada mereka.

Namun Ramai diantara anak-anak Gadis diluar sana , salah gunakan keistimewaan tersebut, Ambil gambar, letak dekat Facebook, twit twit tapi sekarang merebak kedalam blog pula dan hanya untuk??…Untuk menarik minat sang-sang Lelaki untuk terkejar-kejar mendekati Wanita tersebut.

Apa yang Admin dapat tafsirkan, Pendekatan yang digunakan oleh anak gadis ini hanyalah untuk menarik minat atau untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana. Tidak salah untuk mendapatkan perhatian ramai Namun adik harus Faham, tindakan tersebut Berkemungkinan besar mengundang kepada :

    Buruan Perogol
    Penculikkan
    Culik dan Jual untuk dijadikan Pelacur
    Nama keluarga tercalar
    Ugama Islam di pandang rendah dengan Akhlak sebegini.

Dan memang adik-adik sekelian akan mendapat perhatian Lelaki tetapi yang jenis ketagihkan Sexs, adik akan menjadi sasaran kepada Lelaki yang jenis Pakai dan buang. Ayat manis ajak bercinta, adik terpesona kerana kebaikkannya, lepas adik selesai di pakai adik di tinggalkan dan adik mengandung, Lepas tu apa yang akan terjadi? Kes Buang-Buang..dan jangan lupa gambar di dalam Facebook , Blog dan lain-lain lagi boleh Copy and Paste….

Admin bukan apa, Abang sebagai seorang yang lelaki dah tahu segelintir lelaki jenis ini yang sememangnya mengejar wanita yang boleh di permainkan, dan selagi lelaki tersebut tidak dapat apa yang di inginkan mereka akan menggunakan pelbagai cara,

Mereka Bertudung, Tapi …


Bertudung adalah salah satu kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi, diman telah di catatkan di dalam Al-Quran. Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.

di sini admin sertakan sedikit sebanyak gambar yang bertudung, tapi cara bertudung yang telah mencemarkan nama “ISLAM”..nasihat menasihatilah antara kita sesama islam…
















OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”