Friday, 3 May 2013

Anuar Zain peluk erat kekasih

Sesiapa yang melihat gambar ini pasti sedikit kecewa yelah, artis pujaan ramai terutamanya gadis-gadis di luar sana yang memang gilakan Anuar Zain.
Apatah lagi jika gambar yang dimuat naik itu nampak begitu mesra dengan kepsyen yang jelas menunjukkan perkenalan mereka bukan sekadar artis dan peminat.

Wanita yang kami maksudkan adalah Zandra Hakimi telah mengundang kejelesan ramai pihak. Dia merupakan salah seorang pemain bowling Kebangsaan yang memang tidak dinafikan kecomelannya seperti wajah K-Pop.Heh
Difahamkan pula, selepas wanita tersebut memuat naik gambarnya mesranya bersama Anuar Zain dengan kepsyen tertulis ‘Lelaki Ini. My Abang‘ telah mengundang amarah si kekasih yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Safiq Rahim.

Johan As’ari Tolak Babak Sentuh Wanita Lepas Balik Umrah

Baru dua tahun bergelar pelakon, Johan Arif As’ari sudah mula meletakkan syarat sebelum bersetuju menandatangani sebarang kontrak.
Sejak kembali dari menunaikan umrah 8 April lalu, pemuda ini mahu mengelak daripada melakonkan watak yang memerlukannya bersentuhan dengan pelakon bukan muhrim.

p/s : Bagus..berubah ke arah kebaikan..


Hasrat itu, menurutnya, terbit atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Islam. Bagaimanapun, pada masa sama, jejaka berusia 26 tahun bimbang seandainya satu hari nanti dia sendiri terlupa mengotakan janji terbabit.
“Niat untuk berubah timbul sekembalinya dari Tanah Suci. Tiada siapa memaksa, tetapi keinginan ini terbit atas kesedaran sendiri. Selama ini saya terlalu leka sehingga melanggar perkara yang tidak boleh dilakukan.
“Kalau boleh, saya mahu mengelak daripada adegan yang memerlukan saya bersentuhan. Saya tahu, pasti ia akan menyukarkan produksi, terutama jika sentuhan itu membabitkan watak ibu dan anak. Lihatlah bagaimana nanti, namun saya berharap apa yang saya niatkan ini dapat ditunai dengan sempurna.
“Bukan apa, saya juga manusia yang tidak terlepas daripada kesilapan. Mungkin hari ini saya kata tidak mahu lagi bersentuhan, tetapi esok lusa saya sendiri melanggar janji. Jadi, saya berharap peminat dapat memaafkan andai perkara itu terjadi,” katanya.
Umrah lebih sempurna
Dedah Johan lagi, perasaan dapat menjejakkan kaki buat kali kedua ke Makkah benar-benar berbeza, berbanding kunjungan pertama tahun lalu.

Katanya, kali ini dia dapat rasa keajaibannya sebelum berangkat ke sana lagi. Mungkin ia berkat niatnya kali ini, iaitu hanya untuk beribadat, manakala kunjungan pertama dulu lebih kepada kerja. Justeru, dia berpeluang melakukan ibadat lebih sempurna berbanding sebelumnya.
“Hasrat menunaikan umrah kali ini dipermudahkan. Pada mulanya saya sendiri berbelah bahagi untuk ke sana kerana keadaan kewangan tidak begitu mengizinkan. Mungkin dengan niat ikhlas, rezeki saya dipermudahkan. Pada petang saya buat keputusan untuk pergi, tiba-tiba saya menerima cek untuk drama lakonan saya yang masih tertunggak.
“Alhamdulillah, sepanjang di sana juga ibadat saya lebih khusyuk. Sebelum ini saya ke sana kerana menjayakan penggambaran drama Syahadah Cinta dan Tersalah Cinta. Sambil bertawaf, fikiran asyik ingat babak apa yang perlu saya lakukan selepas itu. Jadi, saya rasa ketika itu ibadat seperti tidak sempurna. Kali ini saya bersyukur kerana dapat melakukan umrah sebanyak dua kali. Setiap kali sembahyang pula, saya melakukan tawaf sunat,” katanya.
Gembira Nabila ada kekasih
Sementara itu, ketika ditanya perasaannya selepas mendapat tahu teman baiknya, Nabila Huda, sudah bertemu cinta hati, Johan terus ketawa. Tegasnya, dia tentu sekali tumpang gembira melihat kebahagiaan rakannya.
Ujarnya, sewaktu menunaikan umrah, dia juga tidak lupa mendoakan kesejahteraan wanita yang pernah rapat dengannya itu. Malah, doanya seperti didengar Tuhan apabila keesokan harinya dia terbaca pengakuan Nabila mengenai hatinya yang sudah dimiliki DJ Nas-T.
“Saya tidak kecewa, sebaliknya tumpang gembira melihat Nabila bahagia. Kami tidak pernah bermusuh, malah sesekali masih berkomunikasi di Twitter. Saya akui kami semakin jarang berhubung di telefon. Lagi pun, dia sudah mempunyai kekasih, jadi saya perlu hormati perasaan temannya itu,” kata Johan yang turut mendoakan dirinya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Chef Joe anggap perselisihan selesai


Kuala Lumpur: Juri tetap rancangan realiti masakan popular MasterChef Malaysia Selebriti musim kedua (MCMS2), Moh Johari Edrus atau Chef Joe menganggap perselisihan faham yang timbul antara dirinya dengan aktor juga peserta MCMS2, Zain Saidin sudah selesai.

Sebelum ini dalam episod Isnin lalu yang disiarkan Astro Ria, ramai penonton setia rancangan terbabit mengecam Zain kerana dikatakan bersikap biadap terhadap juri tetap MCMS2, terutama Chef Joe. Tidak kurang ada mengaitkan sikapnya dengan rancangan popular dibintanginya, Oh My English yang turut disiarkan Astro dan mendakwa Zain tidak sesuai memegang peranan sebagai guru gara-gara episod MCMS2 itu.


Sebelum itu, Zain memberikan kenyataan apa yang dipaparkan itu hanya sebahagian daripada lakonan dan pihak produksi cuba memerangkapnya dengan menampilkan dirinya dalam situasi berkenaan.

Diminta mengulas kembali kenyataan diberikan kekasih kepada pelakon popular Rozita Che Wan itu, Chef Joe menjelaskan, dia tidak mahu mengulas lanjut, memandangkan pertelingkahan antara mereka sudah diselesaikan.


“Juri MCMS2 dijemput menjadi tetamu rancangan MeleTop, kelmarin. Pihak produksi turut menjemput Zain. Dalam program itu Zain sudah memohon maaf terhadap tindakannya.


“Saya bersama dua lagi juri iaitu Chef Zubir dan Chef Amran sudah pun memaafkan Zain. Secara tidak langsung apa saja isu dan perkara yang cuba dibangkitkan pada anggapan kami ia sudah pun selesai,” katanya.

Polis temui petunjuk baru

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui beberapa petunjuk baru dalam kejadian tembak mati membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya, 26 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, hasil siasatan menemui petunjuk baru yang dipercayai mampu merungkai kes berkenaan.


“Siasatan rapi sedang dilakukan, malah kita (PDRM) mendapat beberapa petunjuk baru mengenai kejadian berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Menurutnya, satu mesyuarat bagi membincangkan perkara berkenaan (petunjuk) sudah dibuat dan pihaknya memerlukan sedikit lagi masa bagi menyelesaikan kes berkenaan.


polis sudah merakam percakapan 35 individu yang identiti mereka dirahsiakan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tembak mati Shaharuddin di Putrajaya, Jumaat lalu.


Dalam sidang media itu, Bakri berkata, siasatan rapi sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian yang diklasifikasikan kes berprofil tinggi kerana membabitkan seorang pegawai penguat kuasa tinggi negara.

Tertusuk Buluh Bendera

Seorang pelajar nyaris maut selepas lehernya tertusuk batang buluh tiang bendera parti politik yang patah ketika menunggang motosikal di Kampung Mak Mayong, Melor, Selasa lalu.


Muhammad Arif Fikri Rosli, 14, bernasib baik kerana tusukan buluh itu tidak mengenai saraf utama, tetapi terpaksa menerima hampir 20 jahitan di lehernya ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUMS) Kubang Kerian.


Menurut ibu mangsa, Rohana Yusof, 58, ketika kejadian dia berada di masjid apabila diberitahu jiran mengenai tragedi menimpa anaknya kira-kira jam 8 malam.

Lagi Agenda Ranjang Filem

“Saya melakukan adegan itu atas arahan produser dan pengarah. Kata mereka, pelakon perlu berani berlakon apa jua cabaran diberikan,” kata pelakon pembantu yang hanya dikenali sebagai Farah.


Menurutnya, dia tidak menyangka dan terkejut apabila diminta pengarah melakonkan adegan membaca mantera sehingga memberi kesan jangka panjang pada kesihatan dirinya. “Penggambaran adegan itu dijalankan sebelum azan Subuh. Ketika itu saya tidak fikir perkara bukan-bukan dan hanya melakonkan apa yang diminta, tetapi selepas selesai melakonkannya, badan mula terasa lemah,” katanya.


Sebagai bakat baru, Farah pasrah menempuh dugaan melakonkan adegan terbabit. Namun, dia terpaksa menanggung akibat apabila sering menangis, badan lemah dan menggeletar.



Sesak nafas lepas sapu ubat di kutu

Alor Setar: Kesilapan seorang anak membeli ubat menghapuskan serangga perosak tanaman membawa padah apabila ibunya menemui ajal selepas mengalami sesak nafas sebaik menyapu cecair yang disangkakan ubat kutu di Kuala Kedah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa berusia 77 tahun yang juga ibu kepada empat anak dikatakan menyapu cecair berkenaan pada kepalanya sebelum rebah dan meninggal dunia tidak lama kemudian.


Sebelum itu, mendiang menyuruh anak perempuannya berusia 40-an membeli ubat kutu rambut di farmasi berhampiran kerana tidak tahan menggaru di kepalanya akibat banyak kutu.

Bagaimanapun, anak perempuannya itu tersilap membeli cecair untuk racun perosak tanaman berharga RM18 sebotol lalu diberi kepada ibunya.


Difahamkan, warga emas itu menyapu cecair berkenaan pada rambutnya untuk mematikan semua kutu di kepalanya tetapi tidak menyangka tersilap menggunakan cecair itu yang hanya digunakan untuk tanaman.


Seorang anak lelaki mangsa berkata, sebelum itu, ibu mereka duduk di laman belakang rumah dan beberapa minit kemudian warga emas terbabit mengadu sesak nafas dan jatuh ke lantai.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”