Thursday, 9 August 2012
Gadis Dipaksa Minum Arak Sebelum Di Rogol
KANGAR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dipaksa meneguk minuman keras sehingga mabuk sebelum dirogol jirannya, seorang pelajar tingkatan empat, di sini, awal bulan lalu.
Sebelum kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam itu, mangsa yang berjiran dengan suspek berusia 16 tahun di Flet Seri Sena, di sini, dibawa bersiar-siar ke satu lokasi rahsia pada petang 4 Julai lalu, sebelum gadis terbabit yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini, dirogol.
Selepas dipaksa, mangsa yang ketakutan terpaksa akur dengan arahan suspek kerana diugut untuk dicederakan, sebelum dirogol remaja lelaki itu ketika berada dalam keadaan khayal.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi, mengesahkan kes itu, termasuk laporan polis dibuat keluarga mangsa berhubung kejadian berkenaan.
Kasut LGBT
Isu LGBT hangat diperkatakan kat negara ni...dengan adanya usaha2 pihak tertentu nak bawa masuk fahaman sesaksamaan gender...semua adil sama rata. Mungkin niat diorang ni nak tambahkan umat Nabi Luth a.s...masha allah minta simpangla.
Dah elok diciptakan Tuhan semua benda kat dunia ni berpasang2...tak sama jenis dan bentuk...napa yang sama gak dipilih...aduyai fail la. Ni pun satu lagi fail...Nike jenama sukan yang terkenal...dok ramai bangga pakaikan...la ni diorang pun rasa bangganya melancarkan edisi khas sempena kempen depa 'BE TRUE 2012'. Ni sebagai tanda sokongan terhadap kejayaan majoriti gay dibandar New York, San Francisco dan Portland...turut direka beberapa siri t-shirt dan topi.
Dijual dalam 3 versi ‘Air Flytop’ untuk San Fransico, ‘Air Royal’ untuk
New York dan ‘Lunar Flow’ untuk Portland. Namun buat masa ni hanya
‘Lunar Flow’ boleh dimiliki dengan harga USD$130 (RM411), manakala yang
lain akan muncul pada 22 June pada harga
USD$120 (RM380) dan USD$140 (RM442).
Pada para LGBT atau peminat tegar Nike kat Malaysia mungkin kena tempah
online je kot...masuk sini mau berdemo depan kedai nanti...atau
tak..mmmm.
[VIDEO] Nora Danish Dan Rayqal Bermain SpiderMan
VIDEO Nora Danish Dan Rayqal Bermain SpiderMan. Video terbaru daripada Youtube Nora Danish ini menunjukkan aktress ini bersama anak lelaki tunggal beliau, Rayqal bersantai di’rumah bermain figura aksi Spider-Man.
Tonton video berdurasi 33 saat tersebut selepas ini juga Nora Danish bakal muncul tidak lagi dengan filem baru Aku Terima Nikahnya, gandingan bersama Adi Putra.
Bayar [ZAKAT DRIVE THRU]
Membayar zakat menerusi kaunter pandu lalu yang pertama diperkenalkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdekatan Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini. Langkah itu adalah inspirasi yang diperkenalkan Imam Besar, Hazaruddin Baharuddin bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang kecuali Jumaat - Berita Harian
Dah makin senang sekarang nie. So jangan lah banyak alasan ea ...... jangan buat2 lupa udah ler .....
[Video] Mudahnya membeli kereta
Iklan secara sindiran komedi dihasilkan bagi menunjukkan bagaimana mudah dan murah untuk membeli sebuah Volkswagen.
Adakah ia begitu mudah?
Panjang Tak Semestinya Best....Kan
As-Salam. Panjang tak semestinya seronok, tak semestinya best untuk dibaca. Adakala entri yang panjang berjela, akan membuatkan sesetengah pengunjung yang membaca merasa jemu dan bosan. Panjang tak semestinya best, pendek pula tak semestinya kurang kualiti.
Jika sesuatu perkara itu terlalu banyak untuk diperkatakan, maka anda buatlah entri anda itu seperti sinetron, ada bahagian dan episod. Ini mungkin sebagai salah satu cara untuk membuatkan pengunjung blog datang lagi dan lagi ke blog anda untuk mengetahui cerita dan kisah selanjutnya.
Namun, kena buat entri yang memang bestlah, jangan pulak merapu tak tentu hala sampaikan si pembaca jadi sesat larat lak.... hehehehe...
*p.s: Terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan kenalan yang sudi ucap selamat kepada HH ... terima kasih banyak2 ....
sumber
Hah...Wanita ini Melepas Bajunya di Jalanan (mcm gadis litar racing haram)
Entah kenapa gadis ini dengan tiba-tiba membuka bajunya di jalanan ramai. Nampaknya seperti si gadis mengalami tekanan mental yang tinggi sehingga melakukan hal yang memalukan ini.
Fesyen Tudung Zaman Moden Seperti...
Perkembangan Islam mutakhir ini menyaksikan ramai wanita Muslim memakai tudung. Ini amat menggembirakan kerana mereka sedar bahawa Allah mewajibkan ke atas wanita Muslim untuk menutup aurat dan ia adalah suatu fardu bagi mereka yang sudah baligh.
Tidak salah bagi setiap wanita untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa selagi panduan syarak diutamakan dalam semua keadaan dan mampu mengawal diri supaya tidak melanggar batasan yang di gariskan dalam Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.Islam juga tidak pernah melarang umatnya untuk berfesyen dan mengikuti aliran fesyen terkini tetapi pastikan setiap wanita yang bertudung menutup aurat keseluruhannya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga
Sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur, Ayat 31).
Namun, dalam keghairahan bertudung mengikut pembangunan fesyen semasa, masih terdapat segelintir wanita Muslim yang alpa mengenai aurat sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan umat Islam. Kini, pelbagai fesyen tudung dipakai mengikut proses transformasi dan permodenan semasa. Namun, pemakaiannya masih dianggap tidak sempurna jika masih menampakkan bahagian leher dan dada. Menutup aurat bukan sekadar jika kepala sudah kemas diliputi tudung sudah dikira menutup aurat tetapi wajib menutup seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.
Seseorang yang masih tidak dapat diiktiraf sebagai menutup aurat iaitu wanita yang berpakaian tetapi dilihat “bertelanjang”. Hal ini kerana, masih ramai wanita bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan nipis hingga menampakkan bentuk atau susuk badannya dan mampu menaikkan nafsu syahwat lelaki yang bukan mahram melihatnya. Jika ada sekelumit perasaan megah dan bangga diri dengan apa yang dipakai saban itu turut mengudang dosa.
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya.” (Riwayat Muslim)
Dalam isu pemakaian tudung, ia bukan sekadar berfesyen atau budaya untuk dijadikan ikutan semata-mata tetapi demi menjaga maruah mereka sebagai wanita Islam. Jika wanita itu berpakaian dengan sempurna pasti dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan mungkar.Oleh itu, setiap wanita bertudung perlu segera membetulkan prinsip dan niat mereka bertudung hanya kerana Allah serta menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Jika mereka sentiasa mengikut syariat setiap masa memakainya dikira sebagai ibadah. Setiap perkara yang diperintahkan itu pasti mempunyai hikmah dan ganjaran daripada Allah.
Antara hikmah menutup aurat ialah dapat menjaga maruah dan kehormatan diri serta menutup peluang orang lain terbabit dengan dosa akibat melihat aurat yang sengaja didedahkan. Wanita juga diperintahkan Allah SWT untuk menutup aurat dengan sempurna untuk membezakan antara wanita Islam dan kafir. Bertudung juga merupakan identiti wanita Islam sebagai suatu benteng untuk melindungi kehormatan diri.
Sebagaimana yang kita tahu, harga diri setiap wanita sangat tinggi nilainya. Disebabkan itulah, Allah memerintah seseorang wanita yang sudah baligh wajib menutup aurat sehingga menutupi seluruh badannya kecuali pada bahagian muka dan kedua-dua tapak tangan.Namun, apa yang ditonjolkan oleh golongan wanita pada hari ini masih tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan syariat Islam.
Oleh itu, setiap wanita Muslim perlu mengambil serius perkara ini supaya mereka terlepas daripada fitnah pandangan lelaki bukan mahram selain menjaga maruah wanita Muslim. Wanita juga perlu mengelak daripada berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan (tabarruj) sehingga menarik perhatian orang ramai. a
Hukum Manusia Berkahwin Dengan Bunian
Katanya Gambar di atas adalah jin bunian yg ditemui di sumatera barat. Wallahu'alam
Hukum Manusia Berkahwin Dengan Bunian
SOALJAWAB BERSAMA DATO HARUN DIN
Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya):
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T."
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud,
"Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87 (mahfumnya):
"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentangIslam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam.
Gambar Tunang Lionel Messi Yang H@t
Namanya adalah Antonella Roccuzzo dari Argentina. Antonella dilahirkan di Rosario dan merupakan gadis yang diminati Messi sejak dari bangku sekolah dan juga merupakan saudara kepada kawan karib Messi ‘Lucas Scaglia’.
Tetapi segalanya bertambah serius pada Krismas 2009.Mereka telah bertunang pada tahun lepas dan bakal berkahwin tak lama lagi. Yang pastinyaAntonella bukan seorang model atau artis terkenal seperti yang diminati oleh ramai pemain bola sepak.
Diana Danielle Dedahkan Siapa Teman Sehidup Sematinya
Pelakon muda jelita yang berbakat, Diana Danielle diberi peranan sebagai guru sekolah rendah dan ia adalah pengalaman baru di kala beraksi kala beraksi dalam Hantu Gangster di bawah arahan Namewee.
Namun, beliau kali ini berlakon bersama Namewee sebagai pasangannya dan bukan Farid Kamil.Dalam pada itu, sumber kami sempat menanyakan hubungannya dengan Farid Kamil.
"Kami masih lagi bercinta, tetapi mungkin lebih manis kalau saya katakan Farid merupakan soul mate saya. Dia memahami diri saya dan seorang teman yang sentiasa ada untuk saya.
"Saya beruntung mengenalinya kerana Farid seorang yang matang, macam abang pun ada sebab dia selalu bagi tunjuk ajar dan nasihat tidak kiralah dalam lakonan mahupun hal-hal lain,"jawabnya ringkas.
Lebih Gempak Daripada B
Gambar Terbaru) Aksi Comel Arrinshah, Anak Lelaki Tomok
Ragam anak Tomok yang bernama Arrianshah Akid ini sungguh menghiburkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Untuk pengetahuan anda, pada 29 mei 2012, anak pasangan Tomok dan Ayu telah selamat dilahirkan di Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur beberapa bulan lalu.
Rasanya, tentu Tomok dan isteri tak menang tangan melayan kaletah anak lelaki mereka yang makin aktif itu.
Peniaga Runcit Dakwa Kena Lempang Polis
KLUANG – Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.
Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di kedai runcit miliknya sebelum dihubungi anaknya, Mohd Suhaimi, 31, mengatakan sekumpulan anggota polis datang dan menggeledah barang dalam rumah mereka.
“Saya terus pulang ketika sampai, saya lihat ada tujuh anggota polis berada dalam rumah dan menggeledah kediaman saya sehingga habis bersepah semua barang,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Samsudin bertanya kepada salah seorang anggota polis itu sama ada mereka mempunyai waran berbuat demikian.
“Salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Menurutnya, dia tak perlukan waran untuk menggeledah kerana dia seorang pegawai,” katanya kepada wartawan.
Menurutnya, lebih mengejutkan, apabila anaknya bertanya kepada pegawai polis berkenaan rumah siapa sebenarnya yang mereka cari, salah seorang daripada mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik tidur kerana mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.
“Setelah puas kami bertanya soalan yang sama, barulah salah seorang daripada mereka memberitahu yang mereka sedang mencari rumah suspek bernama Taufik. Kemudian saya beritahu kepada mereka, dalam rumah ini tiada sesiapa pun yang bernama Taufik.
“Namun apa yang menyedihkan, sebaik berkata demikian, pegawai berpangkat Inspektor itu memanggil saya dengan perkataan kurang sopan dan secara tiba-tiba terus melempang pipi kiri saya tanpa sebarang sebab,” katanya.
Samsudin berkata, dia juga kesal kerana pegawai polis tersebut hampir mahu menggari dan membawanya ke balai polis dengan alasan dia tidak mempunyai MyKad, sedangkan pada masa itu MyKadnya tertinggal di kedai kerana bergegas pulang ke rumah.
“Selepas kejadian tersebut, saya bersama-sama anak membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Saya turut membuat pemeriksaan doktor di Klinik Simpang Renggam, malah akan menyerahkan segala-galanya kepada peguam dilantik anak saya bagi menangani kes ini.
“Saya tiada niat langsung untuk membalas dendam, cuma tidak mahu pegawai polis berkenaan terus menyalahgunakan kuasanya kepada orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika ditemui mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang ketika dihubungi menafikan ada pegawainya yang melakukan kekasaran kepada Samsudin ketika melaksanakan tugas itu.
“Tidak ada sebarang kekasaran berlaku kepada pengadu (Samsudin), malah pegawai saya juga tidak tersilap rumah.
“Saya kesal dengan tindakan warga emas berkenaan yang membuat laporan seolah-olah pegawai kami melakukan kekerasan terhadapnya sedangkan ia tidak benar,” katanya.
Hudud hanya dilaksana dalam negara Islam – Karpal
KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
“Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.
“Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
“Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya
Album Baru Super Junior Catat Jualan 200K
Album Baru Super Junior Catat Jualan 200K : Album terbaru kumpulan K Pop, Super Junior dikatakan mencecah angka 200,00. Satu jumlah yang agak besar dan luarbiasa.
Semenjak dilancarkan, jualan album kumpulan K-Pop dari Korea ini yang bertajuk “Sexy, Free & Single” mencecah angka 200,000, satu pencapaian bagi Super Junior apabila berjaya mengatasi kesemua jualan album artis yang lain.
Dengan jumlah jualan yang mengujakan, Super Junior sekali lagi berjaya meletakkan diri mereka sebagai kumpulan K-Pop nombor satu di Korea.Menurut Hanteo, album ke-6 Super Junior ini adalah satu-satunya album yang telah berjaya terjual lebih dari 200,000 keping salinan.
Penganalisis jualan album tidak menafikan yang Super Junior bakal sekali lagi berjaya menjual lebih 500,000 salinan album seperti yang telah dilakukan sebelum ini dengan album kelima mereka, “Mr. Simple”.
Jadi, kepada semua peminat K-Pop sila dapatkan salinan album terbaru Super Junior “Sexy, Free & Single”!
Gaji Saya Bukan RM51 Juta – Tan Sri Rozali
Gaji Saya Bukan RM51 Juta – Tan Sri Rozali : Gaji saya tak mencecah pun sebanyak RM51 juta, dakwa Tan Sri Rozali Ismail.
Diminta pihak yang berkenaan rujuk kepada keputusan mahkamah dan dapatkan butiran terperinci dan benar dan tolong jangan dengar fitnah-fitnah tersebut, tambah beliau.
PETALING JAYA – Pihak bertanggungjawab menyebarkan tohmahan dan mengatakan pendapatan Pengerusi Eksekutif Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berjumlah RM51 juta diminta merujuk keputusan mahkamah berhubung fitnah tersebut.
Rozali berkata, mahkamah membuat keputusan kes fitnah kepadanya berdasarkan fakta, bahawa Syabas tidak membayar gaji sejumlah itu kepadanya.
“Mereka boleh rujuk kepada keputusan mahkamah dan mendapatkan butiran yang benar dan terperinci daripada mendengar tohmahan tanpa asas,” katanya pada sidang media selepas penyampaian sumbangan kepada lima pertubuhan anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa di sini, semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, krisis air di Selangor sememangnya berlaku dan beberapa kawasan dimaklumkan mula menghadapi gangguan.
Katanya, beliau menghargai usaha dan peranan dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha menangani masalah itu.
“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, yang prihatin dengan masalah dan mengadakan mesyuarat serta mendengar taklimat dari kakitangan Syabas setiap hari serta mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Rozali berkata, peranan dan usaha dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan juga amat dihargainya dengan penubuhan Jawatankuasa Khas berkaitan menangani bekalan masalah air Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri “Saya amat berterima kasih akan jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan krisis ini yang prihatin akan penderitaan penduduk terlibat.
“Dengan adanya tindakan proaktif Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat Persekutuan, dapat membantu Syabas menguruskan dan lebih penting mencari jalan penyelesaian” katanya Rozali yang juga Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) berkata, barisan kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Melayu bersedia bersama-sama Perdana Menteri untuk meneruskan dasar Kerajaan.
Katanya, beliau percaya dalam kalangan tokoh pimpinan NGO boleh disifatkan sebagai ‘winnable candidates’ dalam pilihan raya akan datang.
“Saya percaya dengan komitmen dan potensi yang ada, tenaga dan buah fikiran dapat membantu memajukan negara.
Bagaimanapun katanya, ia terletak kepada keputusan Perdana Menteri.
[Spider] Tam Spider Lamar Tiz ZAqyah
Elok-elok aktres pujaan ramai, Tiz Zaqyah menyulam cinta dengan kekasaihnya, Remy Ishak, tiba-tiba ada berita yang meletop ada kumbang baharu cuba masuk jarum, siap buka mulut nak lamar Tiz.
Dengarnya juga, pelakon drama Deja Vu langsung tak marah apabila dilamar sedangkan dia tu kekasih orang. Nak tahu siapa yang lamar Tiz, cuba teka. Kalau ada orang cakap lelaki yang lamar Tiz Zaqyah adalah Tam Spider, mesti ada yang kata agak-agaklah sikit kan…Sebelun tak pasal-pasal bikin panas!!
Ha..ha.. Tiz Zaqyah sebenarnya dilamar Tam Spider untuk satu projek nyanyian. Tam akan mengalas tugas komposer dalam pembikinan sebuah lagu bergenre pop untuk Tiz Zaqyah. Siapa sangka Tiz memang ada bakat dalam nyanyian, daripada selalu muat turun aksi nyanyiandalam Facebook dan Tiz sendiri pernah rakam lagu runut bunyi duet dengan Yassin untuk filem Nur Kasih.
Kalau rojek single itu menjadi, makin larislah Tiz, bukan sahaja berlakon, lagu tema pun dia tapau.. Diva Kosmo
[Gambar ]Nurul Syuhada Nurul Ain Cun Tampil Bertudung Di MHI, Eksklusif Bertudung!
Namun, pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain. Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini.
Psst: Kan bagus macam tu..lebih-lebih di bulan Ramadhan yang mulia ini..setelah sekian lama baru terasa hati nak bertudung..memang satu pilihan yang bijak since perempuan diwajibkan untuk bertudung.. semog makin ramai selebriti mahupun artis ataupun sesiapa jua pun yang memilih untuk bertudung..dapat pahala..
[Video] 3 soalan dr Melayu murtad bertudung kepada ust cina
Seorang gadis Melayu bertudung ingin murtad. Beliau telah memberi Ustaz Ng 3 soalan. Jika ustaz tak mampu menjawab, gadis itu akan memilih murtad. Ustaz Ng memeluk Islam 25 tahun yang lalu. Sblm Islam, beliau adalah penari breakdance dan pernah menang pertandingan breakdance peringkat Perak pada awal 80an. Sekarang, beliau sudah bertugas sebagai pegawai dakwah di JABATAN AGAMA ISLAM PERAK sejak 20 tahun yang lalu. Beliau banyak handle kes peluk Islam dan murtad di mahkamah. Beliau juga adalah TIMBALAN PRESIDEN MACMA PERAK dan sedang mengusahakan masjid cina yang pertama di Perak dan kota cina Muslim di ipoh bersama dengan Datuk Fadzli Cheah. Beliau juga mempunyai sebuah kereta sport ala batman yang digunakan untuk berdakwah. Ikon Remaja Islam, Loo Jo Yee, merupakan protegee Ustaz Ng. Pada 2010, Ustaz Ng mendapat anugerah istimewa dari Sultan Perak sebagai TOKOH PENDAKWAH NEGERI PERAK.
Lihat Video Dibawah:
Faezah Elai Hamil, Umum Di Twitter
Selepas hampir setahun mendirikan rumahtangga bersama pengarah Heykal Hanafiah, pelakon Faezah Elai mengumumkan yang dirinya kini sedang hamil anak pertama mereka menerusi akaun Twitter miliknya.
“Saya sudah disahkan hamil setelah hampir setahun menikah. Itu sahaja dapat saya beritahu sekarang,” tulis Faezah Elai ringkas pada pukul 4.18 petang semalam.
Pelakon filem Tanda Putera itu bernikah dengan pengarah Heykal Hanafiah pada 9 September tahun lalu.
Ally Iskandar Ambil Cuti Raya Selepas 10 Tahun
Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi telah pun mengambil cuti selama seminggu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri selepas 10 tahun tidak berbuat demikian.
Ally, 36, berkata, sebelum berkahwin lagi dia telah menyuarakan hasrat untuk bercuti Hari Raya sekiranya dia berumah tangga bagi meraikannya bersama isteri dan keluarga.
“Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang,”
Ally ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di Plaza Alam Sentral pada malam Rabu lalu.
Tambah Ally, sebelum ini dia bukan tidak pernah memohon untuk bercuti tetapi komitmen terhadap kerja telah membuatkan dia perlu berkorban untuk bertugas.
Dalam pada itu, Ally berkata, dia sangat terharu dapat menyambut bulan Ramadan pertama sebagai suami kerana Farah Lee yang sedang bercuti selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti In Ha, Korea Selatan.
Ally memberitahu kesempatan itu diambil sebaik-baiknya untuk menghabiskan masa bersama selain memastikan mereka dapat berbuka puasa berdua.
“Jika dulu sebelum kahwin saya tidak pernah peduli di mana hendak berbuka tetapi selepas ada isteri ni, memang saya sentiasa ternanti-nanti untuk berbuka puasa dengannya,” ujar Ally.
Sementara itu, Ally memberitahu kehadiran Farah Lee telah banyak mengajarnya untuk mengimbangi pelbagai perkara dalam hidup yang sebelum ini banyak tertumpu kepada kerjayanya sahaja.
“Saya lebih utamakan isteri saya dan jika terlalu sibuk saya akan bawa kerja balik ke rumah. Sekurang-kurangnya saya dapat bersama dia.
“Dia juga masih belajar di luar negara dan apabila dia berada di tanah air saya cuba sedaya upaya untuk membuatkan dia gembira,” ujarnya.
Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.
Nora Danish Target Khatam Al-Quran Ramadan Ini
Berehat daripada menjalani aktiviti seni sepanjang Ramadan kali ini, aktres jelita, Nora Danish akui masa yang ada mahu diluangkan untuk memperbanyakkan ibadah termasuk berazam untuk mengaji kitab Al- Quran sehingga khatam.
Walau bagaimana pun Nora Danish berkata dia perlu mengaji Al-Quran secara perlahan-lahan kerana masih belajar untuk membaca Tajwid dengan betul.
“Alhamdulilah, sepanjang Ramdan ini saya dapat memanfaatkan masa dengan memperbanyakan ibadah kerana saya memang sengaja menolak apa sahaja tawaran berlakon untuk bercuti selama sebulan.
“Selain memenuhi jemputan amal berbuka puasa bersama anak yatim atau orang yang kurang bernasib baik saya akan cuba bersolat terawih setiap malam bersama kakak dan emak saya.
“Namun apa yang paling penting, saya sekarang sedang berusaha untuk mengaji Quran dengan bacaan Tajwid yang betul sehingga khatam. Saya menggunakan Quran elektornik untuk memastikan bacaan Tajwid saya tidak berterabur dan harap sangat saya dapat khatam sebelum yaya ini, InsyaAllah,”
Sungguh pun begitu, kata Nora Danish, selepas bercuti raya selama lebih kurang dua minggu, dia perlu bersiap sedia untuk menjalani penggambaran sebuah filem arahan Osman Ali berjudul Munajat Kasih.
Bercerita mengenai sambutan Aildilfiti yang akan tiba tidak lama lagi, Nora memberitahu dia terpaksa membatalkan niatnya untuk pulang ke Myanmar seperti kebiasaannya disebabkan krisis yang sedang berlaku di sana.
Namun tetap menjadi amalannya sekeluarga sejak beberapa tahun lalu untuk bertandang ke rumah keluarga bekas suaminya, Jejai walaupun sudah tidak bersama.
” Biasanya raya merupakan masa di mana saya dan ahli keluarga lain dapat bersama berkumpul. Lazimnya, kami akan bercuti bersama-sama atau pulang ke Myanmar, melawat saudara ibu saya di sana.
“Pada awalnya, memang saya dan keluarga nak pulang ke Myanmar pada Syawal nanti tapi disebabkan krisis yang sedang berlaku sekarang di sana, hanya ibu saja yang akan balik.
“Dan pada raya pertama selepas bersembahyang raya, saya dan ahli keluarga yang lain akan berkumpul di rumah. Kami juga akan ke rumah bekas mertua saya yang terletak di Ampang. Tidak jauh dari rumah kami,” beritahunya.
Dalam perkembangan lain, Nora juga bakal muncul sebagai pengacara dalam sebuah program raya yang berjudul Irama di TV3 pada Aidilfitri ini
Siti Nurhaliza Bersolek 1 Jam ! Fuhhhh
Mungkin bagi sesetengah jurusolek yang pernah mendandan rapi Datuk Siti Nurhaliza, agak jarang mendengar penyanyi tersohor itu boleh disiapkan dalam masa yang agak singkat.
Namun Khamis lalu, jurusolek yang semakin meningkat naik, Najeeb Azami telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menyiapkan solekan indah di wajah selebriti pujaan ramai itu dalam masa kurang daripada satu jam.
Hasil solekan ringkas berkenaan telah digunakan bagi menjayakan sesi rakaman klip video terbaru Datuk Siti bersama-sama juara Mania, Hafiz yang telah diadakan di Universiti Multimedia, Cyberjaya, Khamis lalu.
Najeeb berkata selalunya dia akan memperuntukan sekurang-kurangnya satu jam setengah untuk merias wajah Datuk Siti untuk tujuan tertentu, tetapi untuk klip video berkenaan dia hanya memerlukan satu jam sahaja.
“Ya memang, kali ini lebih cepat. Semuanya kerana teknik solekan yang digunakan kali ini lebih ringkas, nipis dan mengetengahkan konsep less is more.
“Bukannya saya memandai-mandai untuk memilih gaya solekan ringkas itu di wajah Datuk Siti tetapi pengarah klip video itu sendiri, Ghaz Abu Bakar yang mahukan saya menyerlahkan penampilan Datuk Siti seperti itu,” katanya.
Najeeb bagaimanapun berkata, sebelum memulakan proses solekan, dia bagaiamanapun terlebih dahulu telah bertanyakan pendapat daripada Datuk Siti dan dia berbesar hati apabila penyanyi berkenaan bersikap terbuka dengan sebarang pembaharuan.
Kata Najeeb, konsep hitam putih yang ada pada klip video berkenaan juga telah menjadi kekuatan untuknya tampil dengan sentuhan lebih sederhana tetapi tampak mewah.
Malah salah satu klip video sempena pertunjukan fesyen musim luruh dan dingin daripada pereka fesyen dari rumah fesyen Chanel, Karl Lagerfeld telah dijadikan panduan Najeeb untuk berkarya pada wajah Datuk Siti.
“Sebelum sesi fotografi bermula, Ghaz telah memberi tahu saya bahawa dia mahukan solekan hitam putih dan ringkas seperti mana yang ditayangakn dalam klip video fesyen Karl Lagerfeld.
“Apabila saya diberikan tanggungjawab itu, saya terasa amat gembira kerana inilah kali petama saya berpeluang menyiapkan Datuk Siti dengan solekan yang ringkas, tidak seperti biasa” katanya.
Najeeb telah menggunakan hampir kebanyakan produk solekan dari jenama SimplySiti bermula dari bedak asas, bedak tabur, pemerah pipi, maskara sehingga ke gincu bibir.
Bagaimanapun, bagi memberikan kesan bercahaya pada wajah Datuk Siti, dia telah menggunakan produk dari jenama Nars dan juga pembayang mata daripada Cyber Colors.
Najeeb turut diberi tanggungjawab menyiapkan penampilan wajah Hafiz supaya tampak selaras dengan Datuk Siti dalam klip video berkenaan.
“Untuk Hafiz saya telah menggunakan teknik solekan air brush yang nipis kerana hanya dengan teknik itu saja dapat mengekalkan hasil solekan terutama untuk penggambaran klip video.
“Manaka rambut Hafiz saya rapikan rata dengan menggunakan gel manakala rambut di bahagian belakangkanya pula dibiarkan beralun asli,” katanya.
Kartunis Tempatan Hina Malaysia
Kartunis Tempatan Hina Malaysia: Kartunis Malaysia hina negara sendiri melalui hasil karya kontroversinyanya.
Kartunis tempatan yang sering kali menghasilkan karya kontroversi, Zunar atau nama sebenar, Zulkiflee Anwar Haque sekali lagi tampil dengan kontroversi baru yang diciptanya. Kali ini beliau telah menghasilkan karya kartun yang menghina kedaulatan negara termasuk menghina Jalur Gemilang dan lagu kebangsaan Malaysia.
Dalam karya terbarunya yang diterbitkan melalui slot Cartoonkini, beliau mendakwa bendera Malaysia adalah diciplak dari negara Amerika Syarikat. Selain itu, dia turut menyatakan menerusi karyanya yang lagu Negaraku diciplak dari Indonesia. Dakwaan hampir sama dibuat ke atas lagu Janji Ditepati.
Karyanya tersebut disokong oleh laman berita pembangkang iaitu MalaysiaKini. Karya tersebut seolah-olah seperti sengaja mencetuskan provokasi di kalangan rakyat Malaysia pelbagai fahaman politik. - Kartunis Tempatan Hina Malaysia
Shila Hamzah Mahu Kekal Bertudung
Selebriti terkenal Shila Hamzah, yang kini popular dengan lagu Patah Seribu, mula mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.
Ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, Shila berkata, dia mula mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, beliau akan buka semula.
Hasrat beliau, 22, untuk kekal bertudung terlaksana selepas diajak kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya.
“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.
“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.
“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.
“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai,” katanya sambil menambah, “bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.”
Shila juga menyatakan hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.
“Ayah saya selalu berpesan pada saya, hidup ini adalah satu perjalanan. Solat itu penting bagi seorang Islam dan pelbagai ujian yang saya akan tempoh.
“Saya ingin memperbaiki hubungan saya dengan manusia dan juga dengan ALLAH,” jelas penyanyi ini.
Shila kini sedang sibuk dengan penggambaran program Raya Mania, yang akan bersiaran pada 1 Syawal menerusi Astro Ria berkata, terdapat beberapa program akan kelihatan dia dengan imej lamanya tidak bertudung.
“Saya harap peminat di luar nanti alah ftidak akan saham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.
“Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung,” katanya.
Shila turut memberitahu dia dan keluarga akan menyambut 1 Syawal di Ipoh dan akan beraya bersama keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang pada raya kedua nanti.
Populariti ‘Usop Wilcha’ Punca Waktu Shy8 Dengan Keluarga Terhalang
Pelakon dan penyampai radio Hot FM, Shy8 (disebut Shy Eight) berasa ralat kerana populariti mendadak yang di kecapinya mengakibatkan waktunya bersama keluarga semakin terbatas.
Justeru, Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail berkata, dia perlu membahagikan waktu antara urusan kerja dan peribadi dengan sebaik mungkin.
“Saya baru berkahwin tidak sampai lima tahun dan anak lelaki pula sedang membesar, jadi saya tidak mahu terlepas melihat proses pembesarannya kerana kesibukan kerja.
“Ralat juga jadinya apabila semakin popular dan sibuk, tidak banyak waktu yang dapat dihabiskan dengan keluarga. Sebab itu, saya mahu imbangi aspek itu sekarang.
Shy8 yang popular menerusi watak Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah berkata, pemergian ibunya Tom Ali Khan yang meninggal dunia pada 25 Jun lalu, memberikan kesedaran untuk dia menghargai insan-insan tersayang di sekelilingnya selagi berkesempatan.
“Pemergian ibu pada akhir Jun lalu bagai satu tamparan yang membuatkan saya sedar biar sibuk mana pun kita dengan urusan kerja, waktu bersama keluarga tetap menjadi keutamaan.
“Saya bersyukur dengan apa yang diperoleh dalam tempoh yang singkat tetapi populariti, peluang dan wang bukan segala-galanya jika kita tidak banyak masa dengan keluarga,” jelasnya.
Mengenai perkembangan kerjaya, Shy8 yang masih berkabung kerana kematian ibunya meminta untuk mengurangkan aktiviti di depan khalayak termasuk di studio radio buat sementara waktu.
“Saya sudah berbincang dengan pengurusan Hot FM dan mereka faham situasi saya. Memandangkan baru saja kehilangan ibu, saya belum bersedia untuk berjenaka yang keterlaluan.
“Kini saya sedang membuat persiapan untuk penggambaran dua filem arahan Mamat Khalid berjudul Zombie Kilang Biskut dan Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh selepas Hari Raya nanti,” kongsinya.
Respon Memey Tentang Berita Norman & Abby Mahu Rujuk
Sejak tersebarnya gambar mesra bakal ibu ini bersama Abby Abadi ketika mereka berbuka bersama sekitar minggu lalu, ramai peminat gembira selepas mendengar berita baik mengenai keluarga Norman Hakim yang semakin bahagia. Memey Suhaiza dan Abby kini bukan musuh lagi. Malah Abby mengakui sudah boleh menerima mereka sekeluarga.
Namun dalam pada kebahagian juga ikatan silaturahim antara Memey dan Abby sedang terjalin, timbul pula spekulasi mengatakan bahawa suaminya ingin merujuk kembali Abby Abadi lantaran menimbulkan lagi persoalan ramai.
Memey menafikan spekulasi yang sedang tersebar dan mengaku bahawa mereka hanya membincangkan perkara mengenai anak-anak sahaja jika berjumpa.
“Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini.”
Memey turut meluahkan rasa syukurnya terhadap perkara yang terjadi dan menganggap ini adalah berkat dari bulan Ramadhan.
“Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami”, katanya yang kini sudah hamil 3 bulan.
Dirogol 5 Lelaki Menyamar Pegawai Cegah Maksiat
KOTA BHARU – Seorang wanita dirogol secara bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali yang menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.
Asisten Komisioner Lai Yong Heng (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri) berkata, sebelum kejadian dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya sekitar 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu yang mendawa diri sebagai anggota pencegah maksiat.
“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad didalam gelap. Salah seorang suspek tersebut menggertak mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa pun,” katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
“Oleh kerana percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa pula akan dibawa ke balai polis.
“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong lalu dirogol bergilir-gilir disitu,” katanya
Misha Omar Mengakui Tunangnya Bukan Lelaki Idaman
“Saya memang tidak suka dengan lelaki bertubuh gempal atau besar. Saya suka lelaki metroseksual”
Penyanyi yang popular dengan lagu Adam dan Hawa ni sekaligus mengakui bahwa tunangnya, Firos Ezzwan Rossly bukanlah lelaki idamannya. Lantaran timbul ‘spekulasi nakal’, mungkin juga itu puncanya Misha mengambil keputusan menangguhkan perkahwinan bersama juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) itu.
Bagaimanapun, jelas Misha, dia tertarik dengan keikhlasan dan kebaikan hati-budi Firos.
“Saya pilih dia kerana keikhlasan dan kebaikan hati-budinya. Saya tahu dia menyayangi saya dengan sepenuh hati. Kalau saya dapat lelaki idaman sekali pun, belum tentu dia boleh menyayangi saya seperti Firos lakukan. Kami saling menggagumi dan dia adalah lelaki terbaik untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak saya. Dia melengkapi hidup saya.
“Selepas bertunang saya dapat merasakan perbezaan dalam hidup saya. Dahulu orang sering buat spekulasi tentang status perkahwinan saya. Kini cerita-cerita begitu tidak kedengaran lagi. Hati saya rasa lebih tenang dan sudah tentu saya kini bahagia. Macam yang saya katakan tadi, Firos melengkapi hidup saya. Dia sentiasa cuba menggembirakan saya,” ujarnya.
Seperrtimana pasangan lain, Misha turut mengakui kadang-kala berlaku perselisihan faham di antara mereka, apatahlagi bagi mereka yang dalam fasa alam pertunangan. Walaupun begitu, mereka kami berjaya mengharungi setiap cabaran dan sentiasa berbimcang seandainya timbul masalah atau
“Orang kata ‘darah manis’. Kalau ada perkara yang menimbulkan rasa kurang senang antara kami berdua, kami akan berbincang dengan baik. Saya bangga dengan pencapaian kami hari ini. Tempoh bertunang ini adalah masa terbaik untuk kami belajar menyesuaikan diri,” kata Misha yang kelihatan lebih berseri-seri sejak bergelar tunangan orang ini.
Ditebak dengan tarikh perkahwinan, pemilik nama Samihah Omar ini sekali lagi menjelaskan bahawa sehingga kini dia masih belum memilih tarikh yang diinginkan.
“Kalau boleh hendak selesaikan tahun hadapan. Kami memang hendak langsungkan perkahwinan cepat-cepat. Begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Tetapi, kami harus berfikir secara rasional. Firos masih dalam latihan kerja. Saya tidak mahu bebankan dia dengan memikirkan persiapan perkahwinan.
Komitmen kerja lebih penting. Biarlah dia selesaikan latihan penerbangan dahulu sebab sekarang ini dia sering tertekan. Buat persiapan perkahwinan ini bukannya mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya tak mahu bebankan dia dengan lain-lain tanggungjawab,” katanya yang bakal muncul dalam telemovie berjudul Untung Atas Angin yang akan ditayangkan di saluran RTM sempena hari raya nanti.
Pelesit rempit cedera ditembak
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang pelesit rempit ditembak selepas dia bersama lima lagi rakannya cuba menyamun seorang ahli perniagaan di Jalan Langkawi, Setapak semalam.
KUALA LUMPUR – Sekumpulan enam pelesit rempit bukan sahaja kempunan untuk menikmati hasil samun, malah salah seorang mereka cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis dalam kejadian di Jalan Langkawi, Setapak di sini semalam.
Kejadian pukul 5 pagi itu berlaku apabila kesemua suspek yang menaiki beberapa buah motosikal tersebut cuba menyamun seorang ahli perniagaan yang baru pulang ke rumah selepas makan tengah malam bersama rakan-rakannya.
Difahamkan, suspek disyaki pelesit rempit selepas polis mengesyaki kumpulan itu merupakan golongan yang sama pernah terlibat dalam beberapa kejadian samun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an tersebut cedera dibelasah pelesit rempit yang bersenjatakan besi dan parang.
“Suspek kemudian bertindak ganas apabila memecahkan cermin kereta Proton Perdana yang dipandu mangsa sebelum membelasahnya.
“Beberapa anggota polis yang sedang meronda telah terserempak dengan kejadian itu sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara tetapi tidak diendahkan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Ops Sikap 2012 – Senarai Lokasi Speed Trap
Ops Sikap 2012 – Senarai Lokasi Speed Trap : Berikut adalah Senarai Lokasi Speed Trap, Ops Sikap 2012 pada Hari Raya kali ini.
Pesanan Forblogger, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati tak kira dimana sekalipun anda berada. Jangan bahayakan nyawa anda, orang kesayangan anda dan orang lain yang tidak bersalah.
Team Ultimate-X
PLUS North Bound (ke Utara)
# Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
# Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
# Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
# Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
# Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
# Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
# Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
# Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
# Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
# Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
# Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
# Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
# About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
# At 296.5km and 297km, Bangi junction.
# Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
# At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
# On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
# After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
# Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
# On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
# Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
# Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
# Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
# Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
# After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
# 300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
# Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
# Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
# Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
# From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
# From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
# Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
# Below railway bridge at 11.2km
# Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
# Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
# At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
# Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
# Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
# Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
# East bound, downhill run after Raub junction.
# Maran, 60km/h zone.
# Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR South
Bound
# Tangkak junction.
# Under the bridge after Yong Peng
North junction
# at 97.3km.
# Ayer Hitam junction.
# Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
# Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
# Before Perwaja Steel.
# Sg Petani junction.
# Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
# PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
# PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
# About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
# Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
# Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
# Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
# Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
# Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
# Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
# Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
# Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
# Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
# Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
# Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
# Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
# Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
# Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
# Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
# Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
# Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
# Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
# Under the bridge at 372.6km, at SlimRiverjunction.
Subscribe to:
Posts (Atom)