Monday, 13 August 2012

Beban Terlebih Punca KL Monorel Rosak, Prasarana Nafi



Beban Terlebih Punca KL Monorel Rosak, Prasarana Nafi : Pegawai bomba mendapati beban yang berlebihan adalah punca kerosakan kepada monorel, namun ianya dinafikan oleh Prasarana.

Kejadian monorel rosak dan tersangkut di landasan di Brickfields pada Sabtu lepas mungkin berpunca daripada bebanan berlebihan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata ini kerana pihaknya mendapati sistem brek tidak dapat dilepaskan sekalipun selepas menggunakan alat membebaskan brek di dalam monorel serta melalui alat kawalan jauh di stesen kawalan.

“…brek yang mencengkam hanya dapat dilepaskan selepas kami mendapatkan bantuan daripada pasukan mekanikal daripada Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), selaku penyedia perkhidmatan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata beban berlebihan mungkin punca enjin monorel itu berhenti secara tiba-tiba dan sistem brek mencengkam dengan mengejut.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar Prasana melihat semula Prosedur Operasi Standard (SOP) perkhidmatan monorel bagi mengelak kejadian berulang.

Dalam kejadian 2.18 petang Sabtu lepas, 183 penumpang diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat selepas monorel yang dinaiki rosak dan tersangkut di atas landasan di Brickfields, sejurus keluar dari stesen itu  menuju ke stesen Maharajalela. Tiga daripada penumpang dimasukkan ke hospital kerana pengsan dan sesak nafas.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali menafikan lebihan muatan punca monorel tersebut berhenti.

Ini kerana katanya ketika kejadian hanya terdapat 183 penumpang berbanding kapasiti sebenar 214 orang untuk satu perjalanan.

Azhar berkata siasatan awal pihaknya juga mendapati kejadian berlaku disebabkan monorel kehilangan kuasa tarikan (traction power) yang mengakibatkan enjin berhenti secara automatik.
  
Bagaimanapun katanya, kapasiti monorel akan dipertingkat menjelang hujung tahun ini dengan tambahan dua lagi gerabak untuk satu-satu perjalanan berbanding hanya dua sekarang.

[Video] Karoot Komedia X 2012 Ep10 Full


Karoot Komedia X 2012 
Ep10 Full


Drama Tanah Kubur Dikutuk Penonton



Siri Drama yang penuh dengan keinsafan dan pengajaran, Tanah Kubur yang disiarkan Astro Oasis telah mendapat kritikan dalam mingguan Malaysia semalam.

Mari kita tengok apa yang dikutuk oleh pengomen ini.
Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan komen Puan Jamilah dari Kuang Selangor yang mana daripada beberapa sudut memang cerita yang dipaparkan dalam Tanah Kubur agak berlebihan. Setiap minggu saya mengikuti siri ini tetapi lima minit bermula kita sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dan bagaimana ia digambarkan.

Yang peliknya tidak mungkin kesemua jenazah yang meninggal itu berwajah buruk dan berulat. Memang benar balasan Allah SWT itu adalah pasti tetapi Allah jua tida akan mengaibkan jenazah tersebut. Bertambah pelik apabila setiap kali jenazah tidak disempurnakan misalnya tidak dimasukkan ke liang lahad, tidak muat, jenazah terlalu berat dan ada ular, kesemuanya itu dapat diselesaikan dengan doa Tok Adi sahaja.

Memang Tok Adi itu digambarkan seorang yang warak tetapi janganlah watak tersebut dilihat terlebih pula. Kadang-kadang penyebab kematian pun macam tidak logik. Setiap episod akan berdepan dengan kematian sedangkan untuk memberi pengajaran tidak semestinya mati dengan keadaan yang digambarkan sangat teruk.
Menarik juga tulisan si pembaca ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya memang berlebihan dan tidak wajar? Sila kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

[Video & Gambar] Ibu lambung bayinya... Lihat!!!


Gila ahhh perempuan ni
kejam...kejam....kejam!!!
tak tergamak nak tengok aksi dia lambung, hayun dan pusing-pusing tangan bayi tu
adoiyaiiii mesti baby tu sakit
silap-silap mau tercabut sendi

Begitulah ‘Yoga Bayi’ yang dipraktikkan oleh seorang pakar terapi dari Rusia, Lena Fokina, 51, terhadap seorang bayi yang menjadi ‘mangsa’nya dan aksi-aksi ‘akrobatik’ tersebut jelas membimbangkan ramai pihak, khususnya para ibubapa.

Menurut Lena, terapi itu asalnya diamalkan oleh puak-puak Afrika purba yang kemudiaannya dipermodenkan oleh seorang pakar, Dr. Igor Charkovsky, dan dilakukan terhadap bayi yang berusia beberapa minggu hingga umurnya mencecah dua tahun.

Wanita Rusia itu juga menjelaskan bahawa teknik itu sangat membantu tumbesaran bayi dan menegaskan bahawa tindakannya itu tidak salah dari sudut kemanusiaan sama sekali.

“Kaedah ini pada asalnya dibangunkan untuk menyembuh dan membetulkan kesihatan bayi yang mempunyai masalah otot atau tulang, namun ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sihat.

“Pergerakan ini direka untuk meningkatkan keupayaan otot dan pembangunan mereka.
“Dan sebenarnya bayi mampu membaca, menyanyi, bercakap, berenang sejak dilahirkan. Ia (yoga bayi) juga membuat tangan mereka yang lebih kukuh. Kami berperi kemanusiaan dan tidak berbuat apa-apa kesalahan pun,” katanya yang dipetik dari laman Dailymail.uk.com.

Meskipun menyedari ramai pihak yang marah melihat perlakuannya terhadap bayi yang menjalani terapi yoga bayi itu, Lena menegaskan bahawa tubuh badan bayi yang masih lembut itu mampu menyesuaikan diri dengan kaedah itu.

“Tubuh badan bayi yang kecil yang boleh menyesuaikan diri dengan proses mudah jika diamalkan secara beransur-ansur.

“Bayi itu akan selamat (dari sebarang kecederaan) sekiranya ibubapanya atau pengamalnya mempelajari, memahami dan menggunakan cara yang diajar oleh Dr. Charkovsky.

“Kebanyakkan orang rasa marah melihatnya (cara terapi yoga bayi) kerana mereka tidak sedar mengenai keupayaan sebenar bayi sedangkan sebenarnya kebolehan bayi-bayi ini lebih luas dari yang difikirkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, hujah Lena dan Dr. Charkovsky ini telah mencetus kontroversi dari ramai pakar-pakar perubatan moden yang membantah terapi ‘kejam’ itu.

Ada di antara pakar-pakar itu yang berpendapat bahawa terapi itu mampu menyebabkan gegaran otak dan mengakibatkan kecacatan mental bayi.

Lena menyifatkan kritikan negatif yang diterimanya itu sebagai jahil dan melalui pengalaman selama 30 tahun mempraktikkan yoga bayi, belum ada lagi bayi yang berakhir dengan kecacatan mental mahupun fizikal.
“Pertama kali saya mencuba yoga bayi ialah pada 30 tahun lalu terhadap anak perempuan sulung saya, Alexandra. Pada mulanya saya bimbang, tetapi kemudian saya menyedari bagaimana anak-anak saya gembira menikmatinya dan ia begitu memberi inspirasi kepada saya.

“Mereka yang mengkritik kaedah ini adalah jahil. Jika mereka cuba untuk memahami apa yang kami lakukan, mereka akan mengubah pemikiran (tanggapan) mereka.

Semua anak-anak saya telah berkembang mengikut kaedah Charkovsky dan mereka semua telah mencapai keputusan cemerlang dalam kehidupan. Anak-anak saya adalah juara Rusia dalam acara payung terjun, terjun bebas dan menunggang kuda.

“Sekarang anak-anak saya mengamalkan mereka kaedah-kaedah yang sama pada anak-anak mereka sendiri. Ia adalah bukti yang terbaik,” katanya penuh yakin.

Berikut adalah aksi bayi yoga yang dimaksudkan dan para pembaca diingatkan agar jangan melakukan aksi-aksi sedemikian selagi tidak mempelajari dan mahir dengan kaedah yang diperkenalkan Dr. Charkovsky tersebut. -


Tradisi Di India [Kongsi isteri]


Hal ini terjadi terutamanya di wilayah utara India, di daerah Baghpat, hanya sekitar dua jam dari kota metropolitan New Delhi. Munni, wanita pertengahan 40-an yang mengisahkan penderitaannya menjadi seorang isteri kepada seorang suami sekaligus pemuas nafsu adik-adik suaminya.

“Suami saya dan orang tuanya memberitahu, saya harus membahagikan diri saya (melayan) dengan adik-adiknya,” kata Munni.

Dua adik suaminya adalah bujang terlajak yang tidak memiliki isteri. Antara lain disebabkan jumlah wanita yang kurang di perkampungan tersebut. Munni ketika ini mepunyai tiga orang anak, hasil hubungannya dengan suami, dan dua adiknya.

“Kedua-duanya (adik suaminya) menyetubuhi saya bila mana mereka mahu, tidak kira siang atau malam. Jika saya menolak, mereka akan memukul saya dengan apa saja. Kadang-kala mereka mengusir saya untuk tidur di luar, saya juga pernah disiram minyak tanah dan dibakar,” tutur Munni.

Setelah tiga bulan menderita, Munni berjaya melarikan diri, setelah berpura-pura hendak pergi ke hospital. Tetapi, wanita yang telah memiliki tiga anak lelaki itu tidak membuat sebarang laporan polis.

Munni hanyalah satu dari puluhan wanita di Baghpat yang mengalami nasib yang sama. Kes-kes penyiksaan dan penyimpangan ini kebanyakan tidak dilaporkan kepada polis. Wanita-wanita ini jarang dapat keluar rumah bersendirian, mereka dilarang keluar rumah tanpa ditemani kaum lelaki sehingga sukar untuk berhubung dengan dunia luar.

Berbeza dengan wanita moden dan berdikari yang bekerja di kota besar seperti New Delhi, di desa tempat Munni tinggal, kaum wanita dikurung di dalam rumah. Mereka hanya berfungsi untuk melahirkan anak dan bertugas membuat kerja-kerja rumah.




Sementara kaum lelaki pula bekerja sebagai petani atau hanya menganggur dan duduk-duduk seharian di rumah dan di bawah pokok. Minum teh dan merokok, serta saling membandingkan isteri yang jumlahnya terhad.

Penduduk kampung mengatakan tradisi berkongsi isteri ini memiliki banyak kelebihan. Salah satunya adalah menghindari perpecahan akibat perebutan pusaka dan aset di antara para pewaris keluarga. Selain itu, ia juga membebaskan wanita miskin dengan mengawininya, mendapatkan nafkah dari banyak lelaki.

Menurut Bhagyashri Dengle, pengarah eksekutif Children”s Charity Plan India, mengatakan budaya ini terjadi akibat menurunnya jumlah wanita dibandingkan lelaki. Kebanyakan warga di India menggugurkan bayi perempuan kerana dianggap tidak berguna pada masa depan.

Menurut kajian populasi di India pada tahun 2011, hanya terdapat 858 wanita untuk 1000 lelaki di Baghpat. Dan jumlah ini terus menurun. Hal ini juga terjadi di daerah Haryana, Punjab, Rajashtan dan Gujarat.

“Di setiap kampung, terdapat lima atau enam lelaki bujang yang tidak dapat menemui isteri. Dalam satu keluarga, terdapat tiga atau empat lelaki yang belum berkahwin,” lanjut Dengle.

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah membeli pengantin dari daerah lain dengan harga 15000 rupee. Tetapi, ianya juga hanya membawa penderitaan kepada kaum wanita, kerana kebanyakan mereka harus berkahwin dengan lelaki yang berusia jauh lebih tua.

Pesan Hari Raya [Jiran Terbaik] Yaya


[Video] ' Berhati-hati di Jalan Raya ' Boboiboy






[ Video ] Meriam Paip air Ada Berani....



DAH KE BELUM JOHARI PAIN? 'Janji Kerat'




Pencuri Yang Tersangatlah Bijak


Haa, ni ada suatu video yang agak menarik untuk ditonton, bagaimana seorang lelaki ini dapat mencuri sebuah Tv yang besar tanpa disedari pengawal, penjaga tempat tu.. memang bijak pencuri ni..huhu
Law tak silap katanya kecurian ini berlaku di siang hari.. meh tengok video ni..









Memang tak dapat dikesan sehinggalah pencuri itu keluar dari pintu utama tu.. haha

Fakta Sebenar – Disebalik Tercetusnya Program Imam Muda Dan Ustazah Pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mungkin ramai di antara kita yang gemar menonton program Imam Muda dan Ustazah Pilihan bukan? Bagi selalu mengikuti program Imam Muda khususnya mesti ada yang perasan kenapa program Imam Muda 3 musim ini sangat hambar seperti kurangnya sambutan tidak seperti program Imam Muda 1 dan Imam Muda 2 musim yang lalu. Oleh itu, selaku pengasas Imam Muda Dan Ustazah Pilihan, Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar telah tampil untuk memberikan penjelasan berkaitan isu ini.. 


1. Pertama sekali kita semua hendaklah merafa’kan syukur ke hadhrat Allah SWT atas limpah dan izin-Nya program siri pencarian Imam Muda telah diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat bahkan ia telah menjadi satu gelombang baru dalam dunia hiburan yang berpaksikan keagamaan di Malaysia. Malahan , program Imam Muda juga yang telah memulakan langkahnya pada tahun 2010 telah berjaya menggamit kedatangan para media asing untuk melihat dari dekat keistimewaan program Imam Muda yang diterbitkan di Malaysia.


2. Menerusi tulisan ini , adalah diharapkan agar beberapa fakta penting mengenai program Imam Muda dan termasuklah Ustazah Pilihan yang selama ini cuba di’sorok’kan daripada pengetahuan umum akan dapat diketahui. Untuk makluman saudara / saudari sekalian, tujuan pendedahan ini bukan bersifat kehausan popularitI yang mendesak , Cuma niat saya hanya satu sahaja iaitu untuk mengajar manusia atau individu-indvidu terlibat supaya bercakap dan berkata benar untuk beberapa fakta tentang Imam Muda dan Ustazah Pilihan.

3. Saya juga amat akur bahawa dengan kegemilangan yang dicipta oleh program Imam Muda yang telah melahirkan ikon-ikon muda yang berkaliber dalam menggerakkan usaha dakwah dan menarik minat semua lapisan masyarakat untuk mendekati agama maka sedari awal sudah ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba menangguk di air yang keruh dengan mencanang kepada masyarakat bahawa Imam Muda dan Ustazah Pilihan adalah lahir daripada pemikirannya. Banyak fakta-fakta yang bercanggah dan pelbagai versi diperolehi tentang siapakah yang merupakan pengasas dan pencipta sebenar program Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini.


4. Sumber daripada yang boleh dipercayai iaitu para Imam Muda sendiri yang telah dipasak dengan informasi silap ini bahawa seorang ‘itu’ yang menyatakan bahawa Imam Muda ini adalah hasil ideanya yang diperolehi sewaktu pulang daripada masjid bersama anaknya , lalu anaknya bertanya , kenapakah tidak ada imam-imam muda.? Kononnya begitu idea itu lahir. MasyaAllah, saya fikir ‘elok’ kenyataan itu diberanikan untuk dikeluarkannya di hadapan saya. Kenapa kena tunggu ketiadaan saya barulah ingin dimaklumkhabarkan kepada para Imam Muda bahawa ‘dia’lah sebenarnya pengasas Imam Muda.

5. Terdapat sumber lain pula yang menyatakan bahawa program Imam Muda ini adalah lahir dari hasil dan penat lelah pemikiran ‘pengacara pertamanya’ , ini kerana sang pengacara ini sentiasa membuat perkhabaran ke serata tempat dimana beliau berceramah adalah sedemikian maksudnya bahawa beliau adalah yang bersusah payah bagi menjadikan program ini satu kenyataan.

6. Kemelut ini sedemikian membawa saya untuk mendedahkan perkara sebenarnya ialah apabila terlalu ramai yang ingin menjadi ‘wali sebenar’ maka saya ingat perlu dan wajar saya perjelaskan kekeliruan ini. Sebenarnya untuk makluman semua , Imam Muda adalah lahir dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang merupakan hasil idea asal saya dengan mempunyai sebab-sebab yang tersendiri dan bukan disebabkan oleh pertanyaan si anak yang baru pulang dari masjid bersama ayahnya. Kertas cadangan tersebut saya telah siapkan pada 2 ogos 2008 iaitu sehari selepas ulangtahun kelahiran saya pada 1 Ogos 2008..waktu itu juga saya merupakan hari ke-2 saya melapor diri ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tambahan pula pada masa itu saya tidak mempunyai ruang pejabat lagi. Oleh yang demikian , selama seminggu juga saya berada di Surau Al-Muhajirin,JAWI disebabkan tiada meja lagi..maka disitu saya telah (pd 2 Ogos 2008) menghasilkan kertas cadangan Akademi Imam Muda (AIM) bukan pun lagi namanya Imam Muda.

7. Saya sebagai seorang yang mempunyai dua lapangan pengalaman iaitu agama dan produksi atau lebih tepat lagi penyiaran , maka saya amat yakin cadangan saya tersebut mampu untuk memecahkan tradisi dalam mempersembahkan sebuah program hiburan yang bercorak keagamaan sekaligus dapat menarik golongan yang pelbagai terutamanya orang-orang dewasa untuk mendekati agama.

8. Sebaik sahaja saya telah mula menjalankan tugas di JAWI dan sebagai pegawai perhubungan awam jabatan saya telah diminta untuk sentiasa menghadiri mesyuarat-mesyuarat pengurusan bersama Pengarah JAWI. Maka , dalam mesyuarat tersebut iaitu pada tahun 2008, saya telah menyatakan bahawa saya cuba untuk membuat satu kerjasama pintar dengan sebuah syarikat televisyen satelit iaitu Astro bagi menerbitkan idea saya iaitu nama asalnya Akademi Imam Muda (AIM). Mungkin ramai yang tidak mengetahui kenapa AIM itu boleh terhasil? Ia adalah juga singkatan bagi nama Anugerah Industri Muzik (AIM) , maka saya berfikir kenapa tidak saya tukarkannya menjadi Akademi Imam Muda. Cadangan dan idea saya tersebut telah dipersetujui oleh Y.Bhg Datuk Haji Che Mat bin Che Ali , Pengarah JAWI.

9. Rentetan daripada itu , saya telah menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada Haji Izelan Basar , Pengurus Saluran Astro Oasis menyatakan hasrat saya untuk mencadangkan program Akademi Imam Muda. Alhamdulillah , pada dasarnya beliau bersetuju kepada cadangan tersebut. Sebaik saja cadangan tersebut disampaikan melalui SMS , tempoh mendapatkan kepastian terakhir daripada pihak beliau tertangguh sekitar sebulan lebih kerana saya dimaklumkan bahawa beliau mempunyai urusan di Indonesia. Sejurus selepas itu , urusan dan beberapa kali perbincangan antara saya dengan beliau dan termasuk kumpulan produksi Astro Production Sendirian Berhad. Setelah kertas cadangan Akademi Imam Muda yang saya tulis tersebut dibentangkan kepada rakan-rakan APSB maka sudah ada petanda daripada pihak pengurusan tertinggi Astro untuk menjadikan program ini dengan lebih serius dengan kerjasama JAWI. Sehinggalah kepada terbitnya sebuah program Imam Muda pilot bagi tujuan mengenalpasti tahap penerimaan masyarakat penonton terhadap program ini.

10. Justifikasi kenapakah saya mencipta program Imam Muda antaranya ialah mengambil kira bahawa imam-imam yang telah berumur di sesetengah kawasan yang secara kebetulannya saya mengalaminya sendiri melakukan banyak kesilapan seperti bacaan,teknik khutbah yang kurang efektif,cara berkomunikasi dengan anak-anak qaryah yang agak tidak menepati,selain daripada keperluan-keperluan fardhu kifayah yang dilakukan dengan tiada kesempurnaan. Tambahan pula , apabila saya menyertai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang terletak di bawahnya ialah Bahagian Pengurusan Kariah yang mempunyai peranan yang besar dalam memberi nafas baru kepada institusi masjid yang ditadbir oleh para imam yang lebih dinamik dan dihormati.

11. Tujuan saya mencadangkan program ini agar Astro berkerjasama dengan pihak JAWI adalah amat bertepatan kerana JAWI merupakan sebuah agensi yang menguruskan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan terutamanya Kuala Lumpur dan JAWI juga memiliki pelbagai prasarana dalam menyokong penerbitan program siri pencarian Imam Muda tersebut seperti kemudahan masjid , urusan pernikahan cerai dan rujuk , kebajikan Islam yang menguruskan jenazah-jenazah yang tidak berwaris di Hospital-hospital dalam Wilayah Persekutuan termasuk HUKM , Bahagian Penguatkuasaan dan banyak lagi. Dengan kata lain juga , antara tujuan lain saya mencetuskan Imam Muda ini ialah untuk membuat promosi dan pemakluman kepada masyarakat umum tentang apakah rutin aktiviti yang dilakukan oleh JAWI dalam menguruskan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan.

12. Selain daripada itu , pihak JAWI boleh memberikan tunjuk ajar dengan lebih jelas kepada para peserta Imam Muda umpamanya pegawai-pegawai daripada Bahagian Penyelidikan yang bertanggungjawab dalam bidang pengurusan halal akan memberi tunjuk ajar tentang teknik dan cara-cara penyembelihan , begitu juga dengan Bahagian Pengurusan Dakwah yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk menguruskan jenazah-jenazah terutamanya yang tidak dituntut dan tidak berwaris dari Bilik Forensik , Hospital Kuala Lumpur untuk menunjukkan kepada para peserta bagaimana mengendalikan jenazah tersebut.Itu antaranya sahaja.

13. Pembelajaran para peserta Imam Muda bukan sekadar retorik dalam perancangan saya kerana saya telah menyediakan silibus-silibus khusus sepanjang tiga bulan mereka berada dalam akademi tersebut selain daripada memenuhi keperluan daripada pihak penaja. Silibus yang saya garapkan kepada bakal-bakal peserta Imam Muda adalah bersifat hands-on dan juga on-demand iaitu sememangnya saya mendedahkan kepada topik-topik yang biasanya menjadi perbincangan dan berkisar dalam masyarakat umum terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan rukun Islam 5 perkara antaranya. Manakala , silibus-silibus saya garapkan tersebut telah disesuaikan dengan kepakaran pegawai-pegawai JAWI yang bakal menjadi tenaga pengajar dalam akademi tersebut. Oleh kerana perjalanan Imam Muda ini prosesnya terlalu panjang maka tidak terniat di hati saya untuk menafikan peranan rakan-rakan sekerja dalam tim penerbitan Imam Muda. Cuma yang mendorong saya membuat penjelasan lanjut begini ialah kerana sedikit ‘penipuan’ dan ‘penyorokkan’ fakta sebenar tentang dari mana dan siapakah yang mula mengasas program Imam Muda ini.

14. Alhamdulillah,kerjasama antara dua pihak berjalan dengan lancar setelah Imam Muda telah dilancarkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom (B) , Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk musim pertamanya. Apa yang menyedihkan saya ialah pada end credit pada setiap kali program yang pada asalnya diletakkan saya sebagai Konsep & Idea Asal – Tuan Asmawi bin Tuan Umar , namun setelah program Imam Muda mula memasuki episod ke-empat maka nama saya sebagai Konsep & Idea Asal telah ditiadakan dan digantikan dengan Konsep & Idea Asal oleh Unit Pembangunan Kandungan Astro. Memang saya juga tidak menafikan bahawa kertas cadangan saya itu telah berlakunya beberapa perubahan dari sudut cadangan kandungannya , walau pun begitu , ia masih tidak wajar untuk Astro mengakui bahawa Imam Muda itu adalah idea dan konsep mereka secara total.

15. Kisah yang sama juga berlaku kepada penerbitan program Ustazah Pilihan yang juga kertas konsep dan cadangan asaslnya ditulis oleh saya pada tempoh Imam Muda musim ke-2 sedang berjalan. Untuk maksud penerbitan Ustazah Pilihan ini , saya hanya sempat empat kali diundang ke mesyuarat penerbitan. Namun setelah saya menyerahkan kertas cadangan tersebut hanya menerusi emel kepada mereka yang berkenaan , dan kali keempat mesyuarat saya hadiri di Astro , maka itulah kali terakhir. Saya telah menunggu juga keputusan terkini daripada pihak Astro samada mereka benar-benar ingin meneruskan program tersebut , rupa-rupanya benar program itu diteruskan tetapi tidak lagi berkerjasama dengan pihak JAWI. Saya dalam hal ini amat sedih kerana selama ini saya memperjuangkan untuk program sebegini dapat memberikan kepentingan kepada kedua-dua pihak namun ternyata sangkaan saya begitu meleset.

16. Ternyata kedegilan pihak terbabit mengadakan kerjasama dengan pihak JAWI telah mengakibatkan banyak kecelaruan yang berlaku sepanjang tempoh Ustazah Pilihan berlangsung seperti ketiadaan silibus khusus , lokasi untuk assignment bagi para peserta Ustazah Pilihan seperti kemudahan yang diperolehi oleh peserta Imam Muda malah rata-rata yang memberi komentar ianya tidak lebih seperti ala-ala Akademi Fantasia. Lebih malang lagi , jika sekiranya program tersebut mempunyai silibus khusus , maka seperti kebiasaan pihak JAWI tidak teragak-agak untuk membuat rekomendasi untuk mendapatkan tauliah mengajar di Wilayah Persekutuan,jadi dengan kesombongan itu telah mengakibatkan para peserta Ustazah Pilihan dan Imam Muda musim ketiga tidak memperolehi tauliah mengajar dalam Wilayah Persekutuan yang merupakan keperluan seperti yang diperuntukkan dalam Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Seksyen 11. Mengajar agama tanpa tauliah.

(1) Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 96 Akta Pentadbiran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

18. Sebenarnya jika ingin saya perkata tentang ini terlalu panjang dan saya perlu maklum kepada umum apa yang perlu sahaja. Untuk makluman juga terutama kepada para Imam Muda dan Ustazah Pilihan bahawa dengan mesej ini terpulang kepada saudara saudari untuk menilai sejauh mana kesahihannya kerana setahu saya anda semua telah dipasak dengan info yang berbeza. Barangkali jika anda semua menjadi kenyataan saya ini sebagai yang benar , anda semua mungkin berdepan dengan diGAM oleh pihak-pihak yang terbabit. Kepada semua, dalam apa keadaan sekali pun , tiada hinanya jika kita berkata BENAR.

Sekian,

TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR
Pengasas IMAM MUDA & USTAZAH PILIHAN





Kemanakah Johari Pain Menghilang?


assalamualaikum dan selamat sejahtera, nampaknya cerita pasal mamat Johari Pain ni tak abis lagi.. haha, kesian. “Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya” haa itulah ungkapan yang paling tepat diberikan kepada Johari Pain ni,nampaknya ramai orang nak beliau tunaikan janjinya, tetapi kemanakah menghilangnya Johari pain ini? akaun facebook miliknya pun sudah tidak dapat diakses mungkin sudah deactivated atau di delete terus..


 Bagi yang masih tidak tahu lagi kenapa si Johari Pain ni dicari? baca ni.. sebenarnya Johari Pain (nama facebooknya) telah menulis status facebooknya begini.. tengok gambar di bawah

Jadi kita semua maklum yang Pandelela Rinong ni telah memenangi pingat gangsa dalam sukan Olimpik awal pagi semalam, jadi pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Johari Pain ni telah “Printscreen” status tersebut dan menyebarkan di internet.. tak sampai beberapa jam, fenomena Johari Pain ni telah mengegarkan dunia maya.. Facebook terutamanya. Fenomena ini bertambah parah apabila kes ini masuk dalam suratkhabar online Sinar Harian.. (LINK)

 Banyak fanpage di bina yang meminta Johari Pain ini menunaikan janjinya.. haha.. itulah orang kata “terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya”.








adi persoalannya sekarang kemanakah menghilangnya Johari Pain menghilang? hanya dia dan sesiapa yang mengenali dia sahaja yang tahu mungkin, semoga dia tidak buat perkara bukan-bukan.. :D





Akibat dah menjadi perbualan hangat dan rasa tak senang duduk, akhirnya beliau pun memohon maaf, di Twitternya.. 




Atlet Nama Terpanjang Di Olimpik 2012



Olimpik London 2012 diwarnai dengan pelbagai gelagat-gelagat menarik para atlet.

Sebelum ini, berbangkit isu apabila seorang atlet angkat berat dari Australia tidak mencukur bulu ketiaknya.

Lantaran itu, media mula memberi perhatian terhadap atlet wanita tersebut.

Namun, kali ini media mengalihkan tumpuan kepada salah seorang atlet lelaki mewakili Iran.

Atlet angkat berat kategori 94 kilogram itu dikatakan mempunyai nama terpanjang dalam satu perkataan.

Nama dia adalah…


Saeid Mohammadpourkarkaragh.

Bukan sahaja panjang, namanya turut sukar disebut.
Menurut sumber, komentator turut sukar menyebut Mohammadpourkarkaragh dan hanya menyebut Saied sewaktu dia bertanding.



Buat maksiat setelah penat membeli-belah untuk raya



Wanita berkemban dengan tuala dicekup bersama pasangannya yang menyorok dalam tandas.


KUALA LUMPUR – Pasangan kekasih memberi alasan menyewa di sebuah hotel selepas penatmembeli-belah pakaian dan barangan sempena Aidilfitri ketika dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), awal pagi semalam.
Wanita yang hanya berkemban dengan tuala itu dicekup bersama pasangannya yang hanya memakai seluar pendek di hotel berkenaan pada jam 1 pagi.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, wanita berusia 24 tahun itu membuka pintu bilik selepas pintu bilik diketuk.
“Wanita itu memberi alasan hanya dia seorang diri tidur di dalam bilik berkenaan, namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki menyorok di tandas,” katanya.
Menurutnya, lelaki berusia 24 tahun itu memberi alasan dia tertidur di dalam bilik selepas membeli-belah.
“Difahamkan lelaki terbabit tidak bekerja, manakala pasangannya bekerja di sebuah syarikat swasta,” katanya.
Dalam operasi yang berasingan yang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, sepasang kekasih yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dicekup khalwat di sebuah hotel berasingan.
Beliau berkata, lelaki berusia 42 tahun itu sudah berkahwin, manakala pasangannya berusia 18 tahun tidak mempunyai pekerjaan.
“Pasangan berkenaan juga memberi alasan membeli-belah sempena Aidilfitri. Pada awalnya lelaki berkenaan memberi alasan gadis terbabit merupakan tunangnya,” katanya.
Kedua-dua pasangan terbabit antara 23 individu yang dicekup khalwat di lima hotel bajet sekitar ibu kota.
Beliau menasihati ibu bapa memantau anak mereka kerana kebanyakannya yang dicekup khalwat memberi alasan membeli-belah bersama pasangan di sini.
“Ibu bapa harus bertanggungjawab, jangan memberi kelonggaran dan kebebasan terhadap anak mereka kerana khuatir mereka akan terlanjur di hotel bajet,” katanya.
Operasi selama empat jam itu dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. 
– Sinar Harian

Murid Dicabul Guru Lebih Setahun Lalu




KUALA LUMPUR – Rahsia kemurungan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun terjawab apabila dia mendakwa dicabul guru lelaki sekolah itu sejak lebih setahun lalu.

Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini.

Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30-an itu sejak darjah dua.
“Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit.

“Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. “Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

“Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa bergegas ke sekolah untuk mengadu kepada guru besar. Selepas siasatan dilakukan pihak pengurusan sekolah, guru terbabit mengakui melakukan perkara keji itu,” katanya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut. – myMetro Online

Ada Gel Rambut Terbuat Dari Hingus Gorilla




Di Amerika Syarikat,hingus gorilla digunakan untuk membantu gitaris untuk memegang pick-nya. Namun, berbeza halnya di Mexico, disana hingus gorilla digunakan sebagai gel rambut. “Moco de Gorila”, diproduksi oleh salah satu perusahaan yang bernama, N.I.S.A.
Mereka cuba menawarkan gel rambut yang super kuat. Tertarik untuk membelinya? Anda boleh membelinya secara online disini.

Keluarga nelayan gempar buaya naik ke rumah



MOHD. SAIFUL (kanan) bersama rakannya menunjukkan seekor buaya yang ditangkap di Kampung Telaga Air, Kuching semalam.

KUCHING – Sebuah keluarga nelayan di Kampung Telaga Air di sini gempar selepas kediaman yang mereka diami sejak 10 tahun lalu nyaris dimasuki seekor buaya malam semalam.
Dalam kejadian ketika air pasang pada pukul 11 malam itu, lapan sekeluarga tersebut panik apabila reptilia ganas yang pada mulanya berlegar-legar di bawah rumah terbabit tiba-tiba muncul di hadapan tangga.
Mohd. Saiful Sulaihi, 35, memberitahu, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen bersama anak-anaknya sebelum terkejut mendengar bunyi kocakan air yang kuat di bahagian bawah rumah.
Menurutnya, disebabkan bunyi itu, dia cuba memeriksa keadaan di bawah rumahnya dan sebaik membuka pintu, dia terperanjat apabila melihat kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 1.3 meter merangkak naik ke rumahnya.

Adakah Anda Akan Menerima Awek Cun Sebagai Pasangan Anda Setelah Lihat Badannya?


Adakah Anda Sanggup Ber’Couple’ Dengan Gadis Ini?
Kalau dilihat pada rupanya, memang boleh tahan tetapi bila tengok tangannya, errr agak kurang menarik eh. Tetapi bagi admin, mungkin admin sanggup ‘couple; dengan dia . hehe. Tetapi apa kata korang? Dan cuba fikir apa kata orang tua bila tengok anak dia dengan gadis dengan tangan macam itu.


Yusof Haslam tegur Neelofa, pengurus minta tidak buat spekulasi




PENGURUS pelakon jelita Neelofa, Amir meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berikutan tersebarnya kenyataan Datuk Yusof Haslam menegur Neelofa supaya ‘Jangan Lupa Diri’.

“Kenyataan rasmi akan dibuat Neelofa dalam jangka masa terdekat dan segala spekulasi mengenai perkara itu harap dapat dihentikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Nama pelakon seksi, Neelofa sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila dia dikatakan semakin lupa diri walaupun dirinya baru setahun jagung menceburi bidang seni.

Memetik laporan gosip sebuah akhbar yang disiarkan hari ini, perkara ini tercetus apabila Yusof, Pengarah Urusan Skop Productions mengeluarkan kenyataan ‘Jangan lupa diri’ ke atas Neelofa.

Yusof dikatakan bengang dengan sikap bekas juara Dewi Remaja itu yang tidak mahu memberikan kerjasama mempromosikan filem terbaru lakonannya, S.A.M yang bakal menemui penonton pada 16 Ogos ini.

Menurut laporan itu juga, Neelofa dikatakan enggan turut serta mempromosikan filem terbabit kerana dia hanya memegang peranan kecil sahaja dalam filem arahan pengarah termuda negara, Syafiq Yusof itu.

Selain itu, Neelofa turut didakwa enggan menjawab atau melayan segala panggilan yang dibuat pihak Skop Productions terhadapnya sehingga menyusahkan mereka untuk berkomunikasi dengannya.

Hutang 17,441 siswazah dilupus




DASAR PTPTN menukar status pinjaman kepada biasiswa bakal menjadi pendorong kepada lebih ramai pelajar memperoleh ijazah kelas pertama. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 17,441 siswazah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan berjumlah RM486.9 juta berikutan kejayaan mereka memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said (gambar kecil) berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 13,011 peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman melibatkan peruntukan sebanyak RM370.7 juta apabila pinjaman mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Menurutnya, jumlah itu meningkat kepada 17,441 graduan selepas mengambil kira 4,430 lagi peminjam yang lulus dengan ijazah sarjana kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 membabitkan nilai pinjaman RM116.2 juta.

“Peminjam yang lulus dengan kelas pertama pada tahun 2005, 2006 dan 2007 itu dulu tidak mendapat pengecualian tersebut, namun kerajaan baru-baru ini telah bersetuju melupuskan pinjaman mereka,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Bapa Gila! Mahu Buang Anak Dari Tingkap Apartmennya

Rakaman detik-detik cemas seorang bapa nak buang anak dari tingkap apartmennya. Cubaan beliau bagaimanapun telah dihalang oleh pihak berkuasa yang cekap dan pantas mengambil tindakan.




  




10 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya bagi yang suka menonton drama melayu di televisyen sering kali melihat adegan – adegan yang kita rasakan tak logik tapi seringkali dilakukan oleh pelakon-pelakon di Malaysia.. betul tak? haha, di sini ada 10 adegan tak logik dalam drama tv tempatan .. check it out~


Sekadar Gambar Hiasan



1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.


2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.


3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.


4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.


5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….


6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.. “Tuan ada baca akhbar semalam?” .


7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda..Seorang lelaki bekerja di pejabatnya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).


8. Babak ini yang kelakar..Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.


9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat.. Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.


10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang..(Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.. Tapi sekarang dah tak kan? ekeke


P/s: ade lagi nak tambah? ekeke
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”