Monday 25 June 2012

(Gambar)Pakaian Katy Perry cetus kontroversi


Bintang pop Katy Perry mencetuskan kontroversi semasa dia membuat persembahan pada Anugerah MuchMusic di sini, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Penyanyi itu muncul dengan memakai pakaian ketat dan jarang.
Perry, 27, memakai pakaian seksi tersebut ketika dia menyanyikan single terbarunya, Wide Awake.
Dia memenangi dua anugerah termasuk Artis dan Kumpulan Antarabangsa Pilihan pada majlis berkenaan yang berlangsung kelmarin.
Selain Perry, anugerah berkenaan turut membariskan beberapa artis popular seperti Carly Rae Jepsen, Justin Bieber, Selena Gomez, Miley Cyrus dan kumpulan LMFAO.
Jepsen merangkul tiga anugerah iaitu Video Terbaik, Video Paling Kerap Ditonton dan Video Pilihan untuk lagu popularnya, Call Me Maybe.
Bieber yang banyak memberi sokongan kepada penyanyi senegara dengannya itu turut memuji kejayaan Jepsen.
Jepsen juga menyanyi bersama Flo Rida dalam majlis tersebut.
Bieber turut menyanyikan lagu All Around the World dalam anugerah itu.
Dia turut memenangi anugerah muzik video terbaik menerusi lagu Boyfriend.
LMFAO merancakkan lagi acara berkenaan apabila beraksi lincah di pentas selepas mereka menerima Video Antarabangsa Terbaik untuk Artis Berkumpulan bagi lagu popular mereka, Sexy And I Know It.




Gadis melayu penari bikin kantoi - dicekup


Hajat empat gadis Melayu untuk meraih bayaran RM300 setiap seorang bagi mempersembahkan tarian bikini di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy di sini semalam berakhir dengan
mereka dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Ketika serbuan pada pukul 12 tengah malam, empat penari yang berketurunan Melayu dan beragama Islam berusia 18 hingga 22 tahun itu bersedia untuk menari dengan berpakaian bikini di atas pentas di kelab itu.
Ketua penari yang dikenali sebagai Baby, 22, berkata, mereka sampai ke kelab malam tersebut pada pukul 10.30 malam selepas menerima tawaran mempersembahkan tarian di kelab itu.

“Kami akan menari secara bebas selama 10 minit dengan pakaian bikini dan setiap seorang akan dibayar RM300.

“Ketika menari, kami tidak membenarkan pelanggan menyentuh atau melakukan perkara tidak senonoh terhadap kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dakwa Baby, sebelum ini mereka telah banyak menerima jemputan mengadakan tarian di kelab malam ini tetapi terkejut kerana kali ini, kami diminta berpakaian seksi ketika mengadakan persembahan.


Lelaki Berjaga 11 Malam Demi Euro 2012 Mati



BEIJING – Gara-gara menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 secara melampau, seorang lelaki mati selepas berjaga berterusan selama 11 malam, lapor media semalam.
Penyokong England dan Perancis, Jiang Xiaoshan, menahan dirinya daripada terlelap bagi mengelak terlepas aksi setiap perlawanan bola sepak yang berlangsung ketika ini. Menurut media, Jiang mati akibat letih melampau.
Disebabkan perbezaan masa, Jiang dilaporkan berjaga setiap malam bersama rakan-rakan sebelum pergi bekerja keesokan hari.
Selepas perlawanan Ireland menentang Itali, Sina.com melaporkan, Jiang pulang ke rumahnya di Changsha kira-kira jam 5 pagi. “Dia kemudian mandi, tertidur dan tidak membuka matanya langsung selepas itu,” lapor Sina.com.
Rakan Jiang berkata, kematian itu mengejutkan kerana setahu mereka, Jiang “agak sihat” dan aktif bermain bola sepak mewakili universitinya beberapa tahun lalu. Namun, sumber lain berkata, kesan pengambilan alkohol dan rokok, bercampur faktor keletihan kerana berjaga menyebabkan sistem imunisasi Jiang lemah. – TS

Serius Berani !! Detik Cemas Hampir Dimakan Cheetah


Percutian indah seorang wanita British Violet D’Mello di sebuah safari Afrika hampir bertukar menjadi igaun buruk dia hampir maut diserang seekor cheetah.Wanita yang berusia 60 tahun itu cedera selepas diserang cheetah ketika suaminya sedang mengambil gambar dia bersama cheetah berkenaan.Dia bernasib baik kerana tidak kehilangan matanya akibat serangan tersebut.Namun pengurus di safari berkenaan berkata cheetah itu sedang berfikir aksi sedemikian menggambarkan cheetah itu berfikir itu adalah saat dia bermain dan bukanlah aksi ganas.









iPet haiwan peliharaan maya


Bagi mereka yang mengalami alahan pada bulu kucing atau anjing kini boleh mendekati binatang itu secara maya.

Syarikat Bandai mengeluarkan satu produk inovatif untuk mereka khususnya kanak-kanak yang berminat untuk memiliki haiwan peliharaan secara maya. Produk yang dikenali iPet atau Smart Pet tersebut boleh diprogramkan untuk memaparkan pelbagai ekspresi haiwan itu menerusi skrin telefon pintar seperti iPhone.

iPet telah diperkenalkan baru-baru ini pada Pameran Permainan di Tokyo,



13 Gambar Cara Buat P@yud@ra Palsu


Kepada para lelaki,bolehlah cuba untuk prank kepada kawan-kawan anda menerusi webcam. 













Erin Malik Didakwa Hisap Ganja Di Set Penggambaran


Panas Isu Erin Malik Didakwa Hisap Ganja Di Set Penggambaran. Erin dikatakan telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu. Erin Malik turut membidas dakwaan tersebut.

Menurut Erin, dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut. Walaubagaimanapun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.

Perkembangan lain, Erin yang sudah selesai penggambaran Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie, Nur Iman untuk tayangan Ramadan ini bagi siaran RTM.


Gambar Norish Karman Lahirkan Anak Luar Nikah?

Tiada apa yang perlu dihairankan atau terkejut dengan topik yang kami tulis ini, kerana berita mengenai kelahiran anak kepada seorang pelakon terkenal pernah menjadi topik hangat sekitar hujung tahun lalu. Khabarnya pelakon yang dimaksudkan itu ialah Norish Karman kerana beliau telah tinggal membawa diri sebentar di Bali, Indonesia.

Namun desas-desus mengenai kelahiran bayi tersebut telah disangkal oleh Norish Karman sendiri yang mengatakan empunya diri yang dimaksudkan bukanlah beliau. Penafian itu dilakukan pada Disember 2011 lepas.

Menurut Rotikaya.com,berita ini diperolehi daripada seorang peminat hiburan yang memuat naik beberapa gambar Norish Karman yang berada di hospital selepas melahirkan anak. Tambah sumber lagi, Norish telah melahirkan bayi lelaki pada 24 September 2011 di KPJ Cheras pada jam 6.13 petang.

Tertera jelas tag yang menulis nama Nor ‘Ashikin Karman iaitu nama sebenar,pelakon Norish Karman. Bayi lelaki yang dilahirkan normal itu telah diberi nama Alexander Bin Abdullah, sejauh mana kesahihan berita ini? Kita tunggu jawapan tuan badan dahulu…


(VIDEO) Panas!!! Abby Abadi Restu PAS Samakan Allah Dengan Peminta Sedekah?!!!


Kini makin ramai selebriti mula 'digunakan' oleh parti PAS dalam usaha mereka menarik sokongan anak muda untuk menyokong perjuangan sempit mereka. Bermula dengan Bob Lokman, Aishah kini Abby Abadi pula kelihatan tampil di atas pentas-pentas ceramah bersama pemimpin-pemimpin PAS.

Menurut maklumat dalaman dari ahli PAS, kerja 'merekrut' artis supaya menyertai PAS dilakukan oleh Bob Lokman. Ada juga khabar angin mengatakan artis yang tampil di pentas ceramah PAS dibayar sehingga RM4,000 untuk satu slot ceramah.

Harap-harap cerita ini tidak benar, kerana kita tahu ramai ahli biasa yang berjuang bermatian untuk PAS kebanyakkan dari mereka tidaklah dibayar dengan upah yang begini besar jumlahnya.

Tetapi bila meneliti kenyataan Abby Abadi dalam paparan video di bawah beliau mengakui bahawa derma yang dikutip Pas adalah 'beribu-ribu' malah beliau juga berterima kasih kerana Pas sudi untuk berkongsi rezeki dengannya.

Kata Ustaz PAS selalunya untuk berjumpa artis biasanya harga tiket dikenakan kepada penonton, tetapi kini tidak lagi bila artis bersama dengan perjuangan PAS. Tetapi mereka hanya perlu menghulurkan sumbangan.

Menurut Ustaz PAS lagi sumbangan ini umpama "menyumbang kepada Allah SWT." - Agak pelik bunyi ayat Ustaz PAS yang berceramah bersama Abby Abadi ini. 


Jika diteliti maksudnya, Allah itu umpama peminta sedekah dan kita perlu memberikan sumbangan kepada-Nya. Adakah ini satu percubaan untuk memesongkan fikiran pengikutnya?

Teliti video :



Elfira Loy Berlagak Dan Elergi Dengan Barang Tidak Berjenama


Elfira suka sangat mencanang pada orang yang dia ni pakai cuma barang berjenama. Bukan setakat itu, gadis kecil molek ini turut dikatakan gemar menunjuk-nunjuk barangan berjenama yang dimilikinya sehinggakan ada yang mengatakan dia alergi dengan barangan tidak berjenama.

Tidak mudah melenting, Elfira membalas kembali dakwaan tersebut. Katanya, jika benar sekalipun dakwaan tersebut, ia adalah untuk kepuasan diri dan yang paling penting, datang daripada hasil titik peluhnya sendiri.


Memang tidak dinafikan kadangkala saya ada membeli barangan yang berjenama seperti kasut dan beg tangan. Namun semua itu dibeli untuk kepuasan diri saya sendiri. Barangan tersebut lazimnya berkualiti tinggi serta tahan lama. Oleh itu, ia juga boleh dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang. Kasut yang dibeli pada tahun ini mungkin boleh digunakan untuk tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. 

Saya sudah mula bekerja sejak berusia 12 tahun jadi saya tahu bertapa susahnya untuk mencari duit sendiri. Oleh sebab itu, saya sentiasa mengawal perbelanjaan dan tidak terlalu mengikut nafsu. Jika saya benar-benar inginkan sesuatu, saya akan berusaha mengumpul duit untuk mendapatkannya terutamanya jika barangan tersebut mahal dan berjenama. Saya tidak dapat melihat di mana silapnya kerana saya berbelanja dengan menggunakan hasil titik peluh saya sendiri. 

Selain menunjuk-nunjuk barangan berjenama Elfira Loy juga dikatakan sudah mula pandai berlagak. Namun dia menyatakan bukanlah jenis yang terlalu terbuka dengan orang yang tidak dikenali. Bagaimanapun, jika saya sudah percaya dan selesa dengan seseorang itu, barulah saya menjadi peramah. Jadi, dari mana datangnya sifat berlagak itu pula? 

Menyentuh tentang bidang lakonan yang dilihat semakin melimpah-ruah, perkembangan terbaharu dalam kerjaya Elfira Loy kini mendapat kepercayaan untuk melakonkan watak-watak yang lebih besar berbanding watak kanak-kanak sebelum ini. Dalam bulan Oktober nanti, drama terbaharunya, Dalam Hati Ada Taman akan ditayangkan. Selain itu, Elfira juga akan terlibat dengan dua produksi filem yang bakal memulakan penggambaran pada hujung tahun ini.



Model Berbalah Kerana Rambut Ronaldo


Ukraine – Dua model antarabangsa, Bar Refaeli dan Irina Shayk bercakaran di dalam laman sosial twitter semata-mata kerana penampilan rambut pemain bola Portugal, Christiano Ronaldo.
Perbalahan antara mereka bermula selepas Refaeli membuat komen mengenai rambut Ronaldo ketika perlawanan antara Portugal menentang Republik Czech.
“Hanya satu perkara yang boleh saya fikirkan ketika menonton Ronaldo iaitu rambutnya yang menggunakan gel dan ia sepatutnya diharamkan,’’ katanya dalam twitter.
Namun kritikan berkenaan tidak dapat diterima oleh Shayk yang juga teman wanita Ronaldo sejak dua tahun lalu.
Dia membalas semula twitter itu dengan menulis “Menjadi seorang yang dibenci bukannya menarik. Belajar untuk mencintai,’’.
Refaeli, kemudian cuba mengendurkan keadaan namun tetap mempertahankan kritikannya itu.
Dia kemudiannya membalas “Saya sayangkan awak dan BF (teman lelaki) awak. Namun saya tidak sukakan rambutnya yang bergel itu.
Biarpun mengenakan gel di rambutnya, namun persembahan Ronaldo tidak tergugat malah dia menjaringkan gol dalam perlawanan itu untuk mengalahkan Czech.
Refaeli pernah dikaitkan dengan bintang bola sepak Barcelona, Gerard Pique ketika bintang tersebut  sedang menjalin hubungan dengan Shakira.


Konsep Lapangan Terbang Jeddah Yang Dibatalkan (13 Gambar)

Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah ialah antara lapangan terbang yang akan dilawati setiap muslim at least sekali. Ianya pintu masuk utama bakal-bakal haji dan mereka yang mahu melakukan umrah. 33 hari dalam setahun jumlah trafik lapangan terbang ini meningkat dengan mendadak kerana kemasukan lebih 1.7 juta bakal haji. Pada tahun 2005 kerajaan Saudi melakukan perancangan bagi membesarkan lapangan terbang ini. Jumlah bakal haji meningkat setiap tahun dan apabila projek naik taraf ini siap sepenuhnya pada tahun 2035, lapangan terbang ini bakal menampung 80 juta penumpang setiap tahun (KLIA menampung 35 juta penumpan setiap tahun) . By the end of this decade dianggarkan 4 juta orang akan menunaikan haji setiap tahun berbanding hanya 2 juta sekarang.Something gotta be done. Di bawah ialah konsep yang dihasilkan oleh firma arsitek OMA. Konsep mereka tidak dipilij dan rekaan yang lebih praktikal di ambil. Di dalam konsep mereka lapanga terbang Raja Abdul Aziz mempunyai rekaan bulat dengan sebuah bangunan satelit khas untuk kegunaan keluarga diraja. Nampak out of this world dan lain dari yang lain. The good news is even Saudi are not that crazy to choose this crazy design. The bad news is the design was really unique dan kalau terbina semestinya menjadi antara struktur yang paling unik pernah di bina. Oh well!





Biji Nangka Rupanya Janin!


KEPALA BATAS – Kira-kira 30 peserta Kursus Program Kraf Kreatif di Dewan Nur Parlimen Kepala Batas, Bertam di sini pagi semalam gempar berikutan penemuan satu janin di tepi tong sampah.
Janin belum sempurna sifat tetapi mempunyai bentuk seakan-akan bayi itu dipercayai berusia lebih kurang dua bulan, dikesan baru dibuang di hadapan bangunan berkenaan.
Sewaktu ditemui janin tersebut masih mempunyai kesan darah beku tidak dibungkus atau dibalut sebaliknya tanpa sebarang alas di atas jalan oleh seorang peserta program yang tiba awal sebelum memaklumkan kepada rakannya.
Salmiah Salleh, 58, yang menemui janin berkenaan berkata, sebaik sampai di hadapan dewan itu sekitar jam 9 pagi semalam, dia meletakkan motosikalnya bersebelahan tong sampah.
“Saya terkejut lihat objek seakan biji nangka berwarna kekuningan berada di tempat parkir motosikal.
“Saya mendekatinya dan terkejut mendapatinya ialah janin yang masih mempunyai kesan darah tetapi sudah beku,” katanya.
Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepada pencuci kebersihan di bangunan itu dan peserta lain yang tiba kemudian mengesahkannya sebagai janin.
Salmiah melaporkan penemuan itu kepada anggota polis di Balai Polis Bertam yang terletak bersebelahan dewan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias yang dihubungi mengesahkan penemuan janin berkenaan.
“Sebaik terima laporan Salmiah, anggota bertugas di balai berkenaan melakukan siasatan dan mengesahkan objek ditemui itu janin.
“Ia dihantar ke Hospital Kepala Batas dan kini berada di Unit Forensik,manakala kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan pelakunya sedang dijejaki,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Hospital Kepala Batas, Dr Norsidah Ismail yang dihubungi mengesahkan objek ditemui berkenaan adalah janin.
Menurutnya, pihaknya hanya menyimpan janin berkenaan atas arahan pihak polis bagi melengkapkan siasatan.


“Ada aku kisah!”, suami berpakaian seperti wanita apabila malam


Seorang suami yang mengaku mempunyai naluri pelik dengan menjadi ‘wanita’ setiap kali malam menjelang ditemubual wartawan. Katanya, dia tidak kisah apa pandangan jiran sekeliling asalkan hatinya puas. Katanya lagi, dia menganggap perbuatan itu tidak salah kerana tidak mengganggu orang lain.
Menurut Harian Metro, dia sudah menjadi sebegitu sejak kecil, keluarga mengetahuinya dan dia percaya isteri dan anak anaknya sudah menerima keadaannya itu.



Tidak kisah pendapat orang lain

“Saya berpakaian begitu kerana mengikut kehendak naluri. Saya tidak kisah apa tanggapan orang lain kerana lebih penting saya puas dengan apa yang saya lakukan,” kata Mamat, 42, ketika dihubungi, semalam.
Mamat mengaku dia menjalani kehidupan dua alam iaitu pada waktu siang menjadi lelaki sejati sebagai suami dan ayah kepada seorang anak remaja, namun berubah dengan memakai pakaian wanita di malam hari.
“Bagi saya, apa yang saya lakukan ini tidak salah kerana saya tidak mengganggu orang lain. Ini ketentuan Allah yang ditakdirkan kepada saya kerana sejak kecil, saya mempunyai naluri pelik ini dan keluarga saya juga tahu,” katanya.
Mamat berkata, dia berasa seronok apabila berpakaian seperti wanita, namun bantahan keluarga mengenai sikap peliknya itu menimbulkan tekanan kepadanya.
“Ketika bujang, saya mula mengumpul pakaian wanita dan memakainya di luar rumah. Keluarga saya tidak tahu perkara itu,” katanya.
Menurutnya, dia juga tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin, namun bersetuju dengan kehendak keluarga yang menjodohkannya dengan wanita pilihan mereka.
“Saya ingin menjadi diri sendiri dan saya percaya isteri dan anak sudah menerima keadaan saya ini. Oleh itu, saya tidak kisah mengenai pandangan serong jiran mahupun saudara-mara,” katanya.

Casing Tahan Lasak Iphone (17 Gambar)

Permasalahan utama telefon iPhone 4 dan 4S ialah ianya terlalu mudah pecah. Kalau jatuh terus pecah seribu dan wallet pula pecah beratus untuk menggantikan apa yang pecah. Taktik ialah casing tahan lasak khas untuk iPhone4 dan 4S. Dari apa yang ku lihat walaupun ianya casing tahan lasak nilai estetika iPhone masih lagi diterapkan. Casing nampak kemas dan classy. Jika anda rasa rekaan dan nama casing ini agak familliar, ia adalah kerana ia direka oleh orang yang sama yang mereka casing jam untuk iPod Nano. Cool beans!







Metro 25/6/2012










































































OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”