Friday 26 October 2012

Mak Main Game Sampai Anak Kebulur


PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.



Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.

Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer. - myMetro

Gaun Awek Korea Koyak Belakang

Pelakon Kang Sora sedang berjalan di permaidani biru di Festival Filem Antarabangsa Busan apabila pakaian merah beliau tiba-tiba terkoyak dan menunjukkan sebahagian dari punggung beliau. Bintang berumur 22tahun itu segera memegang baki kain di belakang beliau dan memanggil kakitangan beliau untuk mendapatkan bantuan.






Bantuan Pernafasan CPR TERLAMPAU


Tengok gambar kat atas ni nampak seorang lifeguard/penyelamat sedang memberikan bantuan pernafasan pada mangsa lemas tu kan.. tapi sebenarnya ada dua orang lifeguard/penyelamat yang sedang memberi bantuan.. tak caye tengok kat bawah ni ha..





Tapi yang musykil tu yang seorang tu betul la bagi bantuan mulut ke mulut.. cuma yang seorang lagi tu tak tau tengah bagi bantuan apa ???

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”