Wednesday, 27 June 2012

AKSI GHAIRAH JASMIN HAMID DAN AARON AZIZ

Suhu "Badai Semalam", naskhah teater arahan Khairunazwan Rodzy yang kini giat dipentaskan di Istana Budaya cukup panas. Tiket bagi menyaksikan pementasan yang dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira dan Umie Aida itu cukup laris dijual bak goreng pisang panas. Lebih hangat apabila tiket beberapa malam pementasan telah pun habis dijual. Hebat sungguh!




Darjah suhu kepanasan teater itu melonjak, salah-satunya adalah disebabkan pelakon idaman Malaysia sekarang iaitu Aaron Aziz turut beraksi dalam pementasan itu. Malah, Aaron sebagai Karim turut melakonkan aksi menari disko dan dalam babak tersebut berlakunya adegan ghairah yang melibatkan Aaron bersama pelakon versatil, Jasmin Hamid (Dora).





Berlaku di sebuah kelab malam, aksi tarian Dora itu cukup mengghairahkan. Semuanya dilakukan untuk menggoda Karim yang pada waktu yang sama telah pun terpikat pada Mazni (Erra Fazira).


Apakah yang dilakukan oleh Dora bagi mendapatkan Karim? GUA paparkan beberapa keping foto untuk tontonan semua. Bagi mereka yang pernah membaca novel nukilan penulis tersohor, Khadijah Hashim, apakah adegan tersebut perlu dilakukan dalam versi pementasan teater? Panas! Panas! Panas!






Foto : Diana Amir Tunaikan Umrah, Hadiahkan Abang Jubah


Alhamdulillah, rezeki yang melimpah-ruah memberikan peluang pada Diana Amir untuk menunaikan umrah lebih awal. Baru berusia 24 tahun, Diana sudah boleh berdiri atas tapak kaki sendiri dan berubah kearah yang lebih baik.
Beberapa hari yang lepas, dikhabarkan Diana Amir baru saja pulang ke tanah air selepas selesai menunaikan ibadah umrah. Dalam laman Facebooknya, Diana Amir turut menyatakan rasa gembiranya dapat mencium Hajarul Aswad, dan menurut sumber yang sahih, Diana Amir telah menghadiahkan abangnya dengan jubah yang dibeli khas ketika mengerjakan umrah.
Kepada para pembaca, memang sekarang musim haji, sebab itulah ramai selebriti tempatan yang baru saja dan sedang menyelesaikan umrah. Apa pun, mari lihat beberapa keping foto umrah Diana Amir.









Wang kertas baru Malaysia 2012



Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, wang kertas siri baru Malaysia akan berada dalam edaran mulai 16 Julai 2012. Berikutan itu, BNM telah mengadakan beberapa sesi pertemuan sejak beberapa bulan yang lalu dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan pengenalan wang kertas siri baru Malaysia ini berjalan dengan lancar. Mereka yang terlibat ialah institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket.


BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan tersebut belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.

Artis popular mengandung tak pakai baju bersantai...

Kepada peminat fanatik Megan Fox, 26, yang popular dengan filem Transformer dan ini, anda bolehlah mula menghilangkan sedikit ‘fanatik’ anda itu kerana Megan Fox kini kelihatan bahagia bersama suami ketika bercuti di Hawaii.

Beberapa keping foto telah ditangkap oleh paparazi Hollywood ketika pasangan ini sedang berehat dan suami Megan Fox tidak kekok untuk bermanja-manja dengan Megan Fox walaupun ketika isterinya sedang mengandung.

Pasangan ini telah berkahwin sekitar tahun 2010 dan filem terbaru lakonan Megan Fox selepas ini berjudul “This Is Forty”.

Apa pun, mari kita lihat foto Megan Fox yang sedang mengandung ini ya!











Lisa Surihani Nampak ‘Montel’ di FFVPM



Sebelum ini, Lisa Surihani ada membuat kenyataan yang berat badannya semakin naik selepas genap tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Pada 23 Jun lalu, Lisa Surihani dan suami, Yusry Abdul Halim telah hadir ke Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) yang berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Menurut sumber, sewaktu majlis tersebut kelihatan penampilan fizikal Lisa semakin berisi.
Kenyataan dikukuhkan lagi apabila pelakon cilik yang kian meningkat naik namanya, Erin Malek telah memuat naik gambar yang jelas menunjukkan Lisa semakin ‘berisi’.
Namun, ada juga mengatakan yang teknik solekan (make-up) membuatkan seseorang itu boleh kelihatan semakin ‘montel’.
Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan bahagia memasuki Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM yang turut sama menjayakan FFVPM pada malam itu.
Perkara sebegini nampaknya menjadi lumrah. Ramai juga pasangan-pasangan di luar sana yang turut sama menunjukkan perbezaan dari segi fizikal setelah mendirikan rumah tanggga.
Memetik laporan Gua.com, berat Lisa telah naik hampir empat kilogram setelah tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Pada masa yang sama, ramai peminat-peminat Lisa yang menunggu ‘berita gembira’ dari pasangan itu.



Renault Alpine A110-50 (12 Gambar)

Renault Alpine A110 ialah sebuah kereta yang diaggap legenda dikalangan peminat sukan rally WRC. In fact Alpine A110 ialah pemenang pertama takhta WRC pada tahun 1973. Ini membuatkannya menjadi legend seperti Lancia Stratos , Subaru Impreza Colin McRaae dan Evo 5 Tommi Mäkinen. Baru-baru ini renault menghasilkan konsep Alpine 110 versi 2012 yang diberi nama Alpine 110-50. Kereta konsep baru ini mempunyai DNA Alpine yang asal tetapi dengan imej yang jauh lebih agresif dan moden. Ia diperkasakan dengan enjin 3.5 liter V6 yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda. Aku paling suka lampu LED bahagian hadapan yang berbentuk separuh bulat. Nampak macam Tron. Cool beans!





Gambar SUV Proton Yang Bakal Dilancar ?


Memetik laporan IBISWorld (firma penganalisa pasaran), menunjukkan semenjak tahun 2007 permintaan kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) semakin meningkat.
Mungkin itu yang menyebabkan Proton merangka strategi untuk mengeluarkan SUV pertama mereka.
Proton telah mencipta sebuah model kenderaan berkonsepkan SUV sebelum melancarkan Proton Exora yang diberi nama Proton MSX.
Menurut sumber, penciptaan Proton MSX itu adalah berdasarkan Lotus APX dan mempunyai tujuh tempat duduk.
Memenuhi ciri berprestasi dan berteknologi tinggi, membuatkan kumpulan sasaran pembeli kenderaan itu adalah dari golongan professional dan elit.
Pada masa yang sama, Proton menumpukan enam ciri iaitu gaya, prestasi enjin, teknologi, pemanduan dan pengendalian, kualiti serta keselesaan perjalanan yang pastinya akan menarik minat ahli perniagaan, pemimpin korporat dan selebriti untuk mendapatkannya.
Namun, jika dilihat pada reka bentuk kenderaan itu, ia mirip kepada kenderaan SUV yang sedang berada di pasaran seperti S Porche Cayenne, BMW X6 35i dan Nissan Murano.


ERIN MALIK ENGGAN ULAS ISU HISAP GANJA


ERIN MALIK ENGGAN ULAS ISU HISAP GANJA | Pelakon Erin Malik enggan mengulas isu ganja yang telah tersebar di laman blog serta akbar kononnya mendakwa dia telah terjebak dengan pengambilan dadah jenis ganja sewaktu menjalani penggambaran drama Mis Cinta di Kemaman, Terengganu, bulan lalu.

Erin Malik atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 18, berkata tiada apa yang boleh diulas kerana gosip yang tersebar itu sama sekali tidak berasas.



"Saya tidak mahu komen lagi. Jika saya nafikan, orang masih lagi tidak percaya dan terus-menerus menuduh saya di laman Twitter dan sebagainya.

"Sepatutnya media perlu bertanyakan kepada orang yang menyebarkan berita ini, bukan saya.

"Maaflah, saya tidak mahu layan cerita kontroversi begini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah dan karier saya," katanya ketika dihubungi murai.com.my

Erin Malik menambah dia telah terima pelbagai kata cacian daripada orang ramai susulan cerita tersebut.

Walaubagai mana pun, Erin berkata jika ianya masih berlarutan, dia bakal mengambil tindakan kepada pihak yang bertangunggjawab menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu.

"Saya pun tidak tahu mengapa orang itu sanggup menabur fitnah ini. Mungkin juga dia cemburu atau entah apa lah.

"Saya tidak akan berdiam diri jika isu ini masih berlarutan, saya akan ambil tindakkan yang sewajarnya untuk mendakwa pihak yang menyebarkan fitnah ini.

"Saya tidak takut kerana saya ada bukti untuk mendakwanya," jelasnya yang tidak mahu memberitahu pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Erin yang sudah selesai penggambaran Mis Cinta kini sedang menjalani penggambaran telemovie, Nur Iman untuk tayangan Ramadan ini bagi siaran RTM.

BETAPA SUSAHNYA LAHIR KE DUNIA (KOMIK 18+)


Misteri kubur dekat pejabat PM Timor Leste




SALAH satu rangka manusia yang ditemui dekat pejabat Perdana Menteri Timor Leste di Dili pada minggu lalu.

DILI – Polis di Timor Leste menemui sebuah kubur yang mengandungi rangka tulang 52 orang dekat pejabat Perdana Menteri, Xanana Gusmao, kata seorang pegawai semalam.

Beberapa pekerja pembinaan menemui kubur tersebut pada minggu lalu sebelum mereka menghubungi polis.
Pada tahun 1975, Tentera Indonesia menceroboh Timor Leste yang merupakan bekas jajahan Portugal itu.
Timor Leste yang ketika itu dikenali sebagai Timor Timur diduduki selama 24 tahun oleh Indonesia.
Dianggarkan seramai 183,000 orang terbunuh akibat pencerobohan itu.

Ketua Perkhidmatan Siasatan Jenayah Timor Leste, Calisto Gonzaga menyatakan rangka itu terlalu besar dan tidak mungkin ia milik penduduk Timor Leste.

“Kami melihat tengkorak dan ia amat besar dan sebilangan tulang amat panjang. Saya berpendapat rangka itu bukan (milik) penduduk Timor Leste,” katanya.

Menurutnya, kedudukan rangka itu memberi petunjuk bahawa si mati mungkin dibunuh.
Gonzaga berkata, polis akan menunggu laporan seorang pakar dari Australia yang akan tiba pada Julai depan sebelum membuat sebarang penyiasatan.

Seorang profesor dari Australia, Damien Kingsbury menyatakan, tulang-tulang itu mungkin milik penduduk berketurunan Cina.

“Penduduk Cina masih berada di Timor Leste semasa Indonesia menceroboh pada tahun 1975.
“Mereka mungkin menjadi sasaran serangan tentera Indonesia pada masa itu,” katanya

Kisah Mayat Tidak Diterima Bumi



Kenapalah Jadi Begini Nasib ku…?
Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Sasha Saidin Ambil Borang Failkan Cerai Di Mahkamah, Bakal Berpisah?



Kalau ada yang keliru dengan tajuk, Sasha Saidin belum lagi memfailkan sebarang permohonan cerai, hanya ke mahkamah untuk mengambil borang. Jadi, mulakan spekulasi.
Laporan  mStar Online hari ini  hari ini menulis yang Sasha Saidin di’lihat datang ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang memfailkan penceraian.
Apabila di’ajukan soalan berkaitan tujuan beliau datang ke mahkamah semalam, Sasha Saidin tenang menjawab yang beliau mahu menyelesaikan hal peribadi keluarga.
“Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi”
“Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Di’harap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan,” ujar beliau.
Sasha Saidin turut mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut apabila di’tanya sama ada kehadiran beliau ke mahkamah ada kaitan dengan rumahtangga beliau bersama Salyo Priyanto yang di’kahwini sejak tahun 2007.

Rakyat Pakistan, 2 anak maut terjun bangunan



                                                                       gambar hiasan

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki Pakistan dan dua anaknya ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 21 kondominium Langat Jaya, di Batu 9, Cheras di sini semalam.
Mayat Ismail Khan, 39, dan anak lelakinya Mohd Faizal, 9, serta anak perempuannya Aqsa Khan Ismail Khan, 6, ditemui pada pukul 8.30 malam oleh seorang pengawal keselamatan kondominium itu.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata Ismail yang telah tiga tahun menganggur sering bergaduh dengan isterinya.
“Isterinya yang tinggal berasingan dan bekerja sebagai eksekutif kanan telah failkan perceraian pada tahun lepas dan kes itu akan dibicarakan pada Ogos,” katanya.
Beliau berkata Ismail yang tinggal di tingkat lima kondominium itu dipercayai membawa dua anaknya ke tingkat paling tinggi bangunan berkenaan sebelum terjun kerana beg sekolah seorang daripada anaknya ditemui di situ.
“Isteri mangsa pernah buat laporan polis pada tahun lepas yang mengatakan suaminya pernah bawa anak-anak ke tingkat 21 untuk cuba bunuh diri,” katanya.

Keajaiban Semulajadi “Morning Glory Pool”


Fenomena yang mengkagumkan ini telah menjadikan “Morning Glory Pool” sangat terkenal di serata dunia pada perspektif pelancongan. Setiap tahun sekitar 3 juta pelancong akan datang ke sini untuk menyaksikan keajaiban kolam ini. Kononnya, kolam ini telah lama wujud dan telah dinamai sebagai “Morning Glory Pool’ sejak tahun 1880 lagi. Kewujudannya yang mengujakan itu ibaratnya seperti keindahan sekuntum bunga yang sedang kembang mekar di suatu pagi hari. Telah dipercayai bahawa kolam ini terjadi sedemikian rupa adalah dikeranakan oleh peristiwa alam semulajdi seperti gempa bumi dan aktiviti seismik di daerah itu.
Asalnya, kolam air panas itu didominasi oleh warna biru terang. Namun kemudiannya telah berubah menjadi beberapa lagi warna lain dikeranakan oleh perbuatan tangan manusia iaitu para pengunjung yang telah datang dan membuang pula wang syiling, batu, kayu bahkan sampah ke dalamnya. Akibatnya objek² yang telah dibuang ke dalam kolam itu tertanam di dasar kolam yang kemudiannya telah menyumbat saluran-saluran air panas didasar kolam. Maka proses kitaran air mulai terganggu dan suhu air pun mulai menurun. Kolam yang dahulunya berwarna biru dengan wap yang mengepul-ngepul keluar kerana kepanasan air kini sudah tidak kelihatan lagi.
Akibat daripada penurunan suhu tersebut maka bakteria pun mulai masuk dan mengubah warna biru menjadi kekuningan, orange dan coklat tembaga. Pada proses awal kemasukan bakteria ini, ia hanya berada di sekitar pinggir kolam dengan menjadikan warna air kolam berubah ke warna kuning dan orange namun seiring dengan penurunan suhu air kolam maka bakteria tersebut mulai masuk hingga ke bahagian tengah kolam.
Akhirnya warna biru kehijauan kini tidak lagi mendominasi kolam itu. Sebaliknya, warna kuning, orange, coklat tembaga mulai terlihat menyebar mengelilingi kolam berkenaan. Seandainya keadaan ini tidak segera diatasi, berkemungkinan keindahan kolam air panas “Morning Glory Pool” suatu masa nanti hanya tinggal kenangan yang terakam di dalam foto-foto sahaja.







Tips Kecantikan Fazura



Fazura merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Gadis jelita  kelahiran Pekan, Pahang ini bukan sahaja cantik malah merupakan seorang artis yang bijak dalam menguruskan bidang perniagaan beliau, iaitu Butik House Of Doll yang terletak di Bangsar.
Fazura juga merupakan salah seorang artis yang dilantik sebagai duta mandian Lux, sekaligus menyertai barisan jelitawan selebriti tempatan seperti Sheila Majid, Fauziah Latif, Erra Fazira dan Amy Mastura.
Berikut merupakan beberapa tips kecantikan yang diamalkan oleh Fazura :
Melakukan aktiviti lulur dan tidak meminum minuman yang sejuk. Ini bagi mendapatkan kulit badan yang cantik dan sihat.
Amalkan makan jamu dan sayur-sayuran supaya keanjalan kulit terpelihara dan terhindar daripada masalah kedutan.
Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Amalkan pengambilan green tea bagi mendapatkan kulit yang cerah dan cantik, dalam masa yang sama dapat mengurangkan kolestrol, tekanan darah dan juga kanser.
Diharapkan tips kecantikan yang diamalkan oleh Fazura ini berguna untuk para wanita yang ingin kekal cantik sepanjang masa.




EKSKLUSIF: KL Gangster 2 Gagal Ditayang Tahun Ini?


Selepas mengutip hampir RM12 juta, filem KL Gangster bakal bersambung dan telah pun menjalani penggambaran mereka.
Filem KL Gangster 2 yang menelan kos RM3 juta itu dikatakan bakal menyajikan aksi lebih hebat dan menggegarkan hingga ia menjadikan filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem tempatan.
Namun khabarnya jangkaan awal pihak produksi untuk menayangkan filem tersebut pada tahun ini KEMUNGKINAN BESAR tidak dapat direalisasikan.
Ini kerana berlaku lambakan filem-filem tempatan yang semakin banyak diterbitkan hingga membuatkan filem bercorak aksi itu terpaksa menunggu ‘giliran’ hingga tahun hadapan.
Nampaknya peminat filem arahan Syamsul Yusof dan pelakon Aaron Aziz terpaksalah menunggu sebelum dapat menyaksikan ‘buah tangan’ terbaru mereka.
Untuk rekod, mulai 24 Mei lalu, sebanyak dua filem tempatan akan ditayangkan serentak di pawagam pada setiap minggu berbanding sebuah filem dalam masa dua minggu sebelum itu.
Menurut Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd. Naguib Razak, sehingga hujung tahun ini sahaja sebanyak 70 filem tempatan akan dihasilkan.
Senario itu tidak dapat dielakkan bagi menampung waktu tayangan filem-filem tempatan yang semakin banyak diterbitkan sejak lima tahun kebelakangan ini.
“Ekoran lambakan itu, mulai 24 Mei ini, dua filem tempatan yang tertakluk di bawah Skim Wajib Tayang Finas akan ditayangkan di pawagam pada setiap minggu iaitu pada hari Khamis.
“Melalui syarat baru itu bermakna, lapan filem tempatan akan ditayangkan di pawagam sebulan dan sebanyak 96 buah filem dalam setahun. Ini salah satu cara kami mengatasi lambakan filem tempatan akhir-akhir ini,” ujarnya baru-baru ini.
KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon KL Gangster, antaranya Soffi Jikan, Adiputra, Zizan (Raja Lawak) dan Sheera Iskandar.
Filem ke-29 terbitan Skop Production dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd., itu antara lain mengisahkan tentang Malek dan Jai yang terjebak dalam dunia samseng setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Sejak kematian ayah mereka, kehidupan dua beradik itu serba kekurangan di mana pada masa yang sama, ibu mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang lapuk keluarga terbabit.


Plaza Bukit Bintang Akan Dirobohkan Tahun Depan


KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.
“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.
Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.
Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. - BERNAMA


Jangan ‘Manipulasikan’ Hubungan Saya Dengan Aaron, Kata Zed Zaidi



Jika kita dengar nama Zed Zaidi, pasti ramai yang akan mengaitkan dirinya dengan Aaron Aziz.
Mana tidaknya, nama Zed Zaidi tercanang selepas lantang mempertikaikan kebanjiran artis luar termasuk kemenangan Aaron Aziz sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang lalu.
Adakah tindakan Zed Zaidi itu bersifat menyeluruh atas nama Timbalan Presiden Seniman pada ketika itu atau ia merupakan serangan peribadi?
MyNewsHub.my telah menghubungi Zed Zaidi hari ini bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu tersebut.
” Ramai yang tak faham tanggungjawab dan kerjaya. Saya Timbalan Presiden waktu itu dan itu tugas saya.
” Saya tak sebut pun nama Aaron Aziz, saya memberi kenyataan umum (artis luar negara), tapi banyak pihak memanipulasikan kenyataan saya,” kata Zed Zaidi.
Selain itu, katanya, ada beberapa pihak terutama blog-blog yang cuba mensensasikan dengan memanipulasikan isu tersebut semata-mata untuk mendapat rating yang tinggi.
Jelasnya, dia tidak mempunyai sebarang isu kerja mahupun masalah peribadi terhadap Aaron Aziz.
” Begitu juga dalam hal PR, saya ucapkan tahniah pada Aaron selepas mendapat status penduduk tetap di Malaysia.
” Saya dan Aaron memang tiada masalah. Kami pernah ke Singapura untuk mempromosikan drama Habil Qabil lakonan kami bersama,” jelas Zed Zaidi.
Ujarnya lagi, dia hanya memperjuangkan periuk nasi artis tempatan kerana dia merupakan pemimpin di dalam persatuan.
Pada masa yang sama, Zed Zaidi turut beranggapan yang segala berita negatif yang mengaitkan dirinya dengan Aaron adalah rencah sebagai selebriti dan ‘public figure’.
Namun, rasa kecewanya turut diluahkan kepada sesetengah ‘blogger’ apabila ramai antara mereka yang ghairah untuk menjadi wartawan tetapi tidak mengamalkan etika kewartawanan.
” Mereka (blogger) ini laju, sekali ‘click’ terus boleh dapatkan berita. Saya senang dengan mereka.
” Tak salah untuk menyampaikan atau melaporkan sesuatu, tapi kita ada undang-undang dan garis panduan,” jelas Zed Zaidi.
Menurutnya, dia memohon agar blogger yang ghairah untuk menulis sesuatu isu supaya merujuk panduan serta undang-undang yang berkaitan menerusi Portal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Bagi Zed Zaidi, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap blogger yang memanipulasikan serta mensensasikan kenyataannya selagi ia tidak menjejaskan karier serta keluarganya.
Presiden Seniman seterusnya menegaskan, dia akan terus memperjuangkan apa sahaja isu yang berkaitan artis-artis tempatan sebaik mungkin.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”