Wednesday, 8 August 2012

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Islam


Rumah memang penting untuk kita semua, bayangkan jika kita tidak mempunyai rumah, dah tentu banyak perkara yang sukar dilakukan terutama untuk berehat dan sebagainya..Oleh itu, kita hendaklah bersyukur mempunyai rumah dan hendaklah menjaga rumah itu agar ‘bersih’ tanpa mewujudkan barang-barang yang boleh membawa kemusyrikan kepada kita..


Dlm hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda: “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati”



Manakala dalam surah an-Nahl (80), Allah SWT. berfirman :”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”



Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”



Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.


Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya..


Cacatkan anggota patung
-Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut dan yang sewaktu dengannya.


Ini berdasarkan sebuah hadis yg menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi sepertt sepohon pokok (Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)


Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.



Tidak Bernyawa
- Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci Al-Quran, pokok, gambar pemandangan/benda yang tidak bernyawa.


Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.



Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar artis yang memperagakan auratnya unttk tatapan umum, gambar orang kafir (org bkn Islam) yang melakukan musyrik terhdp Allah SWT. Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.



Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.


Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga, haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.


Seksaan Hari Kiamat
- Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.



Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.



Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya yang akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.


Islam juga mengingatkan, org yg mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya org yang paling berat berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran / memahat patung ini. Dalam 1 riwayat diterangkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari & Muslim)


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu…


Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu sahaja merupakan 1 seksaan & peghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh. Wallahu a’lam


Dipetik dari nursyazwaneputri



P/s: Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada sehabat – sahabat yang lain.. Semoga kita memperoleh keberkatan dari Allah SWT

Gara-Gara Nak Buang Bulu, Alat Sulit Melecur!


Kuala Lumpur – Keghairahan seorang wanita menjaga kecantikan dalaman, membawa padah apabila alat sulitnya melecur tahap dua selepas menjalani terapi di sebuah pusat rawatan kecantikan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Lee, dikatakan terpengaruh dengan iklan membuang bulu roma menggunakan teknologi nano ditawarkan pusat kecantikan terkenal di ibu negara itu menerusi sebuah akhbar tempatan.


Bercakap pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam MCA, di sini semalam, wanita terbabit yang belum berkahwin dan bekerja sendiri, berkata dia mendaftar untuk menjalani terapi `Nano Light Hair Removal bagi tempoh dua tahun dengan kos RM3,500, Januari lalu.

Rasa sakit luar biasa
Saya menjalani enam sesi terapi dilakukan seorang ahli terapi sama, memang sakit tetapi tidak keterlaluan. Namun sesi 22 Julai lalu dikendalikan seorang ahli terapi lain dan sebaik bermula, kulit pada alat sulit saya mula rasa seperti terbakar dan sakitnya amat luar biasa.
Saya memberitahu ahli terapi berkenaan, namun wanita itu memaklumkan ia perkara biasa dan terus menjalankan terapi selama 20 minit. Selesai sesi itu, alat sulit saya semakin sakit dan ada kesan lecur pada kulit, lalu terus ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan.

Balasan perkosa adik ipar



KOTA BHARU: Seorang tukang kayu bernafsu binatang kerana merogol adik iparnya tahun lalu, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 24 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 29 Mei 2011.
Lelaki itu yang dituduh merogol mangsa yang kini berusia 17 tahun di rumahnya di Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 3 pagi, 27 Mei 2011, didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa bersama suaminya berada di rumah ibunya apabila tertuduh datang dan memukul serta mengheret mangsa keluar dari rumah disaksikan suaminya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana takutkan tertuduh.
Tertuduh membawa mangsa ke rumahnya dan mengheret mangsa masuk ke dalam bilik sebelum menanggalkan kain dipakai mangsa lalu merogolnya. Mangsa yang cuba melawan ditumbuk di mulut.

Warden asrama gersang cabul pelajar ikut ' turn '




Enam pelajar perempuan sebuah sekolah di Kemaman, di negeri Terengganu, Malaysia telah mendakwa mereka telah dicabul berulang kali oleh seorang warden asrama selama tiga bulan.Insiden, yang bermula dari bulan Mei hingga Julai, telah dilakukan oleh seorang lelaki berusia 29 tahun.

Difahamkan warden, yang telah berkahwin, telah mencabul enam gadis - berusia antara sembilan dan 14 tahun - di asrama ' ikut pusingan ' atau ikut ' turn ' .


Sumber berkata warden akan pergi ke bilik perempuan pada lewat malam manakala penghuni asrama yang lain sedang tidur.

Warden akan menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan untuk memenuhi keinginannya. Walaupun amat trauma, gadis pada mulanya takut untuk melaporkan insiden sebagai warden telah mengancam untuk menafikan dakwaan itu dan mengambil tindakan disiplin yang serius terhadap mereka.

Walau bagaimanapun, selepas berkali-kali dicabul, gadis akhirnya berkumpul keberanian untuk membuat laporan terhadap warden.

Sumber

[Gambar] POTRET ASAL PADA WANG KERTAS MALAYSIA



Tentu ramai yang tidak pernah tahu atau tengok termasuklah aku, potret asal Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad pada wang kertas Malaysia. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia.

[18 Gambar] Knightt XV : SUV Berperisai Untuk VVIP Paranoid


Jika anda meonoton filem Fast 5 anda mesti tak akan lupakan kereta perisai yang digunakan oleh The Rock. Kereta perisai tersebut ialah Gurkha LAPV (light armoured patrol vehicle) , sebuah kenderaan berperisai yang direka untuk bertahan walaupun diserang dengan periuk api. Gurkha dihasilkan oleh Terradyne Armoured Vehicle dan dijual dengan harag USD 425 000 (RM 1.32 Juta) sebuah.

Knight XV ialah Gurkha LAPV untuk kegunaan awam. Kinda like what Hummer H2/3 to the original Hummer used by the US military. Knight XV berbeza dengan Gurkha dari segi jumlah perisai (armor) yang dipasang. Jika Gurkha mampu bertahan serangan periuk api, Knight mampu bertahan serangan senjata automatik. Kaca Knight XV masih lagi kalis peluru. Tayarnya juga mempunya teras aluminium. Ini membenarkan Knight XV berfungi walaupun apabila tayarnya hancur ditembak.

Bahagian dalaman juga diberikan sentuhan mewah dan pimp. Sistem audio visual terkini serta sistem infra merah untuk memandu pafa waktu malam turut disertakan. Jadi berapakah harga untuk sebuha Knight XV? Ianya lebih murah dari Gurkha LAPV iaiatu USD 295 000 (RM 923 000) sebuah.








[ Gambar ] Alex Morgan : Pemain Bolasepak USA


Perlawanan akhir bolasepak wanita Olimpik ialah diantara finalis Piala Dunia Wanita 2011 iaitu Jepun dan USA. Dalam perlawanan separuh akhir semalam, Alex Morgan menjadi wirawati USA apabila beliau menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Kanada pada minit ke-123. Jaringan Alexandra Patricia Morgan (23) memastikan USA mengalahkan Kanada 4-3. Alex gadis yang berasal dari California ini memang diakui sebagai antara bintang yang akan menyinar sebelum Olimpik bermula.

Selain menyinar di atas padang, pemain untuk kelab Seattle Sounders ini juga menyinar di luar padang kerana kecantikan beliau. Alex muncul di dalam edisi pakaian renang Sports's Illustrated tahun lalu dan ianya sangat wa wa wee waa. Sadly for you dudes Alex sudah berpunya dan teman lelaki beliau juga pemain bolasepak untuk Seattle Sounders. Marilah kita menonton perlawanan akhir bolasepak wanita pagi jumaat hadapan. Go go USA! Oh dan walaupun beliau memakai jersey kain meja Manchester United, beliau sebenarnya peminat pasukan Seattle Sounders dan FC Barcelona.





Hati-hati Jika Guna PC Di Cyber Cafe


Salam semua..aku rase entry ni sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe…Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak..




Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.



Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.


Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting


Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. kredit to: prince91.com

Nyaris diperkosa rakan suami



ALOR GAJAH – Hanya kerana sudah lama menyimpan perasaan, seorang lelaki tergamak cuba memperkosa isteri rakan baiknya sendiri.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa terselamat namun terpaksa menerima 38 jahitan di kepala dan patah jari telunjuk kiri kerana cuba mempertahankan diri selepas dipukul dengan cota.
Mangsa, P Anjalai, 27, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama anak bongsunya di dalam bilik.

Menurutnya, empat lagi anaknya, Yogeswaran, 9; Phavitra, 8; Thiviya, 5; dan Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu.

“Rumah saya dimasuki lelaki terbabit selepas suami, P Thenagaran, 31, keluar bekerja.
“Anak-anak tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit sehinggalah mereka mendengar jeritan saya,” katanya.
Anjalai berkata, lelaki terbabit cuba menanggalkan pakaiannya tetapi dia berjaya melawan menyebabkan suspek berang dan memukul kepalanya bertalu-talu menggunakan sebatang kayu.

“Saya meraung menyebabkan anak bongsu terjaga dan menangis sambil memaut hujung kaki saya, menyebabkan lelaki terbabit semakin marah.

“Dia ambil anak bongsu saya dan hempasnya ke katil, malah anak sulung yang cuba membantu turut ditolak sehingga terjatuh ke lantai,” katanya.

Menurutnya, dalam kesakitan dia berjaya juga menyalakan lampu bilik dan terkejut melihat lelaki terbabit adalah rakan suaminya.

“Dia terkejut kerana saya dapat lihat wajahnya dan segera minta maaf sebelum larikan diri. Dia kata sudah lama simpan perasaan terhadap saya,” katanya yang segera menghubungi suaminya bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Thenagaran yang bekerja sebagai kelindan lori membawa muatan kelapa sawit di Machap berkata, dia segera membawa isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Menurutnya, dia berkawan baik dengan lelaki terbabit sejak tujuh tahun lalu dan tidak menyangka kejadian itu menimpa isterinya.

Berikutan kejadian itu, Thenagaran membuat laporan polis  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira jam 6.45 pagi pada hari kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superitendan Abdul Rahman Jid berkata,   seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di rumahnya, tidak jauh dari lokasi kejadian pada hari yang sama.

“Semasa pemeriksaan, polis menemui sebatang kayu dipercayai cota patah yang ditinggalkan di rumah mangsa.

“Suspek direman empat hari sehingga 12 Ogos ini dan kes berkenaan  akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merogol dan memukul,” katanya.

Penjualan 'Mercun' Umpama DiHalalkan


Setiap kali pertengahan Ramadhan hingga ke Syawal, pastinya langit dan bumi di Malaysia ini akan berdentam-dentum.

Mana tidaknya, dari mercun sekecil-kecil biji saga hinggalah mercun setanding sambutan ulangtahun kemerdekaan semakin banyak dipasaran.

Seolah-olah mercun di Malaysia telah di’halal’kan kerana ia terlalu mudah untuk didapati.

Selain dari mercun yang dijual, ada juga mercun buatan sendiri, seolah-olah mereka telah menerima ijazah sebagai pembuat bom.

Anda pergilah kemana-mana bazar Ramadhan, gerai-gerai jualan di sekitar pusat bandaraya mahupun di ceruk-ceruk kampung, pasti akan ada ‘gerai haram’ yang menjual mercun.

Pernah satu ketika, bukan sahaja penulis yang terkejut, malah imam serta seluruh jemaah surau beristighfar panjang seolah-olah kami menunaikan solat di Afghanistan apabila dentuman mercun tidak putus menggegarkan kawasan sekitar.

Tambah mengecewakan apabila ibubapa seolah-olah merelakan anak mereka membeli dan bermain mercun.

Dengan kata mudah, “raya setahun sekali je, biarlah mereka nak main..”

Memang raya setahun sekali, putus jari, pecah muka pun akan berlaku sekali dalam seumur hidup.

Dalam isu itu, beberapa pihak harus mengambil tindakan yang serius.

Kemana perginya Akta Bahan Letupan pindaan 1991 yang mengklasifikasikan mercun sebagai bahan letupan kecil?

Jarang sekali kedengaran pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menangkap pemain-pemain mercun.

Justeru, pihak berkuasa haruslah ‘membuka mata’ bukan hanya memantau sebaliknya mengambil tindakan yang sewajarnya supaya isu penjualan mercun secara terbuka mahupun secara ‘gelap’ dapat ditangani.

Pada masa yang sama, ibubapa haruslah memantau serta prihatin terhadap setiap pergerakan dan tindakan anak-anak mereka.

Jangan sampai ratapan air mata Syawal menyelubungi keluarga anda pada Syawal nanti.

Penulis bukan ingin memburukkan mana-mana pihak, cuma sebagai peringatan supaya tragedi yang pernah menimpa pada tahun-tahun yang lalu tidak berulang lagi pada Syawal kali ini.

Mercun Botol Patahkan Lima Jari Dia



KOTA BHARU - "Saya sudah serik bermain mercun," kata mangsa mercun, Mohd Firdaus Ismail, 15, dari Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang apabila kesemua lima jari kirinya patah akibat kejadian tersebut.

Dia yang merupakan bekas pelajar pondok berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam pada Ahad lalu selepas dia menunaikan solat sunat Tarawih di Kampung Batu Karang yang terletak 500 meter dari rumahnya.

"Semasa kejadian, seorang kanak-kanak menyuruh saya menyalakan mercun botol dan tanpa berfikir panjang saya terus membakar mercun tersebut.

"Tiba-tiba ia meletup sebaik sahaja dibakar dan terkena tangan kiri saya," katanya yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hari ini.

Mohd Firdaus berkata, pada awalnya dia tidak merasa apa-apa tetapi apabila melihat darah mula mengalir keluar di jari tangannya dia terus membonceng motosikal pulang ke rumah.

Menurutnya, sebaik sampai di rumah, abangnya, Afendi, 25, terus membawanya ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan sebelum dibawa ke HUSM.

"Apa yang berlaku cukup menginsafkan dan saya sudah fobia untuk bermain mercun lagi.

"Saya berharap dapat keluar dari hospital sebelum Aidilfitri ini kerana saya tidak sanggup beraya di sini tanpa keluarga," katanya. - sinarharian

Mesej Pedas Lee Chong Wei Kepada BAM



“BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu tukar sistem dan program pembangunan harus diperhebatkan.”

Cukup pedas mesej yang disampaikan oleh jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kepada BAM sejurus selepas meraih pingat perak dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London..

Menurut Chong Wei, selepas ini, BAM perlu fokus terhadap pemain junior dan berikan lebih banyak pendedahan kepada mereka di pentas antarabangsa.

Sebab itu katanya, program pembangunan sangat penting dan perlu diperhebatkan lagi jika mahu melihat pemain negara terus mengukir kejayaan pada kejohanan peringkat antarabangsa khususnya Sukan Olimpik.

“Saya sudah veteran dan mungkin boleh bermain dalam masa dua atau tiga tahun lagi. Sepatutnya sekarang kita sudah ada pelapis yang berdaya saing seperti China yang mempunyai ramai pemain hebat serta boleh menggegar dunia pada bila-bila masa sahaja.

 “Mereka sekarang ada Lin Dan tetapi pelapis kepada Lin Dan sudah ada seperti Chen Long yang bakal menguasai sukan badminton selepas ini sebaik Lin Dan atau saya bersara,” kata Chong Wei.

Menurutnya, pemain junior seperti Liew Darren, Arif Latif mahupun Zulfadli Zulkifli harus kerap diberi pendedahan kerana dengan cara tersebut, ia membantu meningkatkan keyakinan serta prestasi mereka.

“Jika kita tidak memulakan daripada sekarang, masa depan sukan badminton negara bakal melalui zaman malap,” katanya.

Mengulas persembahannya sepanjang temasya di London, Chong Wei menjelaskan bahawa dia sudah memiliki keyakinan semula dengan prestasinya.

 “Bukan senang nak dapat balik form. Selepas dua bulan setengah tidak beraksi dalam mana-mana kejohanan kompetitif, saya tetap berjaya memberi saingan.

“Kejayaan mara ke final sudah menjadi satu kejayaan buat saya tetapi malangnya, saya gagal menghadiahkan pingat emas buat rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum bermulanya temasya di London, ramai yang meragui prestasi Chong Wei kerana kecederaan yang dialaminya ketika menggalas cabaran negara pada Piala Thomas di Wuhan China, Mei lalu akan menjejaskan prestasinya.


Untuk memburukkan lagi keadaan, program latihannya juga tidak konsisten kerana terpaksa melalui rawatan pemulihan dengan harapan kecederaannya pulih sepenuhnya sebelum Olimpik London bermula.

Atas kerja kuat serta kecekalannya menghadapi segala dugaan yang ditempuhinya, Chong Wei kembali pulih seperti biasa, namun masih ramai yang kurang yakin bahawa dia mampu menampilkan prestasi cemerlang di London.

Sebaik memulakan kempennya pada saingan peringkat kumpulan, Chong Wei tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa kecederaan yang dialaminya itu akan menjejaskan rentak permainannya.

Selepas itu, kelibat Chong Wei terus sukar disekat sehingga berjaya melangkah ke final dan tewas kepada juara bertahan, Lin Dan.

“Saya pun tidak percaya boleh beraksi dengan baik. Bayangkan sudah hampir tiga bulan tidak menyertai mana-mana kejohanan dan memang sukar untuk mengembalikan form seperti biasa.

“Apa pun, yang penting kita perlu bekerja kuat dan berusaha sebaik mungkin untuk meraih kejayaan. Saya berharap agar pemain-pemain muda kita mempunyai semangat yang sama untuk bekerja lebih keras lagi bagi meningkatkan prestasi.

 “Saya mungkin tidak dapat beraksi pada Sukan Olimpik akan datang dan sebab itu penting untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada pemain junior kita.

“Bukan hanya untuk acara perseorangan lelaki tetpai juga merangkumi beregu lelaki dan wanita,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Kejayaan meraih pingat perak pada temasya di London ini merupakan perak Olimpik kedua buat Chong Wei selepas dia mengukir kejayaan yang sama di Beijing empat tahun lalu.

Selepas ini, fokusnya adalah untuk menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel dan Asia serta Kejohanan Dunia tahun depan.

“Mungkin saya boleh beraksi lagi pada Sukan Asia dan Komanwel tetapi untuk Sukan Olimpik banyak bergantung sama ada saya layak atau tidak.

“Mungkin form saya dalam masa empat tahun lagi tidak sama seperti sekarang,” katanya. – Kosmo Online

Poster Jururawat Perang Dunia Ke Dua (9 Gambar)

Poster pengambilan jururawat wanita untuk pelbagai cabang ketenteraan Amerika Syarikat ketika perang dunia kedua. Kami cukup gemar poster propagada dari zaman perang pasal ianya sangat cool jika dilekatkan pada dinding bilik. Satu lagi yang menarik tentang poster dari zaman ini ialah ianya dibuat secara manual. Tak ada photoshoppun tetapu kualiti artwork dan susunletaknya 1000 kali ganda lebih bagus dari kualiti logo Merdeka 55 yang dibuat menggunakan komputer. This just prooves a point. They just don't make posters like they use to.





Zizan Buat Rumah Terbuka Pada Raya Ke-3



KUALA LUMPUR – Selepas menumpukan sebulan untuk berpuasa di bulan Ramadhan, pelakon dan pelawak negara, Zizan akan mengadakan sambutan rumah terbuka untuk peminat-peminatnya pada Hari Raya Aidilfitri yang ketiga nanti.

Zizan bakal mengadakan rumah terbuka itu di kampung halamannya dia Terengganu.
Tujuan Zizan mengadakan rumah terbuka adalah kerana mahu meraikan peminat-peminatnya yang tidak pernah penat dan jemu untuk menyokong kerjaya seninya.
“Saya dah rancang untuk buat ‘Open House’ dengan family dekat kampung nanti. Jadi sapa yang nak datang tu dipersilakanlah. Tahun ni tema baju raya saya sekeluarga ialah Oren tema keluarga orang lain saya tak tahu la.

“Kalau nak datang pakai baju oren pun digalakkan. Sebelum terlupa ‘Open House’ tu nanti akan dibuat pada hari Raya ke 3,” kata Zizan yang dipetik dari Buahmulut.com.

Walaupun Zizan dilihat masih lagi aktif bekerja di bulan puasa berbanding artis-artis lain, dia mengakui banyak melakukan amal-amal untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Justeru itu, Zizan mengambil peluang di bulan suci ini untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik walaupun tidak membantu dari segi wang ringgit.

“Dah menjadi kewajipan setiap dari kita yang berkemampuan untuk membantu apa yang terdaya kepada golongan yang memerlukan.

“Tidak kiralah dalam apa bentuk sumbangan pun dan tak semestinya wang ringgit. Terutamanya dalam menyambut Hari Raya yang akan datang nanti,” katanya.

“Saya Dah Lama Tak Berhubung Dengan Juliana Evans” – Zizan



Pelawak dan pengacara terkenal Mohd Razizan Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Zizan baru-baru ini memaklumkan kepada pihak OHBULAN! bahawa beliau sudah lama tidak berhubung dengan Juliana Evans.
Menerusi temubual di Majlis Berbuka Puas bersama pihak Astro Rabu lalu, Zizan memaklumkan bahawa Juliana Evans telah terbang ke Australia sejak awal Ramadhan yang lalu. Beliau turut menyatakan bahawa sudah lama tidak berhubung dengan Juliana sejak pelakon wanita tersebut dikatakan terbang ke Australia atas urusan kerja.
Apabila disoal adakah Zizan akan menyambut Aidilfitri dengan Juliana Evans,beliau menjawab, “Saya pun dah lama tak berhubung dengan Juliana. Masuk sahaja bulan Ramadhan, dia sudah terbang ke Australia, jadi saya tak tahu mengenai dia sekarang.”
Menerusi perkembangan karier seni pula, Zizan memaklumkan bahawa pada Hari Raya ke-2 nanti, peminat boleh menonton lakonan beliau di program raya Astro menerusi cerita “Beraya Sampai Lebam”, di mana dalam cerita tersebut beliau digandingkan dengan pelakon lelaki popular Aaron Aziz.
Bertanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Zizan memaklumkan bahawa tema Baju Rayanya pada tahun ini adalah warna oren dan beliau akan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Terengganu.

Emaliza Lizaema – Gadis Yang Hina Negeri Sabah Di Facebook


Itu lah pepatah yang boleh kita gunakan kepada seorang hamba ALlah yang telah menghina negeri Sabah. Emaliza Lizaema atau lebih dikenali dengan nama Ema telah menaikkan status menghina negeri Sabah..

Facebook Emaliza Lizaema telah di FLAG oleh pengguna facebook dari Negeri Sabah dan akhirnya pihak Facebook telah pun deleted akaun facebook Emaliza Lizaema .
Itulah.. bila mulut tuh macam bangkai.. Cakap siang sila la pandang kiri dan kanan. Untuk pengetahuan juga, beberapa fanpage mengutuk Emaliza Lizaema juga telah di hasilkan. Sungguh kuat kesannya di Facebook ni..  Itu lah padah nya..





Hukum Memakai Contact Lens


Pemakaian contact lens ini bukanlah satu isu yang baru kerana trend ini sudah lama digunapakai oleh sesetengah golongan. Lihat saja jenis-jenis contact lens yang pelik ni.Namun yang membuatkan isu ini timbul apabila si pemakai terutamanya bagi kaum wanita adalah semata-mata untuk menarik perhatian orang lain. Tidak jadi masalah untuk memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.





1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.



2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan



Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).

10 Kemungkaran Dan Bidaah Dalam Majlis Kahwin Melayu


Ini merupakan sedikit sebanyak kemungkaran dan bidaah yang sering dilakukan dalam majlis perkahwinan melayu.. Semoga perkongsian yang dipetik dari Facebook ini dapat dimanfaatkan bersama, insyaAllah.. Antara 10 kemungkaran dan bidaah dalam majlis kahwin melayu yang sering dilakukan ialah..

 

1. Membuka Aurat



Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.



Sedangkan Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)



2. Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita



Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)



Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)



Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)



3. Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu



Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)



4. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna



Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5889)



Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.“



Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)



5. Mencukur Janggut



Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.



Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)



6. Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan



Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: “Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)



Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.



Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)



7. Adat Bersanding dan Pelamin



Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.



Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)



Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)



8. Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga



Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.



Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)



Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, [2:104]: “Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)



Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.



Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2697)



Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)



9. Adat Merenjis Air Mawar



Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.



10. Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran



Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.



Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.



Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.



Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)



Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.



Allah s.w.t berfirman:



“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)



“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)



Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)



Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)



Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya. – Wallahua’lam

Rahsia Tersirat Di Sebalik Jari Wanita


Jari? ada apa pada jari? haa, mungkin ramai yang tak tahu jari juga mempunyai maskud yang tersendiri.. dikatakan hanya orang-orang tertentu je boleh meramal.. tak tahu la betul ke tidak, hanya sebagai perkongsian bersama.. meh baca



Rahsia Jari Wanita



Jari kecil, halus dan hujungnya meruncing
Wanita memiliki jari sebegini biasanya berperasaan halus dan idealis. Mereka menyukai barang-barang seni dan pemandangan yang indah.



Jari runcing dan panjang
Sifat wanita yang memiliki jari ini hampir sama dengan sifat perempuan di atas. Namun mereka lebih banyak bermain dengan perasaan sehingga sesuai untuk memilih kerjaya sebahai juruhias.



Jari pendek
Wanita ini sangat aktif dan berfikir perkara yang besar-besar. Mereka malas menguruskan perkara yang remeh-temeh.



Jari besar dan gemuk
Wanita ini bersifat terlalu berhati-hati sehingga kesannya malas bertindak.



Jari tengah dan jari manis sama panjang
Wanita yang memiliki jari sebegini ditambah dengan kulitnya yang halus maka dia pandai bermain cinta. Fantasi asmaranya sangat tinggi sehingga sering menciptakan model-model permainan baru. Namun bagi yang berkulit kasar bermakna wanita sebegini suka berprasangka.



Jari tengah dan telunjuk sama panjang
Perempuan yang memiliki jari seperti ini bakal mencapai cita-citanya. Mereka pantang menyerah dan rajin berusaha.



Jari tengah paling tinggi dan menonjol
Biasanya wanita ini kurang sabar sehingga mudah bertindak tanpa berfikir panjang. Namun, dia sering menyesali tindakan yang telah dilakukannya.



Tiga jari sama tinggi
Berbeza dengan wanita yang jari tengahnya paling menonjol, pemilik tiga jari yang sama panjangnya ini berhati-hati dalam bertindak. Banyak persoalan yang wajar diselesaikan dengan segera tertunda kerana sikapnya yang suka berlengah-lengah dalam melakukan sesuatu.



Ibu jari yang besar dan kuat
Ibu jari yang besar dan terkesan kuat dapat menggambarkan sifat perempuan yang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang keras untuk maju. Selain itu mereka juga memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi.



Ibu jari kurus dan lembik
Wanita sebegini mempunyai sikap bergantung kepada orang lain dan sering bersikap ragu dalam membuat keputusan. Ketika bertindak, mereka selalu memerlukan kehadiran orang lain.



Hujung ibu jari runcing
Wanita ini selalunya berjiwa halus. Kalau menjadi pemimpin, dia seorang yang bijaksana.



Hujung ibu jari yang berbentuk persegi
Hal ini menandakan pemiliknya berasa tidak puas dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Sikap buruknya, dia sering iri hati terhadap orang lain.

Maksud Huruf “i” Pada iPhone, iPad, iPod


Mungkin kebanyakkan pengguna atau peminat produk buatan Apple tidak mengetahui atau memang tidak ambil tahu langsung apa makna di sebalik huruf “i” pada telefon pintar iPhone, iPad dan sebagainya.



Ok, sebenarnya huruf “i” tu bukan saja-saja je letak tapi ada maksudnya yang tersendiri. Sebagai contoh produk pertama yang dibangunkan yang mempunyai huruf “i” di depannya ialah iMac. Jadi, “i” mewakili internet dan “Mac” mewakili Macintosh. Internet merupakan kata yang paling sering dikira diwakili “i”. Namun, internet bukanlah satu-satunya erti “i” yang dimaksud Steve Jobs.



Selain internet, “i” juga bererti individual, merujuk pada sifat alami personal komputer. Arahan, komputer juga dimaksudkan untuk tujuan pendidikan serta informasi dan inspirasi.



Sejak pengeluaran iMac pada 1998, Apple mula merancang beberapa rancangan serupa produk lainnya menggunakan “i” termasuk iPod, iPhone dan kini iPad

Senarai Terkini Laman Perkongsian Yang Menamatkan Perkhidmatan


Ini merupakan senarai / status terkini laman-laman perkongsian yang telah bertindak menamatkan sebahagian perkhidmatan mereka bertitik tolak tindakan FBI terhadap Megaupload sebelumnya;



4shared: Mass deletion
FileJungle (Owned by FileServe): Closed affiliate program, Mass deletion, Testing USA IP blocking
FilePost: Started suspending accounts with infringing material (doing what Hotfile did)
FileServe: Closed affiliate program, Mass deletion
FileSonic (Owned by Fileserve): Closed file-sharing completely
MediaFire: has started to delete files & accounts
MegaUpload: Closed by FBI
MegaVideo: Closed by FBI
UploadStation (Owned by FileServe): Mass deletion, Testing USA IP blocking, losed affiliate program, Closed file-sharing completely (23 Jan)
UploadBox: Closed, (UploadBox file hosting service is no longer available. All files will be deleted on January 30th. Feel free to download the files you store with UploadBox until this date.)
Uploaded: Banned USA IP addresses
VideoBB: Closed affiliate program, Mass deletion
VideoZer: Closed affiliate program, Mass deletion
Wupload: Closed affiliate program
x7.to: Closed

Sengketa Wartawan & Mamat Sepah Jadi Kes Polis



LAPORAN polis telah dibuat oleh seorang blogger yang juga seorang wartawan televisyen tempatan, Zulhazri Abu Bakar (Hazrey) pada 5 Ogos lalu di Balai Polis Johor Bahru Central terhadap kenyataan yang didakwanya berunsur fitnah dengan niat menjatuhkan maruah, integriti serta kerjanya yang dilakukan oleh Mamat Sepah atau nama sebenar Mohd Noor bin Murad.

Laporan yang telah disiarkan melalui sisipan akhbar Mingguan Malaysia, Pancaindera bertarikh 29 Julai di mukasurat 12 dengan tajuk “Isu di Twitter, Mamat enggan mohon maaf” itu menyiarkan kenyataan Mamat yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah seperti berikut:

“Bukan mahu tunjuk samseng, bagi saya dia seorang yang tak ada adab dan tak hormat orang. Dia yang menggertak dan memaki hamun saya di Twitter terlebih dahulu. Saya cuma berdiam diri. Tapi bila dia mula melibatkan mak bapak saya, ini sudah melampaui had saya. Sekarang siapa yang kurang ajar?”

Jelas Hazrey, ayat itu secara jelas melakukan fitnah jenayah terhadapnya dengan tujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang wartawan.

Tambah Hazrey lagi, Mamat Sepah turut membuat kenyataan fitnah di ruangan sama yang berbunyi “Dia ada memberitahu saya dia seorang wartawan. Tapi rupanya dia bukannya wartawan hiburan pun. Saya rapat dengan kebanyakan wartawan hiburan dan saya kenal kebanyak dari mereka. Tapi dia ni saya langsung tak pernah kenal. Jangan hanya kerana tiket wartawan yang dia pegang, dia ingat dia boleh gunakannya untuk menghentam orang sesuka hati. Memang tak ada adab.”

Manakala pada 25 Julai, Mamat turut membuat kenyataan palsu dan fitnah yang tersiar di sebuah blog hiburan seperti berikut:

“Namun tidak semena-mena saya ditempelak terus dengan seorang yang menggelarkan dirinya sebagai wartawan bernama Hazrey yang memaki saya kerana tidak mengesahkan berita itu terlebih dahulu.”

Kenyataan yang sama turut dipaparkan di beberapa blog hiburan lainnya.

Terkini pada 5 Ogos lalu menerusi program hiburan Propaganza, Mamat telah membuat kenyataan bervisual seperti berikut:

“Kau memang penakut gila, dia masuk ke tempat saya tak beri salam tau. Artis bodoh semua. Gua ajak lu jumpa taknak pula. Kalau dia taknak jumpa saya tak pa, saya tahu rumah dia kat mana. Dia cakap dia member polis, saya pun tak takut dengan gertak dia.”

Menurut Hazrey, kenyataan tersebut jelas palsu dan bertujuan memfitnah secara jenayah dan melakukan ancaman menakutkan apabila mengetahui di mana saya tinggal.

Akibat kenyataan Mamat, kehidupan serta emosi Hazrey terganggu selain integritinya sebagai seorang wartawan juga turut terjejas.

Hazrey turut sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang melalui saman sivil sekiranya pelawak tersebut seandainya tidak memohon maaf secara terbuka dan mengakui apa yang dinyatakan di beberapa media tersebut adalah rekaan, palsu dan berunsur fitnah.

Amaran!! Google Panda Akan Menghukum Blog Yang Banyak Iklan


Sekarang adalah masa yang terbaik untuk mengurangkan ruang iklan (advertising space) di laman blog anda sebelum terlambat. Pada 19 Januari 2012, Google telah mengumumkan mereka akan bertindak menghukum (penalised) laman-laman web / blog yang menjalankan terlalu banyak iklan terutamanya di bahagian atas atau “page header”.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Google Panda
Google Panda mula diperkenalkan oleh Google pada Februari 2011. Ia dalah perubahan kepada algoritma ranking hasil carian Google. Perubahan ini bertujuan untuk menurunkan pangkat (penalised) laman web yang berkualiti rendah, dan mengembalikan laman web yang berkualiti ke bahagian atas di enjin carian Google.

Algoritma Baharu Dari Google Panda
Menurut laman blog rasmi Google, perubahan ini dilakukan hasil daripada rungutan pengguna yang tidak berpuas hati dengan pengalaman mereka yang sukar untuk mendapatkan kandungan sebenar dan berkualiti di sesebuah laman web / blog. Pengguna mahu melihat kandungan dengan segera selain daripada terpaksa “scroll down” terlebih dahulu.

Kesimpulannya di sini, mana-mana laman web / blog yang menempatkan kandungan di bahagian atas tanpa dipenuhi oleh ruang iklan yang banyak akan diberi keutamaan oleh Google. Selain daripada itu, Google juga turut menegaskan bahawa laman web yang menggunakan pop-up, pop-under atau overlay ads tidak akan terjejas. Algoritma baharu ini hanya terpakai kepada iklan statik di setiap halaman itu sahaja.

Persoalan! Berapa Banyak Dikatakan Terlalu Banyak?
Ini adalah persoalan yang sukar untuk ditentukan dan tidak ada sebarang “guidelines” dikeluarkan oleh Google. Walau bagaimanapun, menurut Google;

This algorithmic change does not affect sites who place ads above-the-fold to a normal degree, but affects sites that go much further to load the top of the page with ads to an excessive degree or that make it hard to find the actual original content on the page. This new algorithmic improvement tends to impact sites where there is only a small amount of visible content above-the-fold or relevant content is persistently pushed down by large blocks of ads.

Mengikut kefahaman saya, menempatkan satu ruang iklan di bahagian atas tidak menjadi kesalahan selagi pengguna dapat melihat kandungan entri pada halaman yang sama tanpa perlu skroll ke bawah. Untuk membantu anda memahami kehendak Google, anda boleh mencuba Browser Size Tool yang disediakan oleh Google untuk memahami berapakah peratusan kandungan vs iklan di halaman blog anda yang boleh dilihat pada pandangan pertama kepada pengunjung di bawah pelbagai resolusi skrin.

Apa yang perlu Dilakukan?
Untuk mengelakkan laman web / blog anda dipenalised oleh Google Panda, cara terbaik ialah dengan mengubah layout anda secepat mengkin. Lakukan mengubahsuaian sebaik mungkin agar blog yang anda usahakan selama ini tidak diketepikan oleh enjin carian Google.

Minta Maaf Atas Kebodohan Diri Mengutuk Lee Chong Wei!



Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari parti DAP, M. Manoharan yang ‘dibelasah’ bertalu-talu di media sosial dan arus perdana sejak semalam kerana membuat kenyataan merendahkan kejayaan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tampil memohon maaf hari ini.
Permohonan maaf itu dibuat menggunakan medium yang sama yang digunakan untuk merendahkan Chong Wei yakni melalui akaun Twitter miliknya.
“I deeply regret the comments I have made and tender my heartfelt apologies to Dato’ Lee Chong Wei and his family.”.
Kenyataan itu datang selepas rakyat dari semua lapisan termasuk pemimpin DAP mengutuk kenyataan Manoharan yang disifatkan ramai sebagai bodoh dan tidak sensitif pada situasi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merupakan antara yang terawal cuba menjarakan diri dengan kenyataan Manoharan itu dan mengutuk tindakan peguam itu.
Dalam beberapa tweet yang dibuat Manoharan sebaik perlawan antara Chong Wei menentang pemain China, Lin Dan bagi merebut emas olimpik acara berminton berakhir, dia dilihat telah merendahkan pengorbanan dan kejayaan Chong Wei.
Manohran dilihat dengan jelas lebih mengagungkan dan memandang tinggi Lin Dan berbanding jaguh negara sendiri.
Antara tweet yang dibuat Manoharan ialah;
‘LIN DAN wins.He played better than Lee Chong AWAY,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.
Dengan jelas Manoharan mempermainkan nama Chong Wei kepada Chong Away.
Selain itu, wujud unsur-unsur politik keterlaluan di kala rakyat sedang bersediah apabila negara terlepas peluang untuk menang emas pertama.
“Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya,”
Inikah kualiti ahli politik DAP?
Ini bukan kontroversi kualiti rendah yang pertama melibatkan Manoharan kerana dia juga pernah mendedahkan bahawa bendera negara ini akan diubah apabila parti berkenaan mengambil alih tampuk 
pentadbiran negara.


Barisan Nasional Nak Berhentikan Air Percuma -Apa Kata Rakyat Selangor?


Sedar tak sedar, dah lebih 4 tahun rakyat negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat menerima air percuma 20 meter padu setiap bulan. Rata-ratanya, ramai yang menikmati kaedah air percuma ini.

Namun begitu, ada ura-ura mengatakan sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum-13 yang semakin hampir ini, dasar pemberian air percuma akan dihentikan dan diganti dengan kadar tarif air yang tidak membebankan.


Kita sudah sedia maklum, kena faham dengan ayat-ayat orang politik ini.Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani,  Datuk Seri Noh Omar menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kerana menolak projek Loji Rawatan Air Langat 2, yang kosnya mencecah 8 bilion kerana mendakwa bahawa air terawat di Selangor dalam keadaan kritikal oleh kerana loji rawatan sedia ada yang tidak berfungsi dengan efisien.


Pameran Sempena 50 Tahun James Bond (19 Gambar)

James Bond ialah sebuah francais yang masih lagi mempunyai peminat yang ramai sungguhpun sudah terdapat 25 filem dihasilkan. Oktober hadapan, sempena ulang tahun ke-50 filem pertama Bond iaitu Dr No, filem terkini Bond - Skyfall akan ditayangkan di layar perak. Sempena ulang tahun ke 50 ini juga sebuah pameran khas 50 Tahun James Bond diadakan di The Barbican London. Di dalam pameran ini akan akan dapat melihat sendiri pakaian, kenderaan, model, senjata dan juga lukisan konsep terpilih yang pernah digunakan dalam penghasilan filem Bond. Jika anda ada di London sekarang ialah masa yang perfect untuk melihat pameran yang pastinya ditujukan khas buat peminat Bond. Pameran ini akan berlangsung di Barbican sehingga 5 September ini sebelum melakukan road tour seluruh dunia selama 3 tahun. Harapannya pameran ini akan tiba di negara kita. Nampak sangat nice terutamanya kereta Aston Martin DB5 dan pistol The Man With The Golden Gun. Classic stuff!








Baju Ninja Turtles Dan Power Rangers : Edisi Hot Babes (7 Gambar)

I just leave this here. Dress seksi Teenage Mutant Ninja Turtles dan Power Rangers untuk aweks. Setiap satunya beharga USD 35. Kalau anda berpoligami dan beristeri 4 aku sarankan belikan satu set baju seksi








OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”