Tuesday 20 August 2013

Apa Itu R4BIA?

Apa itu R4BIA?




Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di bawah dan mula menggunakan hashtag ‪‎R4BIA‬?

Apa Itu R4BIA#?: Kenapa Pengguna Sosial Menukar Avatar R4BIA?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Pelatih Wanita PLKN Wajib Jalani Ujian Kehamilan



Semua pelatih wanita kini diwajibkan menjalani ujian kehamilan sebelum menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Keputusan itu dipersetujui anggota Jemaah Menteri pada 12 Julai lepas, katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kem PLKN Geo Kosmo di sini, Isnin.

 Bakal Pelatih Wanita PLKN Wajib Jalani Ujian Kehamilan
Beliau berkata kumpulan ketiga untuk tahun ini yang memulakan latihan sejak dua hari lepas, bakal menjadi kumpulan pertama menjalani ujian itu.

Menurutnya sekiranya ada pelatih wanita yang positif ujian kehamilan, mereka akan diberi tempoh penangguhan daripada menjalani program itu.

“Keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan bersama Kementerian Pertahanan dan hasil kajian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung ujian kehamilan ke atas bakal pelatih PLKN,” katanya.

Kajian pada 2011 itu, yang melibatkan 4,500 responden daripada pelatih PLK Ndan ibu bapa, mendapati sebanyak 94 peratus daripada mereka bersetuju ujian itu dilaksana.

Abdul Hadi berkata keputusan itu juga dibuat bagi menjaga keselamatan kandungan pelatih.
Menurut Kementerian Pertahanan, sejak PLKN dilaksanakan dari 2004 hingga kini, terdapat enam kes pelatih melahirkan bayi semasa menjalani program itu.

Logo Merdeka 56 Tahun



Signifikasi Logo Merdeka 56 Tahun
Tema sambutan Hari Kebangsaan - Merdeka ke 56 tahun adalah Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku merupakan simbolik kepada Malaysia merdeka yang bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.

Logo yang dipilih memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan kecintaan kepada negara yakni Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini agak istimewa kerana ia merupakan sambutan Jubli Emas Hari Malaysia ke 50.

Sempena dengan pelancaran logo rasmi serta sambutan Merdeka 56 tahun, beberapa aktiviti telah disenaraikan.

Aktiviti Hari Kebangsaan Merdeka 56 Tahun
Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013
Tarikh: 16 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah

Ambang Merdeka 2013
Tarikh: 30 Ogos 2013 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pusat Maritim, Presint 5, Putrajaya

Acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-56
Tarikh: 31 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Ok. Kepada mana-mana blogger, anda boleh dengan cara tersendiri menyemarakkan sambutan kemerdekaan tanahair ke 56 tahun ini. Tunjukkan rasa bangga dan cinta anda kepada negara dengan memaparkan semangatnya di dalam blog anda.

Sayang agama, sayang negara, sayang Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai Merdeka 56 Tahun boleh juga anda dapati di lawan sesawang berikut: Malaysia Merdeka


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”