Friday, 27 July 2012

Alat Kelamin Tak Berfungsi, Tak Jadi Rogol



KAJANG – Seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi kelmarin berakhir dengan dia menjadi sasaran nafsu jahat lelaki itu yang sanggup mencabul dan cuba merogolnya.
Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi di Taman Jasmin di sini membabitkan lelaki warga emas berusia 65 tahun. Suspek yang tinggal satu taman dengan rumah mangsa dikatakan muncul di rumah mangsa sejurus selepas suami mangsa keluar bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menjemput abang iparnya masuk ke dalam rumah.
Sebaik mangsa dan suspek berada di dalam rumah, mangsa mula berasa tidak sedap hati kerana mendakwa lelaki itu kerap merenungnya.
Bagi melepaskan perasaanya, mangsa meminta diri naik ke tingkat atas rumah dengan alasan untuk mengemas bilik.
Bagaimanapun, tanpa disangka suspek yang sudah beristeri mengekori mangsa sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tersebut.
Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaiannya dan turut membogelkan adik iparnya sebelum melakukan oral seks terhadapn mangsa dan cuba merogol wanita itu.
Malangnya, semasa cuba merogol mangsa, alat kelamin suspek tidak berfungsi sebelum diganggu dengan bunyi deringan telefon rumah mangsa.
Suspek tersentak dengan deringan telefon itu menyebabkan mangsa mengambil kesempatan menendang suspek sebelum lari menyelamatkan diri.
Suspek kemudian terus meninggalkan rumah mangsa dan sehingga kini tidak pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu polis sedang memburu lelaki itu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul.
Kosmo.

Tahniah Zed Zaidi Dapat Anak Lelaki




Baru dua hari selepas tersebar berita Zed Zaidi cedera kemalangan, hari ini wujud satu lagi berita melibatkan Presiden Seniman itu.
Kalau sebelum ini berita rekaaan yang mengarut, kali ini berita sebenar yang mengembirakan di bulan Ramadan ini.
Portal Berita Hiburan Gua.com melaporkan, Zed Zaidi baru sahaja menerima kehadiran cahayamata lelaki pagi ini.
Boleh tahan besar saiz anak dia. Apa pun, tahniah diucapkan kepada beliau.
Berikut petikan berita berkenaan:
Sebentar tadi GUA menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dari Presiden Seniman, Zed Zaidi mengatakan isteri beliau, Nelly sudahpun selamat melahirkan anak. Bayi lelaki comel seberat 4.32 kilogram ini dilahirkan secara pembedahan sekitar jam 9.30 pagi tadi, di sebuah Pusat Perubatan sekitar Damansara.
“Alhamdulillah, Zed teruja sangat dengan kelahiran bayi sulung kami ini apatah lagi dia dilahirkan pada bulan dan hari yang baik iaitu di bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat. Zed juga berasa gembira kerana tarikh lahir anak Zed, 27hb sama dengan tarikh lahir Zed, 27 Jun.
“Sekarang ini Zed kena kerja dengan lebih keras lagi kerana tanggungjawab Zed dah semakin besar,” ujar Zed ketika dihubungi GUA sebentar tadi.
Menurut Zed, beliau dan isteri telah sepakat memilih nama Ryan Ziqry untuk cahaya mata sulung mereka ini. Tahniah GUA ucapkan kepada Zed dan Nelly yang mendapat ahli keluarga baru dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Awas! Teknik Terbaru Untuk Mencuri Kereta


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada kisah benar tentang satu teknik terbaru yang digunakan pencuri untuk mencuri kereta..





Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.



Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.



Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.



Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik ‘klip’frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote’s frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.



Kesan dari operasi ‘clipping’ oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.



Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.



P/s: Alat Signal jammer / Mobile Phone Jammer skrg berluasa di Malaysia. Berhati hati. Jika Remote kereta / Rumah / Handohone tak berfungsi harus ambil tindakan berjaga jaga. Seperti jangan parking dikawasan itu .Jangan keluar rumah jika remote alarm rumah tak berfunsi.

Pelakon luc@h Rin Sakuragi di Pawagam Malaysia

Tak sangka pulak ada filem Indonesia yang menggunakan khidmat pelakon lucah , berlakon dalam filem mereka.  Tapi ni bukan filem lucah la..Filem tersebut adalah "SUSTER KERAMAS" yang ditayangkan pada Mei 2010.  Tentunya pelbagai aksi menarik dlm filem ni kan??...zuss.........



MODEL S@KSI INDONESIA

Kali ni jom kita layan model seksi dari negra seberang yang bernama Cut Mutia..Tak tau la pulak model apa..tapi sure layan....











[E-Book] Permata Yang Hilang





siapa yang nak baca buku ni boleh la downloand dengan senang hati yer :lol: Tentang buku ni, ana rasa tak payah kot ana nak cerita sebab ana tahu dekat luar sana semua orang dah tahu tentang buku yang famous ni kan? hehe :-) Satu lagi. Macam biasa kalau korang dah download buku ni harap boleh la klik kat butang “like” tu yer. Sekian, terima kasih :-P
Sharing Is Caring
Permata Yang Hilang oleh Ibnu Yusof (7.7MB) [Download]
Kilik Untuk Membaca Terus 

Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab - Berkenaan Permasalahan Semasa [E-Book]


Buku yang mendapat perhatian pembaca di Malaysia ini dicetak semula tidak sampai sebulan di pasaran kerana permintaan yang tinggi dari pembaca dan pekedai buku.
Buku yang menjawab persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam serta persoalan rumit yang mencabar pemikiran ini mendapat tempahan yang menggalakan daripada peminat buku agama di seluruh Malaysia.





Persoalan yang dikumpulkan dalam buku ini adalah hasil kompilasi yang dikumpulkan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Jawapan yang jelas dan padat dipaparkan supaya pembaca jelas mengenai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda mereka.

kilik link dibawah untuk membaca:

http://www.mediafire.com/view/?5owgrokeea4s5et

Majalah UJANG #430 (15.06.12) Versi Lawak Broom Brooom [E-Book]






Untuk Membaca kilik Link Dibawah

http://www.mediafire.com/?myfiles

Paling Ramai Atas Katil Pada Satu Masa

Senang jer kalau hendak mencipta rekod dan mencatatkan nama dalam Guiness Book Of Record. 50 model wanita dan seorang lelaki yang cukup bertuah telah mencatat rekod Paling Ramai Atas Katil Pada Satu Masa.  Pada awalnya , mereka cuba duduk atas katil tersebut tetapi hanya mampu memuatkan 27 orang.  Lepas tu mereka cuba cara lain , iaitu berdiri dan mereka berjaya.  51 orang atas katil pada satu masa.  Nak cuba pecah rekod ni tak?? Boleh , tapi carik la saiz orang yang kecil. heh 



Pyanhabib Bidas Abby Abadi

Pyanhabib Bidas Abby Abadi : Penyair dan penyajak terkenal Pyanhabib pula dilaporkan membidas kenyataan Abby Abadi yang enggan berkarya ketika BN memerintah.


Bidas Pyanhabib Rahman kepada Abby, kerja seorang anak seni yang bergelar seniman ataupun artis adalah berkarya tanpa perlu menjadi orang kerajaan atau pembangkang.

Tambah beliau, seandainya PAS tidak memenangi pilihan raya umum (PRU) 13, apakah Abby akan menunggu sehingga pilihan raya seterusnya untuk berkarya.


“Anda tidak perlu jadi orang kerajaan atau pembangkang sebagai lesen untuk berkarya.

“Jika pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda dapat berkarya?” kata Pyanhabib.




Video Hitler Marah Logo Kemerdekaan 55 Hodoh

Memang win la video ni!! Pecah perut aku ketawa Hitler tekanan dengan Logo 1Malaysia HAHA.
Video ini dibuat oleh CEO Amanz.my




Bapa paksa anak gugur kandungan dan cerai



KUALA LUMPUR: Seorang bapa menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut anaknya yang hamil sebelum memaksa wanita itu menelan pil tahan sakit untuk menggugurkan kandungannya.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Pantai Dalam, di sini, jam 12.30 tengah malam kelmarin dan bapa berusia 50-an terbabit bertindak sedemikian semata-mata kerana tidak sukakan suami anaknya itu.
Sumber polis berkata, sebelum itu lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah dan memaki-hamun serta membelasah anak serta menantunya yang dikatakan baru beberapa bulan berkahwin.
“Suspek menyuruh anaknya berpisah dengan suaminya. Apabila anaknya yang berusia 20 tahun memberitahu dia sudah mengandung, suspek bertambah berang dan memaksanya menggugurkan kandungan.
“Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut membawa pil tahan sakit dan menuang air minuman berkarbonat ke dalam mulut mangsa supaya kandungan mangsa gugur, namun mangsa berjaya menghalang perbuatan ayahnya,” katanya.
Harian Metro

Senarai Bazar Ramadhan 2012 : Selangor dan Kuala Lumpur



LOKASI
Bandar / Daerah Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
Bandar Tun Razak Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Bandar Tun Razak Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
Bandar Tun Razak Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
Bandar Tun Razak Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
Bandar Tun Razak Taman Len Sen
Bandar Tun Razak Jln Benteng
Bukit Bintang Siarkaki Leboh Pudu
Bukit Bintang Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
Bukit Bintang Lorong Berangan
Bukit Bintang Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
Bukit Bintang No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Bukit Bintang Jalan Haji Taib
Bukit Bintang Siar Kaki Persimpangan Jln Ch


ow Kit
Bukit Bintang
Tapak Parking Pasar Selayang
Batu Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
Batu Sentul Pasar
Batu Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
Batu PPR Batu Muda
Batu Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Batu Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Batu Taman Segar
Cheras Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
Cheras Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
Kepong Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Seputeh Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
Seputeh Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
Seputeh Jalan Sri Jati 3
Lembah Pantai Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
Lembah Pantai Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
Segambut Jln Cochrane
Titiwangsa Pasar Datuk Keramat
Titiwangsa  Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
Titiwangsa Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
Titiwangsa Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
Titiwangsa Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
Setiawangsa Jalan Wangsa Melawati 3
Setiawangsa Jalan Wangsa Delima
Setiawangsa Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
Setiawangsa Hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
Setiawangsa Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
Wangsa Maju Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
Wangsa Maju Jalan Langkawi, Teratai Mewah
Wangsa Maju Kaki lima Plaza Idaman
Wangsa Maju Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
Wangsa Maju Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
Wangsa Maju Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
Wangsa Maju Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
Wangsa Maju Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
Wangsa Maju Tapak Pasar Malam Taman Melati
Wangsa Maju Jalan Masjid India
Bukit Bintang Lorong Tuanku Abdul Rahman
Bukit Bintang Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Batu Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
Lembah Pantai Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
Lembah Pantai Jalan Budiman 25, Taman Mulia
Bandar Tun Razak Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
Bandar Tun Razak Parking Bersebelahan LRT Cheras
Bandar Tun Razak Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Bandar Tun Razak Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Bandar Tun Razak Dataran Padang Permainan
Bandar Tun Razak SS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)
SUBANG JAYA USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3c – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)
SUBANG JAYA USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
SUBANG JAYA USJ 1 Pangsapuri Angsana (Tapak Pasar Malam)
SUBANG JAYA Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
SUBANG JAYA Taman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Tmn Batu 3)
SUBANG JAYA Putra Heights (Berhadapan Flat Sri Mutiara)
SUBANG JAYA Tmn Puchong Perdana (Jalan Perdana 2)
PUCHONG Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)
PUCHONG Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra’ayah)
PUCHONG Tmn Puchong Prima (Jalan Prima 5/3)
PUCHONG Tmn Puchong Utama (Jalan Utama 2/1)
PUCHONG Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22)
PUCHONG Pusat Bandar Puchong (Jalan Bandar 3- Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)
PUCHONG Puchong Utama (Tapak Pasar Malam Puchong Utama – kecuali hari selasa)
PUCHONG Puchong Indah (Tapak Pasar Malam – kecuali hari isnin)
PUCHONG Bandar Kinrara Sek 5 (Jalan BK 5A/1)
KINRARA Tmn Kinrara Sek 1 (Jalan Taman Kinrara 1/1)
KINRARA Tmn Perindustrian Kinrara (Jalan TPK 2/1 & 2/2)
KINRARA Tmn Kinrara Sek 4
KINRARA Hadapan Gerai UPEN Puchong Jaya (Petak Letak Kereta)
KINRARA Tmn Seri Serdang (Jalan 18/35)
SERDANG Tmn Universiti Indah (Jalan 2/10)
SERDANG Tmn Pinggiran Putra (Jalan PP 1/2)
SERI KEMBANGAN Tmn Equine (Jalan PP 1B)
SERI KEMBANGAN Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)
SERI KEMBANGAN SEPANJANG JLN MASUK KE SMAP, KAJANG
KAJANG TAPAK BAZAAR MALAM REKO SENTRAL
KAJANG JALAN UTAMA, SEK 2, TMN KAJANG UTAMA
KAJANG TAPAK PASAR MALAM KOMPLEKS HENTIAN KAJANG
KAJANG TEMPAT LETAK KERETA, HADAPAN DERETAN KEDAI TAMAN ZAMRUD
KAJANG HADAPAN DERETAN KEDAI & KILANG IKS SG. JELOK. ( TEMPAT LETAK KERETA )
KAJANG DATARAN PRIMA SAUJANA, TMN. PRIMA SAUJANA, KAJANG
KAJANG KAWASAN TANAH LAPANG ( TAPAK FUNFAIR ), TAMAN KAJANG PRIMA
KAJANG TAPAK PASAR TANI ( TMN RAMAL INDAH )
KAJANG JLN KAJANG MEWAH 10
KAJANG DI BELAKANG TESCO BATU 14, KAJANG
KAJANG TAPAK PAKIR DESA SERDANG ( HADAPAN BANGUNAN MINLON )
CHERAS KAJANG JALAN TEMENGGUNG 21/9, SEK. 9, BDR MAHKOTA CHERAS ( TAPAK PASAR MALAM )
CHERAS KAJANG LEBUH TAMING, TAMAN TAMING JAYA
CHERAS KAJANG BERHAMPIRAN LOJI KUMBAHAN TAMAN HARMONI, SERI KEMBANGAN
CHERAS KAJANG TMN. SUNTEX, BT. 9, CHERAS
CHERAS KAJANG JLN CHENGAL 4, TAMAN IMPIAN EHSAN
CHERAS KAJANG KAWASAN LAKE VALLEY JALAN SUARASA 8/4, BDR TUN HUSSEIN ONN
CHERAS KAJANG DI JALAN CP 4/38, TMN CHERAS PERDANA
CHERAS KAJANG JALAN CJ 8, TAMAN CHERAS JAYA
CHERAS KAJANG PADANG AWAM, TAMAN CHERAS UTAMA ( TAPAK PASAR MALAM LAMA )
CHERAS KAJANG TAPAK PASAR MALAM SEKSYEN 16, BANDAR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI TEMPAT LETAK KERETA JALAN 3/69, SEKSYEN 3, BDR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI DIHUJUNG JALAN 2/3A, KAWASAN DUA, BDR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI HADAPAN ASRAMA KOLEJ POLYTECH MARA BANGI
BANDAR BARU BANGI JALAN SERI PUTRA ½, BDR SERI PUTRA
BANDAR BARU BANGI JLN 7/7B, SEK 7, BDR BARU BANGI
BANDAR BARU BANGI DI TEMPAT LETAK KERETA & JLN SUSUR KOMPLEKS PKNS BANGI
BANDAR BARU BANGI TAPAK PASAR MALAM, BDR TASIK KESUMA
BERANANG TAPAK PEKAN SEHARI BERANANG
BERANANG TAPAK PASAR MALAM TAMAN SERI NANDING
HULU LANGAT BERSEBELAHAN PADANG FUTSAL,TMN DESA SENTOSA
HULU LANGAT JALAN SEMENYIH SENTRAL 1
SEMENYIH SEKSYEN 1, BERHAMPIRAN DENGAN PASARAYA BILLION BDR TEKNOLOGI KAJANG
SEMENYIH DI JLN TPS 1/5, TMN PELANGI SEMENYIH
SEMENYIH SEKSYEN 2
SHAH ALAM SEKSYEN 7 (TPM)
SHAH ALAM SEKSYEN 13 (STADIUM SHAH ALAM)
SHAH ALAM SEKSYEN 17 (TPM)
SHAH ALAM SEKSYEN 18 (TPM)
SHAH ALAM SEKSYEN 20 (BERHAMPIRAN TPM)
SHAH ALAM SEKSYEN 25
SHAH ALAM SEK. U2 TTDI JAYA (TPS)
SHAH ALAM SEKSYEN U3 (SUBANG PERDANA)
SHAH ALAM SEKSYEN 6 (TLK REST. DAUD)
SHAH ALAM SEKSYEN 7 (JLN PLATINUM AD 7/AD) REST ALI CORNER
SHAH ALAM SEKSYEN 7 (JALAN KRISTAL AS7/AS)
SHAH ALAM SEKSYEN 8 (DEKAT SURAU BLOK 17-18)
SHAH ALAM SEKSYEN 16 (HDPN DEWAN ORG RAMAI)
SHAH ALAM SEKSYEN 18 (JLN 18/34 – KLINIK AHMAD SHAH)
SHAH ALAM SEKSYEN 19 (TPM)
SHAH ALAM SEKSYEN 24 (TPK USAHAWAN MIKRO)
SHAH ALAM SEKSYEN 27 (TAPAK PASAR MALAM)
SHAH ALAM SEKSYEN 28 (BERHAMPIRAN KFC)
SHAH ALAM SEKSYEN 31 ( JLN ANGGERIK ARANDA B 31/B DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)
SHAH ALAM SEKSYEN U5 (JLN UTARID U5/10) TPM
SHAH ALAM SEKSYEN U8 (JALAN C U8/C BKT JELUTONG HDPN MY MYDIN)
SHAH ALAM SEKSYEN U10 (TAPAK PENJAJA SEMENTARA)
SHAH ALAM SUBANG 2 (TAPAK PASAR MALAM)
SHAH ALAM SEKSYEN U13 (SETIA ALAM – CIMB BANK)
SHAH ALAM SEKSYEN U20 (BBSB FASA 1) (BUKIT RAHMAN PUTRA)
SHAH ALAM SEKSYEN U20 (BBSB FASA 2) (PEJ LUNCAI EMAS)
SHAH ALAM SEKSYEN U20 (BBSB FASA 3) (ECONSAVE)
SHAH ALAM PANDAN INDAH (TLK PADANG PERBANDARAN MPAJ)
AMPANG PANDAN JAYA (TLK JALAN PANDAN 3)
AMPANG CHERAS INDAH (HADAPAN DEWAN KOMUNITI)
AMPANG PANDAN MEWAH (TLK SEBELAH PADANG)
AMPANG PANDAN CAHAYA (TLK JALAN PANDAN CAHAYA 1/1)
AMPANG TMN MELAWATI ( HADAPAN PEJABAT POS LAMA )
AMPANG KG PANDAN (TLK PANDAN UTAMA)
AMPANG MEDAN SELERA ANGSANA HILIR (TLK)
AMPANG LEMBAH MAJU (BERHAMPIRAN SIMPANG EMPAT)
AMPANG KG TASEK PERMAI ( HADAPAN MASJID )
AMPANG KG MELAYU (JALAN JATI)
AMPANG AU 2 ( JALAN AU2A/16 )
AMPANG AU 4/1 (HADAPAN SEVEN-ELEVEN)
AMPANG AU 5 (TLK MEDAN SELERA)
AMPANG TMN PERMATA (HADAPAN PASARAYA HARI-HARI)
AMPANG MELAWATI JALAN E1
AMPANG BUKIT ANTARABANGSA (JALAN WANGSA UKAY 2)
AMPANG UKAY PERDANA (HADAPAN RESTORAN ALI MAJU)
AMPANG TAMAN MELOR (TLK)
AMPANG BANDAR BARU AMPANG (PASAR BANDAR BARU AMPANG)
AMPANG AMPANG WATER FRONT (TLK FASA 2)
AMPANG BUKIT INDAH (SEBELAH RESTORAN DALILA, TLK)
AMPANG AMPANG JAYA (TLK JALAN 1)
AMPANG KOMPLEKS MUHIBBAH ( TAMAN NIRWANA )
AMPANG KERAMAT PERMAI ( JALAN AU1D )
AMPANG AU3 (TLK FLAT PKNS 13 & 14)
AMPANG PANDAN INDAH JLN 3/2B
AMPANG TAMAN KOSAS (TLK JALAN KOSAS 1/1)
AMPANG PANDAN PERDANA (HADAPAN GUARDIAN)
AMPANG CHERAS HARTAMAS (BLOK A1, FLAT BUKIT SEGAR)
AMPANG

Kesian Bayi baru lahir dikelar sepanjang 5cm dileher



Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam. Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning. Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat. “Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya.

Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu. “Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam. Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.



Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi.

P.Pinang Beri Bonus Minima RM600


Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya bermula pada 9 Ogos 2012 ini.

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng berkata, pemberian bonus raya berjumlah RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa).


Udang karang gergasi dilepaskan ke laut



Pengurus restoran The Dock, Kristen Eighme menyerahkan udang karang gergasi kepada Wilson di Waterford, Connecticut kelmarin.

TELUK NIANTIC, Amerika Syarikat – Seorang lelaki Connecticut, Don MacKenzie membeli seekor udang karang gergasi seberat 9.07 kilogram dari sebuah restoran sebelum dia melepaskan semula ke dalam laut di sebuah lokasi rahsia kelmarin.
MacKenzie mengetahui tentang udang karang itu yang mempunyai nama jolokan Lucky Larry daripada kanak-kanak tempatan.
Namun, dia enggan mendedahkan harga yang perlu dibayarnya untuk membeli udang tersebut daripada restoran The Dock.
Menurutnya, udang itu perlu mengambil masa selama 80 tahun untuk mecapai saiznya seperti sekarang.
Dia membawa udang tersebut menaiki sebuah bot ke sebuah lokasi rahsia di sini dan melepaskannya ke dalam laut dengan bantuan seorang kenalannya, Steve Wilson.

Rangka bot firaun ditemui di Abu Rawash



SEORANG pekerja mengukur lebar rangka sebuah bot Firaun.

KAHERAH – Rangka sebuah bot kayu yang digunakan pada zaman firaun dan berusia 5,000 tahun ditemui di kawasan arkeologi Abu Rawash, barat Kaherah oleh beberapa ahli arkeologi Perancis.
Panjang bot solar itu ialah 6 meter (m) panjang dan 1.5m lebar.
Pendedahan penemuan itu dibuat oleh Kementerian Antikuiti Mesir kelmarin.
Pada kebiasaannya, bot itu ditanam dekat mumia firaun kerana ia dipercayai mampu membawanya kepada tuhan di syurga.

Peterpan Tukar Nama Baru



Seiring dengan pembebasan vokalis, Ariel, grup band popular Indonesia, Peterpan turut mengambil langkah drastik dengan merombak jenama Peterpan kepada sebuah nama yang baru. Bukan setakat nama, mereka turut mengubah logo sehingga kepada susunan muzik.
Pemilik label Musica, Ibu Acin menegaskan bahawa rombakan 360 darjah ini akan dimulakan dengan pelancaran sebuah buku terlebih dahulu.
“Ya, kami akan mulakan dengan pelancaran buku. Diikuti dengan pengumuman nama serta album baru. Buku tersebut dijadualkan dilancar pada bulan Ogos ini, manakala album pada awal September depan,” jelasnya yang ditemui di Hotel Grand Serella, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
Kata beliau lagi, material album baru Ariel dan ahli kumpulan sudah siap. Malah ada sebuah lagu yang dicipta oleh Ariel semasa dalam penjara akan dimuatkan dalam album ini. Bagaimana pun, mereka masih mengekalkan konsep yang sama, cuma pada bahagian teknikal seperti mixing dan mastering, akan diubah.

Sebab Kerajaan Abby Abadi Tak Bekerja?



Isu mengenai dunia artis hari ini semakin lama semakin berada di kemuncak bila satu-satu kenyataan yang mereka keluarkan.
Termasuklah diri seorang pelakon wanita, Arbaiyah Abdul Manan atau lebih di kenali sebagai Abby Abadi yang semakin lancang bersuara selepas berhijrah memakai hijab dan terus menyertai parti Islam Pas.
Satu-satu isu tentang dirinya timbul selepas dia juga ‘berhijrah’ menyertai Pas.
Sekali lagi, memang tiada salah untuk Abby Abadi berbuat demikian, kerana itu adalah hak dan keputusan untuk dirinya sendiri.
Yang terkini, Abby mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kerana kerajaan sekarang, dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Malah, bakatnya untuk berkarya sebagai artis Muslimah yang sudah bertudung juga tidak dapat dikembangkan.
Selain itu, Abby turut mengatakan kenyataannya menerusi laman Malaysian Insider, ruang untuk dirinya berkarya juga terhad kerana kerajaan yang ada sekarang.
Antara kata-katanya:
“Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik.
“Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah,” kata Abby.
Jadi, Abby berharap untuk parti pembangkang, Pakatan Rakyat yang akan menang untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13) akan datang ini supaya dia dapat bekarya menjadi artis semula.
Katanya, kerajaan yang ada sekarang ini perlu ditumbangkan supaya dia dapat pekerjaan.
Betul ke?
Mungkin Abby sesuai menjadi ahli politik dari menjadi artis? Siapa tahukan?
Oleh: NAIMAH SHAARI

Mamat Sepah: Saya Mohon Maaf Kepada Semua Kecuali Yang Seorang Itu



“Saya sudah berkali kali sahkan dengan artis senior tersebut sebelum letakkan gambar tersebut di Twitter saya,” terangMamat Sepah sebagai pembuka bicara.
Kecoh untuk 48 jam yang lepas, Mamat Sepah di’kecam hebat dek menjadi punca penyebaran berita palsu kemalangan yang melibat pelakon & juga Presiden Seniman, Zed Zaidi.
Isu ini menjadi kecoh selepas beberapa individu termasuk wartawan senior menegur perbuatan tidak beretika Mamat Sepah itu di Twitter dan pelawak ini naik angin.
“Saya terkejut Hazrey (wartawan) dengan tidak memberi salam menghentam saya dua, tiga kali macam saya tiada maruah dan pada mulanya saya malas untuk melayan”
“Tetapi kemudian saya naik angin selepas ada perkataan yang mengguris hati. Saya ini artis macam manusia lain juga, ada perasaan. Janganlah jadi batu api di media sosial”

Mamat Sepah menambah yang beliau merasa pelik apabila tuan badan sendiri tidak mempunyai masalah dengan beliau namun ada individu yang bertindak lebih dalam hal ini.
“Saya dengan ini memohon maaf dengan ikhlas kepada semua rakan rakan Twitter saya atas apa yang saya lakukan – kecuali kepada Hazrey dan rakan seperjuangan beliau,” ujar Mamat Sepah.

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka



Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.

Baby Putri Hidap Kanser, Aaron Aziz Ajak Peminat Beri Sokongan


Bulan Ramadhan bulan yang mulia, buat apa dipenuhkan dengan gosip dan cerita.
Jika selebriti lain kecoh dengan hal masing-masing di Twitter, lain pula bagi Aaron Aziz. Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) ini telah mengajak para peminat agar mendoakan kesihatan seorang kanak-kanak yang dipanggil Baby Putri.
Dalam kenyataan Aaron di laman Twitter-nya, beliau meminta agar para peminat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak berusia 3 tahun ini yang telah menghidap penyakit “rare liver cancer” sejak 2 tahun yang lepas. Aaron Aziz turut menggunakan ‘hashtag’

Menurut Aaron Aziz yang telah diberitahu oleh doktor, Baby Putri dijangkakan hanya mempunyai masa beberapa bulan lagi untuk hidup. Jadi kepada anda semua, marilah kita bersama panjatkan doa agar Baby Putri dipanjangkan umur. Amin.

Kan bagus jika selebriti-selebriti tempatan beramal seperti ini dibulan Ramadhan dan menjadi contoh kepada yang lain.